Petua anak berkahak untuk ibu risau

Musim perayaan merupakan musim yang bahagia berjumpa ayah, ibu adik beradik serta sanak saudara jika pulang ke kampung. Sekiranya tidak pulang, anda masih boleh bahagia dengan menziarah jiran tetangga dan rakan taulan. Namun, kadangkala kebahagian ini terganggu dengan masalah anak tidak sihat yang berpanjangan seperti batuk kahak, selsema dan demam.

Dalam banyak-banyak petua yang saya gunakan, saya dapati asas petua yang berkesan adalah petua yang mengandungi Vitamin C. Kenapa saya katakan begitu? Mari baca lebih lanjut.



Vitamin C merupakan komponen penting dalam menyokong sistem imun manusia. Ia membantu badan manusia melawan jangkitan ringan.

Antara sumber makanan  yang kaya dengan vitamin C sudah tentu jambu batu, oren, asam jawa, epal. anggur dan buah kiwi. Sumber lain yang boleh menambah vitamin C dalam badan manusia adalah mengambil Vitamin C organik. Dalam hal ini, saya suka cadangkan Vitamin C Shaklee. Mari beralih kepada petua yang anda nantikan.


Petua mengurangkan kahak anak.


Asam jawa. 
Selain digunakan untuk memasak, sebenarnya asam jawa ada kegunaan lain yang ramai tak tahu. Ia boleh digunakan untuk mengurangkan batuk dan kahak.



Bagi anak-anak yang suka masam, saya rasa tiada masalah untuk anak diberikan asam jawa asli. 1.Ambil asam jawa sebesar syiling sepuluh sen. Ibu kena agak. Jika anak kecil, ibu-kena agak saiz yang selamat untuk anak.
2.Golekkan di atas gula. Nipis sahaja. Ini adalah untuk mengurangkan rasa masam asam jawa.
3. Minta anak kemam macam gula-gula.
4. Ulang langkah ini beberapa kali sehingga rasa perit/merah/gatal tekak anak berkurang. Bagaimana nak tahu jika dah berkurang? Anak kurang batuk atau tak batuk langsung selepas diberikan asam jawa beberapa kali. Kekerapan bergantung kepada tahap batuk anak. Boleh tanya soalan 'sakit tekak lagi tak?' kepada anak @ ibu ambil lampu suluh dan tengok kemerahan tekak anak dari masa ke semasa.

Bagi anak yang tidak suka masam, apa nak buat? Paksa anak makan asam jawa juga? Oh tidak. Anda tidak perlu risau.
1.Ambil asam jawa satu kepal tangan.
2.Masukkan ke dalam bekas yang boleh ditutup rapat. Nanti boleh simpan dalam peti sejuk.
3. Tuang sedikit air yang boleh mencairkan asam jawa supaya ia menjadi cecair pekat dan likat dan melekat di tangan. Sapu sedikit pada tangan untuk pastikan ia tidak mengalir. Jika mengalir, tambah lagi asam jawa supaya pekat.
4. Sapu asam jawa yang pekat dan likat tadi di sekeliling leher anak dan belakang di sekitar bahu dan belikat.
5. Banyakkan sapuan di sebelah malam ketika anak sedang tidur. Anak pasti tidur lena tanpa batuk yang berterusan dan muntah.

Jika dapat buat dua-dua petua ini pada anak, ia mempercepat kesembuhan dengan izin Alah jua. kena ikhtiar dengan yakin ye ibu-ibu.

Kedua-dua petua ini boleh digunakan oleh semua peringkat umur kecuali bayi atau anak antara umur 0-2 tahun, hanya perlu guna sapuan asam jawa, itu pun yang nipis sahaja. Kalau boleh, uji dulu secalit pada kulit leher anak. Tunggu 15-30 minit, jika tiada merah, boleh teruskan.


Peringatan: Anda harus diingatkan. Dalam menyembuhkan jangkitan anak-anak, pemakanan MESTI dijaga sekiranya mahu cepat sembuh. Jika anak masih menyusu badan, ibu juga MESTI jaga pemakanan. Selain memberi anak makanan yang kaya vitamin C, anda ibu yang menyusu juga mesti melakukan perkara yang sama.

Antara makanan yang perlu dielak (termasuk anak dan ibu yang masih menyusu):
Makanan manis - aiskrim , gula-gula, buah yang manis- makanan bakteria
Makanan bergoreng dan berminyak-menyebabkan kekerapan batuk bertambah, kahak bertambah
Biskut-menyebabkan kekerapan batuk bertambah,kahak bertambah
Makanan yang keras-menambah luka di tekak, kahak bertambah
Makanan laut-menambah kegatalan tekak, batuk bertambah, kahak bertambah


Ini baru satu petua yang tidak menggunakan kos yang tinggi dan sangat mudah di dapati. Nak yang bersih dan selamat, gunalah asam jawa cap Adabi. Promo pula ye..



Petua ini petua daripada keluarga saya. Saya memang amalkan jika saya mengalami batuk yang perit atau nak demam. Saya juga amalkan perkara yang sama pada anak-anak saya. Cuma anak saya tidak suka makanan yang masam. Sama macam saya. Kalau yang dewasa boleh paksa, kalau anak-anak rasanya tak perlulah.

Untuk anak saya , saya gunakan petua semasa membancuh susu memandangkan anak-anak masih minum susu botol. Saya agak, jika aktiviti kami menyebabkan anak-anak terdedah kepada jangkitan, saya akan pastikan saya buat petua ini dua kali sehari, waktu pagi dan sebelum tidur.

Okey lah. Saya akan tambah lagi petua lain dalam entri lain akan datang. Gabungan beberapa petua pada satu masa akan meningkatkan sistem pertahanan badan untuk lawan jangkitan dengan lebih berkesan.

Semoga bermanfaat!

Maisarah





KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment