Ubat Cacing Homeopati dan simptom-simptom anak ada cacing dalam badan....

Kali ini saya nak berkongsi cerita tentang kesihatan juga. Maklumlah inikan blog kesihatan.

Saya adalah golongan yang berpandangan mencegah lebih baik daripada merawat. Sentiasa memastikan diri dan keluarga sihat dengan berusaha memastikan pemakanan seimbang dan juga pemeriksaan kesihatan sekerap mungkin.

Saya memilih perubatan allopati dan juga alternatif, homeopati, perubatan cara Islam dan pengambilan supplemen untuk kekal sihat.

Pengambilan supplemen sudah tentunya Shaklee menjadi pilihan hati sebab memang terbukti memberi kesan hasil usaha saya mengambilnya setiap hari disamping doa dan tawakal untuk kekal sihat. Tapi ada waktu juga, penyakit tetap datang, jadi saya pasrah dan redha dengan ketentuan Allah untuk sakit itu menjadi penghapus dosa-dosa mungkin, InsyaAllah.

Homeopati, bagi saya tidak kurang penting untuk merawat fizikal dan emosi, dan ternyata perubatan alternatif ini juga selamat dan terbukti berkesan kepada diri saya dan keluarga. Perubatan ini juga adalah daripada bahan-bahan semulajadi dengan kaedah penyediaan yang selamat untuk diambil oleh sesiapa juga termasuk kanak-kanak.

Klinik Homeopati yang saya selalu kunjungi adalah Klinik Homeopati Dr. Nik Omar di Bandar Baru Bangi dan juga Klinik Homeopati Edde di Kota Damansara.

Ubat daripada Kedua-dua klinik memang berkesan, lebih-lebih lagi kepada dua anak perempuan saya! Termasuklah ubat cacing!

Cacing dalam perut anak-anak, boleh bayangkan? Kalau tak boleh, mungkin gambar ini boleh membantu!! Saya kepilkan gambar yang paling selamat & sopan untuk dilihat jeng jeng jeng....



Kredit gambar Cacing Kerawit--> http://majalahkesehatan.com/5-jenis-cacing-penyebab-cacingan/



Bercerita tentang ubat cacing, yang saya ambil daripada Klinik Dr Edde Chan, asalnya tak terfikir untuk bertanyakan kepada Dr Edde. Saya cuma bercerita tentang anak saya yang selalu minta didukung dan mengamuk sambil berguling di lantai.

Kemudian Dr bertanya, adakah anak saya ada korek hidung atau korek bun***nya?

Saya segara menjawab ada korek hidung, dan korek bun*** tu takdelah sebab pakai lampin. Tapi anak saya selalu merengek sambil tangan menekan bun*** macam tak kena. Katanya sakit. Tapi bila di periksa tiada apa-apa. Saya cuma ingat mungkin sebab najisnya yang berketul, memberi sedikit rasa sakit.

Pada mulanya pelik bila Dr bertanya begitu. Kemudian dia langsung mengambil buku rujukan dan menunjukkan kepada saya beberapa gambar kartun. Gambaran anak mengamuk.

Ini disebabkan cacing. Perangai cacing.

Saya tergelak. Biar betul Dr.

Seterusnya, fakta yang saya baru tahu daripada Dr. Edde,

Anak cacing tidak terus tinggal diperut tapi di paru-paru. Bila dah besar sikit dan boleh tahan asid perut, barulah turun ke perut.

Ngeri juga bila dapat tahu.

Maknanya, makan ubat cacing sekadar menghilangkan cacing diperut sahaja!

Begitu rupanya....

Saya belum lagi menyelidik berkenaan hal ini lebih lanjut. Mohon anda pembaca-pembaca budiman, jika ada maklumat tentang kitar hidup cacing menetap di perut manusia, mohon berkongsi dengan saya ye! Masih tiada kesempatan untuk menyelidik. Saya akan update nanti! InsyaAllah....

*******

Untuk makluman;

Selepas makan ubat cacing (gula-gula kecil warna putih) selama beberapa hari dan buat pemerhatian, memang perangai sedikit berubah. Korek hidung berkurang, minta didukung pun berkurang. Mereka masih lagi dalam pemerhatian dan rawatan :) Alhamdulillah.




Link untuk kedua-dua Klinik saya sertakan di bawah
Klinik Homeopati Dr Nik Omar-->http://drnikomar.tripod.com/homeo-online/
Klinik Homeopati Dr Edde-->www.malaysiahomeopathy.com

Hidup mesti nak sihat kan?
Sarahm =)









KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment