Friday, September 16, 2016

Peluang belajar berkali-kali dalam group support yang hebat ireach family

Untungnya lahai ahli-ahli ireach.
Nape untung?
Meh nak citer..Shaklee sendiri memang dah ada sediakan kelas. Berbayar juga free. Tak cukup dengan itu, leader2 Shaklee ni upline super duper upline, sideline semua berganding bahu, memang saling bantu membantu anjurkan kelas.


Macam-macam program yang dianjurkan untuk bagi SID lebih mantap, bukan sekadar jual. SID PERLU BERILMU, kata mentor2 dalam Shaklee. Kelas-kelas ilmu ni, ada yang percuma. Ada yang bayar komitmen fee. Yang bayar sudah tentu lebih rendah daripada harga pasaran.
Sepanjang saya bershaklee, ini antara kelas yang pernah saya hadir:
Kelas produk-Nutritionist sebagai penceramah. Ni kelas wajib SID kena pergi. Beliau cerita semua tentang produk.
Health & Welness Talk - dengar terus info produk daripada Nutritionist ye.. Macam2 kebenaran tentang makanan kita hari ni.. Huhu
Sharing Monthly Session- Perkongsian tentang Shaklee Effect, Shaklee Success Story. Kalau mentor sendiri turun, saya pun mesti turun. Sedut aura. Hihihi
Kelas marketing offline- setakat ni, bukan kelas mentor je pergi, kelas anjuran super duper upline pun pergi juga..
Kelas marketing online-kelas ni anjuran upline dan leader-leader. Mesti pergi. Banyak betul info dapat. Dalam program sama dibawakan otai-otai dalam dunia marketing online. Terbelit juga otak nak memahamkan bahasa marketing... Lama2 paham juga... Maklumle, ahkak ni bukan orang marketing.. Orang trening.. Hihihi
Kelas tulis blog dari jiwa- kelas menulis yang boleh ajak pembaca baca apa yang kita tulis.. Tulis dari hati namanya... Yup. Yang ni pun memang penting. Menulis secara santai dan berperasaan...
Bestkan bisnes ni.. Sambil g kelas2, satu yang best bagi mak-mak macam saya ni.. Saya boleh bawak anak-anak... Tapi kita kena pandai2 la bawak diri dan bawak anak tu.. 😊😊😊

Empayar besar dan kukuh

Petang-petang cuti begini, otak ligat berfikir.
'Empayar besar dan kukuh'
Bila berniaga, kita adalah usahawan. Usahawan ni bukannya semata menjual. Tapi berkongsi penyelesaian kepada masalah yang di hadapi masyarakat sekeliling.
Saya pun samalah. Sehabis boleh nak berkongsi penyelesaian dalam masalah kesihatan kepada seramai mungkin. Benda baik, takkan saya nak rahsiakan.
Jadi bila berbisnes, sangat penting untuk kembangkan empayar sebab ia menunjukkan kita serius berbisnes. Bukan saje-saje. Bisnes yang BERJAYA akan berubah bentuk daripada kecil berkembang menjadi BESAR. Kita ada target yang kita nak capai seperti
🔌Saya dan kumpulan saya nak sampai kepada masyarakat seramai mungkin. Besarkan network orang kata. Dan saya sangat percaya pemasaran mulut ke mulut sangat berkesan bila dah merasai keberkesanannya.... Makin ramai makin bagus.
🔌 Saya dan kumpulan saya boleh bantu orang lain yang nak cari pendapatan tambahan bagi yang nak. Bisnes ni mengikut masa kita. Sangat fleksibel. Mana masa terluang, kalau kita buat, kita yang dapat. Modal pun rendah. Boleh buat full time atau part time. Makin ramai berjaya dalam bisnes, maknanya itu bisnes yang baik.
🔌Bila dah ada pendapatan, saya percaya banyak hutang-hutang dapat ditutup.dan dilunaskan. Lama kelamaan kita sampai ke tahap bebas kewangan, yang mana jika berlaku kecemasan, kita mampu buat keputusan pantas, even dalam setiap hal kehidupan. Bila makin ramai yang dapat kebebasan kewangan, makin ramai yang telah dibantu keluar daripada kemelut hutang.
Ha tu sebab saya nak besarkan empayar saya. Saya nak bantu diri saya, keluarga saya dan juga masyarakat sekeliling. Jadi kena rancang strategi dan buat apa yang saya rancang. Tindakan tu paling penting kalau nak besarkan empayar bisnes.
Sihat itu ceria, gembira, bahagia.
Memiliki kewangan bebas juga bawa bahagia.


Dapat bantu masyarakat juga bahagia ceria di dunia juga di akhirat sana..
Moga empayar saya besar dan kukuh... Kukuh sehingga mengalirkan pahala berlipat ganda, sebagai salah satu cara nak masuk syurga 😍😍😍😍
Baru betul BERJAYA. Marilah bersama MENUJU KEJAYAAN yang selalu dilaungkan dalam azan...

Thursday, September 15, 2016

Apa yang buat saya percaya JENAMA ini?

Apa yang buat saya percaya ?
Semestinya sebab kajian bertahun-tahun yang dibuat oleh Landmark Study Shaklee!
Jom professor kita sep sikit.
Saya pun sama.. bukan main makan je apa-apa produk. Nak makan tu selidik kiri kanan. Sampai dah ada bukti, dan yeah..
Mengagumkan. Prof ni dah makan Shekli selama 47 tahun!!


Shaklee the best!

Ko nak buat biz ni sampai bila?

Ada orang tanya, ko nak buat biz Shaklee ni sampai bila... Takkan sampai tua?
Ye. Kalau panjang umur, sampai tualah. Terlalu banyak benda best nak share. Rugi sangat tak kongsi kat semua...
Impian saya nak jadi nenek tua yang muda dan jelita serta kaya raya.... AMINNNNNN. Sahabat2. Tolong aminkan sekali. Nak tumpang sekaki? Eh boleh sangattt... Aminkan dulu heheheh. Pastu jom sembang tepi...😝
Sebab tak mustahil pun nak dapat semua tu. Ni ada nenek contoh daripada US. Baru daripada Conference Shaklee di Orlando tempoh hari.

Jadi nenek tua cantik dan kaya.. mesti jadi punya...


Umur Nenek ni dah sekitar 70-80 tahun. Perempuan di sebelah yang lebih muda adalah anak dia, yang dah berumur 50+. Lelaki yang tinggi di belakang tu adalah menantu nenek tersebut.
Mereka dah makan Shaklee sejak 40-50 tahun yg lalu. Di ulang, EMPAT PULUH tahun lebih makan Shaklee. Tengoklah mereka dan bandingkan dengan kebanyakan orang yang sebaya dengan mereka, tak nampak gaya mcm 50-an atau 80-an pun kan? Sangat sihat, boleh berjalan ke sana sini sendiri2 tanpa menggunakan tongkat.
Dan cerita paling best, anak beranak ni dah capai level Master Coordinator, income ratus ribu. Bukan saja lebih sihat makan Shaklee, tapi juga makin senang dengan duit Shaklee.
Siapa nak jadi nenek tua kaya raya? Saya lah tu. Jadi , nak kena usaha.daripada sekarang lah. Kalau nenek ni boleh buat, apa lagi kita yang muda-muda...
Jom sama2. Gambatteeee Maisarah!!!
Gambar: Master Lyna merangkap upline saya pun ada tu.. Yang tudung merah tu..

Pernah dengar serah diri untuk berbisnes?

Serah diri berbisnes?
Dah tersurat menyinggah vitaminsemulajadi.com beli vitamin.


Punya la ramai duk share bagusnya produk Shaklee, jadi saya dengan beraninya mula terjebak dengan set susu nak bagi ibu bertenaga dan susu pekat penuh berkhasiat.
Bermula dengan set basic, bermulalah pengembaraan saya dengan dunia vitamin..
Bila dah rasa kesan tu sendiri, kongsi kat kawan-kawan dan keluarga, ada permintaan rupanya...
Lalu, sebab rasa nak kongsi kebaikan Shaklee dengan ramai orang, saya pun serah diri untuk buat bisnes ni.. Kat.siapa? Siapa lagi kalau bukan upline saya....
Eh korang ada yang nak serah diri juga nak buat bisnes ni?
Meh roger2 meh...
Maisarah
Pengedar Shaklee di hati anda
0131015399

Wednesday, September 14, 2016

Model Cilik pegang tong ESP protein soya Non GMO yang mengenyangkan...

Petang ni ke kenduri kita. Suka hati betul anak-anak, berebut nak pegang tong ESP. Jadi model jap.

Eh bulan ni pun berebut-berebut mak-mak nak menten cantik, mak-mak nak susu badan pekat duk beli ESP.

Saya pun tak lepaskan peluang beli untuk buat stok. Maklum la, hari-hari minum buat breakfast on the go.. Rasa kenyang tu lama....

Selain tu, kulit pun cantik, akar rambut kuat, kuku comey... Eh tu yang luaran je..

Yang dalaman? Nak jaga rahim pun makan ESP tau..

Protein ni protein organik soya Non GMO. Tak diubah langsung dia punya sifat semulajadi. Daripada awal penanaman hinggalah cara diproses di kawal supaya nutrien tak hilang. Proses pun guna cara luar biasa, bukan biasa-biasa.. PROSES GUNA AIR.

Jadi saya tak risau sebab makan protein yang semulajadi sumbernya...
Apa nak risau... Orang yang dah makan shaklee 40 tahun pun makin awet muda....sihat.walafiat..
Saya pun nak jadi nenek yang kelihatan muda juga... Sebab tu beria jaga kesihatan sekarang..
Ada yang nak join makan ESP? Semalam baru borong... Alang-alang ada kelas, beli le sekali....

Bagaimana memilih jenama vitamin yang bagus?

Nak makan vitamin tapi tak tahu mana satu? Bagaimana memilih jenama vitamin yang bagus? 

Sukalah saya nak beritahu, kalau korang tanya saya, saya bagitau makan jelah Shaklee.
Lagi sekali tanya, Shaklee.
Esok lusa tanya, Shaklee.
Orang yang ke 100 kali tanya pun Shaklee... Ahakkss.
Eh bukan gembira saja-saja nak share okeh. Memang terbukti shekli ni bukan calang2 vitamin...
Makan berkesan.
Cepat kesannya tu.
Selamat pulak.
Sebab ada landmark study. Uji secara klinikal, ubat2 je orang uji macam ni.
Tapi ini SUPLEMEN JE.. Bukan ubat...
Tapi standard uji dia dah macam ubat. Sebab nak pastikan takde side effect negatif.
Ubat ? Lama2 makan pun ada side effect. Jadi kena makan secara berhemah la yeeeee.. Jangan main taram saje yo..


Vitamin lain? Ehem. Tengok graf landmark study tu... Ia menunjukkan sebaliknya. Bukan makin sihat. Malah makin tinggi risiko penyakit.


Vitamin Shaklee  enione? Whatsapp saje 0132015399😊😊😊
Ikhlas,
Pengamal vitamin selamat semula jadi.

#tsunamishaklee
#teamrock


Ada apa dalam beg duit saya?

Beg ni En Suami yang pilihkan.. Dia tengok beg lama kecik, yang ni banyak compartment supaya senang nak bawa barang-barang yang ke mana-mana nak bawak..


Beg ni sekarang yang selalu mengikut..(suami pilih ok). Barang yang saya takleh tinggal termasuklah
1/Beg duit
2/Kad Nama Bisnes
3/Buku nota
4/Pen
5/Pepper gingermint Plus
6/Cinch Tea Mix
Dua vitamin saya takleh tinggal sebab
👉 Lambat makan, perut berangin..
👉 Salah makan sakit perut..
👉 Makan cepat-cepat, lain macam perut rasa...
Jadi standby siap-siap peppermint ginger ni. Baru selesa perut. Angin pun mudah je keluar. Oppsss. Orang kat opis jangan risau, adab buang angin sentiasa dipatuhi...Ahaksss
Lagi satu yang bestnya, kalau jem teruk sangat, boleh je kemam peppermint ginger plus sebab rasa peppermint yang berangin itu..bagi saya relaks sikit nak menghadap jem...😂😂😂 macam makan chewing gum gitu rasa dia...
Jadi senang cerita, bawak je lah ke mana-mana...
Cinch tea tu pulak, ada masa pand kereta akan jadi sangat-sangat mengantuk... Kena la standby.. Kalau ada orang tolong ambil lain cerita... Bestnya pergi balik ada orang ambil..
Bila salah timing tido.. Habisss..... Bawaklah cinch tea tu dua tiga peket... Bagi segar mata... Kalau lupa topup.. Kenala berhenti tepi jalan tidur...
Jauh sangat ke tempat kerja..? Takde lah jauh sangat......
Tapi pergi balik mesti sejam jugak...kalau ada gangguan jalan raya, naik sejam setengah... (Menguapppppp). Nasib baik ada cinch tea...😊😊😊

Tuesday, September 13, 2016

Baca buku positif untuk melatih diri positif sampai berketul-ketul idea datang...

Motivasi diri tengok.baca.dengar

Bila2 masa rasa macam negatif, saya buat macam -macam.

Masa tu lah nak buat kerjaaaa aje. Tapi datang malas nak tido saja... Nak pejam mata tak mau ingat pape.

Haha. Tu dalam mimpi jelah boleh buat. Ada budak berdua kat depan mata takleh nak buat pon macam tu.

Jadi apa yang saya selalu buat buka video idola atau baca buku motivasi.


Dr Robiah ni antara idola saya. Saya akan buka video beliau atau baca buku tulisan beliau.
Buku2 beliau ada banyak kisah yang boleh dijadikan teladan dan pengajaran. Jadi bila baca kisah mereka, menjadikan saya lebih kerdil berbanding mereka dalam cabaran hidup.
Saya juga akan baca buku2 yang memberi langkah praktikal untuk meningkatkan peluang diri. Contoh Magnet Diri tulisan Tuan Amin Idris.
Dan last but not least, saya juga akan baca buku2 sejarah. Buku2 begini mendekatkan saya dengan tempat tersebut. Otak saya akan berimaginasi sekaligus meningkatkan keinginan nak melawat tempat tersebut. Jalan-jalan kan semua orang suka. 😉
Akhirnya, mulalah keluar plan macam-macam dalam kepala... Hihihihihihi

Rumah idaman Kalbu saya

Tengahari begini sebelum nak tidur sekejap tu lah.. Meh nak kongsi cerita sikit. Moga-moga melekat dalam kepala, masuk bawah minda separa sedar, maka berlakulah tindakan yang akan mendekatkan impiannn qolbu ini...
Tengok ni.. sanggup berhenti tepi jalan nak ambil gambar Rumah IDAMAN Qolbu. Ya Allah moga rumah ini jadi milikku satu hari nanti!! Hihihi Berangan. Berangan.


Asal lalu je tepi rumah ni, anak-anak akan menjerit 'rumah mama! rumah mama!'
Hahah anak-anak dah di'install" dengan software rumah mama banglo besar dua tingkat di situ... Memang terletak di laluan harian saya.. Asal lalu. Mesti tengok..
Apa yang best rumah ni.. rumah banglo ok. Dua tingkat. Ada 4+1 bilik tidur, ada bathtub. Ruang tamu besar, dapur luas dan yang paling penting banyak ruang dan kawasan rumah yang luas untuk BERCUCUK TANAM... Saya ni gadis kampung masuk bandar. Sukanya kalau keliling rumah ada hasil tanam cucuk siram tumbuh yang saya usahakan. Insha Allah.
Saya memang tak pernah masuk dalam lagi.. tapi tengok gambar masya Allah rumah yang begini sungguh jadi idaman setiap insan macam saya.
Lokasi sangatlah strategik, dekat dengan sekolah, dekat dengan Giant dan Tesco, paling penting dekat dengan surau... Ada tiga surau semuanya.. Huhu pilih je mana satu nak pergi..
Daripada mata turun ke hati. Daripada hati, sungguh-sungguh bertindak nak dapatkan rumah idaman.Rumah ni dah dekat di hati sejak ia siap. Maka, kenala buat financial planning daripada sekarang kan?
Doakan saya ye sahabat-sahabat.. moga rumah idaman qalbu jadi milik saya satu hari nanti.
Okeylah.. Nak bermimpi di siang malam.. Tak adil kalau mimpi siang atau malam je.. Mesti gigih tau..
-Ratu Mimpi Siang Malam-😉

Monday, September 12, 2016

Cara hidup di bawah kemampuan dengan berbelanja secara berhemah

Hidup biar bawah kemampuan.
Bila berbelanja ukur baju di badan sendiri. Tapi kalau ukur baju dibadan orang lebih kecil lagi bagus. Hal ini logik kan dalam perbelanjaan.
Inilah prinsip berbelanja saya sekeluarga. Cuba mengoptimum perbelanjaan harian sendiri dengan pelbagai kaedah dan cara.

Berbelanja ikut keperluan, bukan kehendak.
Semenjak dua menjak jadi mak, banyak benda bukan lagi dilihat sebagai kehendak. Dulu masa muda ye. Sekarang, nak hidup tenang dengan sihat. Banyaknya beli bila perlu termasuk beli vitamin untuk makan sendiri.

Menabung untuk berbelanja ketika jualan murah.
Daku borong betul2 bila harga murah. Susu sentiasa survey kedai mana paling murah. Kalau ada sale, beli banyak. Banyak huntung dan jimat. Jimat masa, tenaga dan wang.

Main kutu jika perlu
Nak beli barang especially yang mahal, daku main kutu. Cukup masa dapat barang. Yahooooo...

Simpan emas untuk belanja kecemasan
Yang ni daku pun simpan. Duplicate cara aboh ku. Hihihihi. Sape nak tau pm. Tu pasal daku suka educate adik-adik simpanlah walau 1 gram je sebulan. Emas 10 tahun dulu tak sama dah dengan harga sekarang. Purata kenaikan 20-25% setahun. Kalau 10 tahun dah simpan, agakla sendiri berapa kenaikan? Tapi kena ingat guna bila cemas. Bukan untuk tukar beli kehendak. No no no.... Simpan tuk g haji pun boleh tau.. Sebab beza sangat...

Kos menten
Yang ni kena masukkan juga dalam pelan kewangan.
Nak servis kereta - bulanan
Nak bayar cukai - bulanan
Nak bersara - kwsp dah ada. Tapi daku nak usahakan juga cara lain.. Ni yang tengah bangunkan sekarang ni.. Side income...

Papehal pun buat bajeting bulan2 tau.. Masukkan semua kat atas tu dalam excel. Takde lah belanja ke laut je... Nak senang guna je sistem sampul kan..
Sape kat sini guna sistem sampul.. Angkat tangan sikit nak tengok..😁😁😁😁

Cerita rahsia solat lima waktu berulang kali kepada anak kecil...

Anak pertama saya, lelaki. Namun umur tak panjang. Dulu awal-awal, sedih juga. Tapi bila datangnya Hannan, kembali ceria.
Jadi anak pertama saya yang survive memang saya tunggu-tunggu. Pengubat hati.

Kakak yang depan.. si adik tengah sibuk dengan akalnya...

Saya akui saya sedikit beremosi semasa mengandungkan si Hannan. Jadinya, sebijik perangai mak dia la. Emotional je lebih. Aduiii..
Hannan ni sekarang umur dah 6 tahun. Masih banyak skill yang nak di ajar. Sekarang, skill solat pun belum master lagi.
Hari tu mama dia solat. Saje solat luar bilik.
Dah selesai saya solat, si kakak kata
'alamak, kakak lupa solat.'
Si adik balas, 'kakak kecik lagi. Takpe.'
Mama senyum dalam hati...
Saya banyak kali cerita kat dia, solat penuh dapat masuk syurga. Ada rumah besar, tempat main, ada sungai (bagi dorang, kolam), ada buah, eh ada macam-macam lah...
Selalu kena beritahu. Ni namanya install software solat.. 
Moga anakku Hannan solat penuh 5 waktu dan solat-solat lain juga...

Pakej percutian percuma dengan Shaklee bawa badan aje?

Tengok betapa cerianya upline saya (paling kanan) bersama -sama dengan delegasi lain ke Orlando, US untuk trip Shaklee. Ini merupakan pakej percutian percuma dengan cara mengumpul points pembelian. Gituuuu..

Gambar ni ketika mereka transit di Dubai  pada 3 August yang lepas.

Kita yang tengok ni rasa Bestnyeeeeeeeeee....
Tapi semua ni datang dengan usaha berbulan-bulan. Upline saya je dapat LIMA TIKET untuk bawa satu keluarga,kecuali baby takleh bawak sebab bawah umur 4 tahun.
Nak dapat satu tiket fuh.. daya usaha dah dasyat inikan pula LIMA TIKET?
Daripada yang kami tahu, trip shaklee memang lebih 5 bintang, semua disediakan dengan tip top dan siap dapat duit poket lagi... Bawak badan ajee...
Meleleh-leleh air liur kalau bab2 trip 5 bintang cenggini... Semua free..
Tapi nak dapat tu takde la free.. Kena usaha sebesar gunung... Ada berani? Kalau berani meh sembang tepi...
Maisarah
Pengedar Shaklee dekat di hati
0132015399
#tsunamishaklee
#teamrock

Sunday, September 11, 2016

Bangunan 'hijau' yang best untuk pergi kerja hari-hari...

Ada apa dengan bangunan ini?
Nilah bangunan Shaklee di Pleasanton, San Francisco yang ni dibina oleh arkitek terkemuka dunia Gensler. Sebuah bangunan yang mesra orang dan alam sekitar yang reflek komitmen Shaklee untuk “Kehidupan yang Harmoni bersama Alam Semulajadi”. Tak kira anda di mana dalam bangunan ini, anda akan nampak langit, pokok, bukit dan tanah lapang. Kecanggihan rekabentuk memang mengagumkan dengan cahaya, bahan binaan dan warna yang semulajadi.
Jom kita cekidout bangunan best ni...



Bahan-bahan kayu dan pintu diambil dari kawasan hutan mampan Pembuatan permaidani daripada bahan yang dikitar semula.
Kerusi-kerusi diperbuat daripada bahan yang dikitar semula Tanaman landskap yang dijaga rapi terdiri daripada sebahagian tumbuhan botanik yang terdapat di dalam produk-produk Shaklee
Penggunaan sensor pergerakan bagi mengawal suis lampu untuk tujuan penjimatan tenaga
Penghadang tingkap yang dikawal oleh sensor elektrik, bagi membolehkan 80% cahaya luar menerangi ruang dalaman dan pada masa yang sama menapis kepanasan
Peredaran udara melalui bawah lantai untuk penggunaan tenaga yang lebih efisien dan menjamin kualiti udara
Ruang dalaman yang luas bagi menggalakkan suasana kerja yang lebih harmoni dan menjamin peredaran udara segar
Haa.. Sentiasa selamat tau bangunan shaklee ni..
Rasa nak pergi ke sana tengok sendiri bangunan ni. Nak tengok depan-depan. Tepek satu lah kat vision board. 😍😍😍
Ada yang nak join pergi sekali? Meh sembang tepi jum ...

Sikap ingin tahu dan buat akan buat kita maju ke depan



Zaman sekarang bisnes group coaching medium utama guna whatsapp. Jadi apa-apa discussion memang takkan terlepas, kalau terlepas pn boleh godek2 balik guna kecanggihan whatsapp. Dokumen pun dah boleh pass macam gitu aje.
Peluang untuk timba ilmu tu ada di mana2. Antara nak atau tidak sahaja.
Sekali sekala kalau boleh turun acara coaching depan2, memang lagi bagus. 
Direct serap ilmu depan-depan. Lain perasaannya.
Masa kelas khas TBK tu, Master Lyna tengah sarat tu. Bekobar-kobar kami turun nak timba ilmu hihi. Saya kalau free, memang turun. Nak sedut aura katanya. Ada sorang peserta tu, petang hari sama hadir kelas coaching lain tempat sama. Tapi dengan Master Roslan pula.
Jadi join bisnes apa pun , perlu ada keinginan maju ke depan. Barulah sanggup timba ilmu walau di mana sahaja, apa jua channel.
Awak-awak yang kat luar sana masih mencari bisnes tepi , jom le join kami... Ada group coaching best menanti.. Hubungi.anytime 0132015399 ye awak-awak..

Monday, September 5, 2016

Cara hilangkan gastrik teruk dengan pulihkan dulu perut

Anda sakit gastrik? bagaimana cara hilangkan gastrik teruk?
Ramai dah customer yang makan ESP rasa lebih sihat bila kekerapan gastrik berkurang. Kadang-kadang mereka tak sengaja pun. Makan untuk tujuan lain, namun dapatan lain pula sebagai hasil.
Saya pun pernah kena. Tapi tak lah kronik. Sebabnya skip makan pagi. Jadinya dia tangkap ulu hati dan badan jadi berangin. Sendawa tak putus-putus. Ini saya la.. 
Apa yang saya buat dulu paling pertama sekali, minum ESP. Kemudian saya telan B Complex, Peppermint Ginger dan Ostematrix. Kemudian baring dan rehat tanpa bergerak. Relaks je..Lebih kurang sejam lepas tu Alhamdulillah sakit pedih perut tu hilang... tapi kena perhatikan juga, sakit perut boleh jadi appendiks juga macam apa yang berlaku kat suami saya ni..
Diserang gastrik mengerekot macam udang. Nak buat apa pun tak boleh. Nak tegakkan badan pun tak mampu, macam mana nak buat kerja kan.. Kena berehat je lah. Kalu kena kerja, kenalah tahan semua tu..
Lagi kalau yang tangkap angin naik ke kepala, siap pakej migrain sekali....
Akak ni bertahun-tahun menderita gastrik dan angin. Ambil ESP sebab nak kurangkan gula dalam darah, tapi kesan sampingan kekerapan gastrik pula berkurang... Apa yang beliau makan? ESP ...


'Alhamdulillah, bacaan gula normal, masalah angin berkurang. dan saya mula perasan, gastrik makin kurang menyerang. Malah sekarang ini, tiada lagi gastrik. Alhamdulillah'-Puan Natrah Mohamed, bangi

Apa kata mereka yang lain?

'Alhamdulillah cepat je pulih gastrik'- Noraimi Syazwani
'Membantu buatkan gastrik Nana hilang'-Nur Diyana Badrul Hisham
'Sekarang gastrik jarang datang kat saya'-Sricandy Iman


'jarang gastrik naik walaupun sekali sekala ada juga'



'Hilang terus sakit gastrik'


'Perut tak pedih'

Cek nak bagitau ESP ready stok sebab baru lepah borong kat HQ tadi 😊.. Nak? Bagitau je kat 0132015399. Berdesup sampai...

Saturday, September 3, 2016

Angkasawan NASA makan sepapan Vitamin Shaklee setiap hari?

Hari ni sharing mentor bisnes kami ni...

Yang pergi trip Shaklee US 2016 yang oh semmnn...

Dalam sharing ni, dikongsikan trip melawat tempat roket dilancarkan kat US tuu...

Nak cerita yang angkasawan NASA MAKAN SEPAPAN Vitamin Shaklee ni setiap hari tau. Terkejut? Saya pun terkejut...



Dalam papan ni ada b complex, vitamin C complex, vivix dalam bentuk kapsul dan beberapa vitamin lain. Dapatla rasa pegang vitamin yang angkasawan makan... Hohoho

Awat dorang makan sepapan ni?

Kat bumi ada atmosfera, penapis cahaya matahari. Kita DI BUMI cuma terima 3% je cahaya matahari SEBAB ada ATMOSFERA. Itu pun kita dah PAKAI SUNBLOCK bagai sebab nak lindungi kulit.

Ha kat angkasa? Mana ada pape nak tapis UV  atau cahaya matahari.. Mereka angkasawan memang terima 100% cahaya matahari... Jadi bagaimana mereka survive?

Mereka makan VITAMIN SHAKLEE ni SEPAPAN SETIAP HARI....

Extreme kan? Logikla.. Cahaya matahari yang mereka terima pun EXTREME!

Shaklee memang berkesan even dalam extreme situation pun!

Anda memang sangat perlu makan vitamin Shaklee kalau nak ke tempat yang bercuaca melampau...

Nak order vitamin? Whatsapp je 0132015399 nanti saya guide...

Maisarah
Pengedar Shaklee Ohsemmmmm
0132015399