Potassium | Apa berlaku jika kurang?

Teks: Maisarah Mohamad | Carian Google
Foto: Maisarah Mohamad

Saya secara luaran memang nampak cergas, sihat dan ceria, tapi selalu penat dan tidak bertenaga. Rupa-rupanya memang betul saya kekurangan potassium berdasarkan analisa kesihatan yang saya buat sebelum ini. Jadi saya mula lebih makan buah-buahan dan lebihkan buah pisang.

Dan kerana itu, saya dan buah-buahan memang tidak dapat dipisahkan ye...

Dan saya juga mengambil Vitalea dan minum Performance Drink Shaklee (sumber elektrolit) untuk sumber Potassium. Dan inilah sebab utama kenapa saya memilih Performance Drink Keluaran Shaklee.

Memang nampak perubahan kerana pening kepala saya berkurangan dan saya rasa lebih bertenaga. Penting untuk saya tahu kekurangan mineral dalam badan supaya punca utama kesakitan dikenalpasti dan pemakanan dapat dilakukan dengan tepat, bukan semberono. Bagi saya makan/minum sesuatu kerana ikutan bakal berdepan dengan produk kurang berkesan. Jadi selidik dulu simptom-simptom dan banyakkan bertanya andainya anda juga mengalami keadaan serupa. Nampak tidak penting, tapi kesan jangka masa panjang yang kita patut elakkan.

Jadi hari ini saya kongsikan manfaat dan kekurangan potassium khas untuk saudara mara dan rakan-rakan.

MANFAAT POTASSIUM DALAM MEMELIHARA KESIHATAN
=================================================
Manfaat potassium
• angin ahmar ( stroke )
• tekanan darah tinggi,
• keresahan dan tekanan,
• kekuatan otot,
• metabolisme,
• masalah jantung dan buah pinggang,
• imbangan air ( water balance ),
• fungsi-fungsi elektrolitik,
• sistem saraf 

Potassium adalah mineral ketiga terbanyak dalam badan manusia. Kita tidak harus mengabaikan pengambilan potassium dalam diet harian kita. Selain dari bertindak sebagai electrolit, mineral ini diperlukan untuk mengekalkan jantung, otak, buah pinggang, tisu-tisu otot dan organ-organ penting yang lain dalam badan dalam keadaan baik. Potassium klorida ialah kelainan yang utama mineral ini. Potassium dan sodium menjalankan beberapa fungsi badan yang kritikal.

Tanda-tanda kekurangan Potassium :

Kekurangan potassium di dalam diet akan mengakibatkan tanda-tanda seperti kelesuan dan otot-otot menjadi lemah, sel-sel pun jadi lemah( rasa tak larat, mudah jatuh, tidak mampu berdiri lama dan hilang semangat juang (will power). Tanda-tanda yang lain termasuklah tindakbalas refleks yang tidak aktif ( inactive reflexes ), denyutan jantung luarbiasa, anemia dan pening yang teruk.Seseorang itu juga boleh mengalami tekanan darah tinggi, sakit pada usus, bengkak pada gelenjar ( glands )dan kencing manis sebagai kesan serius kekurangan potassium.

Namun begitu, kekurangan potassium juga boleh dikaitkan dengan kekurangan magnesium.

Sumber-sumber penting :

Makanan yang seimbang mesti mengandungi kuantiti potassium yang bersesuaian seperti yang dicadangkan oleh pakar pemakanan. Dalam menyenaraikan sumber makanan penting yang kaya potassium,kita boleh bermula dengan buah-buahan citrus ( buah-buahan yang menghasilkan jus yang tinggi kandungan asidnya ), sayur-sayuran dan bijirin. Selain itu, ikan salmon, ayam, susu penuh, jus buah-buahan segar dan almonds dikenali sebagai sumber yang kaya dengan potassium. Kekacang, lima bean, ubi dan ternakan ayam dan itik ( susu dan daging )juga termasuk dalam senarai ini. Walau bagaimanapun, sumber potassium yang paling penting ialah pisang.

Manfaat : Potassium boleh dianggap sebagai satu zat yang penting. Ia membawa beberapa manfaat seperti dibawah.

* Angin ahmar ( stroke ) – Potassium memainkan peranan penting dalam mengekalkan fungsi
otak yang normal. Ia adalah sangat penting dalam mencegah berlakunya angin ahmar dalam
otak manusia. Seseorang yang diserang penyakit ini biasanya didapati kekurangan potassium.

* Paras gula rendah dalam darah - Turunnya paras potassium dalam darah menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah. Jatuhnya paras gula dalam darah menyebabkan kita berpeluh, pening kepala, badan lemah, menggeletar dan cemas. Pengambilan potassium klorida dan sodium memberi kelegaan segera.
* Masalah otot – Potassium memainkan peranan penting dalam penguncupan otot. Jumlah potassium yang mencukupi diperlukan untuk penguncupan dan pengenduran otot. Kebanyakan ion potassium dalam badan manusia hadir dalam sel-sel otot. Ia mengekalkan fungsi otot dan mengoptimakan ( menjadikannya paling baik ) sistem saraf.

* Kekejangan otot – Kekejangan otot disebabkan oleh kekurangan potassium di dalam darah. Ia juga dipanggil hypokalemia. Dengan memakan sebiji pisang setiap hari mencegah kekejangan otot. Pisang adalah kaya dengan potassium.

* Fungsi otak – Saluran-saluran potassium memainkan peranan penting untuk mengekalkan pengaliran elektrik pada otak dan seterusnya memberi kesan pada fungsi otak.Ia juga terlibat dengan fungsi otak yang lebih rumit seperti daya ingatan dan pembelajaran. Penyakit yang serius seperti epilepsy berkaitan dengan fungsi saluran-saluran potassium.

* Tekanan darah – Potassium dapat membantu mengurangkan kesan sodium dalam mengakibatkan tekanan darah yang tidak stabil.Ia bertindak sebagai komponen yang penting dalam mengekalkan tekanan darah yang normal dalam badan manusia. Jadi, ia mengurangkan lagi kemungkinan menghidapi sakit jantung dan tekanan darah tinggi. Mineral ini berfungsi menstabilkan tekanan darah.

* Keresahan dan tekanan – Potassium adalah amat penting kepada orang yang mengalami keadaan mental yang tidak diingini seperti keresahan dan tekanan. Ia dianggap sebagai penghapus tekanan yang sempurna. Oleh itu, ia memastikan fungsi otak yang berkesan.

* Kekuatan otot – Inilah manfaat potassium yang amat dihargai. Ia memastikan pertumbuhan tisu-tisu otot dan penggunaan tenaga yang dibebaskan semasa metabolisme dengan baik.Ini menambahkan lagi kepentingannya dalam kekuatan otot. Otot-otot ini termasuk otot jantung adalah terdedah kepada bahaya lumpuh ( paralysis ) disebabkan kekurangan potassium dalam makanan.

* Metabolisme - Ia membantu dalam proses metabolik berbagai zat seperti lemak, protein dan karbohidrat. Jadi, potassium amat bernilai dalam menyerap tenaga dari zat-zat yang dimakan manusia.

* Masalah jantung dan buah pinggang – Manfaat potassium mengekalkan kesihatan yang baik untuk jantung dan buah pinggang. Ia memainkan peranan yang tiada gantinya dalam melancarkan perjalanan jantung dan buah pinggang. Selain daripada itu, potassium membantu buah pinggang mengeluarkan sisa-sisa buangan melalui proses perkumuhan. Adalah dinasihati supaya nasihat doktor diperolehi untuk mendapatkan cadangan tentang dos.

* Imbangan air – Potassium mempunyai satu lagi peranan penting iaitu mengekalkan imbangan air yang diperlukan dalam badan. Terdapat berbagai-bagai sel yang memerlukan imbangan air yang baik untuk berfungsi. Potassium membantu sel-sel ini mendapatkan imbangan airnya.

* Elektrolit ( Electrolyte ) – Potassium memainkan peranan yang penting sebagai elektrolit( sejenis cecair di mana arus elektrik mengalirmelaluinya ). Ia membantu dalam mengawal tahap cecair ( fluids ) dalam badan. Ia juga melakukan beberapa fungsi badan yang kritikal.

* Sistem saraf - Potassium membantu meningkatkan tindakbalas saraf untuk menghantar
pesanan dari satu sel ke sel yang lain. Seterusnya, ia membantu penguncupan otot dalam
melakukan pelbagai aktiviti harian.

p/s: Performance Drink membekalkan tenaga dan daya ketahanan fizikal. Vitalea pelengkap nutrisi dan sangat membantu dalam stimulasi metabolisma.



Performance Drink Shaklee & Vitalea Shaklee - Sumber Potassium saya


LIKE and SHARE!!!

Maisarah Mohamad
0132015399


















KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment