Saturday, December 21, 2013

Set Breast Feeding - yang juga di panggil Set B

Set ini dikenali set Penyusuan Ibu. Memang cukup 'glemer' di kalangan ibu-ibu yang menyusukan bayinya secara eksklusif.

Kenapa begitu?

1. Memang betul memperbanyakkan susu. Hasil makan Alfafa Shaklee susu jadi lebih banyak kerana alfafa mengandungi protein dan kalsium. Pada masa yang sama ia juga membantu dalam penyerapan protein.

2.Benar sekali Set B boleh meningkatkan produktiviti. B Kompleks dengan asid folik merupakan makanan tambahan yang anti-tekanan. Ibu-ibu sebenarnya akan lebih banyak menghasilkan susu sekiranya lebih banyak gembira & tenang

3.Susu pun lebih berkualiti. Susu ibu diperkaya dengan nutrisi daripada Vitalea Shaklee dan Vitamin C Shaklee . Susu akan jadi lebih pekat dan berwarna kuning kehijauan, lapisan lemak menjadi lebih tebal ( boleh lihat susu selepas beberapa jam disejukkan) , bayi minum lebih kenyang, tempoh menyusu pada satu-satu sesi menjadi lebih pendek.

4.Ibu jadi lebih bertenaga. B kompleks membantu menukarkan gula kepada tenaga. Sekaligus menjadikan ibu-ibu lebih bertenaga dan fokus.


Apa yang ada dalam Set B ini?

1- Alfafa Shaklee
2- B Kompleks dengan Asid Folik Shaklee
3- Vitamin C 500mg Shaklee
4- Vitalea Shaklee

Set ini sangat-sangat di cadangkan untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi lebih-lebh lagi yang ada niat untuk menyusukan sepenuhnya bayi secara ekslusif. Saya sendiri telah mendapat manfaat set ini kerana saya juga menyusukan anak secara eksklusif!

Pesanan: Pengambilan Alfafa Shaklee semasa dalam pantang perlu di ambil secara berhati-hati kerana ia adalah herba. Langkah pertama anda perlu pastikan bayi anda tiada demam kuning. Sekiranya ada, sila tunggu sehingga demam kuning benar2 telah hilang barulah boleh memulakan makan Alfafa Shaklee. Sila dapatkan konsultasi pemakanan Alfafa Shaklee sekiranya anda adah ibu-ibu selepas bersalin. Mahu tanya saya pun boleh :)

Sarah M
0132015399 (sms/whatsapp)
Shaklee ID: 890066








Ketara sangat ke ke'kurus'an diriku?

Salam semua pembaca...,

Tika entri ini dituis, niat bukan nak menunjuk-nunjuk. ekaar berkongsi pengalaman dan rasa yang saya ernah rasai. Mungkin anda juga boleh melalui pengalaman dan mersai rasa yang sama sebagaimana yang telah saya alami.

Kebelakangan ini ramai sangat yang pabila bertemu saya terus mengatakan begini, 'kurusnya awak...'

Saya hanya mampu tersenyum simpul. Dalam hati, ketara sangat ke?

Ha, kalau mereka tanya, apa rahsianya, saya terus berseloroh, ' apa nak buat, kejar anak-anak '.... Kalau ada yang lebih serius bertanya, baru saya akan bagitahu apa yang saya amalkan. Setakat ini hanya kenalan rapat sahaja yang tahu apa yang saya amalkan. Kebanyakan masa, kenalan rapat ini jugalah yang selalu order produk Shaklee dengan saya. Alhamdulillah. Saya sekadar membantu apa yang perlu dibantu.

Saya selepas bersalin anak kedua, setelah enam bulan badan saya msih berisi seolah-olah 'berisi' lagi. Ramai juga yang tanya.. 'ada lagi ke' hihihihihi

Alhamdulillah, ada usaha ada hasilnya. Inilah hasil gabungan makan berpada dan pemakanan produk shaklee ESP dan Alfafa. Ini belum lagi ditambah Lecithin. Kalau saya tambah lecithin, mungkin lebih banyak lemak degil hilang, setuju?

Hidup jadi lebih bertenaga dan lebih kering.. mmm kering daripada lemak? Huhuhu..

Moga saya dan kamu akan lebih teruja untuk menyihatkan diri sendiri dan orang kesayangan di sekeliling kita!

Hidup nak sihat kan? Jum!!!

Sarah M
0132015399
Shaklee ID 890066

Friday, December 20, 2013

Setiap penyakit boleh dicegah kecuali MATI? Setiap penyakit ada ubatnya kecuali MATI?

Bercerita tentang sakit, semua orang pernah sakit.
Tipulah tak pernah sakit. Kalau sentiasa sihat fizikal, sekurang-kurangnya pernah sakit HATI, setuju? Sedangkan sakit HATI pun ada ubatnya, inikan pula sakit-sakit fizikal.
Kalau ikutkan pada kecetekan ilmu yang ada pada saya(insan biasa yang tiada ilmu kedoktoran), saya cuma boleh takrifkan sakit bagi saya sebagai sakit sebab jangkitan virus atau bakteria, sakit sebab fungsi organ-organ dalam dan tulang telah berkurang... Sama ada disebabkan oleh kekurangan zat makanan atau terlebih makan lalu menghasilkan bahan yang tidak diperlukan oleh badan kita. Maka ia telah mengganggu proses dalaman yang kalau dibiarkan, semakin parah....... Kalau tak sedar gangguan tersebut, maka jadilah ia penyakit dalam diamm.. Pembunuh senyap. Nak cegah ada cerita di entri Antioksidan Lagi. Itu cerita bagaimana nak cegah penyakit. Penyakit berjangkit bagaimana pula? Itu cerita lain kali la ye... Tanya pakcik Google pun boleh!   :)
Tapi sebenarnya yang saya nak kongsikan di sini adalah saya sejak akhir- akhir ini didengarkan dengan baaaaaaaanyak sangat dengan berita kematian. Berita kematian di suratkhabar atau berita radio dan tv itu memang telah dapat perhatian daripada saya juga kerana memang tragis dan ngeri, tapi ini berita kematian yang melibatkan saudara mara dan rakan- rakan pejabat khasnya.
Mati yang tidak kira masa dan ketika serta bagaimana memang menakutkan. Mengenang kematian,apalah sangat amalan yang saya boleh bawa ke alam barzakh. Kalau difikirkan, eeeeeeee Astaghfirullah...... Moga-moga saya dan kamu tergolong dalam golongan yang diberikan kesudahan yang baik di alam fana ini dan disediakan alam barzakh yang bebas azabNya!
Sesungguhnya MATI itu tiada ubat dan tidak dapat dicegah. Benar sekali.
Tapi saya berharap kepada Allah  moga-moga usaha saya ini, berkongsi di sini tentang pemakanan tambahan Shaklee untuk membantu menjadikan kesihatan anda lebih baik (mungkin), dengan izin Nya jua..... Kalau memberi manfaat, ada jugaklah pelaburan saya di sana kelak, inshaAllah....

Thursday, December 19, 2013

Mengurangkan kolestrol dengan pemakanan tambahan Shaklee?

Salam semua,

Entri kali ini pernah saya kongsikan di Facebook saya. Saya kongsikan juga di sini moga-moga jadi inspirasi pembaca :). Dalam bulan September 2013, 25 haribulan, saya buat analisis kesihatan menggunakan mesin nama tak ingat. Sebenarnya saya berminat dengan mesin tu. Siap tanya harga. Sebabnya boleh dapat keputusan seperti BMI, paras kolestrol, peratus lemak bawah kulit, jumlah air dalam badan dan umur metabolisma....
DAN keputusan adalah
BMI NORMAL,
KOLESTROL EXCELLENT :-) ,
LEMAK BWH KULIT ADA SIKIT LEBIH (tang perut la tu),
AIR DALAM BADAN CUKUP, 
DAN PALING BEST UMUR METABOLISMA macam UMUR 21 huhuyyyyyyy....

Alhamdulillah semuanya berlaku dengan ikhtiar dan paling penting dengan izin Allah jua.... Boleh rujuk gambar yang saya kepilkan sekali bersama entri ini. Siapa nak tip, boleh pm saya. Saya boleh berkongsi ;-).

Tahu teknik pemakanan menggunakan produk Shaklee, anda juga boleh target untuk mengurangkan lemak-lemak terlebih dalam badan ke tahap yang SELAMAT DAN TIDAK MUDARAT.

Hidup mesti nak sihat kan?
Sarah M
ID Shaklee : 890066