Sebab penting buat buku merah walaupun check up di klinik swasta

KakSar sebenarnya amat bernasib baik bila masuk bab buku merah mengandung ni UNTUK KELAHIRAN TERBARU, anak keempat pada 4 Oktober 2017 lalu.

Ada sebab kenapa kena buat buku merah mengandung ni.

Tapi sebelum tu biar kakSar cerita sikit latar belakang.

KakSar sebelum ni memang bersalin tiga kelahiran di HUKM yang kini dah jadi PPUKM. Setiap kali ke sana, buku merah memang mereka bagi.

Jadi kakSar dengan selambanya dengan andaian polisi belum berubah, buat macam biasa. Check up di klinik swasta, masuk lapan bulan minta surat refer dengan Doktor di klinik swasta sebab nak booking tempat di PPUKM.

Andaian kakSar meleset sama sekali. Itu cerita 5 tahun lepas. Agak-agaklah kakSar.

KakSar pergi ke PPUKM, mereka hanya boleh setkan tarikh appointment untuk check Up pertama kaksar. Namun syarat utama untuk buat check up tersebut  kakSar kena buat buku merah di Klinik kesihatan.

Jadi SEBAB PERTAMA KENA BUAT BUKU MERAH

Nak booking tempat kat hospital kerajaan WAJIB ada buku merah.

Hospital tidak lagi memberi buku merah, macam yang kakSar selalu ingat pada 5 tahun lepas. Jadi lepas ni,mohon ibu-ibu mengandung walaupun korang check up kehamilan anda di klinik swasta, adalah amat penting untuk buat buku merah di klinik kesihatan. lagi awal lagi bagus. Nyaris juga ia menyusahkan kakSar sebab apa, kakSar terbersalin awal sebulan sayang-sayang semua. Patutlah hati terdetik yang Kaksar kena cepat-cepat minta surat refer daripada doktor masa kandungan tujuh bulan lagi. 

Appointment kakSar yang pertama di PPUKM adalah pada 26 September 2017 dan kakSar bersalin pada 4 Oktober 2017. Memang haru sebenarnya sebab kakSar tak bersedia langsung. Kelengkapan baby pun tak cukup lagi.

Takpelah kalau dah buat buku merah nak check up kat klinik swasta. Hulur jelah buku merah tu kepada Dr klinik swasta. 

Tapi, kalau skip appointment kat klinik kesihatan, nurse akan call tanya kenapa tak datang dan akan buat appointment balik. So kalau pun anda ada appointment dengan klinik swasta, just bagi tahu nurse, so next check up mungkin akan di sesuaikan ikut schedule check up klinik swasta. Yelah takkan banyak kali nak nak check up kan.... 

Macam saya, saya ke klinik swasta pada hujung minggu sebab tak mahu ambil cuti. Jadi saya fikir tak perlu buat buku merah. Rupanya saya silap. Namun alhamdulillah Allah detikkan hati saya untuk percepatkan urusan refer merefer nih.

SEBAB KEDUA KENA BUAT BUKU MERAH

Lepas bersalin, kita kena lapor kelahiran ke klinik kesihatan. Konfirm-konfirm mereka pasti akan tanya buku merah sebab memang polisi dorang. 

Kenapa kakSar nak kek klinik kesihatan? Rawatan percuma la sayang-sayang semua. Jika KakSar ke klinik swasta, kakSar kena bayar lebih sebab pakai duit sendiri juga. Masa ni duit dah la guna lebih sebab masa bersalin hari tu sebab kakSar tak sempat mohon GL. Namanya terberanak. 

Kalau ikut due, kakSar bersalin 1 November. Patut mohon GL seperti yang dirancang KakSar pada 6 Oktober. tapi baby nak keluar cepat, redho lah bayar dulu guna duit sendiri. 

Walaupun guna kredit kad, takkan nak tunggu dapat duit claim baru nak bayar.. Guna bulan tu, bayarle ikut masa dia... kannn... Duit claim tu entah bila dapatnya sebab kaksar cuti bersalin TIGA BULAN. Yahooooo...

Sekian, cerita buku merah kakSar.

KakSar,
Takde buku merah ni, tak tau la apa jadi. Kabut dan kelam la jawabnya.

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment