Salam pembaca, kalaupun ada yang membaca, eheh... Saya sebenarnya sedang menikmati waktu-waktu terakhir sesi penyusuan kali ini. Lagi dua bulan genaplah dua tahun dan saya sedang berusaha untuk proses memghentikan penyusuan....ini bicara ibu-ibu ... Kalau tidak begitu bermakna kepada anda, mungkin membawa erti yang mendalam kepada ibu-ibu bekerja macam saya..... :) Hati berat tapi akal mengatakan cukuplah setakat dua tahun sahaja untuk memberi ruang kepada ibu melebarkan sayap dengan lebih lagi.......
Thursday, October 31, 2013
Monday, October 28, 2013
Pilihan :)
Aku membuka bicara di ruangan menulis maya ini, yang telah lama ditinggalkan kesepian tanpa patah kata yang dicoret menceritakan pengalaman.
Pengalaman.
Pahit. Manis. Duka. Suka.Cemas. Bahagia. Semuanya ada.
Syukur. Aku masih lagi dikurnia oleh Allah untuk menghirup udara dan menghembuskannya kembali seolah-olah menghembus kelegaan terhadap perkara yang memberi erti kerisauan.
Risau. Dulu, kini dan selamanya. Aku masih lagi risau.
Andai nikmat yang satu ini ditarik. Nikmat menikmati hidup kehambaan pada Nya. Hamba sebagai anak, ibu, isteri, pekerja, jiran, rakan dan musuh andai ada yang membenciku.
Kumerasakan bekalan di hari kemudian masih lagi umpama ' miskin boleh membawa muflis '. Ngeri seketika.
Pengalaman itu. Pengalaman yang itu juga. Pegalaman yang satu itu yang paling meruntun jiwa pada satu ketika. Benarlah. Masa itu ubat. Ubat penyembuh nestapa.
Aku bangkit. Aku pilih untuk bangkit kerana hidup ini, 1001 pilihan.
Aku pilih untuk ...........!!!! Ya Allah, permudahkanlah.. amin!