Monday, May 30, 2016

Cara memilih kolagen terbaik dalam pasaran



Dalam pasaran, ada pelbagai jenis produk berasaskan kolagen. Kali ni kita tengok cara memilih kolagen terbaik dalam pasaran.

Kat pasaraya, kedai dan butik macam-macam jenis kolagen ada...

πŸ‘‰ Kolagen berbentuk pil dan tablet
πŸ‘‰ Krim kolagen
πŸ‘‰ Kapsul
πŸ‘‰ Serbuk kolagen
πŸ‘‰ Cecair kolagen

Pening mana satu produk kolagen yang nak di pilih? Lambakan produk kolagen yang memenuhi pasaran buat kita rambang mata kan kan kan kan..

Jom kita tengok cek list produk mana yang nak makan...

Ciri kolagen terbaik dan berkesan:

1)Pilih kolagen dalam bentuk serbuk yang dibancuh atau cecair. Tubuh manusia menyerap cecair lebih pantas berbanding pepejal yang perlu diproses terlebih dahulu. Nak cepat cantik kan? Eheh

2)Pilih saiz molekul kolagen yang kecil 3000 dalton dan ke bawah. Ni antara yang optimum saiz dia dan kolagen tu sendiri memang stabil.

3)Pilih kolagen yang ada kandungan emolient yang tinggi. Untuk apa, supaya ia dapat memberi kelembapan berpanjangan kepada kulit anda

4)pilih kolagen yang mempunyai kandungan Vitamin B dan kandungan vitamin C yang tinggi. Sebab apa, kedua vitamin ini sangat-sangat membantu dalam sintesis kolagen di kulit.

5)pilih kolagen yang memnpunyai kandungan yang boleh membantu pembentukan asid hyaluronic, bahan yang boleh tegangkan kulit bersama-sama dengan kolagen.

6)Pastikan juga kolagen yang dipilih mengandungi antioksidan yang tinggi. Sebab apa, nak halau radikal bebas kat dalam badan. Kolagen untuk baiki, tapi radikal bebas duk bagi rosak balik. Umpama baiki rosak, baiki rosak... Penat wehh.. Tu fungsi antioksidan... Baiki dan terus baiki sampai comeyyy...



Kalau rasa nak tanya, boleh tanya for free di 0132015399 😊😊😊

Kalau suka, tekan LIKE
Kalau dah sangat suka, tekan SHARE

#ireachbeauty
#liveamazing

Saturday, May 21, 2016

Manfaat kolagen termasuk mengurangkan sakit sendi lutut kaki?

Lutut ni ( sambil ketuk-ketuk kepala lutut kanan) pernah cedera tau. Lama dulu masa tingkatan dua. Jatuh basikal. Tak pergi ke hospital pun. Urut biasa-biasa je.

Awal tahun ni cedera lagi. Masa kenduri. Silap saya jugak. Dah elok pakai flat shoe, saya tukar pakai kasut yang bertumit. Walau tumitnya tak tajam, tapi secara kasarnya memang ia mengundang sakit lama.

Dah cedera, datang sakit lama, tekan pulak minyak pagi-pagi sejam pergi, petang-petang sejam balik, kat jalan JEM Kuala Lumpur tu.

Lepas tu pulak, saya ni kuat berjalan. Kalau kuat berjalan naik kete tak apelah. Ni berJALAN GUNA KAKI ok. Laju macam lipas kudung especiallynya hari Jumaat. Time tulah nak ke pejabat pos, time tulah nak cuci mata tengok baju hehehehe.

Tempat kerja, toksah katalah. Agaknya berapa ribu sehari kita berjalan. Kesian jugak kat lutut ni..

Nak jaga sendi lutut dan sendi lain salah satu ingredient penting adalah Collagen.

6 Manfaat utama kolagen:


Bukan untuk kulit je. Tapi untuk sendi juga tau. Jadi huntunglah sapa-sapa yang dah makan kolagen ni...😊😊😊

Mak beliau dah tak sakit sendi lutut kaki asbab makan kolagen


Nak dapatkan maklumat mengenai kolagen ini? Whatsapp je saya terus ye.

Maisarah
Hari-hari makan kolagen nak sendi lutut baik😊

SID 890066
0132015399


Friday, May 20, 2016

Kolonel Sanders pun buat Shaklee?



Petang ni kita belajar sejarah sikit. Ni nak cerita,

Dr Shaklee bertukar hadiah dgn Kol Sanders KFC....
(Sebotol Basic H dgn bucket ayam goreng)

Adakah anda tahu yg Kol Sanders seorang Supervisor (Shaklee Independent Distributor)  di Shaklee dulu??

Mereka adalah usahawan tersohor seorang memperkenalkn sistem MLM(networkmarketing 1956) seorang lagi sistem franchais.

Shaklee adalah pelopor(pioneer) dlm bidang Nutrisi dan Network marketing..

Ini adalah fakta sejarah yg ramai tak tahu...2 fakta kehebatan shaklee HISTORY & QUALITY...

Timakasih dan tahniah pd anda yg setia pd quality...❤❤❤❤

(Credit Betty Woodhouse)

*Sabun basic h ni sabun serbaguna buat lap2 kat dapur dan dalam rumah. Yang anak duk sapu lantai sambil merangkak tu sangat sesuaila nak guna sabun ni.

<<Tak perlu bilas, tapi selamat... Takde bahan kimia bahaya. >>

Yang ada Anak asma/alah habuk pun patut guna ni juga... <<Takde pewangi tau>>.. 

#liveamazing
#ireachfamily
#iamsidshakl33
#basich

Thursday, May 19, 2016

Kenapa Vivix Shaklee?

Kenapa Vivix Best?

Nak cerita, ada seorang makcik yang dah amalkan Vivix. Alhamdulillah, kesannya positif. Tapi kemudian dia tukar ke produk lain (dirahsiakan) sebab ingatkan Vivix ni sama je macam minuman botani lain. Harga produk tu pun lebih murah.

Namun lepas dah cuba produk lain tu sendiri, makcik ni cakap "hm kena makan Vivix jugak" dan makcik ni pun kembali mengamalkan Vivix setiap hari sampailah sekarang.

Kenapa perlu ambil Vivix ? Sampai boleh bantu mengurangkan simptom kencing manis & pelbagai kanser?

Jawapannya sebab Vivix ni ada Resveratrol yang memulihkan sel badan kita sampai ke tahap paling jauh iaitu DNA.



Kenapa pula vivix mahal? Sebab ia memang berkesan. Macam cerita makcik kat atas tadi. Memang dia rasa berbeza bila makan vivix. Peluang nak baik tu sangat tinggi sebab Vivix ni semula jadi...

Jom cuba vivix sebotol, memang tak cari dah yang lain...

Whatsapp saya tanpa segan 0132015399.


Sharing is caring.

Maisarah
0132015399
SID Shaklee Kajang
SID Shaklee Bangsar
SID Shaklee Lrt 

Wednesday, May 18, 2016

Daftar ahli shaklee sehingga jana pendapatan mampu bayar sewa rumah

Hakikat hidup. Kos perbelanjaan makin meningkat. Tak perlu cakap banyak dan tengok jauh-jauh, harga rumah kalau 10-tahun lepas RM500,000 dah boleh dapat corner lot rumah teres kat Selangor.

Sekarang, RM1 sejuta pun kadang belum tentu dapat lot yang tengah2, apetah lagi yang corner. 

"Ala, kat kat kedah ni murah je. Kos hidup pun rendah. Meh pindah kedah meh"

Betul dah yang tinggal luar KL mungkin tak terasa sangat bahang kenaikan kos sara hidup. Meh le ke KL dan pasti korang terkejut bab parking je  "mak aih, parking saja dah RM50".

Buat bisnes shaklee pun boleh buat duit tau. Tapi kena daftar ahli shaklee  dulu. Bila fikirkan, nak tampung kos sara hidup yang tinggi macam parking yang amat mahal tu, saya pun kena cari side income. Eh percaya tak buat bisnes  ni sampai boleh bayar sewa rumah? Saya cuma boleh kata wow bila tonton video ini. Kagum dengan beliau.




Awal- awal biar boleh buat tampung pembiayaan dapur, upgrade ke anak, dan seterusnya peribadi dan perumahan. Mula-mula memang tak nampak, lama-lama jumlahnya akan menjadi besar dan boleh cover segala yang penting, duit gaji boleh simpan pulak untuk impian2 yg lain, insyaallah :)

Saya selalu ingatkan diri buat biz Shaklee ni sungguh-sungguh. Bukan untuk shaklee, bukan untuk sesiapa pun. Tapi untuk diri sendiri.

Biz Shaklee ni senang. Tapi bukan maksud senang tu goyang kaki geleng kepala terus Ka-Ching duit masuk atau lepas doa je turun DUIT daripada langit. Tidaklah begitu. PASTI takkan jadi begitu. Sunnatullah @ hukum alam, nak apa-apa pun mesti kena usaha. Bak pesanan Kang Razzi Armansur " Rezeki mesti dijemput dan di cari".

Saya mesti berkorban skg utk kesenangan masa depan!!

Pesan seorang guru bisnis :

Kerja sungguh-sungguh 3 - 5 tahun cari sebanyak duit yang boleh. Kalau terpaksa tinggalkan anak isteri kenapa tidak. Kan sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, bukan untuk berseronok tapi berjuang membina kejayaan.

Setelah mencapai matlamat jumlah duit yang nak dikumpulkan maka go next level.

Uruskan sebahagian duit tersebut supaya bekerja untuk kita dengan berbagai pelaburan sort, medium dan long term. Masa yang ada boleh diguna  untuk bersama keluarga ganti semula 3 -5 tahun yang sudah digunakan untuk membina kejayaan sebelum ini. Masa yang ada boleh digunakan untuk beri manafaat pada masyarakat.

Uruskan sebahagian duit untuk pelaburan lebih penting iaitu pelaburan akhirat supaya meter pahala berjalan terus tanpa kita sedari dari dunia hingga akhirat.

Dulu kita kerja untuk duit sekarang biar duit bekerja untuk kita.

Guru bisnis tersebut juga kata masalah sekarang ni ramai yang kerja tidak bersungguh-sungguh sehingga perlu bekerja sampai tua. Suka senang dahulu tapi susah sampai tua.

Pesanan ini terus tersemat dalam hati sehingga sekarang.

Kredit #NotaBisnisDH


Maisarah
Pedulikan apa orang kata!
0132015399

Tuesday, May 17, 2016

Beza kurus dengan diet dan detoks


"Awak dah kurus, takyah detokslah"

Saya usaha untuk detoks walaupun tak de lelemak yang kelihatan sebab orang nampak saya kurus (yang tersorok toksah cakap ),  sebab saya usaha nak buang toksin... Musuh saya ni.




Bila toksin berkurang dalam badan rasa beza tau.

 Pagi bangun RINGAN, SENANG nak bergerak jadi orang nampak kita laju je... Sebab detoks ni bekalkan kita dengan nutrien yang kita perlukan, jadi kita akan jadi lebih cergas

 Kulit toksah cakap. Rasa macam LEMBUT je.. Perasan sekejap kulit macam baby

 Perut, rasa macam lebih ringan dan lebih bersih... KEMPIS PUN ye. Detoks ni akan buat bakteria jahat kurang, banyakkan bakteria baik...  Perut pun senang nak proses makanan, dengan kerak-kerak usus sekali dibuang, buat penghadaman jadi lancar, membuang pun best!

 Detoks ni takde cerita pun kita tak boleh makan untuk satu tempoh lama. Tapi detoks galakkan kita makan targeted nutrient untuk bantu organ penting buang toksin macam hati dan usus. Jadi, kita tidak berlapar dalam mendetokskan diri..

 Amat berbeza dengan memanjang diet, berat memang turun, pastu naik balik macam sama je tak berubah. Sebab fokus nak buang lemak, bukan buang toksin. Akibatnya dapat kesan yoyo..

Lihat bagaimana Puan Ebby memanfaat set detoks sampai turun berat berkilo-kilo...


Cara Kuruskan Badan Dengan Betul Sambil Buang Toxin Dalam Badan from iReach HD on Vimeo.

Penting ilmu detoks ni. Bila faham, rasa bertanggungjawab untuk buang toksin...

Sape rasa dia kena buang toksin, angkat tangan☝

Nak tip detoks?

Wassap je  laju2. I bagi consultation freeee lagi 

Maisarah
0132015399
Detoks tiap-tiap bulan best! Tengok apa kata mereka...


















Sunday, May 8, 2016

Kekurangan protein dalam badan boleh di atasi dengan protein tumbuhan

Alhamdulillah saya memang mencukupkan keperluan protein harian saya dengan ESP. Saya taklah obses. Tapi saya cukupkan keperluan sel saya... Ia bukan kehendak, tapi keperluan. Bukan saje-saje makan protein tau. Kang ada yang kata saya menunjuk sebab saya boleh makan protein. Eh... Idople begitu...

Protein ni penting sebagai makanan sel.  Kalau tak bagi makan,mana dia nak cari?Kalau anda nak tahu ada 9 asid amino (unit-unit kecil protein) yang memang badan tak hasilkan. Memang kena ambil sumber luar. Takde cara lain tau. Makan sayur yang kaya protein atau makanan tinggi protein. Contohnya ESP. ESP ni protein tumbuhan, ada 9 asid amino perlu yang tak dihasilkan oleh badan. Ha ni saya bagitahu rahsia.



Nape penting makan protein tumbuhan?
Ia senang diserap, badan terus boleh guna tanpa proses lama2.

"Saya dah makan ikan, ayam, daging.. Cukuplah protein saya"

Kita rasa cukup tapi belum tentu cukup.

Protein haiwan ni lama nak proses sebab ia lebih kompleks berbanding protein tumbuhan. Proses diuraikan jadi lama. Maka ia  lambat diserap oleh badan.

Possibility untuk tidak dihadam juga sangat tinggi, dan ia boleh masuk dalam salur darah dan boleh hasilkan reaksi alahan (sebab tak hadam tadi ia dikenali sebagai benda asing dalam darah, yang takkan diserap oleh sel sebab tak de guna,bahkan memudaratkan ).

Protein haiwan ni umpama kita beli baju kahwin kat kedai bundle. Kita dapat baju yang kita suka tapi kena ubah sana sini, sebab nak ikut saiz, nak letak aksesori yang kita suka. Maka nak pakai ia amik masa lama... Lepas tu ada pulak aksesori sedia ada yang kita tak mahu... Akhirnya jadi sampah.... 

Protein tumbuhan pula umpama kita terus ke kedai yang kita boleh pilih kain yang kita nak, beli aksesori yang kita rasa cantik dan kena dengan kain, kemudian boleh hasilkan baju ikut saiz badan... Begituuu... Terus boleh buat ikut citarasa.. Senang...

Kurang protein apa jadi? Macam2 boleh jadi sebab ia juga penting untuk sel2 otak yang dikenali neurotransmitter... Kekurangan protein memang mempengaruhi kelakuan kita....



Sape selalu kena histeria... Acu baca keratan akhbar.. Ada kajian dibuat yang mereka sering mengalami histeria  sebenarnya kekurangan protein. Sel tak makan, boleh ke ia berfungsi dengan baik? Kita tak makan satu meal pun macam singa nak makan orang... Lapar punya pasal...

Oleh kerana itu, protein sebagai makanan kedua penting selepas air patut dicukupkan pengambilan ia dalam diet harian.

Rasa protein anda belum cukup? Meh cukupkan dengan ESP, protein tumbuhan soya non gmo yang terbaik dalam pasaran. Hubungi 0132015399 untuk order hari ini.

Maisarah
Hari-hari minum ESP sebab rasa tanggungjawab bagi sel makan.

SID 890066 
0132015399


Kami sambut hari ibu sedunia?

Ha Selamat Hari Ibu 2016 wahai ibuku di samping suami tercinta, siapa lagi kalau bukan abah ku.

Saya coretkan di sini cerita sambut hari ibu kononnya.. padahal dah sambut semalam.

Ha ini sejarah hari ibu keluarga saya tahun ini heheh. Dah jadi sejarahlah sebab dah sambut semalam. Ahakss.. Adik saya Madihah beritahu, dah lama tak buat sesuatu untuk ibu. Maka, dengan kepulangan Maliya, kakak Madihah, mereka pun melaksanakan perancangan. Katanya nak beli kek, buat makan-makan termasuk hidangan daging kambing, nasi kerabu dan cheesekut dan panggil jiran-jiran terdekat berkongsi juadah yang ada.

Gambar di atas setelah mengejutkan ibu saya dengan sebiji kek. Malu2 ibuku... Potong kek bersama abah kami... So sweeeet..


Inilah rupa kek yang telah dikerjakan. Sepotong kek untuk mencemburukan kami yang tidak pulang. Uhuk. Kesihatanku tidak mengizinkan untuk kembali ke kampung.


Lagipun cuti hanya dua hari, dan hari ini pun anakku ada 'Day Out' dengan rakan sekolah Pasti.

Semoga ibuku merasa bahagia... Ya Allah, ampunkan dosa kedua ibu dan bapaku sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..


Bercakap tentang sambutan hari ibu sedunia, pagi ni pun saya ada share gambar UAI di facebook. Jadi saya pun memggoogle serba sedikit tentang hari ibu ni. Apakah hukumnya? Hukumnya harus menyambut hari ibu untuk menghargai mereka, tapi kalau niat untuk sambut hari ibu sebagaimana sambutan hari ibu di barat, hukumnya haram... Sebab apa, hari ibu ni ada sejarahnya yang tersendiri mengikut tempat... Nak baca lebih lanjut, sila baca di blog shafiqolbu nih. Lengkap cerita pasal sejarah asal dan hukum hakam sambutannya... Cerita di sebalik sambutan hari ibu.

Saya pun ibu juga. Ucapan hari ibu ini saya tujukan untuk semua ye....

"Selamat hari ibu untuk semua ibu-ibu termasuk diri sendiri, bakal jadi ibu dan ibu baru. Semoga kita semua jadi ibu yang sangat kental mental dan fizikal"

Aja-aja fighting!!

Maisarah
Ibu yang berjauhan dengan anak sulung sebab ikut trip Pasti.. 😅