Jus sayur-sayuran adalah satu alat yang sangat membantu
untuk meningkatkan kesihatan anda jika meminumnya secara konsisten. Jus
sayur-sayuran boleh dijadikan terapi metabolik, mampu merawat hampir semua
penyakit temasuk sakit migrain yang teruk. Ia tidak mempunyai kolesterol dan
lemak, mengandungi banyak serat, mineral, dan vitamin. Ia boleh disediakan
untuk semua golongan termasuk mereka yang mengalami masalah pencernaaan.
Mahukah anda merawat migrain teruk anda dengan cara ubat yang semulajadi menggunakan jus sayur-sayuran? Kalau mahu, baca lebih lanjut untuk cara mudah merawat migrain anda.
Mahukah anda merawat migrain teruk anda dengan cara ubat yang semulajadi menggunakan jus sayur-sayuran? Kalau mahu, baca lebih lanjut untuk cara mudah merawat migrain anda.
Bagaimana nak buat jus, lagi-lagi yang berkualiti tinggi ?
Dalam hal ini, sangat penting untuk menggunakan produk organik dan harganya memang lebih
mahal daripada sayuran bukan organik. Kalau nak murah, kena tanam sendiri dan
memastikan tidak menggunakan racun perosak sintetik.Sayur-sayuran organik
mempunyai lebih banyak rasa berbanding bukan organik. Selepas dipetik, jika
sayuran dijadikan jus dalam beberapa minit, itulah jus dengan rasa yang paling
baik. Begitu juga halnya dengan kandungan nutrien pada masa tersebut. Menarik
bukan?
Kalau anda nak tahu, terdapat beberapa sayuran yang
menyihatkan memberikan jus yang pahit
termasuklah sawi. Langkah terbaik, gunakan mereka dalam jumlah yang kecil dan seimbangkan kepahitan yang ada dengan
menambah bahan-bahan lain seperti epal.
Mesti anda
tertanya-tanya, sayur apa yang perlu kita guna untuk buat jus?
Jawapannya mudah sahaja. Apa-apa sahaja yang anda boleh makan mentah. Anda boleh cuba apa
sahaja. Kata kunci di sini adalah kreatif.
Anda perlu jadi kreatif bila tiba masa untuk membuat jus. Contoh yang boleh
anda cuba sebagai permulaan adalah jus kubis, yang sangat bagus untuk saluran
pencernaan.
Minum jus sayur
sahaja untuk satu tempoh masa.
Walaupun anda tidak membuat jus setiap hari, pakar pemakanan
mengesyorkan sebulan sekali untuk
anda minum hanya jus sayur-sayuran selama tiga hingga tujuh hari. Ia
adalah langkah detox yang besar. Jadi kena bersedia untuk menghadapinya. Hanya
minum jus sayur-sayuran sepanjang tempoh tersebut.
Pakar biasanya mencadangkan minum 8 hingga 10 gelas air setiap hari. Penting untuk minum air
yang mencukupi supaya air kencing anda berwarna kuning cerah. Jika ia gelap,
anda tidak minum dengan secukupnya.
Air pula, mestilah
air hidup. Ia berbeza dengan air biasa kerana ia air bersruktur. Ia bukan
H2O; tetapi ia H3O2. Air ini jauh lebih
baik daripada minum air paip yang ditapis.
5 tip jimat masa untuk
penyediaan dan penyimpanan jus yang
baik.
1-Cara yang baik untuk menjimatkan masa untuk membersihkan sayur-sayuran adalah dengan
berus dan bukannya mengupasnya. Satu pengecualian adalah ubi bit, yang
mempunyai kulit yang agak busuk. Jika
anda menggunakan sayur-sayuran bukan organik, cara terbaik adalah untuk mengupas
kulit mereka, bagi mengelakkan sisa racun serangga. Lagi-lagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah diwax.
2-Sebaik-baiknya, anda perlu minum jus segera selepas disediakan. Semakin lama ia dibiarkan,
lebih banyak nutrien dimusnahkan melalui sentuhan dengan udara, yang
mengoksidakan mereka. Jus juga akan kehilangan rasa.
"Bolehkah anda sediakan jus anda pada waktu pagi, bawa
bersama ke tempat kerja, dan minum jus sepanjang hari?
Jawapannya ialah boleh. Tetapi anda akan kehilangan kualiti
dan rasa jus. Sebab utama kenapa setiap orang mesti minum segera jus dengan
kadar segera dan sekaligus selepas menyediakannya. Jika anda tidak mahu buat
begitu, boleh. Di sini, pemilihan mesin pemerah jus yang mengurangkan sentuhan
jus dengan udara adalah sangat penting.
3-Tip berikutnya adalah untuk mengisi bekas jus sehingga penuh. Jangan biarkan mana-mana ruang
udara.
4-Tip berikutnya adalah menambah
sedikit vitamin C sebagai asid askorbik di bahagian atas kerana ia adalah
antioksidan. Boleh melindungi jus anda daripada teroksida.
5-Penyimpanan jus segar juga membolehkan metanol terhasil
dan meningkat dari masa ke masa, satu lagi sebab untuk meminumnya secepat
mungkin. Tubuh manusia tidak dapat membuang metanol, dan ia boleh menyebabkan banyak
masalah. Sebagai contoh, ia boleh ditukar kepada formaldehid yang berbahaya
kepada otak kita.Keracunan metanol berkait dengan Alzheimer dan masalah
kesihatan yang lain. Metanol tidak menjadi masalah dalam produk segar kerana
metanol terikat dengan pektin, yang membolehkan ia selamat melalui sistem anda,
tetapi pemprosesan dan penyimpanan jus memungkinkan untuk ia terhasil. Jadi, boleh simpan jus sehingga keesokan
harinya, namun pastikan anda membuang mana-mana bahagian kiri-atas jus pada
hari berikutnya.
Ha itulah dia beberapa perkara penting yang anda perlu tahu
sebelum boleh mula nak buat jus. Semua orang boleh buat jus, tapi kita nak
pastikan jus yang kita minum pada kualiti dan kandungan nutrien paling baik….
Mudah-mudahan jus sayuran yang anda amalkan mampu mengubati migrain teruk anda sekaligus menghilangkan terus migrain anda. Pasti seronok bukan. Namun ia mengambil masa ye. Anda kena amalkan, baru dapat hasilnya. Antara resepi yang boleh digunakan untuk melegakan migraine:
Kalau rasa macam tak nak buat jus, ha… ada alternatif lain yang
boleh mengubati migraine anda yang teruk. Terus dapatkan B Complex dan
Ostematrix Shaklee secepat yang mungkin untuk melegakan migraine anda. Cara
yang selamat dan berkesan.
![]() |
B Complex : Vitamin B2
(Ribovflavin) & Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti membantu kurangkan
sakit migraine
Ostematrix: Magnesium yang ada di
dalam Ostematrix dikatakan membantu mengurangkan migraine dan frekuensinya
Untuk entri seterusnya, saya akan bercerita tentang juicer
pula. Nantikan…
Salam sihat cantik,
Maisarah
No comments:
Post a Comment