Monday, August 31, 2015

Vitamin C kecutkan jerawat batu dengan cepat

Saya cukup simpati bila ada yang mengeluh jerawat sentiasa naik di muka dan ambil masa lama untuk kecut ataupun hilang.

Saya dengar keluhan mereka lalu saya cadangkan mereka makan vitamin C untuk beberapa hari.

Dan mereka menerima cadangan saya! 

Lalu, saya berikan mereka sampel Vitamin C untuk mngecutkan jerawat batu mereka yang jelas kelihatan merah.

Kakak Zar, memberitahu saya sejak akhir-akhir ini jerawat sungguh-sungguh naik di muka. Dan saya nampak jerawat-jerawat itu di sekitar rahang dan dagu beliau. Nampak kemerahan dan bernanah.

Beliau antara yang menerima cadangan saya. Hari Jumaat beliau pulang dengan sampel. Tiba hari Isnin, beliau bertanyakan soalan kepada saya,

"Maisarah, bila nak pergi Shaklee lagi? Akak nak kirim boleh?"

Ok. Saya cuba untuk menutup rasa terkejut saya.

"Kenapa kak?"

"Akak nak kirim sebotol Vitamin C",
Kak Zar membalas.

"Oh ye ke. Saya memang ada ready stock vitamin C ni. Esok saya bawak, boleh?" saya terus memberi cadangan.

Kak Zar senyum sampai ke telinga. Agaknya gembira dengan jawapan yang saya berikan. 

"Nasib baik ada awak. Senang ada dealer kat pejabat".

Persoalannya, kenapa sampai Kak Zar nak beli sebotol Vitamin C selepas dua hari?

Beliau makan seperti yang saya sarankan. Hasilnya, jerawat merah di sekitar rahang dan dagu mula kecut dan surut. Siapa yang tidak gembira kan?

Selepas sebulan, saya dapati jerawat dah langsung tiada di wajah beliau. Alhamdulillah.

Apa yang vitamin C boleh buat untuk anda?



Ia membantu badan melawan jangkitan termasuklah jangkitan yang menyebabkan jerawat merah dan bengkak.

Bila jerawat sukar hilang, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah cari vitamin C, yang boleh tingkatkan keupayaan badan lawan jangkitan. Berilah masa, tunggu dan lihat perubahan pada wajah anda.

Mahu hilangkan jerawat batu? Cubalah Vitamin C Shaklee. Hubungi saya segera atau anda boleh klik gambar di bawah untuk order segera.

Klik gambar ini untuk order sekarang juga :)


Maisarah
Wassap 0132015399









Sunday, August 16, 2015

Omega Guard minyak ikan laut dalam serbaguna untuk seisi keluarga

Anak-anak memang bijak kan. Sekali kita beritahu, pasti dia ingat sampai bila-bila.
Lama dah mereka batuk teruk, dan saya bagi Omega untuk bantu redakan batuk yang berkahak itu.

Pagi ini sedang saya keluarkan Omega, tiba-tiba si kecil Mumtazah bersuara:
"Mama batuk ke mama makan tu?"
Saya tak perasan. Rupanya ada yang memerhati.

Saya sebenarnya makan sebab nak hilangkan bengkak.Saya suka sangat Omega ni sebab BANYAK GUNA. Ia sangat membantu untuk
-Makanan otak bagi anak2 mahupun dewasa supaya cerdas fikiran

-Sangat membantu mengurangkan radang semasa batuk teruk berkahak

-juga membantu mengurangkan radang yang disebabkan alahan

-Bengkak-bengkak pada badan dan juga bengkak susu.

-Meningkatkan pengaliran darah

-dan nak tulis jugak, siapa yang nak kurus pun boleh makan Omega.... tanpa sedar saiz dah mengecil.

Ehh.. ingat sikit je nak senaraikan tadi.. Nak tahu lebih  lanjut, boleh hubungi saya samada SMS/ Whatsapp saya di 0132015399.

Selamat ber-omega!!

Friday, August 14, 2015

Doa pada hari Jumaat Terakhir Syawal tahun ini.

Menjelang hari terakhir SYAWAL. 
Moga tahun depan kita akan berjumpa lagi Syawal dan melaksanakan adab-adab pada satu Syawal mengikut Sunnah Nabi. Dengan Harapan tahun depan boleh puasa enam lagi.
Kalau sempat buat tahun ini, Alhamdulillah. Kalau tak sempat, tidak mengapa. Tahun depan, umur panjang dengan izin Allah, kita usaha lagi.
Di alam maya seperti biasanya, doa ini telah diviralkan. Mari kita baca & aminkan.

Doa di Jumaat terakhir Syawal tahun ini. Semoga kita bertemu lagi Syawal tahun depan اِ نْ شَآ ءَ اللّه
1. Ya Allah jika di saat ini, ada kwn ku yg sakit, sembuhkan lah dia. آمِيّنْ
2. Ya Allah jika disaat ini ada kwan ku yg bermasaalah, beri lah jln keluar utk dia. آمِيّنْ
3. Ya Allah jika di saat ini ada kwn ku yg kesempitan wang, kau murahkanlah rezekinya. آمِيّنْ
4. Ya Allah jika di saat ini ada kawan ku yg bermasam muka di antara satu sama lain damaikanlah mereka. آمِيّنْ
5. Ya Allah jika di saat ini ada kwn ku yg sesat duniawi, kurniakan Nur kpd dia. آمِيّنْ
6. Ya Allah jika di saat ini ada kwn ku lalai, kurniakanlah Hidayah Mu kpd dia. آمِيّنْ
7. Ya Allah jika di saat ini ada kwn ku yg bersedih hati. kembalikanlah kecerian di wajahnya. آمِيّنْ
8. Ya Allah jika di saat ini ada kwn ku yg berada dipersimpangan jalan yg berliku, tunjukkanlah jalan yg diredai oleh Mu.

آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن

Sunday, August 9, 2015

Jamuan Potluck Hari Raya 2015 bersama sahabat sejati

9 Ogos 2015

Hari Potluck kami. Dah lama tak berjumpa. Walaupun kerja bangunan sebelah menyebelah, tak sempat jumpa juga sebab tugasan selalunya memerlukan saya untuk berada tepat pukul 2 di pejabat.

Tiba-tiba rancangan potluck dibuat dalam group wassap kami pada Isnin minggu yang sama. Baguskan. Rancangan spontan (spontan ke), yang tempoh rancang tak lama sangat. Kalau rancang daripada awal selalunya tak menjadi. Kenapa begitu? Sepatutnya kalau rancang daripada awal lagilah menjadi-jadi kan?



Salah seorang rakan yang bersama saya ini telah dikenali sejak sekolah menengah lagi. Rakan sekelas di MRSM PC tahun 1998  dan 1999. Lepas tu jumpa.lagi di Matrik Melaka dan seterusnya di UKM.

Sekarang, kerja di tempat sama, cuma bangunan berbeza. 

Lama betul sejak Tahun 1998. Kiralah. 2015-1998 = 17 tahun... Lamanya!!! Tak sangka. 

Rakan yang lain pula dikenali sejak belajar di UKM  sejak tahun 2001. Menjadikan persahabatan kami selama antara 12-14 tahun!

Fuh. Sampai beranak pinak. 

Ada kajian dilakukan. Kalau persahabatan menjangkaui 7 tahun, kemungkinannya ia akan berlanjutan sehingga bila-bila...

Semoga persahabatan kami pun sampai bila-bila.



Pengalaman dan kenangan merapatkan kami bersama. Masa-masa lalu ini sangat mahal. 

Kalau diimbas kembali, buat saya tersenyum. Kenapalah aku begitu dulu. Kenapalah aku tidak begini. Macam-macamlah datang dalam fikiran. Yang baik jadi pedoman, yang buruk jadikan sandaran. 

Hidup manusia ni sangat dinamik. Begitu juga kami. Begitu juga saya khususnya.

Sahabat yang sukar dicari ganti.

Saya sayang kamu semua!

Sunday, August 2, 2015

Kesan Kolestrol Tinggi

Kolestrol tinggi haruslah ditangani segera. Apa yang terjadi jika kita mengabaikan keseimbangan kadar kolesterol di dalam tubuh?



Kita kerap dengar bahaya kolesterol tinggi adalah stroke, penyakit jantung koroner, bahkan kematian. Tapi tahukah anda, sebelum bahaya-bahaya yang menyebabkan kematian itu terjadi, ada tanda-tanda yang saling berkait yang perlu anda tahu. Berikut adalah kesan kolestrol tinggi:

1. Yang Terjadi di Dalam Sistem Peredaran Darah Jika Kolesterol Tinggi:
Kolesterol bergerak melalui aliran darah anda melalui lipoprotein. Terdapat dua jenis lipoprotein dan kita amat memerlukan keduanya iaitu

Lipoprotein low-density (LDL)

Kadar ini yang harus diperhatikan, jika ada terlalu banyak kolesterol di tubuh. LDL sering disebut sebagai "kolesterol jahat" karena sifatnya yang kerap menyebabkan pembuluh darah tersumbat sehingga menyebabkan masalah kesihatan yang merbahaya.

Lipoprotein High-density (HDL)

Berbeza dengan LDL, HDL memiliki fungsi membawa kolesterol yang berlebihan daripada jaringan darah anda dan sel-sel kembali ke hati untuk diolah semula. Proses ini menjadikan LDL berkurang, dan itulah sebabnya HDL disebut "kolesterol baik."

Tugas arteri adalah untuk memindahkan darah dari jantung ke bagian lain dalam tubuh. Terlalu banyak LDL dan HDL yang tidak cukup membuat plak berkumpul pada arteri hasil dari campuran mengerasnya kolesterol, lemak, dan elemen lainnya dalam darah.

2. Apa yang terjadi di Sistem Kardiovaskular Jika Kolesterol Tinggi:

Salah satunya arteri koroner yang menyempit, sehingga mengganggu aliran oksigen ke jantung Anda.
Peningkatan kadar kolesterol LDL jelas menaikkan risikio anda mengalami serangan jantung.  Jika hal ini terjadi, terdapat gejala yang patut diawasi, iaitu:

Gejala berkurangnya aliran darah ke jantung – rasa kurang selesa dada, seperti ditekan dan ngilu (angina).

Gejala lain ialah rasa sakit di rahang, leher, bahu, lengan, atau punggung.

Jika aliran darah ke salah satu bagian otot jantung terhalang sepenuhnya, hasilnya adalah serangan jantung. Ia boleh mengakibatkan kematian dari otot jantung kerana kekurangan oksigen.
Jika hal tersebut terjadi, aliran darah harus dipulihkan dengan cepat, karena jika tidak ditangani segera, akan muncul risiko kerosakan jantung kekal atau kematian.

3. Apa Yang Terjadi di Sistem Saraf Pusat Jika Kolesterol Tinggi

Ketika plak berkumpul di arteri yang membawa darah ke otak anda, otak akan kekurangan oksigen. Sel-sel otak cepat menjadi rusak dan mulai mati (stroke).

4. Yang Terjadi di Sistem Pencernaan Jika Kolesterol Tinggi

Kolesterol tinggi dapat membuat ketidakseimbangan empedu, menyebabkan batu empedu. Menurut Asosiasi Ahli Penyakit Pencernaan Dunia, lebih dari 80% dari batu empedu adalah batu kolesterol. Penumpukan plak di arteri anda juga dapat menghalang aliran darah ke ginjal dan perut. Sindrom iskemia usus berlaku jika ada penyumbatan di arteri yang menuju ke usus. Gejala termasuk sakit perut, mual, muntah, dan najis berdarah.

Baca lanjut bagaimana menurunkan koletrol tinggi dalam darah