Monday, February 29, 2016

Tanda imun lemah dan cara meningkatkan sistem imun anda dan anak

Pernah dengar apa interferon? Saya bila dengar interferon, saya sendiri pun rasa macam tak pernah dengar. Saya student biologi dulu. Haha.Nampak benor belajar hanya untuk periksa.

Meh nak cerita apa bendalah interferon ni.

Dalam tubuh manusia, kalau berlaku jangkitan penyakit, interferon ni tugasnya melindungi tubuh daripada serangan jangkitan. Kalau kuat, cepat la jangkitan baik. Kalau lemah, lambaaaaat sangat nak baik.

Ha, pernah rasa kan.. Awat anak dia baik cepat sangat. Hmm mungkin ubat anak dia lebih baik daripada ubat anak ku...

Penyakit sama, ubat sama je.. Hihihi takkan selsema doktor bagi ubat batuk.. Tak jadi nyeee...

Apa yang bezakan manusia adalah sistem imun tu sendiri.

Anda pernah tanya tak kat diri sendiri kuat mana sistem imun?

Apa yang anda dan anak makan untuk sistem imun kuat?

Anda dan anak dah sakit baru nak kuatkan sistem imun? Gitu?

Ke tak kisah langsung sistem imun badan khususnya anak?

Tanda sistem imun lemah di kalangan dewasa dan kanak-kanak

Kerap sakit

Ada banyak allergi
Stress sentiasa
Hormon tak berapa nak stabil
Ada sel kanser dan tumor


Anda atau anak ada kelima-limanya sekali?? Memang kena naikkan sistem imun serta merta.

Di sinilah peranan Nutriferon bermula. Nak naikkan sistem imun, interferon perlu dirangsang supaya ia bertugas dengan baik.

Macam kita. Makan kenyang2, dapat semua khasiat seimbang, mesti dapat buat kerja dengan happy je. Cuba kalau tak makan pagi, tengahari sampai malam baru nak makan.... Rasa tak bermaya dan penat. Nak buat kerja pun rasa tak larat. Nak je telan semua termasuk orang kan.. Lepas tu jatuh sakit. Hahaha I've been there also. Tutup muka.

Eh berbalik cerita nutriferon. Nampak tak perkataan nutri-feron. Maknanya Nutriferon sebenarnya makanan yang menggalak interferon dalam tubuh manusia. Banyak makanan kat luar sana yang boleh tingkatkan interferon. Tapi dalam nutriferon ni ada 4 makanan yang betul-betul menggalakkan interferon tahap maksimum. Ini pun selepas dah kaji lebih 200 jenis herba berlainan.



4 makanan tersebut adalah:

Biji labu


Merangsang pengeluaran interferon semula jadi
Menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser



Biji plantago

Mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun

Honeysuckle Jepun

Menentang pencerobohan kuman dan virus

Bunga safflower

Menghasil dan memperkuatkan keupayaan makrofaj memusnahkan virus dan kuman


Untung kita zaman sekarang. Alhamdulillah ada orang dulu-dulu kaji benda macam ni. Kita tunggu nak beli, bayar dan guna je. Pastu tunggu kesan yang dah pasti memang berkesan.

Dulu mak ayah kita, atuk nenek nak kena guna macam-macam cara yang mungkin dapat ubat macam-macam penyakit. Ini hikmahnya orang lama kita. Dah moden sikit, bersandarkan hikmah orang dulu-dulu, dibuat kajian. Barulah jumpa herba yang paling tepat untuk satu-satu penyakit. Semua guna kaedah cuba jaya. Mereka dah buat tugas mereka. Kita?



So dah dapat dah jawapan apa interferon dan cara nak buat ia bertugas dengan baik. Makan nutriferon. Siapa yang nak kena makan adalah orang yang mempunyai tanda sistem imun lemah. Anda atau pun anak anda

Sepantas mana ia bertindak? Tengok mereka yang dah makan ni...







Korang nak ke buat kaedah cuba jaya lagi sekarang? Sila fikir berkali-kali okey. Silap haribulan nyawa melayang. Kita ada doktor, ada pakar nutrisi dan gabungan kedua bidang ini memang awesome!!

Sistem imun anda lemah? Sistem imun anak lemah? Tengah diserang penyakit dan doktor kata makan makanan untuk boost imun?

Nutriferonlah jawapannya. Hubungi saya sekarang untuk order!



Maisarah
SID pro 890066 
Pengedar Shaklee Kajang
Pengedar Shaklee Kantan Permai
Pengedar Shaklee Bangsar





Wednesday, February 24, 2016

Benarkah vivix tonik ajaib boleh bantu turunkan kolestrol tinggi?


Tiap-tiap bulan saya dapat mesej kematian mengejut akibat sakit jantung di tempat kerja saya. Terbaru, dua hari lepas Uncle Raj, yang memiliki perniagaan surat khabar di pejabat dan sering menghantar sendiri langganan kertas berita selain dibantu pekerja beliau. 

Sedih kot tiba-tiba mati mengejut. Macam Uncle Raj, apa agaknya persediaan yang beliau dah buat untuk keluarga beliau? Salah seorang rakan saya borak dengan pekerja beliau, ramai yang dah suruh pergi buat pemeriksaan. 

Namun, apakan daya, ajal lebih cepat jemput beliau pergi dalam keadaan yang tidak bersedia. Ramai yang terkejut dengan pemergian beliau.

Ia bukanlah kerja satu hari yang menyebabkan sakit jantung. Salah satu punca adalah kolestrol tinggi. 

Kolestrol tinggi haruslah ditangani segera kerana boleh risiko tinggi kematian.


1)Plak berkumpul pada arteri hasil dari campuran mengerasnya kolesterol, lemak, dan elemen lainnya dalam darah. Lama-lama arteri tersumbat.

2) Jika arteri koroner yang menyempit, ia akan mengganggu aliran oksigen ke jantung. Sekiranya tersumbat dan tiada aliran darah, jantung lama kelamaan gagal berfungsi, sakit jantung menyerang.


3)Jika plak berkumpul di arteri yang membawa darah ke otak, otak akan kekurangan oksigen. Sel-sel otak cepat menjadi rusak dan mulai mati.  Hasilnya adalah stroke.

4)Kolesterol tinggi dapat membuat ketidakseimbangan hempedu, menyebabkan batu hempedu. Penumpukan plak di arteri yang menghalang aliran darah ke ginjal dan perut juga menyebabkan masalah. Contoh, sindrom iskemia usus berlaku jika ada penyumbatan di arteri yang menuju ke usus. Hasilnya sakit perut, mual, muntah, dan najis berdarah


Ramai orang nak Cara menurunkan kolestrol dengan cepat melalui pemakanan. Kalau boleh sehabis mungkin tak nak kena bedah. Itu kalau jumpa arteri yang tersumbat. Kalau tak jumpa? Ha mana nak tahu arteri mana satu...  banyak kot salur darah....

Kena bedah, dada depan kena buka, dah buka,  nak kena ikat dengan besi eh.. Apa-apalah. Betul ke ni tuan doktor? Hihi

Hari ni saya nak share selain set kolestrol yang saya pernah tulis, ada juga cara lain nak turunkan kolestrol dengan cepat. Tak perlu nak telan banyak-banyak pil. Memang sangat sesuailah dengan anda yang leceh nak telan banyak-banyak pil dan minum banyak-banyak air masak.

Takut tercekik kan kan kan. Eh bukan anda sorang je fikir macam tu. Saya pun sama. Saya pernah je makan vitamin C sampai luka esofagus saya. Dua tiga hari juga telan makanan terasa sakit. Huk aloh.

Dont be surprise. 

Shaklee ada tonik ajaib yang bantu menurunkan kolestrol dalam darah. Tengok dan lihatlah dua orang yang pernah makan vivix di bawah ini.




Vivix jika anda makan, macam-macam kesan sampingan lain yang anda dapat. Yang pentingnya.kesan positif.

Ajaib sangat ke vivix ni? Mestilah ajaib sampai ada yang sanggup belanja 7 botol sekaligus untuk dapat manfaatnya.

Sebabnya kenapa? Vivix ni kaya antioksidan.



Ada 4 kandungan utama yang membekalkan resveratrol dalam Vivix



Dan bulan ni ada offer untuk vivix. Beli 2, diskaun 5 peratus, harga ahli tau sebab keahlian free bila beli dua ni.



Sape yang dah makan vivix memang tak lepas peluang. Lagi-lagi anak-anak yang mak ayanhya kolestrol tinggi. Takkan korang nak biarkan ayah atau mak anda selamanya makan ubat hospital? 

Eh anda pun nak saya pos juga? Pos memang free tau.. Siap dapat satu beg daripada shaklee....

Whatsapp makcik segera hokey. 

Maisarah
0132015399
SID PRO 890066 😀

Monday, February 15, 2016

Kesan sumber protein paling murah

Protein yang senang dimiliki. Daging ayam, sumber protein paling murah. Tak caya refer statistik bawah ni.

-> harga ikan kembong yang fresh ~RM11/kg. habis frozen pun ~RM8/kg
-> harga daging lembu fresh ~RM27/kg. habis import pun ~RM16/kg
-> daging kambing lagi lah mahal ~RM33/kg. Itu pun yang import. Tempatan punya dah tentu lagi tinggi harganya.
(Sumber website FAMA: http://bit.ly/20JuiZC)

Dalam banyak-banyak daging, ayam daging lah sumber protein paling murah; ~RM6.80/kg. 

Sebab tu kebanyakan daripada kita makan lagi banyak daging ayam daripada daging-daging lain. Sebab murah. 

Tapi tahu ke apa masalah ayam daging zaman sekarang ni?


Hampir semua ayam daging yang kita dok makan ni disuntik hormon supaya cepat besar & berat pun lebih besar daripada dulu. Ini memang kita tahu. Penternak nak ayam-ayam yang mereka jual ni lebih cepat besar supaya lebih banyak & lebih cepat untung. 

Kalau tak suntik, ayam-ayam ni akan jadi lambat besar sampai biz penternakan mereka lambat balik modal. Jadi, nak cepat balik modal, supaya dapat untung besar, cucuk- mencucuk la ayam-ayam ini..

Jaga makan macam mana pun, kita pasti akan makan daging-daging ayam ni jugak. Bukan sikit. Banyak sebab hari-hari makan. 😂😂😂

Dan sebab majoriti kita makan banyak daging ayam, bayangkan berapa banyak dah bahan kimia masuk dalam badan kita SELAMA INI…???

Bahan kimia yang masuk dalam badan pastinya akan dinyah keluar sebagai toksin. Tapi sebelum tu, ia juga sudah tentu sedikit sebanyak meninggalkan  kepada si pemakan.

Jadi beralih lah kepada ayam organik jika boleh. Jika tak boleh, apa nak buat?

Banyakkan makan makanan yang membantu mengeluarkan toksin-toksin akibat bahan kimia yang masuk ke dalam badan. Di sinilah perlunya kita mengambil makanan yang menggalakkan pembuangan toksin - makanan yang buat organ kumuh berfungsi secara optimum dan meningkatkan sistem imun supaya sel kekal terhindar daripada kerosakan dan penyakit.

Kata kunci, penuhi nutrisi keperluan badan untuk metabolisme toksin dan ketahanan maksimum sistem imun.

Pelihara tubuhmu demi hari tua yang ceria.😁

Maisarah
SID Pro
Pengedar Shaklee Kajang
Pengedar Shaklee Bangsar
0132015399


Sunday, February 14, 2016

Cara meningkatkan kesuburan agar cepat hamil untuk suami dan isteri

Ketidaksuburan boleh ditakrifkan sebagai ketidakupayaan untuk mendapat anak setelah setahun mencuba. Kadang-kadang ia adalah masalah si ibu. Kadang-kadang ia adalah masalah si ayah.

Tak kiralah masalah siapa pun. Yang pastinya, kedua-dua mereka berkongsi keinginan memiliki zuriat sendiri yang membuak-buak namun tidak memiliki keupayaan tersebut. Penantian yang amat menyeksakan bagi pasangan ini. Mereka berkongsi penderitaan yang orang lain tak nampak. 

Zaman sekarang, banyak cara berteknologi tinggi untuk menyelesaikan masalah ketidaksuburan ini. Ujian kesuburan, suntikan hormon, telur yang diperam dan embrio yang dibekukan. Kadang-kadang membuatkan pasangan yang mengalaminya merasakan ia sangat keterlaluan dengan apa yang dilalui.


Namun sekiranya, hasil daripada apa yang telah mereka lakukan adalah seorang bayi yang sihat, segala perbelanjaan, ketidakselesaan dan penantian adalah sangat berbaloi.

Sebaliknya, sampai satu masa, dah buat macam-macam termasuk cara yang paling canggih dalam dunia tapi masih juga tiada hasil yang dimahukan, apa lagi nak buat. Ada tak cara lain yang lebih senang?

Jawapannya: Kadang-kadang ada.

Nutrisi nak buat baby... 

Eh lain macam bunyinya hihihi... Ni namanya nutrisi untuk hamil. Bukan isteri sahaja, tapi suami juga.

Bila masuk bab nutrisi, ada cadangan pemakanan dan makanan tambahan yang sesuai untuk merangsang dan menyediakan wanita dan juga lelaki supaya kehamilan boleh terjadi.



Namun sebelum masuk bab nutrisi, kita mesti bercakap tentang stress terlebih dahulu sebab ada link di situ. Bakal ibu mesti mengamalkan petua elak stress, untuk sentiasa tenang supaya hormon wanita progesterone yang dihasilkan dalam kuantiti yang tepat untuk persenyawaan berlaku. Namun perempuan bila stress, hormon kortisol pula yang wujud, menganggu kuantiti hormon progesterone. Maka, peluang untuk hamil berkurang. Pada ketika ini, badan mula bertukar kepada mode tertekan "nanti-nantilah mengandung, aku kena survive dulu ni". Lebih kurang.

Stress di atas adalah stress daripada tempat kerja dan keluarga. Ada tambahan stress lain terhadap badan seperti toksin yang nak tak nak badan kita terpaksa hadap juga. 

Perkara pertama adalah kalau suami merokok, nasihatkan beliau untuk berhenti merokok. Yang keduanya, suami isteri perlu elak terus kafein dalam pemakanan dan alkohol daripada hidup anda jika nak hamil. Banyak kajian membuktikan mengambil lebih 300mg kafein sehari antara sebab kenapa lambat persenyawaan berlaku.

Tiga perkara ini: merokok; minuman berkafein; alkohol adalah tiga perkara "jahat" bila mana pasangan nak buat baby. Menjauhi tiga perkara ini meningkatkan peluang mendapatkan anak perempuan atau lelaki dalam hidup anda. ANAK sememangnya lebih bermakna daripada seluruh isi dunia buat masa ini.

Stress badan yang seterusnya adalah pilihan makanan yang tidak sihat juga menyumbang kepada peluang rendah dapat anak.

Banyaknya stress.... So boleh fikir macam mana sel kita nak survive kat dalam tu? Nampak tak kepayahan nak meneruskan kitaran hidup sel telur wanita atau sel telur lelaki? Persekitaran dalaman penting ye.. Nak kena 'bersih'. Supaya telur yang dihasilkan sihat dan kuat. Analoginya, umpama rumah kena bersih, barulah kita sihat. Kalau kotor, kita pun jadi tak sihat..

Nak elak stress2 ini, penting ye senaman rutin, makan banyak whole food serta capai dan kekalkan berat badan yang ideal. Whole food yang di maksudkan kat sini adalah makan lebih banyak buah, sayur, whole grain, ikan dan kurangkan makan daging, saturated fats, trans fats dan makanan yang diproses. Nak senang, elak semua makanan dalam plastik yang boleh ngap terus atau makanan segera.

Kaitan Nutrisi

Memang betul nutrisi bukanlah faktor utama yang menyumbang ketidaksuburan. Tapi penting bagi pasangan suami isteri untuk mempunyai diet yang sihat supaya peluang dapat anak meningkat.

Apakah faktor ketidaksuburan

Faktor utama yang menyumbang ketidaksuburan wanita adalah kegagalan untuk mengovulasi yang mungkin dipengaruhi oleh pemakanan dan ketidakstabilan hormon. Dua golongan: wanita yang teramat kurus dan wanita yang terlebih berat badan telah dikenalpasti golongan yang tidak dapat berovulasi kerana jumlah lemak selalunya berkait rapat dengan paras estrogen.

Bagi si suami pula, bilangan sperma yang sikit merupakan faktor ketidaksuburan lelaki.

Melengkapkan keperluan Nutrisi sebagai cara untuk  mengatasi ketidaksuburan

Boleh juga panggil nutrisi untuk buat baby juga yang terdiri daripada 


Multivitamin.
Ia penting untuk memastikan anda mendapat semua nutrien yang diperlukan badan. Untuk wanita dan juga lelaki.

Asid lemak
Minyak ikan sumber yang baik untuk keperluan asid lemak EPA dan DHA yang amat diperlukan untuk persenyawaan dan peringkat awal kandungan.

GLA - Gamma linolenic acid
Ia membentuk prostaglandin untuk menyeimbangkan hormon wanita bagi mengatasi ketidakstabilan hormon. Kestabilan hormon juga membantu mengembalikan berat ideal bagi wanita yang terlalu kurus atau terlebih berat, keadaan yang sangat penting untuk persenyawaan.

L-arginine
Asid amino yang menolong badan untuk membahagi sel dengan baik dan juga meningkatkan pengaliran darah ke rahim. Ia sangat membantu wanita yang akan melalui kaedah persenyawaan in vitro. Amaun yang dicadangkan adalah sebanyak 16 mg sehari. Nampak macam banyak, namun mengikut kajian yang dibuat pada tahun 1999, menunjukkan jumlah ini sangat membantu. 

Iron / zat besi
Wanita yang mengamalkan diet kaya atau mengambil makanan tambahan iron atau zat besi kurang mengalami ketidaksuburan ovulasi berdasarkan kajian yang dibuat oleh universiti Harvard pada tahun 2006 terhadap kes ketidaksuburan ovulasi. Amaun yang di cadangkan 18 mg.

Asid folik
Doktor sentiasa menasihati wanita yang ingin megandung atau yang sedang mengandung untuk mengambil cukup asid folik untuk mengurangkan masalah kecacatan saraf tunjang pada bayi seperti spina bifida. Anda boleh mencukupkan semua keperluan vitamin B anda dengan mengambil makanan tambahan B Complex.

Vitamin B12
Ada kajian yang menunjukkan vitamin B12 boleh membantu meningkatkan bilangan dan motiliti sperma. Kajian mencadangkan untuk kedua wanita dan lelaki untuk mengambil makanan tambahan bagi mencapai paras B12 yang normal dan tinggi. Multivitamin dan B Complex sangat membantu meningkatkan paras yang diperlukan.


Vitamin E
Ia sangat penting untuk lelaki dan wanita dan bertindak sebagai antioksidan. Untuk lelaki, ada kajian membuktikan vitamin E menjadikan sperma lebih subur. Bagi wanita pula, ia membantu mengekalkan kandungan, jadi ia sangat penting untuk wanita yang telah mengalami keguguran. Amaun yang dicadangakan adalah sebanyak 400 - 800 IU.

Zinc 
Ia memainkan peranan penting dalam pembahagian sel dan meningkatkan kesuburan. Adalah dicadangkan, setiap lelaki & wanita untuk mengambil 30 -60 mg setiap hari.

Jika diringkaskan, 

Untuk wanita sahaja: 

  • GLA
  • L-Arginine
  • Asid Folik

Untuk kedua wanita dan lelaki
  • Multivitamin
  • DHA
  • EPA
  • Selenium
  • Vitamin B12
  • Vitamin E
  • Zinc


Jadi apa yang kami boleh bantu dengan vitamin semula jadi yang ada?

Set kesuburan suami isteri


Untuk kedua wanita dan lelaki
1)Vitalea - multivitamin dan mineral,
120 biji
2)B Complex - mengandungi semua jenis vitamin B dan asid folik, 120 biji
3)Omega Guard- mengandungi EPA dan DHA, 90 biji
4)Vitamin E - mengandungi Vitamin E & selenium 120 biji
5) Zinc Complex 120 biji

Untuk wanita sahaja
6) GLA Complex 60 biji 
7)ESP- sumber L-Arginine,  850 gram

Apa kata mereka yang dah ambil produk?





Hubungi 0132015399 segera supaya peluang hamil meningkat sekaligus mengurangkan penantian yang cukup menyeksakan. Jom usaha demi seorang zuriat penyeri suami isteri...😀

Maisarah
SIDPRO 890066
Pengedar Shaklee Taman Kantan Permai, Kajang, Bangsar, Bangsar South


Friday, February 12, 2016

Vivix boleh bantu pasangan ingin hamil cepat

Vivix boleh bantu pasangan suami isteri yang cuba nak conceive...

Ia mengandungi resveratrol yang boleh mengurangkan tekanan oksidatif aka radikal bebas.

Kebanyakan wanita atau isteri yang ada masalah kesuburan ni antara faktor yang menyumbang adalah banyak radikal bebas dalam tubuh.

Radikal bebas ni boleh merosakkan sel dan tisu badan. Termasuklah sel-sel telur wanita.

Suami juga tidak terlepas daripada perkara yang sama.

Jika si radikal bebas boleh merosakkan sel telur wanita yang merupakan sel paling besar dalam tubuh, apatah lagi sel telur lelaki yang paling kecil dalam tubuh.



Macam mana nak halang radikal bebas daripada berleluasa membuat kerosakan?

Makanlah antioksidan power seperti Vivix.

Pm untuk order 0132015399

Tips bantu sembuhkan vertigo

Vertigo sebenarnya bukanlah satu penyakit. Ia adalah keadaan di mana seseorang itu merasakan dirinya atau sekelilingnya berputar.

Ramai antara kita yang mengalami keadaan vertigo dan cuba untuk sembuhkan sama ada berjumpa doktor atau melalui pemakanan.

Antara gejala vertigo adalah

● rasa berputar ketika baring atau berdiri
● mual dan muntah
● telinga berdengung
● sensitif terhadap cahaya atau bunyi bising
● pandangan menjadi gelap
● benda yang dilihat berubah menjadi berganda
● sakit kepala yang keterlaluan
● cepat berasa lelah (stamina menurun)
● daya ingatan semakin menurun

Vertigo ni pula terbahagi kepada dua jenis iaitu

● vertigo peripheral
● vertigo sentral

Antara punca vertigo adalah

● kecederaan pada otak
● gangguan pada telinga bahagian dalam
● gangguan penglihatan
● kemungkinan kecil berpunca dari stress juga
● posisi tidur

Ada di antara kita dah pergi jumpa doktor, dah pergi jumpa sensei, cuba juga kaedah homeopathy, masih juga tak selesai.

Contohnya, lihat sahaja ibu Cikpuan Faedzah ini. Dah cuba macam-macam cara akhirnya beliau beli vivix dan berikan kepada ibu beliau.



Alhamdulillah lepas tiga botol, ibu beliau sembuh dari vertigo.

Tips sembuhkan vertigo ini saya kongsikan di sini supaya netizen lain yang sedang mencari cara bagaimana sembuhkan vertigo mendapat manfaat daripada perkongsian Cikpuan Faedzah tentang ibunya sembuh daripada vertigo setelah makan tiga botol Vivix.

Jika sekiranya anda juga mahu cara alami sembuhkan vertigo, wassap 0132015399 untuk konsultansi superb!

Maisarah

Pengedar Shaklee mesra lagi peramah 😄