Friday, June 23, 2017

Bulan puasa bulan mudah mengajar anak solat



Hari ni dah ramadhan ke 28, tahun 2017.


Saat kakSar tulis catatan ini , kakSar teringat peristiwa dua hari lepas.


Anak kakSar Hannan pertama kali solat sendiri dengan confident! Bacaan pun betul, tapi ada juga perlu diperbetulkan... ! KakSar gembira betul. Start bulan puasa kakSar tingkatkan kekerapan ajak anak solat sama-sama. Alhamdulillah membuahkan hasil.


Kebiasaannya bila kakSar suruh anak perempuan KakSar yang pertama umur 7 tahun untuk solat , macam-macam alasan dia bagi. Paling penting, dia nak solat sekali ngan ibunya ni. Tak mahu solat sorang2. Perkara ni dah berlanjutan sejak umur 6 tahun lagi sebab beliau ni belum lagi ingat bacaan solat. Disebabkan tahun ni Hannan, akan berumur 7 tahun bulan september nanti, target KakSar nak beliau pandai solat sebelum umur 7 tahun. Jadi sejak masuk umur 6 tahun tahun lepas, kakSar dah mula ajak solat sekali biar pun beliau menolak.


Ada masa memang sangat liat. Ada masa senang dan mudah je beliau ikut. Sama juga adiknya. standard umur 5 tahun lagi suka main waktu solat. Kadang nak tergelak kaksar. Tapi ku tahankan jua sebab solat wajib kan.. bukan solat sunat nihhh...


Kerenah anak-anak memang memenatkan bila nak solat ni. Satu kakSar nak pesan buat ibu yang mula nak ajar anak solat , SABAR tahap langit ke tujuh. Ada masa kakSar pun geram, tapi mengenangkan mereka ni masih lagi belum mumaiyiz, KakSar redho. Tapi, mereka wajib dah diperkenalkan dengan solat. Umur 9 tahun kan kalau tak solat, kan dah boleh kena pukul. so kakSar berkira-kira 3 tahun tempoh yang cukup lama untuk belajar semuanya tentang solat, solat wajib, solat sunat, solat sahwi...


Dulu kakSar belajar solat malam2 dengan tokki kakSar, praktikal solat terus. Masa tu umur berapa kakSar dah tak ingat tapi sekolah rendah. kakSar dan adik beradik serta sepupu sepapat belajar waktu malam selepas maghrib dengan arwah tokki. Kami diminta untuk beratur menghadap kiblat, pakai baju tidur je praktikal solat ni.. tak pakai tudung pun. kemudian, kami ramai2 berlatih solat wajib sambil baca kuat ditemani arwah tokki selaku guru yang ajar solat.


Satu hari, adik kakSar masa praktikal solat ketika sujud, beliau sujud dengan pipi , muka dipalingkan ke sebelah kanan. Tokki yang terpandangkan posisi tersebut terus menjerkah meninggikan suara (kakSar pun dah lupa apa yang arwah sebut), serentak itu, semua berlari turun meninggalkan rumah tokki masuk ke rumah masing-masing dan bersembunyi dalam bilik ditingkat atas.


Kenangan belajar solat yang pastinya tidak boleh dilupakan. Gelak sendiri bila terkenangkan peristiwa tu. Arwah tokki kakSar memang garang bab ilmu nih. Tak serius, memang kena la jawabnyaaaaaaaaaaaaaa...

Wednesday, June 21, 2017

Tip Elak kepanasan di musim perayaan

Dah ramai yang gerak balik kampung nak beraya ngan keluarga. Raya-raya jugak tapi kesihatan kena la jaga ye dop..

KakSar Cuma nak share tip bagaimana nak elak kepanasan bila berhari raya… lagi kalau yang ada anak kecik.. boleh demam woooo

Dahla hari raya tibai makanan macam sebulan berpuasa… (eh betulla sebulan berpuasa…hihi ) dengan makanan yang sedap2, dengan aisnya, dengan kuih muihnya…



Jomlah kita elak kepanasan dimusim perayaan ni…



1-    Elak keluar tengahari matahari terpacak. Nak gi ziarah raya pergilah pagi-pagi… zaman sekarang waktu 10 pagi pun dah terasa panasnya macam tengahari. Masa 10 pagi-3 petang ni boleh dikatakan waktu sinaran yang agak panas. Kita boleh kena sunburn tau…



2-    Kalau pun keluar tengahari, sentiasa dapatkan perlindungan daripada cahaya matahari sama ada nak pakai payung ke, kain anak2 kecik .. topi ke.. dan sebagainya. Lagi bagus, lalu je bawah awning atau bawah pokok… Sinaran matahari zaman sekarang tak sama dengan sinaran matahari zaman dolu2..



3-    Bila dah panas2 nikan paling baik minumlah air secukupnya sebab badan akan lebih sejuk bila sentiasa cukup air. Cubalah minum lapan aun air setiap jam. Lagi bagus, tambahkan sedikit daun pudina ke, oren ke, lemon ke, timun ke untuk buat air tu menyegarkan. Lagi pun, bila air ada flavour ni buat tekak ok je nak minum.. nak lagi best, campur kan air dengan serbuk minuman performance drink.. dah la rasa oren, cukup lengkap dengan semua elektrolit nak bagi badan sejuk jeee…



4-    Tip seterusnya, bila dah kepanasan boleh sembur air kat kawasan kulit yang terdedah untuk efek sejuk segera.. Just masukkan air dalm botol spray, adjust semburan berkabus tu, haa kalau rasa panas sangat sembur2 la sekeliling dan kulit terdedah tu.. best tu…



5-    Hari tu ada pergi setia convection centre kat setia alam ada meeting kat situ untuk next event opis. Yang bestnye lepas lawatan tapak, ada sorang pekerja dia duk agih towel basah. Maklumlah bulan pose lepas tu masuk pula ruang takde aircond.. mau tak hottt hihihi. So tip kali ni adalah lembapkan tuala muka anda dengan air pun bagus juga.. letak kat muka, dahi, kat tangan atau kat leher khususnya wanita yang bertudung .. memang sangat best… sejukkkkk jap.. sediakan je tuala kecik dalam handbag, guna je spray air tadi tu sembur sikit2 kat tuala sampai lembap..



6-    Mak ai, dah tip ke 6 nii… tak perasan lak banyak pulak idea… Tip seterusnya ni selalu kita amalkan time anak demam. Tak perlu tunggu demam nak buat. Waktu panas pun boleh. Sapu air di kawasan pelipat atau orang panggil pressure point termasuk pergelangan tangan, belakang leher, belakang lutut. Buat macam ni pun boleh turunkan suhu badan yee..



7-    Untuk elak kepanasan juga, digalakkan untuk tidak memakai stokin… kalau wanita yang nak tutup aurat tu disarankan pilih stokin selesa dan tak panas. Sebab apa tau, kalau pakai kasut dan pakai stoking, ofcosla kaki akan berpeluh dan pada yang sama akan menaikkan suhu… kalau pakai stokin, pakai sandal ok… untuk anak-anak tak yah le bagi pakai stokin.. sian.. panas tau..



8-    Tip seterusnya, makan makanan sejuk. Contoh buah yang telah disejukkan  atau pun aiskrim.. nyum nyum nyummm yang ni pastinya semua orang suka…



9-    Tip last ni awesome sikit. Sape yang suke, memang syok. Makan makanan pedas. Sebab apa, lepas makan makanan pedas, badan akan berpeluh sakan dan last sekali, badan akan jadi sejuk. Pada masa yang sama, kita akan cari air sejuk sebab nak bagi hilang pedas…waktu tu dah tak ingat dah kepanasan haba tu… hehehe



Sekian, tip menghilangkan kepanasan di musim perayaan… untuk yang nak balik travel jauh2, berhati-hati di jalan raya yeee……

KakSar

Monday, June 19, 2017

Cara mencerdaskan otak dengan makan ESP & LECITHIN

Mak mentua KakSar pernah bagitau, asyik lupa sejak2 akhir ni.. lalu kakSar dengan gembiranya mencadangkan supplement  ESP dan lecithin.

wo wo wo wo… nanti dulu..

Kenapa lecithin ? kenapa ESP pulak?

"Lecithin kan untuk kurus, apsal bagus utk otak pulak?"
"ESP bukan ke untuk tambah susu , awat cadang ESP pulak ni?"

Meh nak habq naaa…

Allah ciptakan alam ni sangat unik dan hebat. satu benda ada banyak fungsi tau, bukan takat satu fungsi je.

Macam kita la, diciptakan bukan hanya untuk kuasai satu benda je, kita boleh jadi terror dalam macam2 benda. Contohnya memasak. Tak belajar kulinari pun boleh jadi chef :D, kat dapur sendiri leee.. hehehe

Kalau lah korang tau, Lecithin, asid amino (ESP), vitamin B & elektrolit (Ca, Mg, Ch) adalah nutrient yang penting untuk otak kita menjalankan fungsi dgn baik. otak kita tersangat sensitif, kalau kurang nutrient sikit je pun dah mula la dia jadi weng.

Komponen dalam lecithin (kolina) & komponen asid amino (especially Tryptophan) adalah precursor (benda yang wajib ada) untuk perjalanan neurotransmitter (sejenis chemical dalam otak yang menghantar signal ke neuron, takde precursor, neurotransmitter berkurang, signal pun berkurang… mula la otak sel otak tak boleh nak berhubung…).

Lalu apa yang berlaku ?  signal tu terganggu & kita akan alami masalah2 contohnya...

- depress- kebimbangan- susah tido atau asyik nak tido je- PMS- asyik teringat nasik
====> tanda badan kita kekurangan Tryptophan iaitu sejenis asid amino & elektrolit
- rasa inferior- asyik down- rasa orang lain semua hebat, aku je tak
====> tanda badan kita kekurangan vitamin B
- takde cita2- takde semangat- takde sebab untuk hidup- takde rasa excited nak berjaya
====> tanda badan kita kekurangan phenylalanine (sejenis asid amino)
- lost fokus- asyik blur- selalu lupa
=====> tanda kekurangan kolina (komponen dlm lecithin)

Haaa... jadinya marilah kita cukupkan keperluan otak kita. Takde la rasa nak down2 lagi

Oleh kerana itu, sebenarnya semua orang wajib ambil:

- ESP
- Lecithin
- B Complex
- Performance Drink
- Vita-Lea

Untuk fungsi otak yang baik dan optimum!


Buka puasa nanti jangan lupa telan semua2 tu.


Nak set ni, boleh roger kakSar

Friday, June 16, 2017

Tips kuatkan mental hadapi ujian


Bila diduga

KakSar sebenarnya waktu muda2 lagi dah diduga.
Nak cerita panjang sikit bila ujian datang bukanlah bertimpa.. tapi daripada kecik dah diuji.

Allah beri kelebihan kat kakSar berbanding adik beradik yang lain. Disebalik kelebihan tu juga, ada hadiah berupa ujian yang Allah beri kat KakSar.

1-      Dulu masa kecik kakSar pernah nak lemas. Allah. Waktu tu ikut trip sekolah. Kak Sar memang tak pandai berenang. Sudahnya berlaku insiden kecil yang buat kakSar tak lupa sampai hari ini. Ujian kali ni sekali gus menguji mental kakSar. Teruk trauma sampai berbulan2 tak dapat lelapkan mata sebab kejadian tu. Kak Sar jadi stress, tambah lagi nak SPM.

2-      Dah SPM, okeylah. Dalam pada mental kakSar yang tak berapa nak sihat, stress sebab kejadian nyaris sipi insiden air tu, datang lagi ujian lebih berat. KakSar ditimpa kemalangan pada hari terakhir persekolahan menengah. Terlantar selama tiga minggu, operate mata selepas dua minggu dan tunggu sembuh. Mata kakSar mengalami kecederaan teruk dan terpaksa dibedah untuk dibetulkan kedudukanya. Dalam sebulan lebih daripada kemalangan kakSar masuk matrikulasi. Mata masih lagi belum sembuh sepenunhya , begitu juga kedudukan mata. Mujur KakSar pakai cermin mata tetapi rakan-rakan tetap melihat ketidaknormalan kakSar. Pasrah ajelah. Di matrikulasilah kakSar mula naikkan semangat balik buang cerita lama.


3-      Ujian kakSar belum terhenti di situ. Tiada ujian berat semasa belajar. Namun selepas kahwin, kakSar diuji lagi. Kandungan pertama kakSar bermasalah. Hydrop fitalis. Allah. Penyakit jarang-jarang berlaku ni.   Apa puncanya kakSar tak pasti. Yang pastinya, arwah meninggalkan kami selepas 25 minit melihat dunia. Dua puluh hari sebelum bersalin ni, kakSar sebenarnya kemalangan kereta masuk gaung sedalam 5 meter dengan kandungan berumur 27 minggu. Masuk 30 minggu, air ketuban pecah tanpa disangka… kaksar terpaksa bersalin tanpa rela. Redha jika anakku pergi dulu. Berpantang tanpa anak di sisis selama dua bulan tanpa buat apa2, Cuma jaga badan. Kalau kaksar tau kak Sar boleh bisnes, dah lama maju bisnes nihh… focus 200% tau masa tu. Kih kih kih kih

4-      KakSar Cuma sekarang walau diuji, rasanya boleh bertindak lebih matang daripada dulu. KakSar sentiasa berdoa moga Allah permudahkan semua urusan kakSar dan keluarga, suami dan anak-anak, sentiasa dalam rahmat Allah sampai masuk SYURGA tanpa hisab.


Kesimpulan daripada pengalaman ini semua, ujian ni melibatkan ketahanan mental. Mental kuat boleh bertahan, sesuai dengan kehendak dan perancangan Allah. Allah takkan uji seseorang kecuali dengan keadaan dan situasi seseorang. KakSar bersyukur sebab dengan ujian-ujian ini kakSar boleh menghadapi masa sekarang dengan lebih dewasa.

Bila di timpa ujian/musibah, kembali kepada Allah. Tenangkan diri dengan zikrullah. Mengadu pada Dia yang satu. Bergantunglah sebaiknya pada KUASA YANG MAHA BESAR INI.

La Haula wala quwwataillah billah. Tiada daya kita melainkan dengan KUDRATNYA.

So mamacam mana nak kuatkan mental supaya boleh berfikir rasional?

Next post lah yee…

Love,
KakSar