Teks: Maisarah Mohamad
Salam pembaca ibu-ibu menyusu sekalian, moga menjengah ke mari dengan azam mecari ilmu tentang penyusuan.
Ramai di kalangan rakan saya yang mengeluh susu dah sikit walhal baby belum lagi umur setahun.
Salam pembaca ibu-ibu menyusu sekalian, moga menjengah ke mari dengan azam mecari ilmu tentang penyusuan.
Ramai di kalangan rakan saya yang mengeluh susu dah sikit walhal baby belum lagi umur setahun.
Adakah anda juga begitu?
Harapnya tidaklah. Susu anda mesti meriahkan...
Kalaupun susu anda tidak
begitu meriah, tidak perlu risau, cuma sila ambil perhatian tentang
perkara asas di sini yang saya ingin kongsikan. Semua yang saya dapat
ini melalui pembacaan dan juga pengalaman sendiri yang tak seberapa.
Saya ringkaskan supaya senang untuk dibaca dan diingati...
1)Jumlah hisapan
(sama ada baby atau pam yang hisap) untuk mengosongkan susu anda
mestilah sekurang-kurangnya 8 kali sehari...kalau lebih lagi
bagus...yakni..kalau guna jam, kosongkan setiap 3 jam. (mesti pembaca
mula mengira jumlah berapa kali anak hisap (hisap 10 minit ++) dan
pam susu, cukup tak 8 kali?)
Kalau guna pam elektrik/bateri
Tempoh masa satu hisapan
paling kurang 7 minit pun dah ok sebenarnya, ini kalau nak cepat...
Tapi kalau nak selamat, nak susu banyak, paling ideal adalah 15 minit
satu sesi dan lagi bagus kalau dapat 3 kali let down.. (sekitar 20
minit untuk diri saya).
![]() |
Saya pun ada juga pam ini. Bila kecemasan je saya guna. |
Kalau guna pam manual
Dalam hal ni, saya kurang
arif sebab saya dapat susu kurang berbanding kalau guna pam elektrik,
sebabnya kejap-kejap berhenti dalam masa 15 minit tu... tangan tak
berapa nak kuat...pernah cedera. Saya salute ibu2 yang guna pam
manual nihh... tangan mesti berotot kental!
Kalau baby hisap
Mesti sampai kenyang..Lagi banyak baby hisap direct, lagi bagus ye ibu-ibu.. jadi tiada masalah di situ ye.. kurang-kurang 10 - 15 minit satu sesi biasanya... depends pada kualiti susu ye.... kalau susu ibu susu kenyang, maka cepatlah anak kenyang...jadi ibu-ibu, jangan skip makan tau..nanti anak-anak nak mengempeng je..walaupun susu banyak contoh 5 OZ, tapi bila bagi susu yang sebanyak 5 OZ seolah-olah masih tak cukup, ha sila lihat kualiti makan ibu-ibu ye... OK, sambung balik, sekiranya baby telah kenyang, cara cepat nak banyakkan susu adalah mengepam dalam 10-15 minit lagi selepas baby minum susu secara direct....maka tempoh hisap baby dan tepoh mngepam kalau digabungkan boleh jadi 20-30 minit...Insha Allah, susu makin banyak kalau selalu amalkan begini...

3)Tetapkan
masa baby minum di rumah /mengepam di pejabat.
Untuk memastikan
pengeluaran susu yang teratur, 8 kali pam atau hisapan (no 1 tadi)
mestilah tetap pada waktunya. Rasionalnya, badan kita akan keluarkan
susu lebih banyak ikut waktu yang kita dah tetapkan tadi. Rasa
berdenyut-denyut bila tiba masanya. Tidak percaya? cuba buat dulu...
Set masa yang tetap untuk susukan baby sama ada di rumah atau
mengepam dipejabat.
4)Banyakkan minum air
dan makan protein/makanan penggalak susu secara berpatutan...
Susu ibu secara asasnya
terbina daripada protein. Jadi banyakkan makanan yang kaya dengan
protein, seperti susu, ikan , ayam dan lain-lain makanan yang kaya
protein. Begitu juga makanan yang kita tahu khasiatnya dalam
membanyakkan susu seperti kurma juga yang kaya dengan protein,alfafa,
pil asi, halba.... dan banyak lagi lah.. Air sudah tentu kena minum,
3 liter sehari ibu-ibu ye...
5)Ibu menyusu kena
setiasa ceria dan gembira walau apa pun yang terjadi. Makan dan
minumlah makanan kegemaran kerana ia satu cabang kegembiraan buat
ibu-ibu, buatlah perkara yang ibu-ibu boleh bahagia dan gembira
tetapi sila pastikan tidak memudaratkan ibu dan juga baby ye...Kalau
boleh makan supplemen yang antistress lagi bagus.
6)Susu lebih banyak
dihasilkan antara jam 12tgh mlm - 6 pagi.
Ha gunakan waktu malam
untuk tingkatkan susu sebabnya hormon prolaktin lebih banyak
dirembeskan pada waktu malam.....maka dicadangkan untuk kosongkan
breast pada waktu ni sekerap yang boleh..dan kalau boleh guna masa
ini untuk power-pumping juga. Tapi pastikan pam di sebelah malam
hanya SELEPAS BAYI ANDA MINUM SEHINGGA KENYANG ye ibu-ibu...
7)Power-pumping bila
jadual mengepam terganggu atau susu semakin berkurang.
Buat ini kalau rasa susu
berkurang. Sila elakkan keadaan ini berlarutan atau dibiarkan sahaja keadaan susu berkurangan ini!
Macam mana nak tahu susu berkurang? Mesti tengok jumlah susu setiap
kali pam kan... kalau kurang daripada biasa untuk beberapa hari,
berkurang la tu... Power-pumping ini biasanya kena buat lebih kurang
satu jam - pam 10 minit. rehat 10 minit. Pam 10 minit (kali ke 2).
dan seterusya sampai satu jam. Berapa kali nak buat power-pumping
ni?? Kalau nak cepat susu meningkat balik, buat tiap-tiap hari time
rehat waktu kerja atau waktu malam. Kalau nak kekalkan demand(untuk
ibu yang tiada gangguan / susu berkurang), boleh buat 2-3 kali dalam
seminggu jika mahu..
Ha, inilah 7 prinsip
paling kurang anda kena tahu kalau anda telah putuskan untuk
penyusuan susu ibu secara eksklusif.... nampak macam berat..tapi once
dah biasa, senang je... ada banyak lagi sebenarnya, tapi saya rasa
ini antara yang paling penting untuk diketahui dulu......
Nak dapat benda baik
bukan senang, mohonlah kepada Allah untuk tabahkan hati kita bagi
menghadapinya....Insha Allah ye ibu-ibu...selama mana yang anda
mahu... aja-aja figting!!!!!
p/s: Tengoklah video ini. Dia ibu bekerja tapi berjanji & berazam nak menyusukan bayinya sekurang-kurangnya hingga 2 tahun. Saksikan apa yg dia sanggup buat...
Salam susu meriah,
Maisarah
0132015399
p/s: Tengoklah video ini. Dia ibu bekerja tapi berjanji & berazam nak menyusukan bayinya sekurang-kurangnya hingga 2 tahun. Saksikan apa yg dia sanggup buat...
Maisarah
0132015399
No comments:
Post a Comment