Wednesday, April 29, 2015

Ibu hadapi masalah cap jari tidak dapat dikesan pulih semula

Hari ini saya nak berkongsi satu cerita. Masalah cap jari tidak dapat dikesan bila nak buat transaksi menggunakan Mykad, seperti pengeluaran wang di kaunter atau menyemak baki KWSP di kiosk-kiosk. Ibu yang dimaksudkan adalah saya sendiri.



Saya menghadapi masalah cap jari tidak dapat dikesan ni sejak lepas kahwin. Saya perasan kalau melalui transaksi yang menggunakan Mykad, saya pasti menghadapi kesukaran untuk cap jari dapat dikesan dengan lancar. Mungkin sebab banyak guna sabun secara langsung tanpa guna sarung tangan.

Sunday, April 26, 2015

Cara mudah urus anak sambil berniaga untuk ibu yang baru bermula

Photo: Google
Sejak GST telah mula dilaksanakan pada 1 April yang lalu, saya fikir pasti ramai ibu-ibu proaktif di luar sana tidak mendiamkan diri, juga tidak membekukan diri daripada berbuat apa-apa.



Iya lah. GST telah pun dilaksanakan, kalau kita bising pun, kenaikan harga tetap berlaku, GST pun kena bayar juga kerana keperluan seluruh isi rumah perlu juga dipenuhi walau apa pun.Saya pasti anda pun setuju dengan saya.

Saturday, April 25, 2015

Apa nak buat kalau anak mula menunjukkan tanda-tanda demam selsema dan batuk?

Ini yang saya buat.

Demi kesihatan anak dan tak mahu batuk dan selsema melarat, pagi-pagi ku main tumbuk-tumbuk.

Tumbuk menumbuk dengan penuh kasih sayang di pagi hari sebelum ke tempat kerja.

Pagi-pagi lagi telah kedengaran bunyi ketukan alu kayu yang berlaga dengan mangkuk tembikar putih kecil memecah sepi. Jiran sebelah pun turut sama mendengar.

Mungkin jiran sebelah berkata-kata dalam hati,
❝rajinnya si Sarah ni, buat bekal bawa ke pejabat agaknya.❞

Sehingga suatu hari ketika majlis santai makan-makan di hujung minggu beliau pun meluahkan isi hati.


Hihi. Saya pun menerangkan perkara sebenar, tunjuk gambar terus.


Bahan-bahan yang diperlukan:

Gambar 1. Sediakan dua biji vitamin C Chewable, alu kayu, dan mangkuk untuk hancurkan vitamin. Pastikan semua alatan kering.

Gambar 2. Mula-mula, vitamin masih tidak hancur. Teruskan sehingga...

Gambar 3. Vitamin C Chewable dah hancur. Bolehlah di masukkan ke dalam botol susu anak. Goncang sampai betul-betul larut.

Sukatan susu/ vitamin- kalau anak pandai rasa, cuba tambah susu, kalau biasa buat 3 scoop, cuba tambah satu scoop atau kurangkan vitamin sehingga anak mahu minum. Cara ini kena guna kaedah cuba jaya, sama ada kurangkan vitamin atau tambah susu sebab taste setiap anak tidak sama. 

Mode saya sekarang sengih-sengih macam kerang busuk. Rasa best bila dilabelkan rajin. Ibu-ibu ada yang nak jadi rajin main tumbuk pagi-pagi?


‪#‎iniceritapenggunategar‬

Maisarah
0132015399
GST~Geng Shaklee Terlaris