Salam pembaca budiman,
Pernah mengalami dilema begini?
Dilema ibu hamil apabila kandungan memasuki fasa ke 3, perlu membuat pemilihan sama ada makanan tambahan jamu atau vitamin yang perlu dibeli.Saya juga alami dilema yang sama!
Apa nak buat, saya wanita mengandung yang sangat menjaga pemakanan. Sejak awal kandungan lagi saya sangat cerewet dengan pemakanan saya kerana apa yang saya makan mempengaruhi kesihatan saya.
Fakta yang semua orang tahu. Bila mengandung dan bersalin, ada pantang larang supaya saya dan kandungan sihat sehingga bersalin dan seterusnya saya dan bayi sihat sehingga berumur dua tahun. Ini antara waktu-waktu kritikal dalam berkeluarga. Semua nak kena jaga, sebabnya yang menanggung adalah ...
...kita!
Pantang larang ini adalah untuk kebaikan kita selamanya. Antara yang boleh dijadikan panduan boleh baca di laman web siraplimau ini, yang bercerita tentang pantang larang ketika hamil. Ini adalah blog yang saya suka baca. Ringkas dan padat.
Itu perkara kritikal ketika hamil. Bagaimana pula ketika selepas bersalin? Selepas bersalin juga tidak kurang kritikalnya. jadi penting untuk berpantang dan memenuhi keperluan nutrisi dalam tempoh kritikal ini.
Bercerita tentang suplemen untuk ibu bersalin, mari kita buat perbandingan bagi memudahkan ibu-ibu sayang untuk membuat keputusan. Dalam hal ini tiada betul atau salah. Dua –dua memberi kebaikan.
Jadual Perbandingan
Jamu dan Vitamin
Perkara
|
Jamu
|
Vtamin
|
Bahan Kandungan
|
Kemungkinan
wujud bahan yang tidak
diketahui sumbernya terutama jamu kampung malah kesan untuk jangka
panjang juga tidak dapat dikenalpasti.
|
Setiap
bahan yang digunakan dipantau serta melalui ujian klinikal untuk mengetahui
kesan kepada manusia dan turut mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan
Malaysia
|
Khasiat dan penyerapan
|
Jamu
juga mempunyai khasiat dalam bentuk yang kompleks dan perut perlu mengurai
bahan jamu kepada bentuk yang boleh diserap oleh badan terlebih dahulu dan
proses ini mengambil masa untuk sampai ke sel-sel.
|
Mempunyai
dua bentuk iaitu macronutrient dan micronutrient, dalam bentuk paling ringkas dan
dikenali oleh badan untuk penyerapan khasiat yang lebih cepat. Contohnya,
di antara buah limau dan pil Vitamin C, badan akan menyerap pil Vitamin C
lebih cepat berbanding Vitamin C di dalam buah limau
|
Kesan kepada bayi
|
Bahan
makanan yang panas dan ibu perlu pantau keadaan bayi. Malahan kebanyakan doktor menasihatkan si ibu untuk tidak meneruskan
pengambilan jamu sekiranya membawa kesan kepada bayi khususnya risiko
JAUNDICE.
|
Bahan
yang selamat kepada bayi malahan membantu tumbesaran bayi yang sihat
dengan penyaluran segala nutrien melalui susu bayi. Ibu boleh
meneruskan pengambilan supplemen walaupun anak mengalami demam kuning atau
JAUNDIC
|
Waktu ambil
|
Hanya
boleh dimulakan selepas memasuki minggu kedua selepas bersalin bagi
memastikan bayi tiada jaundice. Bagi bayi yang terlibat dengan masalah
penyusuan atau prolonged jaundice, si ibu lazimnya dinasihatkan untuk tidak
mengambil jamu sama sekali.
|
Boleh
dimulakan seawal hari pertama bersalin sama ada si ibu bersalin
secara normal atau pembedahan
|
Jadi, perbandingan telah dibuat. Pilihlah mana yang terbaik
untuk diri anda dan paling penting untuk si kecil anda.
Jika anda memilih untuk membeli vitamin, tapi nak pilih set
yang paling memenuhi keperluan ibu bersalin dan menyusu dengan kos murah, maka pilihlah set
Vita-Lea dan Energizing Soy Protein. Kedua-dua produk ini memang menepati
keperluan anda sebagai multivitamin dan sumber tenaga untuk menjadikan ibu
cepat pulih daripada luka bersalin dan tetap cergas melayan kerenah si kecil
yang sedang menyesuaikan diri dengan dunia barunya.
![]() |
Boleh klik sini untuk order atau hubungi saya terus. |
p/s: Boleh lihat sendiri pandangan seorang Doktor mengenai pengambilan vitamin bagi ibu berpantang di sini bagi yang masih termenung.... :P
Salam sayang untuk ibu berpantang,
Maisarah
No comments:
Post a Comment