Thursday, December 24, 2015

Tips Merancang kewangan bermula sekarang

Tip ini berasal daripada Dr Azizan Osman. Copy & Paste daripada group whatsapp. Moga bermanfaat untuk semua


Merancang kewangan kita sebelum terlewat.
.
๐Ÿ’ฅWaktu Pagi:
❎Jangan Withdraw Duit Dari Atm
❎ Jangan bayar Loan
❎Jangan Bayar Hutang
.
๐ŸŽˆPagi adalah Untuk Kita:
๐ŸŽ‰ Sedekah
๐ŸŽ‰Jemput Rezeki Melalui Dhuha
๐ŸŽ‰ Berzikir Dan Selawat
.
๐Ÿ’ฐSemua untung bersih@gaji bersih mesti diagihkan ke dlm 6 TABUNG
.
๐Ÿ‘‰ Tabung NEC 55%
Singkatan kpd neccesity @ keperluan.
Semua perbelanjaan rumah, byr sewa, kete, bil.,amik dr tabung NEC ni
.
๐Ÿ‘‰Tabung FFA 10%
Financial Freedom Account. 
Saving tetap kita. Jgn guna langsung utk tempoh yg pjg.,cth 10 thn. 
Option simpanan utk FFA - 
1. Unit trust 
2. ASB
3. Fixed deposit
4. Tabung Haji
5. Beli gold
6. Simpan dlm tabung kt rumah.
Yg penting kita dh start create passive income utk masa depan kita.
.
๐Ÿ‘‰ Tabung LTSS 10%
Long term saving for spending.
Simpanan jangka masa pjg utk dibelanjakan.
Cth. Kumpul utk beli hp, deposit kete.,dll
.
๐Ÿ‘‰Tabung FUN (PLAY) 10%
Duit dr tabung ni br boleh guna utk joli, blanja mkn, reward diri
.
๐Ÿ‘‰Tabung EDU 10%
Tabung pendidikan.
Utk siapa?
Utk anak?
Diri sendiri mcm pi motivasi ke coaching ke
Yee...utk diri sendiri. Sbb yg nk kaya dan berjaya tu kita.
Duit tu guna tuk gi seminar, beli buku dll
Lps ni x de alasan x de duit nk blanja utk tambah ilmu. Korban skit tuk dpt yg lebih besar
Ank akn ada bhgn dia bila kita dah berjaya nnti
Kita slalu pikir ank je...tp x pernah pikir nk majukan diri sendiri dulu
.
๐Ÿ‘‰Tabung 5% CHARITY
Yang ni yg paling penting. Gunakan utk sedekah dan derma
Wajib ada
Tabung kebajikan
Tabung tu kita guna tuk bantu org lain
INGAT๐Ÿ’ฅ๐Ÿ’ฅ
Kita jgn jd perompak kpd bisnes kita sendiri!
.
...besarkan kapasiti tabung anda..supaya kita boleh masukkan lebih byk rezeki...

Untuk mengelakkan Kebocoran Wang ..
Kita perlu menjadi MONEY MAGNET...
Dengan Kata Lain Duit Yang Berkat...
.
Banykkan sedekah dan mengeluarkan zakat pendapatan
.
kebocoran berlaku sbb duit tu bkn hak kita sebenarnya. Byk faktor yg jd penyebbnya
Ada duit je adalah masalah dtg, kete rosak, ank sakit dll...
Bermakna duit kurang berkat..,selalu berlaku pd ramai org...
Lps ni check blik diri kita.

❤Hubungan dgn manusia, ibubapa, suami, ank2
Ada dendam sesiapa
Ada x maafkan org..
Ada sakitkan hati org
Pikir semula.
.
Mohon maaf dan memaafkan org adalah perkara yg terbaik.

Wow.. Bila dah baca, kena amalkan. Tak amal, takde apa lah yang berlaku....

.

.
Sekian...

Maisarah

Banyak tabung nak kena beli ada GST pula.. (tiba-tiba lampu bercahaya)Recycle canister Shaklee je lah.. Banyak dalam kabinet dapur tu.... ๐Ÿ˜€ 

Melegakan batuk dan demam selsema sampai tiada perit di tekak dan berselera makan

Minggu lepas punya cerita. Main hujan baju habis basah kuyup buat saya kesejukan untuk beberapa jam. Kisahnya saya ke tandas dengan anak. Si anak ada baju ganti, ibunya tak berganti.... Kesannya, si ibu pula yang diserang demam batuk dan selsema. Bagaimana legakan batuk dan demam selsema dengan cepat?

Main hujan hari Ahad. Saya mula demam selepas hari ketiga. Hari Rabu saya ke klinik dan dapat Cuti sakit. Suami saya yang hantar saya, juga dapat cuti sakit sebab blood pressure tak mahu turun (Nanti saya cerita). Tapi, tugas saya pagi tu untuk melawat program dalaman di cawangan, saya gagahkan jua hadir.

Niat di hati nak jumpa Puan Muna Izzah kerana dialah trainer pagi tu. Senang melihat beliau menyampaikan program. Seorang trainer yang baik. Kalau ada yang nak buat program penampilan, boleh jemput dia. 

Program latihan dah jadi salah satu passion saya. Best jika program banyak input yang memberi manfaat. Satu yang saya paling suka, walaupun hadir sekejap saya selalu dapat ilmu yang baik. Part ini yang saya paling suka. Saya suka belajar dan belajar semula. 

Ehh melencong pula ye. Hihi.

Ok. Kembali ke topik kita balik. Bagaimana nak legakan batuk dan demam selsema dengan cepat?

1) Ambil vitamin C setiap 5 jam. Bila demam selalu kena ingat, mesti up kan balik imun. Vitamin C sangat membantu melawan balik jangkitan. Ia bukan sahaja untuk kecantikan, tapi untuk imun juga ye. Siapa yang dah makan untuk kulit, dia juga pasti dapat faedah 'eh dah lama tak demam'... Atau 'eh kejapnye demam kali ni'
(saya la tu). Sama juga batuk dan selsema.

2)Paling best demam kali ni sebab saya makan omega. Saya ambil sama dengan vitamin C. Tapi kalau mula batuk dan bersin, saya telan sebiji... Apa yang baiknya...

-ulser cepat hilang pecah hari ni, esok lusa dah baik.
-Batuk kadang-kadang dan tak menyakitkan ( tak melukakan tekak, yang buat rasa perit nak telan makanan), yang ni memang awesommeeeee. Kahak memang ada. Tapi batuk tiba-tiba berdiam diri.
-Sekali sekala je bersin...

Tak ke rasa best macam ni... Bukanlah saya nak demam lagi. Tapi kalau terpaksa demam, takde lah nak sakit tekak yang perit lagi menyakitkan, lap hingus kat hidung sampai kulit menggelupas... Kali ini, semua tu takde...

Saya batuk dan demam selsema yang tak kelihatan. Bagus kan?

Makanan tambahan bantu legakan batuk dan demam selsema

Ehh nanti ada yang cakap takkan makan dua tu aje? 

Mestilah tidak. Saya juga makan nasi macam biasa. Tapi, saya banyak kali makan sup sayur dan ayam tanpa minyak dan tak pedas. Letak banyak bawang putih... Buah, pun saya tak lupa makan. Berselera walaupun sakit... Itulah saya...


Maisarah
Demam macam tak rupa demam... Makan macam biasa ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. Berselera... 

SID pro 890066
Whatsapp 0132015399



Impian saya 2016 memang buat saya tak sabar

#impiansaya2016



Okey. Tahun ni dah menuju penghujung... Seperti selalunya sebelum masuk tahun baru, saya akan menyenaraikan azam dan impian saya. Kali ni letak gambar terus. Biar terus masuk dalam2 #mindabawahsedar. Ada emosi, barulah ada tindakan. Kan kan... 

Yang lain semua baru kecuali umrah. Tahun lepas dah letak impian nak ke sana, tapi Allah belum izinkan saya ke sana ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š 

Yang gajet tu untuk kesihatan. Blood pressure husband turun naik, jadi kena cari satu alat, boleh check hari-hari. Lepas ambil VitaminC, OmegaGuard dan Lecithin baru dia rasa lega.... Tapi masih kena monitor... Ulang alik kerja jauh, tambah stress dan penat... Melambung-lambung dia naik.. Masa ni sensitif. Jadi jaga-jaga ๐Ÿ˜œ. Kena bagi sekali B complex supaya emosi stabil. Emosi yang ni kena kawal... Tak bagus.

Mesin lagi satu tu boleh scan komposisi lemak badan... Tu pun nak kena beli. Yang tu untuk tujuan bisnesku.... Nak kira peratus lemak  dan otot badan pun boleh... Roger guna wassap ye... Nanti saya buat announcement. Mana yang dekat bolehlah buat ye...

Eh apa kene mengena pula mesin  jahit sulam tu? Haha.. Mestilah nak guna.... Untuk hobi. Saya suka jahit tau. Mana tahu satu hari nanti, kerja dari rumah pula ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š 

Gambar yang ada kerusi tu apa pula? Ha... Yang tu mom workstation di rumah. Nampak kan mesin jahit tuu... Suka sangat... Macam dah ada je workstation tu kat bilik atas. #VISUALIZE.... VISUALIZE....VISUALIZE ngeh ngeh ngeh

Yang gambar lagi satu tu... Itu #Jepun. Nak ke sana tak tahu bila. Tapi salah satu tempat yang kena pergi. Hait. Gambatte nehhhh Maisarah!!!

Maisarah
Berangan dapat semua impian sebelum bulan 12 2016. Mahu lompat ke bintang banyak kali. Yahoooooooo....

Wednesday, December 23, 2015

Cara mudah buat facial sendiri di rumah untuk wanita sibuk

Wanita atau suri rumah sudah pasti sibuk daripada buka mata hingga tidur balik pada waktu malamnya. Waktu pejam mata je tak sibuk. Itu pun, ada juga yang merengek perlukan perhatian. Jadi bagaimana ibu ini nak buat facial supaya wajah sentiasa cantik dan ceria? Tak perlu ke salun, buat je facial sendiri di rumah.



Untuk apa buat facial ni?

Eh eh ada yang tanya pula soalan ni. Baiklah. Facial ni dibuat untuk

1)membersihkan muka anda daripada kotoran muka sehingga kotoran dalam lubang pori-pori. Lubang pori ni perlu dijaga. Kadang-kadang ia boleh tersumbat, kemudian boleh jadi jerawat besar dan merah. Kalau nak cegah, kena la buat paling kurang sekali seminggu pun boleh... Buat kat rumah je pun. Ni yang nak bagi resepi ni ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

2)Nak buang white head (biji putih) dan black head ( biji hitam).Kalau tak tumbuh jerawat pun, ada biji putih dan biji hitam secara berleluasa. Yang ni buat saya geram nak guna tangan buang satu-satu... Tapi a big no kalau nak guna tangan ye... Muka cepat luka kalau buang begitu saja. Ada stepnya kalau nak buang. Buat facial, anda pasti gembira dengan hasilnya, biji putih dan hitam hilang.... Ringan sikit rasa muka....

3)Nak buang kulit mati. Kulit mati kalau tak dibuang, sudah tentu ia antara kotoran yang akan menyumbat lubang pori anda. Ia juga perlu dibuang supaya sel kulit muka boleh tumbuh dengan baik. Macam pokok juga. Ada daun kering sendiri, lama-lama mati. Tapi masih melekat pada pokok. Kalau tak dibuang jadi susah daun lain nak tumbuh. Kan? Muka pun macam tu juga. Jadi muka akan kelihatan kusam. Buat facial muka membersihkan kulit mati tadi, jadi muka akan kelihatan segar. Memang best.

Apa produk nak guna?
Basic facial yang saya selalu buat guna tiga langkah je. Ringkas. Siapa sahaja boleh buat sendiri di mana-mana pun asalkan bawa barangnya.

1) buka pori, guna scrub
2) cuci, guna cleanser, deep cleanser lagi baik.
3) tutup pori, guna masker dan toner.
4) last sekali, cuci bersih...tadaaa

Alang-alang dah makan Shaklee, buat sendiri facial sangat menjimatkan dan hasilnya sangat best.

Caranya mudah sahaja:

1. Buka liang roma dan buang sel mati menggunakan Alfalfa atau Nutriwhite make up removal. Kalau make up removal tiada, guna je scrub yang ada.

- hancurkan alfalfa untuk jadikan scrub. Scrub satu muka untuk buang sel-sel mati dan buka pori di muka. Make up removal pun bertindak untuk kesan yang sama juga.


2. Buang minyak dan kotoran dengan Nutriwhite deep cleanser atau cleanser yang anda guna.

- dah siap scrub, cuci dengan deep cleanser nutriwhite. Pada masa ini, liang masih terbuka dan bersih.

3. Tutup lubang pori dengan masker collagen.

- Cara bancuh : Collagen powder (1/3 sachet)+toner nutriwhite
- Dengan pantas pakai masker collagen  di muka. Lagi bagus kalau dah buat bancuhan siap-siap.
- Posisi yang betul ketika memakai masker adalah berbaring. Agar muka tidak jatuh.
- Pada waktu ini, kurangkan aktiviti anda.

Oh sebelum mula buat facial, ambil gambar muka dulu ye. Juga ambil fambar close up untuk bandingkan sebelum dan selepas.

Penting rekod ni. Kena buat setiap kali buat facial ye....

Tapi kan... Kalau tak de semua di atas bagaimana? Nanti saya kongsikan dalam entri akan datang yeeee...

Maisarah

Kulit muka lembut gebu dan segar baru lepas buat facial sendiri... Suka hati berapa lama nak tilik muka kat cermin ohhh...


SID pro 890066

Whatsapp 0132015399


#pengedarshakleekantanpermai

#pengedarshakleelrtkerinchi
#pengedarshakleeplazapantai

Wednesday, December 16, 2015

Manfaat makan sayur dan buah

Berapa banyak nak makan??
Kita semua memang tahu makan buah dan sayur memang banyak manfaat. Perkara ni berulang kali ditekankan dalam program kesihatan. Tapi ramai juga yang tak makan. Hairan kan?

Kalau anda nak tahu, manfaat makan sayur dan buah menurunkan risiko kanser. Dalam 200 kajian, orang yang makan sayur dan buah dengan banyak, risiko untuk dapat kanser menurun sebanyak 50%! Bukan sikit-sikit tu...

Jadi jom makan sayur. Saya faham ramai yang beritahu hanya secara umum.  Saya percaya banyak persoalan yang jarang dikemukakan tentang sayur dan buah. Soalan ini juga sering terlintas dalam fikiran saya. Jadi saya nak zahirkan di sini.

Persoalannya;

Berapa banyak makan buah sehari?

Berapa banyak makan sayur sehari?

Makan sayur dan buah apa?

Kalau nak elak penyakit kronik seperti sakit jantung nak makan apa dan berapa banyak?

Jom cari jawapan.

Kalau dalam program nutrisi, nutritionist selalu beritahu, sekurang-kurangnya makan 3 serving sayur dan buah sehari. Ini paling minimum. 

"Eh satu serving ni banyak mana???"

Satu serving bersamaan satu cawan sayur atau satu cawan buah. Boleh agakkan banyak mana nak makan. 3 serving paling minimum yang perlu anda makan kalau takde penyakit. Keperluan waktu biasa.

Menurut Elaine Magee, seorang penyelidik nutrisi dalam bukunya Food Synergy mencadangkan makan 5 serving sayur dan buah setiap hari untuk dapat manfaat makan buah dan sayur. 

Tapi untuk nak dapat kesihatan optimum, yang susah anda nak jatuh sakit, anda patut makan 9 serving buah dan sayur setiap hari...

Yup, setiap hari.

Wohoho 3 serving pun susah nak kejar, inikan pula 9 serving. Takpe. Positif. Positif. Mula-mula nak biasakan tu ambil masa. Lama-lama, saya pasti anda akan mula seronok bila dah rasa badan makin sihat.

Kesimpulannya, 

Paling cikai makan 3 serving sayur dan buah. Ini keperluan. Satu serving untuk makan pagi, tengahari, malam. Kalau ini pun tak dapat buat, carilah mana-mana supplemen yang baik dan selamat.

Kalau anda memang nak jaga kesihatan, perlu makan 5 serving buah dan sayur setiap hari. Supaya sentiasa sihat. 

Dan kalau anda betul-betul nak kesihatan yang optimum(jarang jatuh sakit) makanlah 9 serving sayur dan buah setiap hari.... 9 serving tu makan jangan makan sekaligus... Lain jadinya... Setiap kali makan, boleh ambil satu serving buah dan  dua serving sayur.

Contoh: 

Makan pagi: 3 serving ( dua serving sayur dan satu serving buah)
Makan tengahari: 3 serving
Makan malam: 3 serving 

Cadangan saya, makanlah sayur dan buah dahulu berbanding makanan lain supaya anda kenyang dulu menyebabkan makanan seperti nasi jadi kurang makan. Petua ini selalu saya amalkan untuk anak saya. Keluarkan buah dahulu. Memang menjadi...

Dah tahu jumlah nak makan sayur dan buah banyak mana, kita beralih kepada soalan kedua. Buah dan sayur apa nak makan ni???

Makan buah dan sayur paling memberi perlindungan.

Apakah ia?

Untuk sayur, anda boleh pilih makan seperti ini.

Bawang, bawang putih, kekacang, lobak pelbagai warna, sayur berwarna kekuningan, sayur berdaun hijau/warna gelap.

Untuk buah
Selalu yang dicadangkan adalah buah sitrus seperti oren, buah berries seperti blackberry, cranberry. Nak makan buah epal, pir, tembikai, jambu batu, nanas dan pisang pun boleh. Terpulang.

Tapi, ikut sukatan ye :).

Sekarang, masuk soalan ke empat. Apa nak makan nak elak sakit jantung?

Menurut kajian, lelaki yang makan 5 serving atau lebih buah dan sayur (dan makan tak lebih 12% lemak tepu) akan menurunkan risiko diserang sakit jantung sebanyak 76% ye... Uihhh banyak. 

Cuba anda fikir sejenak;

Jika anda lelaki, banyak mana anda makan buah dan sayur sehari?

4 serving?
3 serving?
2 serving?
1 serving?
Tak makan langsung?
Biasa makan makanan bergoreng atau makanan bersantan?

Jika ya;

Tahniah, anda sedang meningkatkan risiko sakit jantung sebanyak 76%.

Jika tak mahu sakit jantung, apa yang perlu anda lakukan adalah makan 400 gram buah dan sayur setiap hari untuk cegah sakit jantung.

400 gram??? Macam banyak. Tapi sebenarnya sikit je.

Ini contoh bagaimana nak dapat 400 gram tadi tu. Tapi kalau hari-hari nak buat ini pun boleh.

1 cawan brokoli yang di kukus
2 cawan daun bayam mentah( buat salad le)
1 cawan buah oren yang telah dipotong kecil
1 cawan blackberries (atau buah berries yang lain)

Jumlah berat: tadaaaa 592 gram....

Dah makan sayur dan buah, kenalah jaga pemakanan lain juga. 

Kurangkan makanan bergoreng.
Kurangkan makanan bersantan.
Kurangkan makan daging merah.

Janganlah kerana kita dah makan makanan yang nak cegah, tapi pada masa yang sama turut makan makanan yang menyumbang kepada sakit jantung. 

Boleh fikir sendiri kesan dia, kan.. Okey panjang berjela sudah.. Tunggu entri seterusnya pula ye...


Maisarah

Kalau kurang makan sayur dan buah, cepat je nak kena demam batuk selsema.... Jadi nak kena maintain paling tidak 5 serving sehari.. 

Ohhh *tangan di dahi*

SID pro 890066
Whatsapp 0132015399 

#pengedarshakleekantanpermai
#pengedarshakleekajang
#pengedarshakleeplazapantai
#pengedarshakleelrtkerinchi




Tuesday, December 15, 2015

Kolagen asli terbaik mudah diserap dan paling selamat

Bila sebut collagen je mestilah terbayang kulit cantik, gebu, glowing dan awet muda... Si pemakai pun tampak lebih ceria sebab dah cantik kan. Kulit pun terpanggil-panggil untuk dipuji oleh si pemuda, pemudi, malahan yang dah berpunya pun. Hiks.

Manfaat kolagen sangat banyak.


Tapikan,  tahukah anda sebenarnya collagen sangat banyak kegunaan dia? Maksud saya saaaaaaaaangat banyak (sambil senyum dan depangkan tangan).

1)Kolagen membina tulang rawan kita.

Kolagen menyumbang dalam pembinaan tulang rawan kita. Ehh tulang rawan tu yang mana? Ia tulang lembut yang menyambung sendi kita. Kalau makan ayam anda pasti perasan pada sendi2 ayam tu ada lapisan lembut berwarna putih bila di makan ia memberikan rasa sedap dikunyak. Kruk krak bunyinya. Itulah rawan. Bila rawan tidak cukup kolagen, ia boleh tercedera dan menipis. Hasilnya, sendi kita semakin lama semakin haus akibat geseran hasil pergerakan kita.

2)Kolagen membantu dalam metabolisme badan.

Kalau anda nak tahu, kolagen sebenarnya turut membantu meningkatkan metabolisme badan. Makin kita berusia,  metabolisma semakin menurun. Anda yang berumur 30 tahun ke atas ini dah tahap wajib untuk makan colagen ye. Metabolisme badan yang perlahan akibatnya badan senang naik. Tapi nak turun bukan main payah. Sendiri alami mesti tahukan... Ahaks...

3)Kolagen juga merupakan bahan binaan organ lain seperti usus

- Kolagen juga merupakan bahan binaan organ lain seperti usus. Bila tak cukup kolagen, usus kita senang 'bocor' yakni usus kita akan menyerap benda yg tak sepatutnya seperti toksin! Usus sepatutnya menyerap nutrient dan menapis toksin daripada masuk ke dalam salur darah. Tapi jika bocor, semua pun dia bagi lalu.... Itu yang senang nak berlaku darah kotor, darah ada jangkitan, darah ada toksin dan sebagainya!

Anda dah nampak, baca dan faham kenapa kolagen sangat penting kepada manusia. Bukan untuk cantik sebenarnya. Tapi untuk fungsi normal badan. Satu fitrah yang mana ia adalah satu KEPERLUAN! 

Siapa kata kolagen tak penting, dia tak boleh terima hakikat yang badan dia perlukan kolagen untuk berfungsi dengan baik. Kena bersyukur tau. Ada sumber kolagen yang kita boleh makan untuk topup keperluan kolagen kita. 

Banyak manfaat kolagen dan kolagen ni bukan senang-senang nak dapat. Lagi-lagi yang asli, halal dan bebas toksin. Ia mudah diserap dan paling selamat. Mana nak dapat yang baik macam ni? Jauh di dasar lautan sana tempat asalnya.

Tapi mesti anda pernah dengarkan. Nak kolagen ni senang orang kata... makan kaki ayam. Tapi banyak mana sangat kolagen tu. Makan kaki ayam hari-hari? Yang tak suka kaki ayam bagaimana? Ye tak?

Alang-alang nak makan kolagen tu, cari kolagen asli, selamat, berkesan, semula jadi dan paling penting senang diserap.

Anda pasti mahu memenuhi keperluan kolagen harian anda.

Jom kita tengok apa kesan mereka yang dah makan kolagen paling best ni.

Dark spot mula menghilang selepas 3 hari


Berita baik, bulan ni ada promo!!!! Beli 6 percuma satu... Pakat ramai-ramai beli, nanti boleh dapat free membership!! Boleh terus beli pada harga ahli. Peluang tak selalu datang nii... 

PM untuk pesanan atau order ye!!

Maisarah
Hari-hari makan kolagen, kulit glowing hilang kedut. Rawan kembali menebal, usus payah nak 'bocor'...

SID pro 890066 
Whatsapp 0132015399
#pengedarshakleekajang
#pengedarshakleetamankantanpermai
#pengedarshakleeplazapantai


Petua sembelit yang cepat melegakan

Sembelit punya pasal.

Stress kan kalau sembelit. Ada yang sembelit punyalah lama dalam seminggu baru berjaya dikeluarkan. Itu pun dah macam-macam cara buat guna semua petua sembelit yang ada.

Tapi kan, kalau anak yg sembelit lagi kasihan rasanya. Dia punya menangis masa tengah berlaku proses pengeluaran Tuhan je tahu. Kita yang tengok pun nak nangis. Alhamdulillah anak saya hanya mengalaminya beberapa kali sahaja. Itu anak yang pertama. Anak kedua langsung tak pernah kena sebab dah bersedia. 

Tapi kenapa sembelit boleh berlaku? 

Mari tengok clip ni

Dah tengok? 

Secara mudahnya, sembelit berlaku disebabkan

1 - air terlalu banyak diserap dari usus besar (selalu ini kes kurang minum air lah ni...)
2 - gerakan otot-otot usus terganggu
3- tekanan
4- kurang fiber

Kalau nak elak sembelit apa yang anda perlu lakukan adalah

1)- banyakkan makan buah, sayur & sumber fiber yang lain
2)- minum air secukupnya. 
3)- jangan stress.

Tapi kalau dah sembelit, ape nak buat? Dah macam-macam cara cuba?

Untuk kesan segera, ada dua produk yang anda boleh ambil iaitu 

- Herb Lax

Herb lax boleh amik secara tetap, seminggu sekali atau seminggu 2 kali utk cuci usus

- Ostematrix
Ostematrix pula perlu diambil hari-hari kerana ia mengandungi magnesium dan calcium yang baik untuk merelakskan otot usus supaya boleh mengecut dengan baik 

-dan banyak minum air. Sekuramg-kurangnya tiga liter.

Mahu hari-hari membuang?

Maisarah
Makan ostematrix hari-hari mahu buang.๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

SID pro
890066
Whatsapp 0131015399



Monday, December 14, 2015

Benarkah main pasir di pantai, sungai, kebun dan hutan menyihatkan?

Bila anak main pasir tiba-tiba si ibu menjerit

"Eiiii, jangan main pasir! Kotor tau", sambil tangan ibu  terus memegang tangan si anak bagi menghalang aktiviti bermain pasir.

Sebenarnya kalau ibu nak tahu, main pasir aktiviti ni aktiviti yang sihat.

Banyak faedah main pasir ni. Untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa.



Kita cerita untuk anak-anak dululah. Apa faedah untuk anak-anak yang sedang membesar?

1. Meransang motor halus

Main pasir sangat bagus untuk merangsang motor halus anak melalui aktiviti menggengam, menghancurkan, menggumpal dan menyelerakkan pasir.Ia  membantu membina otot kasar dan otot halus si kecil. Mereka boleh berlari, melompat, berguling, menggali dan apa sahaja yang mereka mahu lakukan dengan pasir. Jika di pantai pula anak-anak boleh berjalan di pasir yang kering ataupun basah.

2. Menjadikan deria lebih peka

Pasir adalah bahan deria sempurna untuk kanak-kanak suka sentuhan atau kinestetik. Kanak-kanak ini mahu menyentuh segala-galanya dan sentiasa mencari input sentuhan.  Dengan pasir anak-anak akan menyentuh, memerah, dan bermain dengan gembiranya.

3. Menulis dan melukis

Bermain pasir adalah peluang untuk kanak-kanak mengamalkan kemahiran melukis dan pra-penulisan sebelum mereka bersedia untuk menggunakan pensil.

Kanak-kanak boleh menggunakan jari atau alat-alat kecil untuk menulis dan melukis. Keadaan ini memberikan mereka beberapa input deria tambahan bagi membantu mereka mengamalkan genggaman pensil mereka tanpa menggunakan pensil.

4. Pemikiran kreatif

Cara bermain dengan pasir tidak terhad seperti bermain bola yang hanya menyepak dan baling. Anak-anak ini terdedah dengan cara bermain yang tidak terhad dan penjanaan idea kreatif boleh berlaku. Ada idea, akan ada pula pemikiran bagaimana mahu melaksanakan idea.

Oleh kerana itu, terapi pasir sangat bagus untuk kanak- kanak  autisme. Berikan kanak-kanak itu sebesen pasir bersama-sama dengan alatan, bahan-bahan untuk acuan atau bangunan, anda memberikan anak peluang untuk menjana idea kreatif.

Tahukah anda selain membantu perkembangan anak-anak untuk perkembangam motor dan kognitif mereka, pasir juga boleh menyebaban anda dan anak anda lebih sihat.

 Bagaimana?

Setiap kali nak main pasir, main pasir kat pantai atau kat dalam kebun atau kat sungai. Buka kasut dan main bersama-sama dengan anak-anak. Bumi ni sebenarnya mempunyai caj negatif yang sangat banyak, lagi-lagi kalau tempat itu adalah tempat yang masih belum tercemar. Ia sentiasa kaya dengan elektron boleh menyediakan bekalan antioksidan dan "free radical busting electrons". Bila anda meletakkan kaki tanpa kasut di atas tanah, anda akan menyerap sejumlah besar elektron melalui kaki. Antioksidan freee.....

Sekarang dah tahu kenapa orang dulu-dulu sihat tanpa penyakit walaupun tak makan suplemen kan kan kan...

Kesan dia mencukupi untuk mengekalkan badan anda sama negatif dengan bumi. Proses simple ini di panggil "grounding" atau "earthing" dan kesan teknik ini adalah sama dengan antioksidan yang power. "Grounding" telah menunjukkan kesan untuk melegakan sakit, mengurangkan radang, meningkatkan kualiti tidur dan meningkatkan kesihatan keseluruhannya. Bila kita pakai kasut getah dan sebagainya, kita menghalang perpindahan elektron secara besar-besaran daripada bumi ke badan kita.

Dr Homeopati saya juga sering menasihatkan saya masuk hutan yang belum tercemar dan rendam kaki dalam air sungai untuk buang cas positif, ambil cas negatif. Ini kerana beliau lihat saya kepenatan dan lesu. Salah satu cara cepat untuk pulihkan tenaga dalaman. 

Hanya dengan keluar berkaki ayam, jalan kat atas tanah, anda boleh mengurangkan beberapa stress yang berterusan masuk dalam sistem kita dengan membenarkan caj berlebihan dalam badan untuk di discharge ke bumi.

Berkaki ayam di atas tanah boleh menolong memulihkan serangan berterusan medan elektromagnet dan lain-lain radiasi daripada telefon tangan, komputer dan wifi.

Lagi satu, 'grounding' juga memberi ketenangan kepada sistem saraf yang menyelaras kadar denyutan jantung. Baik kadar denyutan jantung, maka baiklah semua fungsi badan anda.

Ohho lepas ni banyaklah cuti saya masuk hutan atau ke pantai. Tapi kita makin sihat, okeylah kan...

Selamat bermain pasir ye!!!


Maisarah

Tengah rancang nak cuti tepi pantai hmmmm

Friday, December 11, 2015

Mexico luluskan vaksin denggi pertama dunia


Pihak berkuasa kesihatan Mexico telah meluluskan vaksin pertama untuk mendapat penerimaan rasmi bagi penggunaan terhadap virus denggi, yang menyebabkan kira-kira 100 juta mengalami demam denggi setiap tahun, kebanyakannya di Asia, Afrika dan Amerika Latin.
Vaksin denggi pertama dunia ini telah menjalani ujian ke atas 29,000 pesakit di seluruh dunia menurut Agensi Keselamatan Perubatan Persekutuan. Ia berkata pengeluar vaksin itu telah membuktikan keselamatan dan keberkesanannya, tetapi tidak memberitahu vaksin tersebut.
Dalam satu kenyataan berasingan, Sanofi Pasteur berpangkalan di Perancis Lyon, mengenal pasti vaksin sebagai Dengvaxia.
Mexico berkata vaksin itu bertujuan untuk orang umur 9-45 dan akan digunakan di kawasan di mana penyakit ini adalah lazim.
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia diterbitkan pada akhir 2014, vaksin itu mempunyai kadar purata keberkesanan tentang 60.8 peratus dalam melindungi daripada empat jenis denggi tersebar. Sanofi berkata vaksin yang telah ditunjukkan untuk "mengurangkan denggi kerana keempat-empat serotype (strain) dalam dua pertiga daripada peserta," jumlah yang sama dengan kadar 65.6 peratus melaporkan dalam kajian yang diterbitkan pada bulan September oleh New England Journal of Medicine. Peratusan yang agak rendah untuk vaksin. Vaksin yang sama campak dan polio adalah lebih daripada 95 peratus berkesan.
Walaupun peratusan keberkesanan adalah rendah, Dengvaxia muncul untuk menjadi berkesan dalam melindungi orang daripada demam denggi berdarah. Ia boleh menyebabkan pendarahan dalaman, kejutan, kegagalan organ dan kematian.
Sanofi berkata dalam satu kenyataan bahawa dadah "menghalang 9 daripada 10 kes denggi yang teruk dan 8 daripada 10 dirawat di rumah sakit akibat demam denggi."
Lain pula ceritanya dalam Negara kita. Kementerian Kesihatan Malaysia masih belum mengambil keputusan mengenai perkara tersebut.
Pertengahan 2015, Kementerian Kesihatan mengumumkan vaksin denggi itu bakal disediakan di Malaysia dan akan diberikan secara percuma. Beberapa bulan kemudian, pihak kementerian menarik balik keputusan kerana data kajian yang diberikan tidak cukup untuk penggunaan vaksin pada skala besar.
Selain itu, kebimbangan utama kakitangan kesihatan Malaysia ialah keberkesanan keseluruhan bagi vaksin itu hanyalah 60% yang bermaksud  40% daripada mereka yang disuntik vaksin masih berkemungkinan dijangkiti denggi, mungkin demam tahap lemah sahaja. Apa pun, pastinya bukan mudah untuk kakitangan kesihatan menerangkan hal ini kepada ibu bapa yang anaknya dijangkiti denggi walaupun divaksin.
Kak Mai rasa, kalau buat penerangan elok-elok, rasanya okey je. Biasalah, benda baru orang paling takut risiko yang akan di hadapi. Tapi nak paling selamat, ikutlah langkah pencegahan yang biasa itulah. Paling penting, jaga persekitaran dan tingkatkan tahap imun paling sihat. Insya Allah. Doa sentiasa pada Allah.

Eh Shaklee pun ada set yang bagus untuk demam denggi ni. Sangat membantu..

Nak tahu lebih lanjut, tunggu...

Maisarah
SIDPRO 890066
0132015399

Thursday, December 10, 2015

Bagaimana kanser boleh terjadi dan cara elak kanser

Kanser suka bunuh rakyat Malaysia. Siap jadi pembunuh nombor satu lagi. 

Tapi kenapa kita biar kanser ni berleluasa?Bagaimana kita boleh bunuh dia balik?? Hmmmm. Eh mestilah ada caranya. Cuma kena kental dan disiplin mesti tinggi.

Selalunya, kalau kita lihat secara keseluruhan apa yang buat kanser ini membunuh adalah kerana kita susah nak detect ia sebab sendiri tak buat pemeriksaan rutin. Pemeriksaan inilah yang akan kesan perkara luar biasa kat badan kita.Itulah sebabnya pemeriksaan kesihatan perlu dijadikan rutin dalam kehidupan, sesiapa sahaja tak kira kecil atau besar. Setiap enam bulan kena buat tau.



Kanser ni, tahu-tahu je bila dah ada simptom, dan bila dah keluar simptom-simptom tu. Itu bermakna keadaan dah teruk. Mungkin dah masuk  peringkat ke-3 atau peringkat ke-4, atau dengan kata lain peringkat akhir.

Bagaimana kanser boleh terjadi? Banyak kali dah kita dengar, tapi tak pernah nak lekat kat kepala. Takpe. Bila banyak kali ulang, lagi kita ingat kan.

Ok. Ada banyak teori, tapi kali ini kita cakap pasal 3 teori popular sahaja iaitu:

1) Sel kita sepatutnya mati dan berganti baru, tapi bila sel tak mati-mati, sel baru tetap tumbuh. Sel yang tak mati inilah yang jadi kanser.

2) Sel badan rosak dan sel-sel baru akan copy sel yang rosak ni. Bila dah banyak sel rosak, maka jadilah kanser.( Eh pernah tengok kan sel badan membahagi dua untuk tumbuh baru kan? Lebih kurang macam gitu lah. Sel yamg rosak juga membahagi dua. Hasilnya makin banyak sel rosak)

3) Mengikut sesetengah teori perawatan Islam, kanser disebabkan oleh jin.

Utk teori (1) & (2), keadaan sel yang tak berapa betul ni adalah disebabkan oleh banyak perkara. Misalnya radikal bebas, makanan yg mengandungi bahan-bahan kimia, penggunaan produk yang ada bahan kimia bahaya dan sebagainya.

Sebab tu kita digalakkan untuk mula guna dan ambil produk-produk organik untuk kurangkan  tubuh kita terdedah kepada bahan-bahan kimia bahaya ni. Tapi produk organik mahal kan? Oleh itu, saya usaha nak gandakan side income  saya supaya boleh tampung belanja nak dapatkan apa-apa yang organik ni hihi.

Supplemen saya memang makan. Sebab apa?  Sebab utama adalah nak buang toksin-toksin yang masuk dalam badan kita secara tak langsung. Hari-hari kita sedut udara yang ada bermacam gas beracun; asap kereta, asap kilang, asap bakar, jerebu dan banyak lagi. Anda pun kena konsisten juga ye. Badan perlukan nutrisi untuk berfungsi.dengan optimum.

Yang no (3) pulak, kat sini pentingnya amalan rohani.

Amalan kesihatan yang baik bukan hanya jaga makan je. Tak guna kalau makan kita jaga tapi aktiviti tak sihat juga buat, amalan rohani tak buat.

Sebenarnya ada lima tiang utama untuk penjagaan kesihatan:-

1- Makanan sihat & Seimbang
2- Aktiviti sihat
3- Kegiatan sosial yang sihat
4- Amalan spiritual yg sihat (amalan rohani)
5- Pengambilan suplemen

Suplemen telah jadi wajib sekarang tau. Kita makan 'makanan sebenar' tapi hakikatnya nutrien sikit atau dengan kata lain tak cukup disebabkan macam-macam kerja teknologi dalam pemakanan ni. Akhirnya kita cuma makan untuk kenyang, bukan lagi untuk dapat nutrisi. Janji kenyang, boleh tidur lena.

Jom amalkan lima perkara di atas, mudah-mudahan kita menjadi lebih sihat fizikal & emosi...dan dijauhkan daripada kanser.

Wednesday, December 9, 2015

Turunkan paras gula dalam darah sebelum luka berlubang tanpa disedari

Diabetes dan kencing manis. Dua perkara yang sinonim. Banyak sangat berlaku di kalangan kita. Tapi segelintir rakyat marhaen yang benar-benar faham apa yang menyebabkan ia berlaku.

Saya nak kongsi cerita, Kak Ell (bukan nama sebenar) berumur 50an, masih lagi bekerja sebagai Pengurus. Dia banyak mengalami komplikasi diabetes termasuk urat darah mata yang rapuh sehinggakan kalau batuk, boleh buat urat darah mata pecah menyebabkan penglihatan beliau kabur. Beberapa kali minor operation di mata terpaksa dibuat untuk buang darah beku.

Walaupun anda dah ambil insulin untuk kawal paras gula, komplikasi masih lagi boleh berlaku tanpa anda sedari. Kak Ell mengalaminya kerana sudah beberapa hari beliau merasa sakit di kaki. Memandangkan beliau tidak boleh tunduk (sembahyang pun dah guna kerusi sebab masalah kaki bengkak), sakit di kaki didiamkan sehinggalah kaki benar- benar sakit. Lalu, beliau ke klinik ditemani suami.


Alangkah terkejutnya beliau kerana pihak klinik terus merujuk kes beliau ke hospital tanpa sebarang rawatan. Pihak klinik mahu beliau terus dirawat di hospital kerana kaki beliau mengalami jangkitan luka yang telah berlubang dalam di celah ibu jari kaki dan jari tengah kaki. Luka mula mengeluarkan nanah.



Allhamdulillah. Luka beliau pulih selepas hampir sebulan. Beliau terpaksa cuti sakit selama tiga minggu.

Antara sebab kenapa lambat beliau sedar sakit kaki tersebut adalah kerana faktor tidak rasa dan kaki membengkak.

Sejak itu, beliau sentiasa menjaga kaki supaya tiada lagi luka-luka tanpa sedar sehingga berlubang kerana saya pasti beliau serik untuk risiko tinggi kaki kena potong. Dalam hal ini, pemilihan jenis kasut yang sesuai dan selesa sangat penting untuk mengelak perkara seperti ini berlaku.

Saya pasti anda juga tidak mahu perkara seperti itu berlaku kepada anda bukan?

Macamana diabetes boleh terjadi? 

Ada dua jenis diabetes iaitu

Type 1 : bila sel badan tidak boleh menghasilkan insulin

dan

Type 2 : bila sel badan tidak kenal insulin

Apa benda insulin ni ye?

Insulin umpama "kunci" untuk membuka pintu kepada gula (glukos) yang nak  masuk ke dalam sel kita.  

Dah kenapa gula nak masuk sel? Takde kerja ke?

Kalau anda nak tahu, sel kita memerlukan gula sebagai makanan. Ha itulah kerja gula! Pemberi tenaga kepada sel untuk berfungsi. Macam kita, makanan beri tenaga. 

Insulin akan kawal kadar kemasukan gula ke dalam sel. Bila sel dah cukup keperluan gulanya, insulin akan kunci pintu sel supaya gula tidak dapat masuk.

Itulah sebabnya kalau kita makan lagi banyak gula sedangkan gula dalam sel dah cukup, maka lebihan gula tadi akan berada dalam darah. Banyak pihak sarankan untuk kurangkan gula dalam makanan atau dengan erti kata lain makan berpada-pada jangan ikut nafsu.

Bagi pengidap diabetes, yang Type 1, badan dia memang tidak boleh hasilkan insulin, ataupun insulin yg dihasilkan tidak cukup. Umpama bilik ada 15 tapi kunci hanya ada untuk 5 bilik je. 5 orang sahaja boleh masuk, lagi 10 orang berlegar-legar di luar bilik.

Apa jadi bila kena berlegar di luar? 

Penat, letih, pitam. Serupa macam gula yang tidak boleh masuk dalam sel kita, tapi berlegar-legar dalam salur darah kita. Maka kandungan darah kita jadi tidak seimbang disebabkan gula terlebih tadi yang tidak boleh masuk sel.

Yang Type 2 pula terjadi apabila bilik yang ada 15, kunci pun ada 15 tapi kunci salah. Patutnya nak buka bilik guna kunci bilik tapi ditangan ada kunci kereta. Bagaimana mahu buka pintu dengan kunci kereta. Sudah pasti pintu tidak dapat dibuka. Jadi perkara yang sama juga berlaku sebab orang masih juga tidak boleh masuk ke dalam bilik (gula tidak boleh masuk ke dalam sel).



Dua keadaan ini buat kadar gula dalam darah kita jadi tinggi! Bila gula dalam darah tinggi, macam-macam masalah kesihatan akan berlaku;

- pandangan kabur
- gangguan berat badan
- jangkitan pada kulit
- luka lambat sembuh
-Sakit jantung
-Sakit buah pinggang
-Masalah saraf

Bagaimana mahu elak gula berlebihan dalam darah?

๐ŸŒธMakan secara seimbang yang mengandungi karbohidrat, lemak dan protein.

๐ŸŒธMakan karbohidrat yang berkualiti tinggi seperti makanan dengan indeks glisemik rendah.

๐ŸŒธElak makan makanan yang memudaratkan.
Makanan yang boleh memudaratkan pesakit diabetes termasuklah


  • Daging merah, 
  • Butter 
  • makanan dengan lemak tepu
  • makanan yang diproses yang mengandungi trans fat

๐ŸŒธAmbil makanan dengan indeks glisemik rendah. Oh apakah itu? Ia adalah makanan yang takkan buat gula naik mendadak dalam darah dan buat kita kenyang lama. Ia mengandungi vitamin, mineral dan fiber seperti roti wholemeal. Hadkan gula dan pemanis kerana ia hanya mempunyai kalori.

๐ŸŒธMakan makanan yang kaya fiber.
Makanan yang tinggi dengan fiber  memperlahankan proses pelepasan glukos, seperti barli, oat, dan kekacang.

๐ŸŒธAmbil diet rendah lemak.
Diet tinggi lemak menyumbang kepada obesity, sakit jantung dan sakit buah pinggang. Hadkan pengambilan makanan dengan lemak tepu daripada haiwan dan lemak terhidrogen daripada makanan dalam peket. 

๐ŸŒธAmbil juga supplemen yang boleh membantu mengawal paras gula dalam darah antaranya

1)Vivix sangat membantu mengawal paras gula dalam darah sekiranya diambil secara berterusan.

2)Ambil juga B Complex kerana ia cepat menukarkan gula kepada tenaga.

3)Energizing Soy Protein merupakan supplemen dengan indeks glisemik rendah yang boleh membekalkan tenaga dengan kalori yang rendah.

4)Zinc Complex membantu penghasilan insulin

5)Alfafa Complex mengandungi mineral kromium yang bekerjasama dengan insulin membantu menstabilkan gula dalam darah

6)GLA Complex membantu menghalang komplikasi diabetes dengan membantu merendahkan gula darah. Ia juga meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

7) Vitamin C pula memgukuhkan kapilari dan salur darah untuk mengurangkan masalah saraf (masalah tak rasa kat kaki, masalah penglihatan kabur)

Tambahkan aktiviti senaman supaya lebih banyak gula dapat masuk sel sebab lebih banyak gula diperlukan untuk beri tenaga pada sel. Takdelah dia berlegar-legar dalam darah tanpa hala tujuan yang boleh sebabkan masalah di atas. (Baca balik kat atas ye)

Oleh itu, jaga makan, jaga aktiviti, jaga ibadah mulai sekarang. Elak sakit dulu baru nak jaga. Rajinkan diri mengikut diet di atas dan makan vitamin secara konsisten. Anda pasti teruja dengan keputusannya....

Cepat kawal paras gula darah anda sebelum kaki luka berlubang tanpa disedari sebab dah tak rasa. Bagaimana nak elak? Jom  hubungi saya segera di 0132015399.

Maisarah
SIDPRO 890066
0132015399~>whatsapp

Sunday, December 6, 2015

Siapa orang yang rugi? Paling rugi?

Pernah tak fikir diri kita ni sebenarnya kat mana hari ini?

Kadang tanpa sedar kita sedang hanyut, dan jika tiada siapa yang kejutkan kita, maka berterusanlah kita jadi orang yang rugi sehingga tiba-tiba Allah tarik nyawa. 

Naudzubillahimin zalik.

Jadi pagi ni saya share Sharing points dr tafsir surah al-'Asr yang selalu kita baca;

• Demi masa yg bergerak laju & semakin singkat
• Sesungguhnya semua manusia hanyut & lemas dalam kerugian yg sgt besar
• Kecuali orang-orang yang beriman yakni percaya bahawa mereka sedang dlm keadaan di atas (hanyut & lemas dlm kerugian)
• Lalu mereka berbuat sesuatu (beramal) untuk menyelamatkan diri mereka.
• dan mereka berpesan-pesan kepada orang lain bahawa org lain tu pun sedang alami situasi yang sama (hanyut & lemas dlm kerugian)
• Bukan mudah nak mengingatkan orang, kita akan direject, dikritik, dimarahi, etc. Oleh it bersabar & sama2 mengingati supaya bersabar.

Pengajaran yang boleh diambil;

• Jangan sesekali rasa diri macam bagus sebab Allah cakap semua orang yang lemas dalam kerugian, bukan orang kafir atau orang-orang munafik tapi semua orang.

• Kalau tak nak jadi org yg rugi, kembalilah segera ke jalan Allah  dan ajak org lain untuk kembali sama supaya kita pun tak hanyut & lemas lagi

• Sabar dalam berusaha...

Nak kenal orang yang paling rugi? Video di bawah menceritakan tentang ciri orang yang paling rugi dan apa kesan kepada golongan terebut. Allah dah beritahu dalam Al-Quran.

Adakah kita golongan ini? Naudzubillah. 


Dah tengok video? Kalau anda tergolong dalam golongan ini, cepat-cepat bertaubat. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih. Maha Penerima taubat hamba-hambanya.

Moga bermanfaat.

Maisarah
SID sedang muhasabah diri di pagi hari.
0132015399

Friday, December 4, 2015

Jalan mudah untuk mengatasi sembelit anak teruk

Kasihan. Itu yang saya mampu katakan bila masalah membuang air besar selama seminggu anaknya yang berumur 9 tahun menghantui seorang ayah.

Banyak bantuan yang telah diusahakan untuk menyelesaikan masalah sembelit termasuklah

-Ubat klinik, atas dan bawah
-Ubatan herba pun dah
-Urut juga
-Makan buah dah banyak
-Sudah tentu air pun minum banyak

Namun tidak juga si ketul kumuh keluar seperti biasa. Semakin lama semakin menggusarkan hati kedua ibu dab bapa si anak.

Ayahnya beritahu dah cuba macam-macam. Biasa urut dan makan ubat herba, dah ok. Namun kali ini lain pula.

Cuba bayangkan patut keluar hari-hari tapi tak keluar berhari-hari sampai seminggu?

Ngeri dan sungguh luar biasa.

Dr kata tiada apa. Namun mengapa tidak juga ia mahu keluar?

Musykil? Mungkin si adik kita kekurangan mineral magnesium.

Adik kita ini boleh juga mencuba Ostematrix.

Ia ada mineral magnesium yang membantu melancarkan pengecutan usus untuk menggerakkan pepejal kumuh keluar dengan selesa.

Sampai kalau promosi, ada yang sanggup beli tujuh botol sekaligus nak hilangkan sembelit.




Hubungi saya jika anak anda juga mengalami masalah yang sama. Jom sama-sama bantu si anak. Sakit tau kalau najis dah lama tak keluar... Macam batu.. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ


Maisarah
Pengamal Ostematrix
SIDpro 890066
0132015399

Saturday, November 21, 2015

Aktiviti kraftangan untuk kanak-kanak tema bulat

Ini nak panggil apa saya pun tak tahu. Saya dapat daripada sharing FB ini. Dalam bahasa arab. Hihi cubalah cari. Kebetulan dia lalu kat FB saya.


Kraftangan kertas tapi tema bulat-bulat. Senang tapi cantik.

Nak panggil origami, tapi dia melekat pada kertas. Panggil kraftangan kertas jadilah ye...

Panggil jelah apa pun. Apa yang saya pasti anak-anak mesti suka. Saya 'save' di blog saya supaya boleh rujuk sentiasa.

Bahan yang diperlukan cuma

1)kertas pelbagai warna
2)gam
3)gunting kanak-kanak
4)bekas bulat pelbagai saiz yang anak-anak boleh guna untuk nak buat tekap pada kertas warna. Kalau ada alat geometri lagi bagus sebab ibunya boleh buat siap2 pelbagai saiz bulat pada kertas tebal/kotak, si anak tunggu tekap sahaja. Pastu simpan alat geometri kat tempat tinggi ye... Tajam tu..
5)Alat tulis

Lepas tu, apa lagi, rujuklah gambar dan enjoyyy aktiviti bersama anak-anak!!!






















Semoga bermanfaat ye...

Maisarah