Magnesium paling penting berfungsi untuk mengawal denyut jantung. Ia mencegah penyakit serta serangan jantung. Hipertensi, stroke, dan diabetes type 2 adalah beberapa penyakit yang dapat dielak dengan magnesium.
Magnesium juga berperanan dalam menjaga kesihatan tulang sebab ia mengangkut kalsium.
Selain itu, mineral ini juga menjaga kesihatan saraf dan fungsi otot, mengubah gula darah menjadi tenaga, mencegah endapan kalsium, batu ginjal, dan batu empedu.
Ia juga bersifat anti- stres dan boleh di panggil ubat tekanan atau depresi. Jika dikombinasikan dengan kalsium, zat tersebut dapat dijadikan ubat penenang semula jadi.
Magnesium bukan hanya penting dalam sistem kardiovaskular tetapi juga dalam sistem pencernaan.
Magnesium juga penting untuk wanita kerana mencegah krem pramenstruasi dan PMS. Fibromyalgia atau keadaan kronik sakit otot dan sendi juga dapat diatasi dengan magnesium.
Memandangkan keperluan ia sangat penting ( jaga jantung ), maka wajarlah makanan harian perlu ada magnesium yang mencukupi.
Berikut adalah sepuluh makanan yang boleh dijadikan makanan harian untuk ememnuhi keperluan magnesium anda.
Sayuran berwarna hijau tua merupakan sumber magnesium yang tinggi.
Dalam 100 gram bayam anda dapat 79 mg magnesium. Setelah dimasak, kandungan magnesium dalam bayam tetap juga tinggi. Semangkuk bayam (180 gram) anda akan dapat 157 mg mineral magnesium
gambar women online magazine |
Biji labu merupakan makanan dengan kandungan magnesium yang cukup tinggi. Dalam 100 gram biji labu, terdapat 550mg magnesium. Banyak tu nak kena makan. Lain-lain kacang adalah seperti seperti kacang tanah, walnut, almond, dan sebagainya.
Hasil laut berupa ikan makarel adalah makanan yang kaya magnesium juga. Dengan mengkonsumsi 100 gram daging makarel, Anda akan mendapatkan 60 mg magnesium. Seafood lain yang juga merupakan sumber magnesium adalah berbagai jenis ikan misalnya tuna, pollock, dan turbot.
gambar nairaland forum |
Kelima, anda juga boleh mendapatkan magnesium dari bijirin yang berwarna coklat. Dalam 100 gram beras merah terdapat 44 mg magnesium. Oat, barley, quinoa, millet, bulgur, buckwheat, wild rice, dan whole wheat pasta juga memiliki kandungan magnesium yang lebih kurang sama.
Produk susu rendah lemak seperti yogurt dapat dijadikan makanan kaya magnesium yang ketujuh. Dalam 100 gram yogurt rendah lemak tanpa gula terdapat 19 mg magnesium. Anda juga boleh makan keju kambing, yogurt coklat tanpa lemak, serta keju mozarella tanpa lemak.
Makanan kaya magnesium yang kelapan adalah pisang. Buah tropika tersebut mengandung 27 mg magnesium per 100 gram.
Aneka buah kering seperti buah kismis dan aprikot juga kaya akan magnesium. Dalam setiap 100 gram kismis, anda dapat magnesium hingga 32 mg, aprikot pun sama.
Dark coklat. Ia mengandung 146 mg magnesium per 100 gram. Hari-hari makan dark coklat nampak gaya. Yang penting tanpa gula ye.
Terakhir, makanan yang dianggap sebagai sumber magnesium terbaik semulajadi juga boleh diambil menerusi ostematrix yang memberikan anda sehingga 400 mg magnesium sehari. Namun penting jika ambil pil magnesium mestilah bersama kalsium supaya seimbang. dan iya, pil ini juga mempunyai kalsium, untuk setiap pengambilan umpama anda mengambil dua gelas susu tinggi kalsium.
No comments:
Post a Comment