Saturday, November 23, 2013

Tahukah anda diabetes juga boleh dikawal dengan mengamalkan produk- produk daripada Shaklee?

Fakta : 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia mempunyai diabetes! (NHMS 2011)

Cuba bayangkan kalau kita pun tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi. Haihhss...

Jadi apa yang dicadangkan untuk mengawal paras gula dalam darah?

Semestinya diet dan juga senaman yang menyihatkan...

Jadi berikut adalah cadangan nutrien bagi mengawal paras gula dalam darah;

Polifenol tumbuhan
kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan diet yang kaya dengan polifenol tumbuhan seperti anggur Muscatine boleh menghalang pembentukan AGEs di dalam badan mereka. Orang diabetes mempunyai tahap yang lebih tinggi AGEs di dalam badan mereka. AGEs adalah bahan terbentuk apabila molekul gula bertindak balas dengan protein dalam badan, yang boleh membentuk pautan silang yang lumpuh yang boleh menyumbang kepada komplikasi diabetes.

Koenzim Q10
ia telah mencadangkan bahawa kekurangan koenzim Q10 boleh mengurangkan keupayaan sel-sel pankreas untuk menjana tenaga mitokondria , yang boleh menjejaskan pengeluaran insulin.

Protein soya
Isoflavon dalam protein membantu untuk mengurangkan risiko kencing manis. protein soya adalah makanan glisemik yang rendah dan tidak mengandungi kanji. Ini membantu pesakit kencing manis untuk mengawal paras gula darah mereka.

Alfafa
Mengandungi mineral yang tinggi yang membantu dalam mengekalkan tahap gula dalam darah.

Gamma Linolenik Asid - GLA
Satu asid lemak dan agen anti -radang. Ia membantu untuk mengurangkan gejala sakit saraf di dalam orang-orang dengan neuropati diabetes.

Vitamin dan mineral
Vitamin C dan zink adalah nutrien penting untuk penyembuhan luka terutama kencing manis dengan ulser atau pemotongan manakala kromium adalah penting dalam mengekalkan paras gula darah yang sihat.

Produk Shaklee bagi mengawal Diabetes mengikut cadangan nutrien:

Vivix
CoQHealth Plus

dengan

Sugar Control Set
ESP Soy Protein Isolate
Vitalea Iron Formula
GLA Complex
Alfafa Complex
Sustained Release Vita-C Plus
Zinc Complex

Jom hadiahkan untuk diri sendiri atau untuk orang yang tersayang... Hidup mesti nak sihatkan?

Jika berminat, jangan segan untuk hubungi saya;
Sarah M
Id Shaklee : 890066
Call/Sms/Whatsapp 0132015399


Tuesday, November 19, 2013

Bagaimana perjalanan di sini bermula...

Hasil pengambilan vitamin shaklee daripada saya, moga mengukuhkan lagi niat baik anda untuk menjadi Ahli Shaklee, mungkin.... :)

Untuk makluman semua, saya menggunakan shaklee sejak kelahiran anak kedua saya, selepas pantang secara tepatnya. Ketika di rumah belum terasa lagi penatnya, tetapi bila mula naik kerja, ditambah dengan anak baru, kerenah kakaknya, tugasan saya dalam bidang latihan iaitu ke sana ke mari dsb membuatkan saya penat, lesu, mudah tertekan, tidak fokus dan banyak lagilah yang negatif lagi. Pada masa yang sama juga saya harus menjaga makan kerana saya juga melaksanakan penyusuan eksklusif untuk anak kedua juga. Jadi saya mencari-cari supplemen yang boleh menjadikan saya bertenaga dan pada masa yang sama mengekalkan produktiviti susu saya.

Kalaulah saya jumpa produk ini lebih awal pada tahun 2010, kelahiran anak pertama yang mana saya hanya dapat meneruskan penyusuan ekslusif sehingga anak saya berumur 10 bulan sahaja. Tidaklah saya berusaha begitu keras mencari makanan penggalak susu bagi menghasilkan susu lebih banyak.

Dan bila saya mengamalkan shaklee, memang saya jatuh cinta dengan produk ini! Saya mula makan set penyusuan yang terdiri daripada Vitalea, Alfafa, Vitamin C dan B Complex. Ternyata saya lebih fokus, mengantuk saya bila berhadapan dengan PC terus hilang, saya boleh kekal cergas sampai malam unless kalau saya makan terlalu kenyang, mengantuk pasti datang jua bagai disorong2 bantal, terus tidur.... Susu pula berubah warna daripada warna putih menjadi kehijauan, nampak bezanya...dan terasa juga bezanya kerana tempoh anak saya minum lebih singkat, sekejap pun dah kenyang. Kuantiti dan kualiti susu ternyata lebih baik. Jadual pemakanan saya tetap diteruskan seperti biasa tanpa perlu mencari-cari makanan penggalak susu yang lain. Ikhtiar saya ini membuahkan hasil dengan izinNya juga. Alhamdulillah.

Di bawah ini saya senaraikan apa yang saya makan dan apa yang telah saya alami....
Vitalea - multivitamin, tambahan vitamin termasuk zat besi, pekatkan darah.. 
Alfafa - menggalakkan susu, dan memudahkan untuk buang air besar... lepas bersalin bagus ni kalau makan... tapi sebab ia adalah herba, kalau anak demam kuning, elakkan dulu sehingga anak sembuh daripada demam kuning 
vitamin c - antioksidan, menggalakkan penyembuhan luka, melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan keimunan 
B complex - ha yang ni penting untuk pertumbuhan sel sebab ada asid folik, anti-tekanan, terlibat dalam penghasilan tenaga, bagus untuk sakit-sakit badan,tangan atau kaki (ubat saraf), bagus untuk yang lepas bersalin.

Dan bulan-bulan seterusnya, saya juga menambah lagi satu produk shaklee dalam pemakanan saya iaitu ESP, yang menambahkan tenaga disamping membanyakkan susu kerana ia adalah protein.. penting untuk penghasilan susu ibu. Pagi-pagi sarapan ESP dengan susu, sementara nak bersarapan di pejabat nanti. Inilah yang saya amalkan....

Di sini saya cuma nak berkongsi, bukannya nak menunjuk-nunjuk dan yang seumpamanya... pemakanan untuk ibu-ibu lepas bersalin sangat penting. terutamanya kaum ibu yang bekerja macam saya, bila naik kerja, tekanan dirasakan daripada pelbagai arah...

Ambillah supplemen, sama ada pemakanan sunnah atau vitamin dan kalau boleh amalkan pemakanan seimbang yang melebihkan buahan-buahan dan sayuran pun lagi bagus.

Kelebihan Vitamin Shaklee, kalau dengan harga ahli, saya rasa jauh lagi murah daripada vitamin-vitamin di luar sana... jadi sangat berbaloi untuk meningkatkan kesihatan dengan berkesan dan jimat. InsyaAllah...

Hidup mesti nak sihat kan?

Jika berminat, jangan segan untuk hubungi saya;
Sarah M
Id Shaklee : 890066
Call/Sms/Whatsapp 0132015399

Saturday, November 16, 2013

Antioksidan lagi...


Semalam seorang sahabat bertanya dengan saya... Vitamin C kan dah antioksidan, buat apa nak makan Vitamin E lagi.. sebab vitamin E pun antioksidan juga...

Haaa... kalau macam tu, kita berbalik kepada fungsi-fungsi antioksidan. Tapi sebelum tu, mari kenali antioksidan dengan sedikit lebih mendalam, lebih dalam daripada entri sebelum ini..

Dalam entri sebelum ini, saya menceritakan tentang antioksidan, tapi sepintas lalu. Kali ini kita, mari kita fahami fungsi sebenar antioksidan.

Antioksidan boleh terdiri daripada nutrien( vitamin-vitamin & mineral-mineral) serta enzim-enzim (protein yang membantu tindak balas kimia dalam badan).Mereka dipercayai memainkan peranan dalam mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, strok , penyakit Alzheimer , artritis reumatoid, katarak dan banyak lagi.

Tekanan oksidatif berlaku apabila pengeluaran molekul berbahaya yang dikenali sebagai radikal bebas adalah di luar keupayaan pertahanan antioksida. Radikal bebas adalah atom kimia aktif atau serpihan molekul yang berlebihan atau kekurangan elektron. Kerana mereka mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan , radikal bebas mejadi sangat tidak stabil. Mereka terkumpul di badan anda untuk merebut elektron dengan molekul terhampir dan dengan itu merosakkan sel-sel, protein, dan juga DNA. Proses ini adalah berterusan kerana molekul yang telah kehilangan elektron juga akan bertukar menjadi radikal bebas dan proses yang sama berterusan sehinggalah radikal bebas boleh menjadi berlebihan. Proses tersebut jugalah yang menyebabkan minyak menjadi tengik, epal yang dikupas bertukar coklat, dan besi menjadi berkarat.

Di sinilah fungsi Antioksidan, meneutralkan radikal bebas dengan mendermakan satu elektron sendiri , yang menghentikan reaksi mencuri elektron itu tadi. Nutrien antioksidan sendiri tidak menjadi radikal bebas dengan menderma elektron kerana mereka adalah stabil dalam apa-apa bentuk pun.

Ia adalah mustahil bagi kita untuk mengelakkan kerosakan oleh radikal bebas. Radikal bebas terhasil daripada sumber-sumber di dalam ( dalaman ) dan luar ( luaran ) badan kita. Proses oksidan yang terhasil di dalam badan kita terbentuk daripada proses pernafasan , metabolisme, dan keradangan. Radikal bebas luaran terbentuk daripada faktor-faktor alam sekitar: seperti pencemaran , cahaya matahari, senaman berat , sinar-X , merokok dan alkohol. Sistem antioksidan kita tidak sempurna, jadi apabila kita semakin tua , bahagian-bahagian sel yang rosak akibat pengoksidaan berkumpul.

 Makin banyak radikal bebas terkumpul, makin banyak kerosakan yang berlaku yang boleh membawa kepada penyakit-penyakit kronik. Jadi jika nak mengurangkan kerosakan yang sentiasa berlaku ini, kenalah makan antioksidan supaya bekalan antioksidan dalam badan sentiasa ada dan mencukupi.


Vitamin
Fungsi
Sumber
Cadangan Pengambilan Oleh Shaklee
Vitamin E
antioksidan penting membuang radikal bebas yang menyerang sel lemak, terutama kolesterol LDL,
memainkan peranan dalam meningkatkan perlindungan antibodi humoral
penentangan terhadap jangkitan bakteria,
imuniti sel-pengantara ,mencegah pembentukan mutagen ,
pembaikan membran dalam DNA,
menghalang karsinogenesis oleh sistem imunisasi.
Pertahanan utama terhadap pengoksidaan lipid ( penghasilan molekul tidak stabil yang mengandungi lebih oksigen daripada yang biasa).

kekacang, biji bunga matahari , biji gadum, minyak sayur-sayuran dan ikan, bijirin penuh , bijirin diperkaya, dan aprikot
 400 I.U
Vitamin C

Boleh membantu dalam mengurangkan risiko kanser.
menghalang pembentukan nitrosanimes ,
Meningkatkan tindak balas imun
Mempercepatkan detoksifikasi enzim hati.
Mengembalikan vitamin E kepada bentuk aktif

buah-buahan sitrus dan jus , hijau lada, kubis , bayam , brokoli, tembikai, kiwi, dan strawberi
 500 mg
Beta Carotene (sumber vitamin A)
         Mengurangkan risiko terhadap kanser 
         perlindungan daripada kesan cahaya ultraungu.
         Mungkin mempunyai kesan anticarcinogenic metabolisma hati dengan mengubah kesan karsinogen.
        dapat meningkatkan sistem imun (kekebalan) dalam tubuh, memerangi kanser jenis tertentu, serta membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
       Meningkatkan kesihatan mata

hati , kuning telur, susu, mentega , bayam , lobak merah , labu, brokoli, keladi, tomato, tembikai , pic, dan bijirin

5,000 I.U.
Gabungan ketiga-tiga antioksida
Berkesan dalam mengurangkan risiko penyakit jantung









Friday, November 15, 2013

Makan-makan Shaklee ni halal ke?

Biasa dengarkan, mencari yang halal itu fardhu. Lebih-lebih lagi bab-bab makanan dan jadi darah daging kita.

Untuk yang pertama kali dengar Shaklee ni, usah risau dan usah ragu-ragu. Produk Shaklee sememangnya halal.

Sijil Halal produk Shaklee dikeluarkan oleh Islamic Service Of America (ISA) dan salah sebuah penegaluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM.

Boleh rujuk di sini http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf (muka surat 18).

Jadi, kemusykilan terungkai sudah.. Makanan Tambahan yang berkesan Shaklee boleh dinikmati tanpa ragu dan was was.

Apa tunggu lagi, hidup mesti nak sihatkan?

Sarah M Shaklee ID: 890066 0132015399 (sms/whatsapp)

Pemakanan Tambahan yang berkesan..... dan yang paling penting JIMAT....

Salam semua.. kalaupun ada yang membaca, kalau sebelum ini saya pernah berkongsi maklumat tentang yogurt, itupun sumbernya berdasarkan internet sahaja. Yogurt membantu dalam mengekalkan persekitaran usus yang baik dan sebagainyalah. Boleh baca di entri yang lepas.

Kenapa saya suka makan yogurt dan suka nak berkongsi tentang yogurt ini kerana saya mengalami masalah penghazaman.

Jadi, saya merasakan saya perlu melakukan sesuatu untuk menjadikan kesihatan saya optimum kembali.

Saya pun berdondang sayang la menaip untuk mencari maklumat yang saya perlukan di engine carian Pak Google.. mencari maklumat apa yang saya perlukan bagi memulihkan keadaan perut saya ini...

Iya. saya memang menjumpai maklumat tersebut.

Antara satunya adalah saya perlu mendapatkan supplemen tambahan sebagai tambahan pemakananan bagi membantu saya mendapatkan nutrisi yang saya sepatutnya dapat. Maklumlah, perut tak berapa nak hazam.

Dan yang saya rasa bersyukur sangat kerana saya telah lama dulu menambah supplemen dalam makanan harian saya.

Kalau dulu saya bermula sebagai ibu yang menyusu memerlukan supplemen unuk susu dan diri sendiri, sekarang saya meneruskan supplemen saya untuk memulihkan diri lah...

Saya mendapati produk shaklee memang berkesan kepada saya. Kalau dulu saya memang sering mengantuk, cepat stress, cepat penat ..saya akui saya jadi kurang fokus semasa bekerja sebab memang penat.

Jadi, saya makan produk shaklee dan saya rasa ikhtiar saya ini berhasil. Syukur kepada Allah atas izinNya saya lebih cergas dengan produk Shaklee.

Apa yang membuatkan produk shaklee ni berkesan?

Bagi saya sebab ia merupakan makanan tambahan yang berasaskan tumbuhan.

Selamat dan semula jadi.

Dan lagi satu, ia juga menjimatkan berbanding saya beli supplemen lain. Saya memang ahli Shaklee sebab saya rasa harga ahlinya jauh lebih rendah, dan tahan berbulan-bulan. Contohnya Vitamin C Shaklee(500mg)- 180 biji boleh tahan selama 6 bulan dengan harga kurang daripada RM 100.00! Jimat kan...

Saya bersyukur sangat saya dipertemukan dengan produk shaklee sebab semua orang cakap hasil nya positif. Saya pun tiru mereka, beli produk untuk menyusu, hasilnya saya masih menyusukan anak saya yang hampir masuk dua tahun, nak kata susu meriah takdelah, tapi saya boleh kekal menyusukan anak saya mengikut kemahuan saya - 2 tahun.. dengan izinNya jua lah...

Sekiranya anda juga masih tercari-cari supplemen sebab anda rasa penat, tidak bermaya, asyik mengantuk je, kulit bermasalah, lemak berlebihan sana sini, bersalin & menyusu, luka pembedahan dan macam-mcam lagilah, saya syorkan produk shaklee untuk anda cuba dan alami sendiri hasil positif, dengan syarat anda makan dengan konsisten...




Oh lupa, hampir dua tahun jugalah saya telah mengecapi hasil pemakanan tambahan yang berkesan, shaklee.. dan jika anda juga mahu mengecapinya, boleh bertanya jika mahukan penjelasan.

p/s: Malu bertanya zaman sekarang, tak mungkin sesat jalan sebab Pakcik Google ada . Kecuali orang tu memang tidak melanggan internet.. entri saya ni pun tak mungkin dia baca :)

Salam sihat dan cantik,

Maisarah
SID 890066
sms/wassap/telegram
0132015399

Thursday, November 14, 2013

Tempoh hari, tentang yogurt & perut.. kali ini tentang antioksidan dan organ dalaman pula

Mukaddimah;

Saya selalu terfikir begini, luka diluar boleh kita letak ubat, apa-apa krim daripada farmasi atau madu untuk tujuan penyembuhan luka tersebut.. tetapi bagaimana pula luka dalaman, kerosakan organ atau kerosakan sel-sel dalaman kita yang memang kita tidak pernah dan tidak akan pernah melihatnya???

Jika tahu pun, setelah kegagalan organ berfungsi dengan baik, contohnya diabetes iaitu kencing manis.. penyakit yang terhasil daripada kerosakan pada pankreas..

Memang betul ada cara merawatnya, dengan mengambil ubat yang diberi oleh doktor perubatan moden atau berubat kampung.... bermacam-macamlah petua makan itu, ini dan sebagainya.. Selalunya kita termasuk saya juga akan fokus kepada pemakanan, dan selalunya APA YANG TIDAK BOLEH DIMAKAN... iaitu makanan manis. Sila jangan salah faham di sini ye, saya bukan penghidap diabetes.. Selalunya kita hanya fokus kepada apa yang tidak boleh dimakan untuk megurangkan paras gula dalam darah sedangkan pada masa yang sama kita sepatutnya juga perlu fokus kepada pemakanan yang boleh memulihkan kerosakan pada pankreas tersebut!

Kerosakan sel-sel dalam badan yang boleh membawa kepada penyakit-penyakit dalaman yang kita tidak akan nampak.... mereka dinamakan pembunuh senyap ye kawan-kawan... contohnya sakit jantung, kanser, kencing manis, sakit buah pinggang dan sebagainya...

Apa yang mendorong berlaku kerosakan-kerosakan ini? Banyak faktor.

Pemakanan
Pencemaran
Aktiviti lasak berlebihan
Sinaran Matahari
merokok
dan macam-macam lagilah..

Proses ini dinamakan pengoksidaan, macam besi.. besi baru yang berkilat -memang kuat.. pengoksidaan bagi besi menghasilkan karat iaitu bila ia dibiarkan dalam keadaan yang tidak dijaga permukaannya, lama-lama ia akan berkarat dan akhirnya rapuh sehingga boleh dipatahkan.. kita pun begitu juga..

Pengoksidaan bagi manusia menghasilkan radikal bebas, yang bila mana terlalu banyak dalam badan akan menyebabkan badan kita sendiri tidak sempat untuk meneutralkan radikal bebas, yang akhirnya boleh menyebabkan penyakit....

Perlu diketahui ye, dalam badan kita memang ada antioksidan, tapi bila dah terlalu banyak radikal bebas, antioksidan dalam badan pun dah tentu tak cukup, di sinilah perlunya untuk kita mengambil antioksidan daripada luar.... antioksidan daripada sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan dan juga daging-daging haiwan-haiwan yang diberi makanan yang kaya antioksidan...

Cuba anda ingat siapa di antara rakan-rakan anda yang sebahagian besar pemakanannya adalah sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan... ? Bagaimanakah kualiti fizikal dan kesihatan beliau? Kulit cantik dan jarang jatuh sakit bukan? Wajahnya pun jauh lagi muda daripada umur sebenar.... saya pernah mengenali seorang yang seperti ini, umurnya jauh berbeza dengan saya dan beliau memang makan tengahari hanya sayuran segar! Dan beliau adalah seorang LELAKI!

Apa lagi, mari pakat ramai-ramai cari antioksidan.. bukan untuk nampak cantik sahaja kawan-kawan.. tapi yang lebih penting memulihkan sel-sel dalaman, organ-organ penting kita yang kita tak nampak tuu... nak sapu apa-apa krim dah tentu tak boleh....

2 dalam 1, sihat dan cantik... semua orang mahu!! Tetapi, mana nak cari antioksidan ni?

Semua sayur ke?
Semua buah ke?
Semua ulam ke?

Fokus kepada kandungan antioksidan yang tinggi. Makanan yang kaya dengan beta carotene, vitamin A, C & E....

Ape tunggu lagi..google lah smile

p/s: Kalau begitu, saya fikir, antioksian juga sangat baguslah untuk ibu2 selepas bersalin, setujuuu?


 Pssst, nak bagitahu Shaklee pun ada produk antioksidan ni. :)

Mailah sms/wassup 0132015399 untuk keterangan lanjut - Sarah M


Tuesday, November 12, 2013

Manfaat makan yogurt ? Selalu makan, ingat untuk perut je.. tapi ada juga kebaikan lain...

Yogurt atau bahasa melayu kita panggil susu masam. Asal perkataan yogurt adalah daripada Bahasa Turki, baru tahu.... Yogurt memang masam sebenarnya. Dulu masa sekolah menengah, saya ambil subjek sains dan dalam salah satu topik, saya diberitahu kalau sakit perut minum susu masam iaitu yogurtlah. Jadi masa-masa sakit perut / cirit birit, memang saya akan cari susu masam atau minuman yogurt. Nak tepat, yogurt aslilah.... Kalau minuman yogurt yang didatangkan dengan jus dan juga gula, mungkin menyebabkan lebih teruk sakit perut tersebut.

Ada apa dengan susu masam ni ya? Kalau kita tengok iklan-iklan Vitagen, Yakult dan minuman Yogurt Nestle Bliss... semuanya mengajak kita untuk jaga perut dengan minuman yogurt mereka.. sebabnya dalam minuman ini ada LIVE CULTURE---> bakteria baik yang boleh tolong perut kita laa. Bahasa mudah boleh menyediakan salur cerna kepada keadaan penghadaman yang lebih baik kalau diambil secara konsisten .... Nak tahu lebih lanjut sejarah yogurt ni boleh tanya Pakcik Google.. Keluar berjuta-juta lemon cerita tentang sejarah yogurt ni. Kat sini saya cume nak berkongsi faedah-faedah makan yogurt yang bukan sahaja memberi kebaikan kepada perut sahaja.... Haaa ape lagi jom baca...

1. Membantu penghidap Lactose Intolerance - mereka boleh minum yogurt, terutamanya kanak-kanak yang tidak boleh minum susu disebabkan Lactose Intolerance. Bagi bayi umur sekitar 6 bulan hingga 1 tahun pun boleh minum yogurt, tapi yogurt dengan Bifidobacterium sp. yang menghasilkan asam laktat tipe L (+) sahaja. Hanya bila berumur 1 tahun dan ke atas baru boleh minum semua jenis yogurt - Selidik dulu ye ibu-ibu...

2. Mengurangkan kolestrol dalam darah - ini jarang kita dengar... saya pun baru tahu.. suka yang ni sebab saya memang makan yogurt...!

3. Menghalau bakteria / patogen - kepentingan minum/makan pada masa cirit birit.. Kalau minum waktu perut okey apatah lagi

4. Meneutralkan antibiotik - bila kita makan antibiotik, semua bakteria baik pun kena bunuh sebab antibiotik tak pilih bulu okey.. semua dia sapu.. baik ke, jahat ke.. kecuali virus.. jadi bila makan yogurt, kita pun mengadakan balik bakteria baik dalam perut.. - jadi kalau makan antibiotik, jangan lupe makan yogurt juga.. bergantung kepada berapa kerap anda makan lah..

5.Antikanser saluran cerna - bakteria dalam yogurt juga boleh mengubah zat-zat pencetus kanser yang ada dalam saluran pencernaan hingga mampu mencegah apa-apa kanser di situ - aha.. ni pun baru tahu...
6.Mencegah Penyakit Jantung Koroner - disamping menurunkan kolestrol, bakteria baik dalam yogurt mampu menghasilkan asid folik dan juga vitamin B complex yang mampu mencegah penyakit ini... - ha yang ni selain makan yogurt setiap hari, kita juga boleh makan makanan tambahan (supplement) dalam kuantiti yang sepatutnya.. jom pakat ramai-ramai cari asid folik dan b complex sebab sememangnya kita sayangkan jantung kita... mencegah lebih baik daripada mengubat...

7.Membantu menurunkan berat badan - ini kalau makan yogurt tanpa lemak la ye.. tapi bukanlah bermakna makan yogurt je tiap masa dan ketika.. cuma yogurt ni boleh dijadikan salah satu pemakanan untuk menurunkan berat badan....harap maklum

Sekian perkongsian daripada saya. Banyak kan kebaikan minum /makan yogurt. Kalau ada lagi faedah minum/makan yogurt lain yang tiada di sini, sila tambah kat bahagian komen ye!