Berhenti kerja umur 40 tahun?




Hari ni sibuk dengan program integriti. Person Incharge terlibat dengan program integrity di tempat lain. Jadi saya terpaksa ganti menjadi penyelaras program pada hari ini. Iya betul. Saya bekerja dalam bidang latihan. Menyelaras program latihan kakitangan saban tahun sehingga kini.
Selesai kerja sebelah pagi , nak selesaikan laporan bulanan pula. Bila teringatkan laporan tersebut, banyak yang nak kena buat. Ni dah masuk waktu rehat, lupakan dulu to do list.
Sekarang nak tumpukan pada to do list bisnes kecilan saya. Saya ada satu rahsia nak beritahu anda. Baca sampai habis, baru anda tahu rahsia saya.
Mungkin ramai yang belum kenal saya. Of Course. Saya bukan banyak sangat bercerita mengenai hal peribadi saya. Tapi hari ini santai-santai sajalah. Bolehlah bercerita serba sedikit.
Saya sebenarnya masih bekerja. Di sebuah syarikat di ibu kota Kuala Lumpur. Setiap pagi meredah 1 jam kesesakan jalan raya macam biasa. Siapa yang tak biasa, kena biasakan. Kalau tak boleh nak biasakan, alamatnya tukar naik LRT atau komuter atau bertukar tempat kerja. In Sha Allah pasti ada rezeki untuk anda di tempat lain. Kita berhak memilih. (Satu senyuman untuk anda sebagai dorongan daripada saya)
Saya di syarikat ini dah 9 tahun. Dan saya suka dengan persekitaran kerja saya ini. Rasa macam keluarga sendiri. Kadang gaduh, kadang merajuk, bertikam lidah sudah biasa. Meluahkan rasa sayang sesama kami, berbincang untuk mepertingkatkan kualiti kerja, hal keluarga dan sehingga isu-isu viral, itulah kami. Pasti ada sahaja cerita yang ingin dikongsi bersama.
Eh panjang pula saya bercerita tentang diri. Awal penulisan rasa nak cerita lain. Lain pula ceritanya. Hehe. Malu sendiri.
Okey. Saya sambung sikit lagi. Nak beritahu rahsia saya. Saya sebenarnya bercita-cita nak berhenti kerja pada umur 35 tahun. Tapi bila saya google (ini pun nak google), dan saya cuma jumpa carian berhenti kerja umur 40 tahun. Ok lah. 5 tahun lebih awal. 

Saya dah tetapkan matlamat saya ini sejak umur saya 30 tahun, kira-kira tiga tahun yang lalu. Sejak itu, saya mula mencari jalan untuk belajar semua yang saya suka buat, mendapatkan peralatan dan kemahiran yang perlu dan saya suka untuk buat. Pelaburan ilmu namanya. Satu demi satu dah tercapai.
Dah ada yang tanya, kenapa pula umur 35 tahun. Sebabnya segala hutang yang saya buat pada umur 25 tahun akan habis di bayar pada umur 35 tahun, Cuma tinggal hutang rumah. Yahooooooo….
Seterusnya sebab di sebalik sebab tadi sebenarnya saya juga mahu menjaga sendiri anak saya sebab anak saya dah mula bersekolah. Usah ditanya kenapa saya nak jaga anak saya. Haha. Ada yang kena marah nanti. Ramai je yang berhenti kerja kerana anak.

Bukannya saya nak berhenti kerja 24 jam. Kenalah rancang sejak awal. Berhenti kerja makan gaji tak bermakna saya goyang kaki sahaja di rumah. Bahkan kerja daripada rumah atau menjadi suri rumah juga merupakan satu kerjaya. Jika bukan, habis kenapa ramai yang mengasuh, ramai juga yang membuka bisnes kemas rumah dan lipat kain? Kan...
Suami juga ada memberitahu kepada rakan dan jiran, namun ada yang tidak bersetuju. Ibu saya juga kurang bersetuju. Namun pada raya haji baru-baru ini, belaiu membuat statement yang saya rasa saya gembira mendengarnya.
Lebih kurang begini,” Nak berhenti kerja, kumpul duit banyak-banyak dulu, lepas tu buat bisnes”
Hohohoho, adakah itu petanda baik?
Saya teruskan cerita ye. Bisnes kecil saya ini merupakan salah satu cabang perancangan saya untuk berhenti kerja. Banyak rancangan saya dalam progress. Perlu bersedia. Alam bekerja dari rumah sangat mencabar. Namun dengan rancangan dan disiplin yang baik, semua perkara pasti menjadi. Saya sentiasa mohon kepada Allah untuk cekalkan hati saya supaya tetap dengan keputusan saya. Jadi untuk pasakkan lagi niat saya ini, ia perlu ditulis dan diberitahu ke seluruh alam. Moga-moga Allah izinkan dan permudahkan.


Maisarah
Wanita bekerja yang doa siang malam untuk kerja di rumah

8 Oktober 2015
1.57pm
Kuala Lumpur

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment