Monday, February 19, 2018

Obses dengan Shaklee?

Hish dia ni. Pagi-pagi lagi cerita shaklee.Makan shaklee. Minum shaklee. Tengok shaklee. Rasa shaklee.
Daripada bangun tidur pagi sampai nak tidur balik, pun masih lagi shaklee. Bila jumpa pun asyik cerita pasal vitamin, vitamin, vitamin.



Heheh

Dah tentulah kakSar ni pengedar shaklee. Tentulah cerita semuanya berkisar tentang shaklee.
Kalau makcik jual nasi lemak, mesti dia cerita pasal nasi lemak seharian.
  • Beli barang nak buat nasi lemak.
  • Masak sambal nasi lemak.
  • Bungkus nasi lemak.
  • Cerita orang tempah nasi lemak.

Nak bagitahu satu dunia dia jual nasi lemak. Sedap pula tu, menyebabkan sentiasa ada tempahan. Haa logik kan...

Kalau makcik jual samosa pula, pun sama juga. Hari-hari update post pasal samosa.

Bagaimana dia dapat kemahiran buat samosa. Beli barang di mana, cara-cara buat samosa sedap, supaya orang tahu dia buat samosa yang sedap siap ada tempahan lagi.

Kalau orang jual baju, hari-hari update pasal baju, apa baju dia pakai, rasa apa pakai baju yang dia jual. Kemasan macam mana. Bila nak raya lagi lah ramai yang hebah satu dunia dia jual baju untuk raya.

Logik kan? Masing-masing ada rezeki masing-masing.
Kaksar cerita pasal shaklee, bukan je kakSar makan geli-geli. KakSar memang pengguna tegar. Daripada set susu hinggga sampai set sabun basuh baju dan sabun baby!

Dunia kakSar bertukar kepada shaklee sebab berkesan dan selamat.

Anak- anak sihat alhamdulillah kurang jatuh sakit berbanding dulu.Jarang ke klinik dah kami.

Just in case kalau sakit, nampak tanda-tanda demam, ada performance drink yang mengandungi optylite. Cepat turun suhu anakku.

Kalau sakit perut, peppermint ginger masuk dalam air, dia larut dan beri pada anak. Sakit perut berkurang.

Untuk fokus dalam kelas, kakSar bagi omega guard minyak ikan, bukan minyak hati ikan!

Baby A, pun makan vitamin gak, mak dia makan, dia pun turutla makan. Hehhe

Orang sebelah?

Dia selsema nak demam, ambil megadose vitamin C, rehat satu hari, esoknya kemain ajak keluar. Dah sihat, nak balas dendam masa sakit kena stay kat rumah.

Nak share pasal shaklee effect, satu hari pun takkan habis. Mehlah sembang satu hari nanti, tengok apa yang berkesan untuk anda pula😊

Mulanya ramai sangat yang cerita berkesan, maka kaksar ambil langkah rasa sendiri. Dan ternyata benar sekali. Siap ada landmarkstudy.com yang mengesahkan makin lama makan shaklee, makin sihat.
  • 20 tahun makan sihat walafiat
  • 40 tahun makan muda jelita
  • 50 tahun makan, jadi income pula

Shaklee bukan sekadar makan vitamin, tapi mengajak masyarakat untuk bercara hidup yang sihat;
  • Makan makanan yang sihat
  • Bersenam
  • Berfikiran positif

Dan paling penting, kalau SAKIT kami suruh anda CARI DOKTOR, bukan cari vitamin.
Kalau sakit, kena normalkan sakit dulu. Sebab kalau sakit, makan vitamin tak menjadi, korang salahkan kami.
Sebab VITAMIN BUKAN UBAT. Vitamin support penyembuhan, itupun makan masa.
Vitamin dan ubat. Takkan sama. Sampai bila-bila.
Nak cegah sakit, barulah kami sarankan makan vitamin 😉
So bila ada yang kecam makan vitamin tak berkesan, dapat penyakit, firstly kena periksa, betul ke cara makan? Cara hidup? Baru start makan atau dah 20 tahun makan? Makan vitamin sahaja ke hari?
Kaksar tak kecam mereka yang kecam shaklee sebab mereka tak tahu apa yang kaksar tahu. Cuma bila kaksar orang kata obses dengan shaklee, yeesssss maknanya orang tahu kaksar jual shaklee heheheeeeeee
Tak salahkan kongsi benda baik. Benda baik canang satu dua yuolsssss.
Kaksar,
Obses kebenor 😝😝😝

Sunday, February 18, 2018

Sedut hingus bayi baru lahir dengan penyedut hingus

Itu pun nak cerita!

Orang zaman dulu, mak-mak guna mulut untuk sedut hingus kan.

Tapi kakSar tak suka buat macam tu sebab diri kita berisiko untuk selsema juga.

Jadi cara bersih kakSar pergilah cari penyedut hingus di kedai menjual alatan barang bayi.

Kali ini awal-awal lagi kena cari penyedut hingus. Sebabnya anak-anak kaksar yang umur 6 tahun itu suka sangat cium bayi kakSar yang tak sampai pun tiga bulan, akibatnya bayi kakSar dah mula selsema, dan berhingus.

Dah larang, tapi tetap dibuat juga. Geram katanya!

Apa yang KakSar boleh buat, upkan pengambilan vitamin C dan vitamin basic yang lain supaya selsema tidak melarat. Bayi kakSar kan minum susu badan. Jadi maknya lah yang kena makan vitamin.

Alhamdulillah. Betul tidak melarat.

Tapi kakSar cuma guna jenis pigeon yang ini sahaja. Harga pun dalam RM 16 +.




Apa fungsi penyedut hingus itu, sedut hingus waktu malam yang sejuk supaya hidung tidak tersumbat dan hingus tidak bersepah siang hari.

KakSar senang guna jenama pigeon yang ini.

Sebab ia ada dua muncung, Satu muncung kecil yang panjang, macam getah lembut, sesuai untuk bayi yang kecil lubang hidungnya.

Kalau dicabut getah lembut itu, akan ada satu lagi lubang yang lebih besar namun sedikit pendek. Sesuai untuk bayi bila dah besar sikit 3 bulan ke atas.

Apa pun, gunakan jenis pam ni dengan lembut, supaya baby tidak terkejut. Kemahiran guna kasih sayang paling penting hihi


CERITERA KELAHIRAN BAYI PRAMATANG PART 3

Suami ku dan adikku cuak dan cemas.

Masing-masing bertanyakan aku ok atau pun tidak.

Aku memangtidak bergerak sehinggalah stretcher sampai kepadaku untuk dibawa masuk ke dalam ambulans.

Sejurus masuk ke dalam ambulans, aku dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kuantan.

Di sana, doktor mengikuti perkembangan aku sekiranya ada tanda-tanda akan bersalin. Beberapa kali aku diseluk.

Memang betul, aku ada contraction, dan jalan keluar mulai melembut. Lantas aku di masukkan ke bilik bersalin untuk beberapa jam, tanpa makan dan minum. Laparnya tuhan saja yang tahu, Bibir kering dalam bilik beraircond, terasa lemah dan kusut.

Apa yang sedang aku lalui ini? YA Allah.

Pada ketika itu, doktor telah mengetahui keadaan kandungan aku. Ketika aku di bilik bersalin itu, doktor telah menghampiri suamiku dan memberi cadangan untuk aku bersalin dalam masa terdekat.

Walaupun ubat tahan contaction telah diberi, namun doktor beranggapan peluang tipis untuk bayi lahir dengan sihat, kerana katanya bayi cuma kuat di dalam perut.

Berkali-kali doktor memberitahu. Tapi apakan daya aku wahai doktor. Biarlah ia berlaku mengikut kehendak Allah.

Selagi boleh diselamatkan, bantulah kami!

Aku redha dan pasrah. Yang penting, suami ada bersama.

Selepas seminggu, aku dikeluarkan daripada ward dengan tangan yang berbalut. Suamiku mohon untuk aku pulang ke Terengganu, Namun aku berdegil mahu mengikutnya pulang ke Kajang.

Suami ku akur. Pulanglah kami ke Kajang.


Bersambung


Saturday, February 17, 2018

4 langkah mudah hilangkan kebimbangan ibu bapa terhadap ruam lampin bayi baru lahir

Ingat lagi kakSar terbersalin sebulan lebih awal daripada tarikh jangkaan?

KakSar rasa sebab terlalu lasak dua tiga hari sebelum itu, menyebabkan sehari sebelum bersalin perut mengeras dengan hebat.

KakSar tak perasan langsung yang itu adalah petanda kakSar akan bersalin.

Tapi tidak mengapalah. Lagi bagus bersalin awal, sebab perut dah hampir benar dengan stereng kereta.

Namun, bila kakSar dah kebocoran air ketuban lebih 12 jam, doktor buat keputusan untuk beri antibiotik kepada bayi kakSar, selama 48 jam.

KakSar terpaksa redha. 

Bayi bila dah diberi antibiotik ibu bapa perlu jaga-jaga kerana mudah kena ruam lampin. Bayikan memang membuang banyak kali. Asal minum, lepas minum membuang.

Kali ini kakSar cuak sebenarnya bila bayi ada ruam lampin yang agak teruk. Merah ! KakSar terkejut sebab ini kali pertama melalui yang begini. Yang anak lain pun banyak juga membuang tapi tidak lah seteruk ini. KakSar buat pembacaan sikit, rupanya bayi yang diberi antibiotik lagi tinggi risiko untuk kena ruam lampin. Bakteria baik berkurang sebab antibiotik tadi itu.

Di hospital, kakSar cuma guna semburan air atau baby wipes, which is antara punca ruam makin teruk.

KakSar kasihankan bayi.

Apa yang kakSar buat sepanjang kena ruam, setiap kali tukar lampin kakSar akan buat perkara berikut;


  1. Cek lampin sekerap mungkin, sekiranya bayi membuang air kecil atau besar, segera cuci dengan air paip, elak guna tisu basah.
  2. Selepas cuci, lap kering. 
  3. Sapukan krim serbaguna herbal blend
  4. Sapu minyak zaitun
Kurang seminggu, insya Allah ruam perlahan-lahan hilang. tapi teruskan penggunaan herbal blend sehingga betul-betul hilang.

Sehingga sekarang, bayi kakSar yang telah berumur empat bulan tidak lagi mengalami ruam yang teruk.

Sekarang, kakSar cuma teruskan sapu minyak zaitun, sekali sekala sahaja kakSar guna herbal blend, itu pun jika dah nampak samar-samar merah. Cegah lebih baik kan. Ngeri kalau baby kena lagi. 


Baby anda alami ruam lampin? Segera guna herbal blend, hubungi kakSar untuk mendapatkannya!



Utamakan kesihatan orang sekeliling

Selamat pagi kawan-kawan😊

Dah breakfast ke tu? Kaksar dah. Tengah kenyang nyum nyum

Si bam bam baby A tengah tidur di pangku. Kita orang sedang dalam perjalanan nak beriadhah layankan kakak kakak dia.



KakSar pun rasa nak lompat-lompat 😁

Nak sihat ok

Teringat downline kakSar. Sebab utamakan kesihatan,Setiap kali membeli confirm satu set terus dia beli tanpa fikir - fikir dah.

Beli untuk diri dan juga anak.

Lepas itu, tanya lagi, untuk kawan-kawan pula.

Ada je soalan dia tanya untuk orang terdekat. Nampak dia kisahkan kwsihatan orang sekeliling.

Sebab dia percaya yang shaklee ni berkesan, maka dia nak tolong sauara mara dan kawan-lawan pula.

Dia memang cakap dia makan sendiri sahaja.

Namun niat nak tolong orang sekeliling tu yang kakSar nampak pada dia😉
#tsunamishaklee
#tsunamishaklee2018
#tg3best

Wednesday, February 14, 2018

Kulit cantik berseri tanpa make up dan awet muda semula jadi dengan Coenzyme Q10


Kulit cantik tanpa make up memang kegilaan ramai wanita. Saya faham sebab saya pun tak suka make up. Lemas dan rimas.

Kulit muka yang glowing akan kelihatan lebih sihat, berbanding kulit muka yang kusam. Setuju?

Jadi kali ini bagaimana anda boleh kekal cantik semula jadi dengan Coenzyme Q10 dengan pengambilan sekali sehari sahaja? Jom baca lanjut.



CoQ10  terdapat di permukaan luar kulit, justeru itu kulit dilindungi dari sinaran UV yang berbahaya. Ia juga membekalkan tenaga untuk sel-sel yang rosak memperbaiki diri mereka sendiri, jadi kulit anda kekal berseri dan kelihatan lebih muda. Pengambilan CoQ10 yang berterusan akan menganjalkan kulit, mengurangkan kedutan dan meningkatkan tekstur kulit.


Kenapa perlu ambil CoQ10 untuk kulit yang gebu?

Tahap CoQ10 badan anda berkurang apabila anda semakin tua. Kekurangan tahap CoQ10 boleh menghalang keupayaan tubuh untuk menghasilkan kolagen dan elastin. Kedua-dua protein kulit ini bertanggungjawab untuk menjadikan kulit kelihatan tegang (kolagen) dan fleksibel (elastin), dan tanpa protein ini, kulit anda akan berkedut dan menggelupas



Pengambilan CoQ10 membantu melalui 5 manfaat kepada kulit anda:

1. Ia memberi tenaga kepada kulit anda. Kulit muda mempunyai jumlah CoQ10 banyak dan begitu banyak tenaga yang diperlukan untuk memperbaiki kerosakan dan memastikan sel-sel kulit menjadi sihat.

2. Ia melindungi daripada penuaan akibat sinar uv - yang bermaksud penuaan pramatang kerana lebih mendedahkan kulit kepada matahari. Matahari adalah agen tekanan kulit yang paling pantas. Sekiranya anda tidak mempercayainya, cuma bandingkan kulit di belakang anda (yang tidak pernah terdedah kepada matahari) dengan kulit di muka anda.

3. Ia meremajakan kulit dengan merangsang aktiviti sel kulit. Sel-sel kulit yang aktif menghilangkan toksin dengan mudah dan boleh menggunakan nutrien yang lebih baik. Apabila kulit anda tua, semua proses ini akan menjadi lambat, menyebabkan kulit kusam dan tidak sihat serta berkedut. CoQ10 meningkatkan aktiviti sel kulit anda untuk kulit yang lebih muda.

4. Ia merangsang pengeluaran kolagen. Kolagen adalah protein yang berkurangan seiring dengan usia kita, yang menyebabkan kulit kedut dan berkulit keras. CoQ10 adalah penting untuk menjaga kulit kerana ia membantu anda membuat lebih banyak kolagen.

5. Ia adalah antioksidan kuat yang bertindak terhadap kerosakan oksidatif. Kerosakan ini dilakukan oleh, contohnya: sinaran UV matahari, pencemaran, toksin, tekanan. Dan kerosakan ini semua membawa kepada satu perkara: penuaan pramatang yang muncul pada kulit. Apabila logam mengoksida, kami menyebutnya karat. Apabila manusia mengoksida, kita menyebutnya penuaan. Kadang-kadang ia juga membawa kepada penyakit. Jadi kita memerlukan sesuatu untuk membantu kita mencegah 'berkarat'. Anti-oksidan seperti CoQ10 adalah jawapan dan mempunyai peranan kritikal untuk bermain di kedua-dua badan dan kulit.



Kenapa makan CoQ10 lebih baik daripada menggunakan krim sapuan yang mengandungi CoQ10?

Satu-satunya kelemahan tentang penggunaan CoQ10 untuk kesihatan kulit adalah bahawa produk CoQ10 yang dipakai secara luaran (krim sapu) mungkin tidak mengandungi jumlah CoQ10 aktif yang mencukupi untuk memberi ke semua manfaat yang telah dijelaskan di atas.

Jadi lebih baik makan dan pada masa yang sama guna juga produk CoQ10. Lagi berkesan. 

Mana nak cari COQ10 ni ya?

Dalam makanan harian ada. Kebanyakan kajian mencadangkan jumlah pengambilan  50-300mg.Tapi tengoklah banyak mana nak kena makan untuk cukupkan 100mg sahaja!




Jomlah  makan CoQ10 Shaklee sebab ia menyediakan 100mg CoQ10 perkapsul. Mana lebih murah?

Satu kapsul CoQ10 atau 100 sudu makan minyak kanola atau 3.3 kg peanut butter atau 3 kg daging merah atau 100 cawan brokoli?



Pilih, pilih...


Apa kata mereka yang dah mengamalkan CoQ10?










Friday, February 9, 2018

Kekurangan magnesium dalam tubuh boleh mengancam nyawa

Magnesium dianggap sebagai salah satu mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Mineral ini juga berperanan penting dalam mengatur mineral lain, seperti natrium, kalium dan kalsium.

Tubuh yang kekurangan magnesium secara kronik, boleh menyebabkan kematian.  Jika tidak ditangani dengan cepat, hal ini boleh menyebabkan kematian.

Kekurangan magnesium terjadi sebab kurang makan makanan yang mengandung magnesium, atau tubuh gagal serap mineral mineral dari makanan yang kita makan.

LAin-lain kekurangan magnesium berlaku kerana tabiat buruk seperti , minum alkohol juga boleh membuat tubuh kekurangan magnesium.


10 tanda mudah kenalpasti yang anda kekurangan magnesium:

1. Gelisah.
Gelisah merupakan salah satu tanda kekurangan magnesium. Sama seperti insomnia, gelisah juga merupakan gejala kekurangan  magnesium. Boleh berkurang sekiranya mengambil lebih banyak makanan kaya magnesium

2. Susah tidur.
Hasil  kajian menunjukkan magnesium memainkan peranan yang sangat penting dalam menenangkan otak dan membuat tidur lena.

3. Tekanan darah.
Magnesium perlu untuk mengatur tekanan darah, kekurangan magnesium dapat menyebabkan hipertensi. Sebuah kajian memberitahu,  orang-orang yang tidak cukup magnesium, akan kekurangan kalsium juga.

4. Restless Leg Syndrome (Kaki sentiasa bergerak walaupaun pada saat tidur).
Ini adalah gejala lain dari kekurangan magnesium. Penting uuntuk makan makanan kaya kalium serta magnesium.

5. Kencing manis.
Diabetes type 2 ada kaitan dengan kekurangan magnesium. Maka , ia juga gejala kekurangan magnesium. Makan magnesium , megurangkan  risiko diabetes.

6. Mudah marah.
Kesan ini salah satu efek kekurangan magnesium. Kurangnya magnesium juga dapat memengaruhi fungsi harmoni sistem saraf pusat. Hal ini menyebabkan radang, dan jika masalah ini tidak dapat diatasi secepatnya, akan mengakibatkan depresi.

7. Krem kaki.
Bagi yang pernah mengalami krem kaki, anda tidak menyedari jika hal ini disebabkan kekurangan magnesium, kram kaki merupakan hal yang menyiksa. Magnesium memainkan peranan yang sangat penting dalam kontraksi otot dan sinyal neuromuskuler, kekurangan mineral ini dapat menjadi malapetaka bagi tubuh Anda.

8. Sakit kepala.
Magnesium berperanan penting dalam proses neurotransmitter dalam tubuh, Kekurangan magnesium dapat menyebabkan sakit kepala secara tiba-tiba.

9. Osteoporosis.
Pada orang tua, kekurangan magnesium dapat meningkatkan risiko osteoporosis, menurut sebuah kajian. Sebab magnesium juga berperanan dalam menguatkan tulang sebagaimana fungsi kalsium.

10. Penat
Penat lesu adalah salah satu gejala dari defisiensi magnesium. Orang yang mudah lemah dan penat adalah petanda tubuhnya kekurangan magnesium.

Jadi nak makan apa untuk mengatasi kekurangan magnesium ini? Baca makanan yang boleh dijadikan sumber magnesium harian.

Makanan Kaya Magnesium

Magnesium paling penting berfungsi untuk mengawal denyut jantung. Ia mencegah penyakit serta serangan jantung. Hipertensi, stroke, dan diabetes type 2 adalah beberapa penyakit yang dapat dielak dengan magnesium. 



Magnesium juga berperanan dalam menjaga kesihatan tulang sebab ia mengangkut kalsium. 

Selain itu, mineral ini juga menjaga kesihatan saraf dan fungsi otot, mengubah gula darah menjadi tenaga, mencegah endapan kalsium, batu ginjal, dan batu empedu.

Ia juga bersifat anti- stres dan boleh di panggil ubat tekanan atau depresi. Jika dikombinasikan dengan kalsium, zat tersebut dapat dijadikan ubat penenang semula jadi. 

Magnesium bukan hanya penting dalam sistem kardiovaskular tetapi juga dalam sistem pencernaan. 

Magnesium juga penting untuk wanita kerana mencegah krem pramenstruasi dan PMS. Fibromyalgia atau keadaan kronik sakit otot dan sendi juga dapat diatasi dengan magnesium.

Memandangkan keperluan ia sangat penting ( jaga jantung ), maka wajarlah makanan harian perlu ada magnesium yang mencukupi.

Berikut adalah sepuluh makanan yang boleh dijadikan makanan harian untuk ememnuhi keperluan magnesium anda.

Sayuran berwarna hijau tua merupakan sumber magnesium yang tinggi.

gambar women online magazine
Dalam 100 gram bayam anda dapat 79 mg magnesium. Setelah dimasak, kandungan magnesium dalam bayam tetap juga tinggi. Semangkuk bayam (180 gram) anda akan dapat 157 mg mineral magnesium

Pelbagai jenis kacang



Biji labu merupakan makanan dengan kandungan magnesium yang cukup tinggi. Dalam 100 gram biji labu, terdapat 550mg magnesium. Banyak tu nak kena makan. Lain-lain kacang adalah seperti  seperti kacang tanah, walnut, almond, dan sebagainya.



Hasil laut berupa ikan makarel adalah makanan yang kaya magnesium juga. Dengan mengkonsumsi 100 gram daging makarel, Anda akan mendapatkan 60 mg magnesium. Seafood lain yang juga merupakan sumber magnesium adalah berbagai jenis ikan misalnya tuna, pollock, dan turbot.

gambar nairaland forum
Makanan kaya magnesium keempat adalah kacang soya. Dalam 100 gram kacang soya terdapat 86 mg magnesium. Hari-hari boleh makan tempe.


gambar ndtv food

Kelima, anda juga boleh mendapatkan magnesium dari bijirin yang berwarna coklat. Dalam 100 gram beras merah terdapat 44 mg magnesium. Oat, barley, quinoa, millet, bulgur, buckwheat, wild rice, dan whole wheat pasta juga memiliki kandungan magnesium yang lebih kurang sama.



Produk susu rendah lemak seperti yogurt dapat dijadikan makanan kaya magnesium yang ketujuh. Dalam 100 gram yogurt rendah lemak tanpa gula terdapat 19 mg magnesium. Anda juga boleh makan keju kambing, yogurt coklat tanpa lemak, serta keju mozarella tanpa lemak.



Makanan kaya magnesium yang kelapan adalah pisang. Buah tropika tersebut mengandung 27 mg magnesium per 100 gram.



Aneka buah kering seperti buah  kismis dan aprikot juga kaya akan magnesium. Dalam setiap 100 gram kismis, anda dapat  magnesium hingga 32 mg, aprikot pun sama.



Dark coklat.  Ia mengandung 146 mg magnesium per 100 gram. Hari-hari makan dark coklat nampak gaya. Yang penting tanpa gula ye.



Terakhir, makanan yang dianggap sebagai sumber magnesium terbaik semulajadi juga boleh diambil menerusi ostematrix yang memberikan anda sehingga 400 mg magnesium sehari. Namun penting jika ambil pil magnesium mestilah bersama kalsium supaya seimbang. dan iya, pil ini juga mempunyai kalsium, untuk setiap pengambilan umpama anda mengambil dua gelas susu tinggi kalsium.

Kurang garam potassium mungkin petanda kurang magnesium?

Ramai yang approach saya berkenaan kurang garam dalam darah sehingga bawah daripada 3.
Ada tu yang hubungi saya beritahu isteri telah lumpuh dan perlukan penjagaan rapi sehingga beliau cari supplemen.

Beginilah. Kalau dah sakit, saya mohon sangat anda cari doktor. Sakit kena ubat, kerana simptom perlu dinormalkan dulu.

Kemudian jika dah stabil, dah normal balik baru cari supplemen untuk support penyembuhan.

Untuk yang kurang garam potassium ni, bila anda juga jenis yang tak minum susu atau makan sayur gelap yang berwarna hijau, kena ambil perhatian sebab ia adalah petanda anda juga mungkin kekurangan magnesium.

Magnesium sangat diperlukan oleh badan sebab ia mempengaruhi kesan saraf dan otot dengan mempengaruhi penggunaan kalsium, mengaktifkan enzim yang terlibat dalam karbohidrat dan metabolisme protein, membantu dalam mengangkut natrium dan kalium di membran sel, dan mempengaruhi tahap natrium, kalium, kalsium dan beberapa hormon badan (hormon paratiroid)

Jadi walaupun kita makan potassium banyak-banyak (pisang) untuk naikkan paras dia dalam darah, kalau takde tukang angkut nak bawa dia pun susah juga. 


Umpama Train rosak. Semua penumpang berkumpul di luar train sebab train rosak, kalau bergerak pun lambat.

Ha begitu analoginya.

Dalam cerita ini, cek balik darah dan minta doktor cek paras magnesium dan juga kalsium sebab bila kurang potassium,kurang kalsium, maka, kemungkinana anda juga kurang magnesium.

Saranan saya jika nak seimbangkan balik ketiga-tiga nutrient di atas, anda perlu ambil Vitalea, performance drink dan juga Ostematrix, dalam ostematrix ada magnesium dan juga kalsium yang cukup untuk keperluan harian.

Cara ni akan mengambil masa, oleh kerana itu, penting untuk ambil ketika belum sakit. Atau selepas makan ubat doktor. Normalkan apa yang patut. Bahaya kalau tinggalkan ubat. Ingat tu

KakSar
rasa kurang magnesium juga ni. Sebab sakit otot.. (sambil capai botol ostematrix )