Saturday, December 2, 2017

Petua hilangkan sembelit dengan serat semulajadi



Patutlah kakSar minum vivix membuang laju je, lawas gitu. Puas kakSar cari petua hilangkan sembelit. Alhamdulillah jumpa juga.



Bagaimana cara mengatasi sembelit menggunakan serat semulajadi ni ?  Vivix sebenarnya mengandungi fiber atau serat semulajadi yang tinggi sebab ia menyediakan kedua-dua serat larut dan tidak larut. KakSar suka part Vivix yang ini. Senang hati membuang. 

Anggur Muscadine


Anggur muscadine, salah satu kandungan vivix mengandungi beberapa serat tidak larut. Banyak pulak serat tak larut dia. Kat mana serat tak larut ni menginap pada anggur tu?Pada kulit luar yang berserabut pada anggur yang sebesar bola golf ini adalah sumber serat tidak larut. Serat jenis ini tidak dicerna dalam usus anda. Sebaliknya, serat tidak larut ini melalui usus anda dan bertindak sebagai 'penyapu' dengan menolak sisa yang tidak digunakan oleh tubuh. Serat yang tidak larut ini dapat melegakan sembelit anda. 

Serat larut pula yang terdapat di bahagian lembut di sebelah dalam kulit anggur, menarik air dalam usus anda. Apabila ini berlaku, ia membentuk gel yang bergerak perlahan yang melambatkan penghadaman dan ia juga membantu meningkatkan populasi bakteri baik. Oleh kerana serat larut memperlahankan penghadaman, ia membantu membuat anda kenyang lebih lama.

Tu pasal kakSar sarankan anda yang mempunyai masalah membuang, sembelit berhari-hari minumlah vivix, satu sudu teh je sehari.. 

Pulak bulan ni ada promo beli 2 botol less 5%. Best tu... Special bulan 12 2017. Sale akhir tahun...



Meh jenguk apa kata mereka yang lain yang dah cuba kat sini http://bit.ly/2zVltFe

KakSar
Klik link untuk order ->www.wasap.my/60132015399

Tuesday, November 21, 2017

Susu dan minuman untuk bayi selain susu

Ramai di antara kita yang dalam dilema mana satu susu nak bagi kepada bayi bila kita ada pilihan. Bagi kakSar susu ibu adalah susu terbaik. Walau pun begitu, atas pilihan mak ayah nak beri susu apa kat bayi masing-masing. Ada yang sesuai dan ada yang tak berapa sesuai. 

Jom kita jenguk jenis-jenis susu dan minuman selain susu untuk bayi yang boleh diberi (entry ni hanya untuk anak yang normal dan sihat ye)

1)Susu ibu

Susu yang terbaik buat bayi anda
Susu badan adalah susu yang paling sesuai yang tiada tandingan bagi bayi untuk beberapa bulan pertama umurnya sehinggalah setahun. Kalau nak sempurnakan penyusuan, hendaklah sehingga dua tahun. Hanya ada beberapa keadaan sahaja susu ibu tidak dibenarkan dan tidak digalakkan seperti ibu dengan jangkitan virus HIV atau bayi menghidapi masalah metabolik tertentu.

Susu selain susu badan



Ada pelbagai jenis susu dicipta khusus untuk menggantikan susu ibu, seperti susu segar lembu (whole cow’s milk), susu formula lembu diperkaya zat besi (iron fortified infant formula), susu berasaskan soya (soy based formula) dan susu kambing.

2)Susu Segar Lembu (Fresh Milk)

Susu fresh lembu


Susu ini sepatutnya tidak boleh diberi kepada bayi sebelum umurnya satu tahun sebab kekurangan zat besi. Kalau memang dah ada dalam masakan takpe. Bayi yang lahir memang dibekalkan dengan zat besi yang mencukupi untukk 6 bulan pertama hidupnya, tapi selepas umur 6 bulan bayi perlukan makannan yang kaya zat besi. Menjelang setahun, diet bayi sepatutnya dah dipelbagaikan dengan makanan yang mengandungi zat besi, pada masa ini susu lembu bolehlah diperkenalkan.

3) Susu formula

Macam-macam susu formula yang ada di pasaran sehingga boleh didapati dalam talian , web Lazada

Susu formula lembu diperkaya zat besi (iron fortified infant formula) adalah jawapan bagi menggantikan susu ibu bagi bayi berusia satu tahun ke bawah yang tidak menyusu ibu sepenuhnya.
Susu ini sangat disyorkan sebagai susu gantian bagi bayi baru lahir sehingga berumur 12 bulan kerana susu jenis ini yang diperkaya zat besi boleh mengelakkan masalah kekurangan zat besi (iron deficiency) yang boleh menyebabkan masalah kurang darah (anemia), masalah kognitif dan perkembangan  pada bayi.

5)Susu Soya

Contoh susu soya untuk cirit birit


Susu soya yang telah diperkaya dicipta khusus untuk bayi yang alergi atau tidak hadam susu formula lembu. Namun pemberian susu ini hendaklah mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu kerana susu soya tinggi glukosa dan boleh menyebabkan kerosakan gigi. Susu soya juga mengandungi hormon tumbuhan phytoestrogen yang tidak diketahui kesannya terhadap bayi.

6)Susu Kambing



Susu kambing dan biri-biri pula tidak sesuai untuk diberi kepada bayi di bawah setahun. Ini kerana unsur nutrisi dalam susu kambing tidak menepati keperluan bayi. Susu kambing kekurangan zat berbanding susu lembu.

Namun, dalam pasaran telah pun ada susu formula kambing yang telah diperkaya untuk bayi supaya memenuhi keperluan nutrisi untuk bayi baru lahir sehingga setahun.

Susu Kambing yang telah diperkaya


7)Susu-susu lain

Susu berasaskan beras, kekacang, susu pekat manis, susu skim (skim cow’s milk) dan susu rendah lemak (low fat) turut didapati tidak sesuai untuk bayi berusia bawah satu tahun kerana kandungan nutrisi yang tidak sesuai.

Susu Rumusan Khas, diberi atas nasihat doktor


Susu khusus/khas seperti susu kurang allergi (hypoallergenic infant formula), susu kurang laktosa (lactose-free formula) dan susu khas untuk masalah metabolik hanya digunakan atas keadaan tertentu dan dibawah pengawasan dan nasihat pakar.

8)Keperluan air

Air  yang dimasak perlu diberi kepada bayi 

Harus difahami susu (selain susu ibu) merupakan makanan buat bayi dan selalunya bayi akan dahaga. Untuk bayi bawah 6 bulan, air yang boleh diberi adalah air yang dimasak. Air botol perlu dielak kerana selalunya mengandungi kandungan mineral yang tinggi dan sodium yang tidak sesuai bagi bayi.

9)Minuman lain

Soda, susu berperisa dan minuman jus juga tidak sesuai untuk bayi dan anak-anak kecil kerana mengandungi gula. Minuman yang boleh diberi kepada bayi bawah setahun adalah campuran jus  buah bukan sitrus dengan nisbah 1 bahagian jus kepada   10 bahagian air. Jus buah sitrus boleh lah diberi dengan cara yang sama, selepas bayi berumur setahun.Teh dan kopi memang tidak sesuai kerana kandungan kafein.

Ha itu dia susu dan minuman untuk bayi selain susu yang boleh diberi atau tidak sesuai diberi kepada bayi anda. Apa pun, pilihan di tangan mak ayah mana yang terbaik. Moga entry ini menjadi panduan untuk kita semua.

KakSar,
Susu ibu memang terbaik.... :)

Friday, November 17, 2017

5 Sebab Menjadi Ahli Shaklee Makan Sendiri Tanpa Perlu Menjual

"Apa kelebihan menjadi ahli Shaklee ni?"

Ramai ingat bila jadi ahli Shaklee kena menjual. 

Oh tidak. Semestinya tidak. Anda diberi pilihan yang sangat best. Nak jadi bisnes partner atau nak makan sendiri.Terpulang. Tiada paksaan pun.

Tapi siapa yang nak buat bisnes, boleh jadi bisnes partner saya.

Tapi walaupun hanya memilih untuk makan sendiri, dua-dua dapat kelebihan menjadi ahli Shaklee.


1) Dapat beli dengan harga ahli.


Sudah pasti lebih jimat. Harga ahli jimat 5-20% berbanding harga retail. Bila dah makan dan nampak kesan, kita mesti nak konsisten amalkan. Maka dengan register jadi ahli, belian selepas itu dapat harga ahli yang jauh lebih murah. Bulan ni ada promo vivix beli twin pack untuk ahli baru less 5 % lagi (ahli lama tak dapat tau) dan free jadi ahli tau. 

Harga Vivix twin pack Bukan Ahli : RM 900++
Harga Vivix twin pack untuk Ahli: RM800++
Harga Vivix twin pack ahli baru bulan November 2017: less lagi 5 % jadi RM750++ , keahlian free... jauh lagi jimat!

Promo sehingga 30 November selagi stok masih ada! Jimat RM155 tau..

2) Beli guna ID sendiri, ada pilihan kumpul point untuk dapat cashback


Setiap belian anda ada point yang dikira dan dalam Shaklee dan ia di panggil UV. Kalau capai syarat minimum point UV tu, anda dapat cashback pada  bulan depannya. Nak ke makan vitamin dapat duit? Inilah caranya! Bijak -bijak... Tempat lain mana ada..


3) Tiada belian minimum untuk kekal keahlian


Dalam Shaklee tak ada peraturan minimum point untuk kekal keahlian mengikut bulanan. Tiada sama sekali. Untuk makluman anda, vitamin yang anda amalkan tu mengambil masa 2 hingga 3 bulan untuk habis. Takkan belum habis kena beli lagi? No such thing dalam Shaklee. Tiada syarat sebegitu. Tapi bila anda dah rasa vitamin Shaklee ni berkesan, saya pasti anda akan tambah untuk mencuba vitamin lain pula. Saya dah laluinya heheh

4) Tiada yuran tahunan.

Bayar keahlian atau dapatkan FREE dengan belian 200uv hanya sekali sahaja semasa pendaftaran online atau offline yang dibuat oleh sponsor anda.  Untuk tahun seterusnya hanya ada subscription fee, RM 30 dalam bentuk voucher boleh tebus untuk  beritahu Shaklee yang anda masih wujud. Voucher RM30 ini boleh diguna balik untuk beli vitamin. Memang tak rugi apa-apa.


5) Nikmati tawaran Shaklee eksklusif untuk ahli Shaklee

 Bila anda jadi ahli Shaklee, anda layak untuk sertai kelas nutrisi dan health talk secara percuma yang diadakan di hotel-hotel atau di HQ Shaklee atau branch Shaklee. Speaker yang dijemput merupakan Pakar Nutrisi Shaklee yang bertauliah.

Health talk yang diadakan di Cawangan Shaklee Ipoh dan Penang

Pemeriksaan kesihatan juga sering diadakan dan semuanya percuma termasuk konsultansi. 

Bila dah jadi ahli, boleh call utk appointment & dapatkan free check up untuk BMI, body age dan yang terbaru skin analysis & bone mass analysis

Bila dah jadi ahli, boleh call untuk appointment & dapatkan free check up untuk BMI, body age dan yang terbaru skin analysis & bone mass analysis. Kan jimat tu. Cuba cek skin analysis dan bone analysis berapa kat kat tempat lain. KakSar cek yang bone mass anaylisis tu (Bone Densitometry) di hospital swasta terkemuka RM 150.00 ringgit satu sesi tau. Kat Shaklee korang boleh buat berkali-kali , percuma dan consultation free lagi... nak bawak mak ayah sekali cek? Pun Boleh...

Kalau anda baru nak cuba atau memang dah lama makan Shaklee tapi belum jadi ahli, kakSar sarankan sangat jadi ahli Shaklee secepat mungkin untuk nikmati kelebihan di atas.

Bagaimana nak daftar, boleh wassap kakSar  www.wasap.my/60132015399 dan kakSar register secara online. Nak cara lain? KakSar boleh guide anda. 

KakSar





Tuesday, November 14, 2017

Tip paling penting petua banyakkan susu badan selepas bersalin

KakSar bila air ketuban mula keluar kul 3.45 pagi lebih kurang pada 4 oktober tu, kakSar dah cuak sebenarnya. 

Eh betul ke aku dah nak bersalin? Allah. 

Air ketuban keluar lagi setiap kali ada mild contraction. Ya Allah betul aku nak bersalin dah.

Apa pun tak siap lagi kelengkapan baby. Kuang kuang kuang. 

KakSar kejutkan suami untuk beli pad kat 7e. Tahu apa dia buat? Dia tidur balik siap mimpi ke kedai beli pad untuk kakSar. 

Ingatkan dah beli tadi, beritahu suami bila kakSar kejutkan beliau kali kedua.

Sabar je lah. 

-----
Haha. 


Lucu bila imbas balik kejadian terbersalin ni. Hari ni dah masuk hari ke empat puluh. Yeay. 

Lagaknya macam Sambutan Hari Merdeka, yahoo MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA


Sukalah kakSar sebab lepas ni nak ke mana-mana pun boleh dengan si kecik tu. Bukanlah nak ke tempat orang ramai. Tapi ke tempat lain untuk urusan kerja. Kerja part time kakSar.

Itu cerita lain. 

KakSar kali ni nak berkongsi cerita. Kalau sebelum ni kakSar cerita tentang bersalin tenang. Kali ni kakSar nak kongsi pasal breastfeeding atau penyusuan. 

KakSar pernah tulis pasal prinsip penyusuan. Ada 7 semuanya. Ringkas dan padat. Mungkin yang belum ada pengalaman kurang jelas. 

Menyusu dengan gembira adalah impian kebanyakan ibu



Penyusuan ni, walaupun pada semua ibu ada payudara dan hormon tertentu untuk penyusuan, hakikatnya ia bukanlah proses yang mudah bagi segolongan orang.

Badan wanita ni walaupun pada namanya wanita, ia unik untuk setiap orang. Sebab apa?

Sebab wanita mempunyai mindset, ilmu dan persekitaran yang berbeza. 

Penyusuan ni perlu dijayakan. Dapat menyusukan bayi adalah suatu kejayaan kali pertama. Untuk kali berikutnya insya Allah tiada masalah lagi kerana kejayaan kali pertama akan berulang.

Jadi bagaimana nak berjaya menyusukan bayi?

Sama macam nak bersalin tenang, ia perlu dibayangkan seawal kehamilan. 

Walaupun ada sejarah keluarga, ibu tidak berjaya menyusukan wanita tersebut atas dasar susu sikit, atau memang keturunan takde susu, lupakan ia sebab tiada kaitan pun sebenarnya. Jika puting susu pendek menyukarkan susu keluar pun ada cara untuk selesaikannya. Yang paling penting, mindset ibu sekiranya tiada kecacatan atau sebab musabab perubatan jika si ibu kena makan ubat untuk penyakit.

Mindset ni meletakkan kepercayaan sebelum perkara itu benar-benar berlaku.

Maka, langkah pertama penyusuan adalah mindset ibu, tip paling penting dalam petua banyakkan susu ibu.

Ibu kena letakkan dalam minda, susu badan akan meriah, mengalir-ngalir untuk baby baru. 

Jadi nak menjadikan susu ini mengalir-ngalir dan melimpah ruah atau dengan erti kata lain, meriah, adakah ibu kena duduk saja tunggu susu keluar? Ilmu ini sangat berguna untuk ibu baru atau ibu yang nak tambah susu ibu juga.

Nak makan pun kena masak atau keluar ke kedai makan, inikan pula nak susu meriah atau nak banyakkan susu badan selepas bersalin. 

Maka dengan itu, bermulalah usaha untuk ibu-ibu sekalian.

Ada usaha, pasti ada hasilnya. 


Mindset susu banyak dan meriah mesti dikukuhkan. Ibu kena banyak bayangkan susu ibu memang meriah. Duduk saja2, dalam keadaan tenang, pejam mata. Bayangkan dalam kepala, bayangkan susu anda telah ada,  biasanya kolostrum sebaik bayi anda lahir lagi. Masa berdoa selepas solat pun boleh buat bayangan ini. Pada waktu-waktu doa mustajab lebih baik. 


Pada masa berdoa, ucapkan apa yang ibu mahu. Pada masa membayangkan tu, kena ucapkan kuat-kuat (sekuat ibu sorang jelah  boleh dengar), kalau ucap dalam hati, kurang berkesan. Berdoa atau ucap apa yang anda mahu biar badan pun boleh dengar supaya badan pun boleh ditune untuk mencapai impian tersebut.

Untuk kukuhkan lagi mindset ni berjaya, ibu-ibu kena selidik apakah yang membantu menjayakan penyusuan?

Bab ni ramai ibu2 fokus kepada gajet2 yang membantu mengeluarkan susu daripada payudara. alat ni bantuan sahaja.  

Sebenarnya, ibu-ibu kena fokus kepada alat yang menghasilkan susu ibu ni. 

Badan ibu-ibulah. 

Badan ibu perlukan nutrisi optimum untuk bekerja dengan jayanya.


Badan ibu kena dalam keadaan sihat dan ceria. Hisapan bayi pula paling baik untuk rangsang susu supaya dihasilkan kerana ia menyentuh puting ibu untuk memberi rangsangan sensorik.

Hisapan bayi merangsang penghasilan susu ibu.


KakSar sarankan, ibu-ibu ambil suplement untuk dapatkan nutrisi optimum sepanjang kehamilan, untuk baby dalam kandungan dan juga persediaan selepas bersalin. Yang ini, basic vitamin dan protein sangat penting. Sebab apa, kilang susu berkembang sejak janin ada dalam kandungan. Sebaiknya, mulakan supplement sejak awal kandungan supaya janin dan kilang susu berkembang dengan baik. 

Tu dia. Panjang lebar kakSar cerita. Apa pun, nutrisi paling penting untuk apa-apa pun. Kalau tak cukup nutrisi, ibu cepat stress. Bila stress, susu pun tidak dapat dihasilkan dengan baik walaupun tukang hisap memang dah ready sepanjang hari nak minum susu, kan?

Lepas bersalin, ibu akan merasa tidak selesa dan mungkin juga stress. Maka, ibu kena tenang dan sabar. Nutrisi yang baik buat badan ibu tenang menghadapinya. 

Insya Allah.

Salam tenang,
KakSar







Wednesday, November 8, 2017

Roti sosej cheese resepi 3 meals a day Deukryang island


Tengok 3 meals a day lagi. Tengok resepi dia mudah aje nak buat. Lelaki plak yang masak. Artis pulak tu.

Kali ni dorang masak roti sosej cheese meleleh home made masak guna oven.

Mau tak mengalir air liur kakSar.

Senang jek nak buat.

Roti:

Tepung. Telur. Mentega. Garam. Gula.Yis.

Bahan Toping:

Sosej besar. Bawang. Jagung. Keju. Mayonis. Sos cili.

Cara nak buat roti: Campurkan aje semua tu dalam satu bekas. Siap doh, biarkan ia naik kat tempat panas.

Leperkan doh.Balut sosej ngan doh. Potong melintang nipis2. Tabur segala mak nenek toping. Masuk oven.

Tada. 2 minit siap tulis post!

KakSar,
Boleh makan dah ni kalau dalam mimpi 😝

-----


Gambar: Nilah rupa sebenar roti sosej dorang. Sosej gergasi macam belut pun ada sebelum kena potong dengan kejam😁

Boleh tengok sini untuk resepi penuh!

Tuesday, November 7, 2017

Kagum dengan kejadian anak dalam kandungan

Kali ni kakSar emosi terlebih-lebih. Mungkin dipengaruhi hormon oxytocin yang berlebihan. Overdose agaknya. Oh lupa bagitahu. KakSar selamat melahirkan anak keempat pada 4 oktober lalu. Dah genap sebulan dah baby A.



Setiap kali menatap wajah baby A, hati kakSar sebak. 

Satu teringat kat arwah anak sulung. Wajah baby A persis baby sulung kakSar dulu. Pertama kali lihat baby A, terus terdetik dalam hati.



Untuk yang belum tahu cerita, kakSar kehilangan anak pertama sejurus selepas bersalin. Allah bagi pinjam kejap je. Tu pun tak dengar suara pun. 

Penyebab dia komplikasi ketika mengandung, hydrops fetalis. KakSar pernah berkongsi cerita. Tapi cerita tergantung. Nak sambung cerita pada masa lepas, belum mari itu punya mood. InsyaAllah. KakSar akan sambung cerita. Pernah sekali, ada seorang pembaca blog memgalami situasi yang sama seperti kakSar. Beliau whatsapp bertanya tentang ini. Akhirnya kakSar lihat pada gambar profile beliau, sepasang kaki baby yang rasanya lahir tidak cukup bulan. Terdetik dalam hati,  Innalillahiwainna ilaihi rojiuuun. 

Kedua, kakSar rasa masih lagi amazing dengan diri sendiri. KakSar rasa Allah maha hebat sebab dalam diri kakSar Allah jadikan kehidupan sampai ia lahir. Proses bersalin tu sebenarnya amat mengkagumkan. Daripada early pregnancy sampai la baby depan mata. Allah maha kaya. Hebatnya ilmu Allah.

Setiap kali kakSar mengandung, kakSar pasti akan mendalami ilmu mengandung, bersalin dan menyusu. Setiap kali refresh, pasti akan ada ilmu baru. Ilmu-ilmu ni kakSar kumpul, kadang akan ada satu entry pasal ilmu ni untuk kakSar baca balik kemudian hari. KakSar suka berkongsi untuk manfaat pembaca juga.

Melalui blog ni, ada juga pembaca yang bertanya tentang kehamilan. Beliau sedang berusaha untuk menimang zuriat sendiri. Banyak soalan yang ditanya. Alhamdulillah jika jawapan kakSar boleh mendatangkan manfaat kepada beliau.  Dan beliau masih lagi berhubung dengan kakSar mengenai perkara ini. KakSar doakan beliau cepat timang anak. Amin.

KakSar, 
Berkongsi rasa, terima kasih yang sudi membaca 😍




Saturday, November 4, 2017

Sakit Lutut kurang selepas seminggu makan vivix sehingga boleh rukuk kembali

Yeay. Baby A dah genap 30 hari. Masa ni barula rasa kejap benor.



 Kalau boleh cepat2 sikit besar. Tapi kiut tu biar remain forever. Ahakss.



Mendapatla baby A nanti hari senin. Kena la cucuk sebulan. Ke klinik kesihatanbla kita.

Oh bila cerita klinik kesihatan kakSar nak share satu cerita yang lepas. Kali ke berapa entah.

Selesai je urusan kakSar kat klinik kesihatan, keluarlah kami dua beranak tunggu En Suami sampai di luar klinik. Sambil-sambil tu, datanglah seorang makcik dipimpin kawannya.

"Awak tunggu sini, saya ambil kereta jap", ujar rakan makcik, sebaya tapi nampak energetic.

Makcik pun duduklah menunggu bersama saya dan baby. Berboraklah kami berdua sampailah makcik bercerita perihal dirinya.

Makcik dulu kuat. Boleh bawak kereta lagi. Sekarang lutut dah sakit tak boleh bawak kereta dah. Ambil hantar anak sekolah. Anak makcik baru je habis belajar.

Tetiba,

"Ada ke kawan-kawan yang belum kahwin lagi. Makcik nak carikan isteri untuk anak makcik."

KakSar dalam hati " ah sudah"

"Ada makcik, adalah beberapa orang tapi sebaya sayalah", kaksar membalas sambil sengih.

Mujur rakan makcik dah sampai. Tak perlu nak panjang-panjang topik ni. Kuikuikui

Tapi kakSar kesian ngan makcik ni. Sakit lutut. Jalan pun dah perlahan hencot-hencot...

Kalaulah anak dia ada bersama, kakSar mungkin dah bagitau pasal vivix yang memang berkesan mengurangkan sakit lutut sebab antara fungsi vivix ni mengurangkan radang.


Sakit lutut

Sakit lutut merupakan salah satu penyakit kronik yang menyerang apabila seseorang sedang berjalan, berdiri, dan kadangkala semasa rehat menyebabkan lutut sukar digerakkan atau dilipat.

Salah satu faktor kenapa sakit lutut berlaku adalah kurang penjagaan dan kurang senaman.

Ramai orang bila lutut sakit mereka google petua sakit lutut dengan harapan jika diamalkan lutut akan pulih.

Sebenarnya untuk jaga lutut, penjagaan sangat penting. Penjagaan ini bermaksud mengambil makanan yang boleh menyumbang kepada penjagaan lutut serta melakukan aktiviti seperti regangan dan senaman atau fisioterapi.

Kalau di klinik, bila kakSar buat pemeriksaan lutut, doktor akan bagi ubat sakit lutut yang kandungan utamanya adalah glucosamine. Bila dibelek botolnya, ia adalah makanan tambahan.

Kalau dalam shaklee, set yang ditawarkan terdiri daripada set sendi iaitu Vivix, Omega Guard, Ostematrix dan Collagen Powder. Kalau dapat ambil satu set ni memang bagus.

Namun, tidak mengapa. Tak dapat ambil semua, tapi nak minum vivix semata pun boleh sebab Vivix merupakan agen anti radang yang baik.

Apa tidaknya, minum seminggu sakit lutut boleh berkurang, insyaAllah.


" Akak lepas ambik Vivix tu....alhmdulillah...lutut k.la kurang sakit doh....kalu tidok x leh nok rukuq masa solat" - Kak La, Lutut dah kurang sakit lepas seminggu makan vivix.




Bulan ni promo vivix twinpack less 5% tau. Khas untuk mereka yang nak cuba vivix. Anak2 ada mak @ ayah sakit lutut meh ambil peluang belikan vivix tuk mereka. Hubungi kskSar 0132015399


KakSar

Sayang bini, tinggal-tinggalkan...

Sayang mak ayah, vivix-vivixkan mereka!

Sebab penting buat buku merah walaupun check up di klinik swasta

KakSar sebenarnya amat bernasib baik bila masuk bab buku merah mengandung ni UNTUK KELAHIRAN TERBARU, anak keempat pada 4 Oktober 2017 lalu.

Ada sebab kenapa kena buat buku merah mengandung ni.

Tapi sebelum tu biar kakSar cerita sikit latar belakang.

KakSar sebelum ni memang bersalin tiga kelahiran di HUKM yang kini dah jadi PPUKM. Setiap kali ke sana, buku merah memang mereka bagi.

Jadi kakSar dengan selambanya dengan andaian polisi belum berubah, buat macam biasa. Check up di klinik swasta, masuk lapan bulan minta surat refer dengan Doktor di klinik swasta sebab nak booking tempat di PPUKM.

Andaian kakSar meleset sama sekali. Itu cerita 5 tahun lepas. Agak-agaklah kakSar.

KakSar pergi ke PPUKM, mereka hanya boleh setkan tarikh appointment untuk check Up pertama kaksar. Namun syarat utama untuk buat check up tersebut  kakSar kena buat buku merah di Klinik kesihatan.

Jadi SEBAB PERTAMA KENA BUAT BUKU MERAH

Nak booking tempat kat hospital kerajaan WAJIB ada buku merah.

Hospital tidak lagi memberi buku merah, macam yang kakSar selalu ingat pada 5 tahun lepas. Jadi lepas ni,mohon ibu-ibu mengandung walaupun korang check up kehamilan anda di klinik swasta, adalah amat penting untuk buat buku merah di klinik kesihatan. lagi awal lagi bagus. Nyaris juga ia menyusahkan kakSar sebab apa, kakSar terbersalin awal sebulan sayang-sayang semua. Patutlah hati terdetik yang Kaksar kena cepat-cepat minta surat refer daripada doktor masa kandungan tujuh bulan lagi. 

Appointment kakSar yang pertama di PPUKM adalah pada 26 September 2017 dan kakSar bersalin pada 4 Oktober 2017. Memang haru sebenarnya sebab kakSar tak bersedia langsung. Kelengkapan baby pun tak cukup lagi.

Takpelah kalau dah buat buku merah nak check up kat klinik swasta. Hulur jelah buku merah tu kepada Dr klinik swasta. 

Tapi, kalau skip appointment kat klinik kesihatan, nurse akan call tanya kenapa tak datang dan akan buat appointment balik. So kalau pun anda ada appointment dengan klinik swasta, just bagi tahu nurse, so next check up mungkin akan di sesuaikan ikut schedule check up klinik swasta. Yelah takkan banyak kali nak nak check up kan.... 

Macam saya, saya ke klinik swasta pada hujung minggu sebab tak mahu ambil cuti. Jadi saya fikir tak perlu buat buku merah. Rupanya saya silap. Namun alhamdulillah Allah detikkan hati saya untuk percepatkan urusan refer merefer nih.

SEBAB KEDUA KENA BUAT BUKU MERAH

Lepas bersalin, kita kena lapor kelahiran ke klinik kesihatan. Konfirm-konfirm mereka pasti akan tanya buku merah sebab memang polisi dorang. 

Kenapa kakSar nak kek klinik kesihatan? Rawatan percuma la sayang-sayang semua. Jika KakSar ke klinik swasta, kakSar kena bayar lebih sebab pakai duit sendiri juga. Masa ni duit dah la guna lebih sebab masa bersalin hari tu sebab kakSar tak sempat mohon GL. Namanya terberanak. 

Kalau ikut due, kakSar bersalin 1 November. Patut mohon GL seperti yang dirancang KakSar pada 6 Oktober. tapi baby nak keluar cepat, redho lah bayar dulu guna duit sendiri. 

Walaupun guna kredit kad, takkan nak tunggu dapat duit claim baru nak bayar.. Guna bulan tu, bayarle ikut masa dia... kannn... Duit claim tu entah bila dapatnya sebab kaksar cuti bersalin TIGA BULAN. Yahooooo...

Sekian, cerita buku merah kakSar.

KakSar,
Takde buku merah ni, tak tau la apa jadi. Kabut dan kelam la jawabnya.

Friday, November 3, 2017

Visualize cara bersalin tenang


Bersalin bagi ramai wanita perkara pertama yang terlintas dalam fikiran adalah pengalaman 'sakit' yang buat wanita tidak tenang. Seluruh badan daripada kepala hingga ke kaki merasai sakit sebagai perkara yang tidak menyenangkan.

Memori sakit tersimpan rapi dalam fikiran sedar, Bila sebut sakit, risau dan takut datang.

Ketahuilah ibu-ibu elak memikirkan bersalin sebagai sakit.

Pengalaman kakSar untuk kali ke empat bersalin sangat unik. Badan kita sebenarnya sangat unik.

Kuncinya, ibu-ibu kena tenang.

Pengalaman bersalin kali ni kakSar hadapi dengan tenang. Bersalin pula tidak disangka sebulan lebih awal daripada waktu due.  Tiga puluh enam minggu satu hari. Langsung ditahan di wad selama lima hari. Hikmahnya Allah nak KakSar rehat dengan baik di Hospital sungguh-sungguh sebab di rumah dah pantang sendiri pasti tidak dapat berehat lagi seperti di hospital.

Sepanjang tempoh mengandung, kakSar cuma fikirkan dan bayangkan bagaimana keadaan kakSar akan bersalin nanti. Menggunakan video yang pernah kakSar tengok dulu kakSar bayangkan baby akan cari jalan keluar, contraction yang kakSar rasa sebagai tekanan untuk keluarkan baby dan badan sendiri akan berfungsi dengan baik ketika bersalin. Maka, sebagai persiapan, kakSar amalkan set hamil shaklee untuk memenuhi keperluan nutrisi badan. Usaha kena daripada awal.

Kali ni kakSar tolak bila doktor beri pilihan untuk induce. Rupanya sakit bersalin semula jadi lebih tenang dan lebih baik rasa contractionnya berbanding induce. Untuk pastikan kakSar tenang melayan contraction, kakSar ambil b compleks dan ostematrix beberapa kali sejak air ketuban mula leaking sehingga selepas bersalin.

Kali ni kakSar berjaya bersalin secara normal Spontaneous Vaginal Delivery with intact perinium. Maknanya takde luka koyakan. Ni hasil amalan makan protein esp dan megadose vitamin C sepanjang pregnancy dan amalan urut perinium dan kakSar yakin pertolongan Allah jua.

Betul-betul pengalaman yang amat berbeza.

Kali ni kali kedua kakSar cakap dengan diri sendiri apa badan kakSar kena buat. Bermula air ketuban leaking, bila sampai di hospital dan bukaan telah kakSar tahu yang waktu tu cuma 2 cm pada jam 8.00 pagi, kakSar beritahu kepada diri sendiri, pukul dua nanti bukaan jadi 4 cm. Kena cakap dengan yakin.


Sepanjang masa daripada jam 8.00 pagi tu, contraction makin panjang dan makin kuat. Cara bernafas kakSar dah amalkan sebelum ni. Tarik nafas sebagai ri, hembus nafas sebagai laks. KAlau gabung ia akan jadi rileks. Satu teknik kakSar kutip daripada Hypno birthing.

Cek jalan jam 2.30 petang bukaan jadi 4 cm dan kakSar di tolak ke labour room. Senyum kakSar. Masih tenang hadapi bersalin yang tak disangka2 ni.

Sampai di labour room, siap imbas balik bilik bersalin dulu-dulu. masih belum berubah cuma alatan komputer canggih menghiasi bilik. KakSar cari objek untuk bantu membayangkan pintu rahim makin terbuka dan mengembang, gambar bunga pun tiada. LAlu kakSar pandang ke siling, nampak laluan aircond petak empat segi, dengan corak seakan bunga mengembang... lalu kakSar cakap dengan diri kakSar pintu rahim mengembang sambil pandang laluan aircond tersebut. Jadilah. Takde bunga kudup untuk kakSar bayangkan mengembang.. Laluan aircond pun ok heheh

Tak lama kakSar rasa, selepas beberapa contraction panjang dan kuat, untuk kepala baby masuk ke laluan, kakSar mula rasa nak meneran.

Masa ni, kakSar doa je dalam hati, ya Allah permudahkanlah, cepatkanlah proses ni dalam masa yang singkat.

Alhamdulillah, sekejap je bersalin kali ni... Start masuk labour room rasanya dalam sejam kakSar dah bersalin. Bagi kakSar ini yang paling cepat 😊

Teknik ni tak pelik. Ramai dah ibu2 amalkan teknik hypno birthing untuk bersalin. KakSar baca apa yang kakSar dapat dan amalkan mana yang boleh. Nak gi kelas, dengan kos dan masa yang sikit, takpelah. KakSar baca dan hadam pun ok.

Kebanyakan teknik ni kakSar ambil dan guna ikut keperluan. Takdelah apply semua.

Last but not least, satu pesanan daripada saya. Ibu2 elak lah tengok video orang bersalin. Ia akan buat ibu ngeri untuk bersalin. Adalah lebih baik ibu tengok video animasi bagaimana kelahiran bermula sampai baby dilahirkan. Sebab apa, video animasi tidak menceritakan emosi ibu ketika bersalin. Tidak kelihatan dan tidak kedengaran di mana-mana. Jadi emosi ibu kekal tenang.

KakSar tonton video yang ini berkali-kali sampai terbayang-bayang dalam kepala proses bersalin ni.. Silakan tengok,klik kat video tu.



Kenapa tenang ni penting?

Sebab fikiran ibu berkait rapat dengan proses yang sedang berlaku. Kalau ibu tenang, insya Allah proses bersalin berlaku dengan teratur, dengan kata lain, pintu rahim akan terbuka dengan cepat sehingga bersalin.

Saya pernah baca, ini bukan nak samakan kita dengan binatang. Tapi nak cerita selagi keaadaan tak tenang, ibu seladang tidak akan bersalin. Jika ia rasa terancam, ia takkan melahirkan anak sehingga betul2 selamat.

Begitu juga dengan kita, selagi kita pegang bersalin ni 'sakit','menakutkan' dan 'ngeri', proses bersalin kemungkinan mengambil masa dan akhirnnya ia menjadi menyakitkan, menakutkan dan mengerikan sebagaimana yang ibu-ibu fikir pada awalnya.


Sekadar berkongsi teknik untuk kelahiran tenang, moga bermanfaat untuk ibu yang akan bersalin.

KakSar
Kata kunci kehidupan: TENANG







Thursday, November 2, 2017

Promo special Vivix Bulan November 2017

KakSar rasa tak puas hati.

Nak tau nape?

Meh nak cite. Hati gembira sejak tahu bulan ni promo twin vivix less 5%. Tak keruan jap bila ada less macam tu. Huhu maklumlah kakSar pun suka dan memang makan vivix ni.

Tapi bila tahu promo ni cuma untuk AHLI BARU, hati ku berkecai.



UNTUNGLAH AHLI BARU BULAN NI. Korang yang memang nak cuba vivix, daripada dulu duk ngintai2 tu inilah masanya nak cuba. Harga less 5% gak. Free membership, free postage, dapat cash bonus RM36 hengget.

In total, korang boleh save RM155 gak.

Tak aci!! Hahaha

Korang nak tau lebih lanjut, meh whatsapp kakSar.

Korang klik ni aje sini senang

www.wasap.my/60132015399

KakSar,
Jelesss ngan Ahli Baru, boleh cam tu? Kuikuikui

Tuesday, October 31, 2017

Sembelit ketika mengandung dan sembelit selepas bersalin hilang?

SEMBELIT waktu hamil dan selepas bersalin

Perkataan ni kalau tanya kat mak2, sape yang tak pernah kena tu kira untung sangat. KakSar sendiri pun pernah kena.

SEKSA!

Tu yang kakSar boleh bagi tahu. Duk dalam toilet berejam nak tunggu dia keluar.
Takleh tahan sikit, sat gi sangkutlah. Tepuk dahi yang ni sebab salah sendiri.

Ye lah, time tengah buat urusan dia nak membuang. Nak berlari takleh, mengandung. Dalam pantang pun sama. Hihihi keluar peluh sejuk wooo... Kang terkeluar tengah otw ke toilet, naya kuikuikuikui. Sudahnya bila sampai kat toilet, tamau plak dia nak keluar. Haishhh

Sape pernah alaminya, tahulah...

Maksud sembelit ikut perubatan term , seseorang membuang kurang tiga kali seminggu.

Najis plak mengeras, berketul, susah nak keluar , PALING PENTING kena teran baru boleh dia keluar. Inilah yang dikatakan sembelit. Dia tak meluncur keluar sendiri.

Apa kesan sembelit ni ?

Ini antara yang kakSar tahu, ia menyebabkan bau tak menyenangkan pada mulut dan tubuh, selain hilang fokus, anda akan rasa mengantuk, rasa malas nak buat kerja, lesu kronik sampai nak bergerak rasa tak larat,sakit sendi artritis, hilang selera makan, sakit kepala yang tak berkesudahan dan masalah kulit, lebih kepada gatal-gatal.

Nak baca lanjut, boleh baca kat sini tentang sembelit

Takmau semua tu berlaku kat kakSar, makanya kakSar amal oste untuk waktu2 kritikal nihhh. Dengan harapan NO MORE SEMBELIT.

Betul la tu pengalaman kat testimoni sahabat kakSar nih. Memang tak menahan nak masuk toilet plak nak membuang...

Alhamdulillah zaman pantang kakSar yang paling terbaru ni (okt 2017) seronok sebab lepas bersalin membuang dengan happy tanpa sakit. Oste memang wajib dimiliki.

Ambil set simple ni, esp, alfafa dan ostematrix ni insya Allah susu meriah no



Pastikan makan alfafa lepas baby hilang kuning tau!

KakSar takmau lah sembelit ni jadi makin kronik sampai semua kesan kat atas tu ada pada kakSar. KaKSar pernah baca kat Harian Metro tentang sembelit yang akhirnya menyebabkan najis tersumbat sehingga 12 kg. Ngeri nye tengok. Patutlah sembelit ni boleh buat perut buncit sebab najis boleh tersekat dan berkumpul. Kalau berani tengok, meh baca kat link yang kakSar bagi ni. Letak gambar kat sini kan korang yang ngeri. eh termasuk KakSar le..hahaha

SMS /whatsapp kakSar tau kat sini 0132015399.

KakSar
Ibu berpantang yang hepiii😁

Thursday, July 13, 2017

Sakit kepala selepas makan vitamin?

Its normal.

Makan vitamin akan alami pening2, sakit kepala macam tak sedap badan pun ada, rasa tak kena je



Sebab apa.. Sebab body tengah adjust...

Alah. Macam kita gi tempat baru lah kat luar negara. Suhu tak sama. Badan kena adjust, macam2 kesan kan...

Menurut Dr Daggy, Head Research Shaklee,

Dr Bruce Daggy pun explain lebih kurangnya,

"memang ada orang yang mengalami pening, rasa nak loya, etc. saya sendiri ada rasa burp kalau makan omega. bagi mengurangkan rasa burp tu, saya ambil omega selepas meal/makan. Ini berlaku sebab, badan kita sedang dalam proses nak adjust kepada sesuatu yang baru (baru tu merujuk kepada baru nak makan vitamin tersebut). ini sesuatu yang normal. dan lain orang, lain body adjustment".

KakSar dah lama makan. Dulu masa mula2 memang kena macam pening2 gak leee...

Makan vitamin ni kena banyak minum air untuk bagi selesa dan kena bertahan.

Selamat makan vitamin ye!


Wednesday, July 12, 2017

Cinch tea antara produk minda terbaik

Nape KakSar ambil Cinch tea hampir setiap hari

Korang nak tau, kakSar penggemar tegar cinch tea mix ni.. Nampak macam tea biasa.. Tapi best tau cinch tea ni.. sebab disamping minuman beri tenaga, ia juga menggalakkan minda cerdas.

Teh ni buat kakSar lebih energetik. Dan yang paling penting tenang dan fokus.

Sejak dah mula lebih baaaaaanyak bertenang masa mengandungkan si mumtazah dulu, tak kisahlah dengan doa ke, solat ke, dengan pemakanan ke.. Nampak beza character kedua anakku itu.. Sejak lahir lagi...

Tu pasal dalam islam sangat2 duk tekan mohon bertenang bersabar jangan marah2 tak tentu hala bersedih dan sebagai nya. Marah dan bersedih pun ada cara.... Kan..

So B compleks ngan cinch tea mmg teman sejati kakSar.
Apa yang patut korang tahu pasal cinch tea nih



Cinch Tea mengadungi L-theanine yang penting utk ketenangan dan fokus.

Theanine ni adalah sejenis asid amino yang tugasnya adalah beri ketenangan kepada kita dan bantu otak kita utk mencapai gelombang alpha.

Alpha wave atau gelombang alpha.
Dah apa ke benda pulak alpha wave atau Gelombang alpha ni...
Kita perlukan gelombang alpha ni untuk apa?
Nanti lah kakSar cite. Kalo nak dapat kan idea, gi la google... Hihihik
Yang penting, minum cinch tea boleh dapat alpha wave ni.. Tenaaaaaaang dan confident sokmo 😂😂😂
Mak berkerjaya penting amik cinch tea ni...
Roger kakSar okeh kalu nak riki2 .
0132015399

Tuesday, July 11, 2017

My dance partner is my husband

KakSar baru lepas tengok cerita hindustan. Haha tertengok plak. Kisahnya..

Si lelaki terpaksa kahwin dengan si perempuan yang bakal suaminya dan keluarga semuaanya meninggal dalam kemalangan.

Adeh.

Sebab nakkan cinta si isteri yang kematian cinta, si suami berlakon jadi dance partner tapi si isteri tak perasan langsung si suami...

Boleh plak tak kenal suami. Sebab hilang misai ngan rambut jadi pacak je...

Macam cerita superman pun ye jugak... Superman kan time dia tak jadi superman pakai spek. Nerd2 gitu.. Haa samala ngan suami dia ni.. Tak jadi dance partner, pakai spek, ada misai pakai kemeja je all the day.. Nak tido malam dia pakai pakaian punjab.. 

Nak jadi ceritaa... Sempat nengok nyeee sambil layan anak2 buat keje sekolah, kemas beg, si adik ngacau mama suh lukis kartun feveret dia, doraemon.

Pap kena kat muka sendiri bila si adik membebel

Mama ni, asyik tengok tv... Alah baru ari ni mama tengok...

Okey. Sambung keje....

K bye.

KakSar
Sekali sekala hormon sinetron naik.. Kihkihkih

Friday, June 23, 2017

Bulan puasa bulan mudah mengajar anak solat



Hari ni dah ramadhan ke 28, tahun 2017.


Saat kakSar tulis catatan ini , kakSar teringat peristiwa dua hari lepas.


Anak kakSar Hannan pertama kali solat sendiri dengan confident! Bacaan pun betul, tapi ada juga perlu diperbetulkan... ! KakSar gembira betul. Start bulan puasa kakSar tingkatkan kekerapan ajak anak solat sama-sama. Alhamdulillah membuahkan hasil.


Kebiasaannya bila kakSar suruh anak perempuan KakSar yang pertama umur 7 tahun untuk solat , macam-macam alasan dia bagi. Paling penting, dia nak solat sekali ngan ibunya ni. Tak mahu solat sorang2. Perkara ni dah berlanjutan sejak umur 6 tahun lagi sebab beliau ni belum lagi ingat bacaan solat. Disebabkan tahun ni Hannan, akan berumur 7 tahun bulan september nanti, target KakSar nak beliau pandai solat sebelum umur 7 tahun. Jadi sejak masuk umur 6 tahun tahun lepas, kakSar dah mula ajak solat sekali biar pun beliau menolak.


Ada masa memang sangat liat. Ada masa senang dan mudah je beliau ikut. Sama juga adiknya. standard umur 5 tahun lagi suka main waktu solat. Kadang nak tergelak kaksar. Tapi ku tahankan jua sebab solat wajib kan.. bukan solat sunat nihhh...


Kerenah anak-anak memang memenatkan bila nak solat ni. Satu kakSar nak pesan buat ibu yang mula nak ajar anak solat , SABAR tahap langit ke tujuh. Ada masa kakSar pun geram, tapi mengenangkan mereka ni masih lagi belum mumaiyiz, KakSar redho. Tapi, mereka wajib dah diperkenalkan dengan solat. Umur 9 tahun kan kalau tak solat, kan dah boleh kena pukul. so kakSar berkira-kira 3 tahun tempoh yang cukup lama untuk belajar semuanya tentang solat, solat wajib, solat sunat, solat sahwi...


Dulu kakSar belajar solat malam2 dengan tokki kakSar, praktikal solat terus. Masa tu umur berapa kakSar dah tak ingat tapi sekolah rendah. kakSar dan adik beradik serta sepupu sepapat belajar waktu malam selepas maghrib dengan arwah tokki. Kami diminta untuk beratur menghadap kiblat, pakai baju tidur je praktikal solat ni.. tak pakai tudung pun. kemudian, kami ramai2 berlatih solat wajib sambil baca kuat ditemani arwah tokki selaku guru yang ajar solat.


Satu hari, adik kakSar masa praktikal solat ketika sujud, beliau sujud dengan pipi , muka dipalingkan ke sebelah kanan. Tokki yang terpandangkan posisi tersebut terus menjerkah meninggikan suara (kakSar pun dah lupa apa yang arwah sebut), serentak itu, semua berlari turun meninggalkan rumah tokki masuk ke rumah masing-masing dan bersembunyi dalam bilik ditingkat atas.


Kenangan belajar solat yang pastinya tidak boleh dilupakan. Gelak sendiri bila terkenangkan peristiwa tu. Arwah tokki kakSar memang garang bab ilmu nih. Tak serius, memang kena la jawabnyaaaaaaaaaaaaaa...