Saturday, March 19, 2016

Kenapa perlu hadir Bisnes On The Go

Hari minggu hari untuk pergi kelas. Seawal pagi lagi saya bersiap-siap untuk ke kelas. Eh bukan bersiap-siap mekap bagai tau. Siap-siap main masak di dapur untuk suami dan anak-anak.

Untuk minum pagi, bihun goreng dan teh o saja. Tengahari pula nasi, sayur labu dan ayam goreng. Main campak-campak je. Kebetulan semua dah sedia untuk dimasak, jadi dalam masa sejam semua dah siap untuk yang makan tengahari tu. Wallah.. Alhamdulillah. Allah jua yamg memudahkan di saat anak-anak masih lagi tidurrrr. Macam lipas kudung buat kerja.

Usai masak, apo lagi... salam cium suamiku terus zas ke tempat latihan. Hotel Sri Petaling. 32 minit ikut aplikasi Google Map.

Saya dah tak pakai waze sebab dia suka bawa saya jalan-jalan jauh. Jenuh. Cepat sangat bertukar-tukar jalan sampai saya pula yang pening. Tapi satu je kelebihan waze berbanding Google Map, ia akan beritahu sekiranya ada polis trafik kat depan atau kamera trafik kat dalam map. Wohohoho. Map Google takde bagitahu dua perkara tersebut.

Saya sepatutnya sampai jam 10 pagi, tapi memandangkan saya menyinggah Petronas untuk beli air minum, jadi saya sampai Hotel Sri Petaling dalam jam 10. 15 pagi.

Apa lagi, berkejaran naik ke tingkat dua. Lif dia pulak lambat. Adeh deh deh.

Waktu saya sampai, suami Master Norita, Master Naquib dah mula. Beliau berbicara tentang peranan suami bagi wanita bershaklee dan bagaimana wanita meletakkan suami dalam bisnes shaklee ini. Kesimpulan yang saya dapat, wanita berjaya sebab sokongan suami.

Lagi bagus ajak suami sebagai biz partner supaya tidaklah suami hanya berbangga dengan  kejayaan si isteri sedangkan Shaklee adalah bisnes keluarga. Bukannya bisnes isteri sahaja. Andainya isteri sakit, bersalin dan paling teruk isteri meninggal, sekurang-kurangnya si suami tahu apa nak buat. Masak kalau nak order barang pun tak tahu.. Camana nak buat tu?

Saya pun sedang buat perkara yang sama. Alhamdulillah. Buah fikiran yang sama cuma saya tidaklah terfikir sehingga saya sakit atau meninggal..😂😂😂 Seram tau fikir mati... Tengah nak kumpul amal tau... Koknye disebut tentang mati, pahala tak banyak mana... Huhu

Banyaklah tips terus boleh buat yang disampaikan oleh Master suami isteri. Tak boleh share kat sini. Nak tahu kena pergi kelas juga. Baru faham. Lain fahaman bila menadah betul-betul dengan melalui perantaraan. Salah fahaman satgi.. Hoho

Saya cuma boleh bagi 3 perkara penting yang saya boleh bagi

1) konsep On The Go yang memang simple & mudah untuk buat offline. Part ni memang buat kita jelas apa nak beritahu masa tu. Pendek dan padat. Tempoh pun sekejap je lebih kurang 5 minit je.

2)Part lock customer - back to basic & proses sucikan hati tu memang awesome. Orang tenang selalu menang. Masa ni ramai yang baru nampak konsep target nilai bonus yang betul.

3)Kanser bisnes - game yg nampak macam complicated tapi mesejnya sampai dalam masa yang singkat! Nak tahu kanser bisnes ni apa, kena joinla. Tak boleh pecah rahsia.

Terima kasih Master Kak N & Master Naquib! Seronok dapat join Program ni, dapat perpektif baru tentang ilmu yang dah banyak kali dengar 😅

Next BOTG bulan Mei, di Penang dan juga Johor Bharu...

Ha, be alert mulai sekarang la ye...

Maisarah
Sid Pro
890066
0132015399

Thursday, March 17, 2016

Elak takut menjadi tua diserang penyakit penuaan sebelum masanya



Tua adalah satu proses semulajadi yg berlaku dalam kehidupan kita kita. Semua orang yang panjang umur akan menjadi tua. 



Ada yang takut tua sebab dah tak cantik
Ada yang takut menjadi tua sebab takut mati.
Ada jugak takut orang tua meninggal.


Macam-macam.

Tapi papehal pun, jangan salah faham pula tentang anti penuaan.

Bila menyebut tentang ANTI PENUAAN (vivix, collagen), orang mungkin salah faham makan dua ni sebab tak nak jadi tua. Oh no no no. Bukan itu sebabnya.


Tahukah anda dengan mengambil suplemen anti penuaan, kita bukannya tak mahu jadi tua. Sebaliknya, kita tak mahu diri kita menghidapi sejenis penyakit yang dipanggil PENUAAN atau orang putih kata AGING. 

Anti penuaan yang dimaksudkan di atas adalah penuaan sihat. Umur dah lanjut, tapi sihat tanpa penyakit penuaan.

Jadi tua itu pasti. Umur 70, 80... nak muda kut mana lagi. Tapi PENYAKIT PENUAAN ni boleh melanda sesiapa saja. Orang-orang muda, budak-budak, belia, pemuda, pemudi. Bukan orang tua je tau. Ini yang anda perlu tahu.

Contoh sakit lutut. Orang tua sakit lutut kita dah biasa dengar. Tapi orang muda pun sakit lutut macam orang tua juga dah kenapa pula kan? Ini kita katakan jadi tua sebelum waktunya.

Kalau dah tua sakit lutut tu biasalah. Tapi jika anda dah tua tapi tiada sakit lutut, luar biasa kan? Ha.. Inilah yang vivix buat. Best tau.

Tua-tua pun boleh lagi jogging, buat aktiviti lasak, panjat bukit, lari sana sini ngan cucu. Tua, tapi sihat. Makin tua, makin jadi kekdahnye.. Hehehe

Apa kesan penyakit penuaan sebenarnya?

Ouh.. Banyak effect dia.

Jom tengok satu-satu.

1)Penuaan yang diprogram



2)Kerosakan DNA


3)Kerosakan sel akibat radikal bebas


4)Metabolisme protin menurun


5)Kerosakan sel kumulatif




Selain dari penuaan yg diprogram (faktor usia) faktor-faktor penuaan lain tu boleh diubati. Dan saintis mengkelaskan penuaan yang lain-lain (aging) sebenarnya sebagai satu penyakit! Kerana bila benda tu berlaku, ia boleh menjadi faktor kepada seseorang utk menghidap pelbagai penyakit degeneratif.

Penyakit-penyakit degeneratif (penyakit bukan kerana jangkitan kuman, tapi disebabkan oleh sel sendiri yang rosak & tak dapat bekerja dgn betul). Antara penyakit degeneratif ialah sakit jantung, kencing manis, nyanyuk... dan pembunuh nombor satu yang senyap - KANSER. 

Salah satu usaha utk melindungi diri kita dr penyakit-penyakit tersebut ialah dengan pengambilan suplemen secara konsisten especially suplemen anti penuaan seperti Vivix. 

Tak perlu takut amik Vivix sebab takut tak tua-tua... tua tu pasti kecuali kalau mati muda. Yang kita tak nak sudah tentu penyakit-penyakit penuaan ni.

Tak nak rasa sel lebih muda 25 tahun? Penuaan sebelum masa (premature aging) tu kita boleh cegah insya-Allah.

Jom order vivix hari ini juga!


Thursday, March 10, 2016

Gastrik Kronik Sepuluh Tahun Tiba2 Sembuh?

Gastrik memang satu lagi masalah orang zaman sekarang.

Ada yang terkena gastrik sebab sengaja skip makan nak kurus punya pasal.

Ada jugak yang tak sempat nak sarapan & lunch sebab terlalu sibuk kat tempat kerja mengalahkan perdana menteri US. Hehe

Paling teruk, sekali dah kena gastrik berkemungkinan besar terseksa selama-lamanya. Belum kena ulser perut tu dah kira cukup beruntung sangat dah. Sebabnya macam -macam takleh makan tau. Yang rebus-rebus aje.

Bak kata orang gastrik ni kalau kene gastrik;


  • Pedih ulu hati
  • Mual
  • Loya
  • Asyik sendawa angin je
  • Kalau angin naik ke kepala, selagi tak muntah lagi tu tak lega...
  • Asyik menunduk macam udang tahan sakit
  • Tak boleh lapar, lambat beberapa minit pun terus tangkap angin..
  • Senarai berterusan kalau tak tertulis kat sini ye.. Sambung sendiri hihihi


Tapi ia langsung berbeza dengan wanita yg bernama Fara Hana ni. Apa yg buat dia sembuh secara tiba2? tak sengaja pulak tuh? saksikan sendiri,


Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.

Kalau nak yahu lebih lanjut, baca hilangkan gastrik dengan cepat  tau.

Inilah Set Gastrik Shaklee...
Tapi kalau nak order terus? Whatsapp je terus kat no saya tu.. Saya boleh orderkan... 😊

Maisarah
0132015399
SID 890066

Friday, March 4, 2016

Vivix melancarkan haid setiap bulan sampai tak perasan ia muncul

Untungkan wanita yang haidnya teratur, tiada masalah sampai haid datang pun tak perasan. Gembira dan bahagia wanita melakukan aktiviti seharian. 

Macam iklan-iklan pad tu... Cuba ingat balik iklan pad. Berjaya betul iklan dorang. Cuba bagi gambaran yang datang haid mesti mahu happy... Nak juga,  jom baca lanjut.

Wanita, memang tak lari daripada masalah haid yang berleluasa. Kalau ia tak muncul memang ia merupakan satu masalah besar. Menggelabah la semua orang.

Cik abang kat luar sana. Meh nak habaq. Period ni satu aktiviti penting wanita. Ia proses dalaman wanita yang dikawal oleh hormon. Kalau tak berlaku, maknanya ada hormon yang tak berapa seimbang. Oleh kerana itu, jangan ambil mudah kalau haid duk main cikucak dengan kita. Macam biskut lak dia... Kejap ada kejap tak de.

Tapi ramai wanita, kadang tak ambil kisah. Bertahun-tahun keadaan dia macam ni

  • Haid kejap ada kejap takde
  • Kalau ada pun sikit-sikit
  • Badan membesar dengan jayanya atau badan kurus kering yang tak mahu naik-naik.
  • Sengugut sebelum dan semasa period. 
  • Asal nak period je, nak kena MC
  • Golek2 atas katil memang wajib setiap bulan
  • Pucat muka menahan sengugut,  waktu ni badan lemah nak jalan pun rasa macam nak seret badan....


Normal ke kalau perempuan macam ni?

Normal kalau nak biarkan wanita ini terseksa selamanya. Haha. 

Sebenarnya tak normal. Kalau normal, wanita kalau datang haid sepatutnya dia cuma akan cakap macam ni.. Eh dah haid ke?? Bestnya sampai tak perasan yang dia mula haid tau.. Sepatutnya...

Eh ada cara nak elak ini semua. Mestilah. Setiap masalah ada jalan keluar. Cuma, yang selalu kita buat, tak mahu keluar-keluar. Haha. Tunggu ada orang offer jalan keluar... Ni tengah offer jalan keluar la ni.

Vivix nama diberi. 
Tonik yang sungguh ajaib sekali. 
Perisa dan pewarna asli. 
Dah cuba, mahu berkali-kali.

Siap pantun lagi. Hihi.

Vivix ni sangat membantu wanita. Khususnya masalah dalaman termasuk proses haid.

Ia antioxidant yang menstabilkan hormon wanita. Mengurangkan tekanan oksidasi dalam badan yang selalu menyumbang masalah hormon. 

Kalau amalkan selalu, kalau ikut dos cuma satu sudu kecil sehari sahaja, insya Allah masalah hormon lama-lama akan selesai.

Cuba tengok kawan-kawan yang dah amalkan vivix ni...






Sebab utama makan Vivix kerana nak tingkatkan kesuburan.

Mahu lancarkan haid macam kawan-kawan ini?

Mahu tolong kawan, isteri dan girlfriend anda?

Hadiahkanlah vivix sebotol pada hari jadi mereka. Pastinya mereka lebih menghargai anda sebab ambil berat diri mereka. Wanita suka tau.. Lagi kalau lelaki yang beli, sebab anda MEMAHAMI 😊😊😊

Lekas hubungi 0132015399. Lagipun bulan ni masih promo twinpack





Wednesday, March 2, 2016

Promosi protein keperluan badan nombor dua selepas air.

Oh ESP datang lagi....

Energizing Soy Powder kalau nama penuh dia. Nama pendek ESP. 

Saya suka nak share ESP ni protein daripada soya. Tapi, bila sebut soya je orang fobia. Ye lah. Dalam dunia maya ni memang banyak keburukan tentang soya.

Bukan apa, fobia ni kadang jadi ikutan. Orang tak suka soya pun jadi ikutan tanpa tahu perkara sebenar. 

Tahukah anda yang soya banyak diwar-warkan beri banyak mudarat tu sebenarnya soya GMO? Soya yang dah diubah genetik daripada soya original. Ha gitu. Bukan lah semua soya GMO. Tapi kebanyakan yang jual kat kedai adalah GMO. 

Cadangan saya kalau nak beli, boleh. Takde masalah dan pasti tak mendatangkan masalah kalau diambil secara sederhana ikut keperluan. Belilah soya Non GMO. Soya original atau organik.

Dan soya ESP sudah pastinya memang Non GMO. Tak perlu nak risau. 

Nak cukupkan keperluan protein ni, perlu ambil 3-4 kali sehari tau, pakar nutrisi beritahu saya. Bukan 3 scoop sekali sehari. Lebih daripada itu. 

Kenapa dia beritahu saya begitu, sebab makanan kita hari ini kurang kualitinya. Jika dimasak, kadang sampai overcook.

Oh gembira saya nak beritahu bulan ni. Anda boleh dapat bekalan protein terbaik pada harga lebih rendah daripada biasa.


Macam-macam cara boleh nak makan ESP ni.

Itu saya cerita lain kali. Dah azan Subuh. Masa untuk ke tempat kerja pula. Ciao...


Maisarah
SiD pro 890066
0132015399
Pengedar Shaklee Kajang, 
Taman Kantan Permai
Bangsar