Cara bakar lemak degil di perut buncit yang menonjol bagi menghilangkan rasa malu salah anggap mengandung.

Teks: Maisarah
Foto: Google

Assalamualaikum wahai pembaca budiman. Moga ceria luar biasa di saat anda membaca patah-patah perkataan di sini. Saya teringat kisah saya selepas bersalin, walaupun anak saya dah nak setahun, perut saya masih lagi kelihatan buncit.

“Badan kecil tapi perut buncit, mengandung lagi lah tu” 

Agaknya itulah yang orang fikir bila melihat perut buncit saya yang menonjolkan lemak degil yang tak mahu hilang-hilang selepas bersalin.

Orang ingat saya mengandung lagi




Selalu bila saya berjalan dan disapa rakan tempat kerja yang dah lama tak nampak saya, selalunya mereka akan menegur saya dan berbual mesra buat seketika. Lalu selepas itu, mereka akan merapati saya lalu mengajukan soalan cepu emas tanpa tunggu-tunggu lagi dah.

“Eh kau mengandung lagi ker?”
“Eh kau ada isi lagi ker?”

Soalan cepu emas betul. Anak saya baru berapa bulan pada masa itu. Pakai baju besar pun orang masih nampak juga lemak degil di perut.  Apa taknya perut buncit tertonjol begini, mengandung tiga tahun berturut. Lemak tepu jadinya. Degil nak hilang. Sepadan dengan namanya lemak degil.

Tapi memang betul pun. Saya memang tak cuba pun untuk kuruskan badan sebab saya fikir yang penting saya sihat dan dapat beri yang terbaik untuk tempoh penyusuan anak saya. Namun, apa yang saya fikir pada masa itu sebenarnya salah!

Sehinggalah saya rasa bila semua orang asyik tegur saya dan tanya soalan cepu emas kat atas tu sampai saya rasa soalan tu dah jadi cepu intan.

Rasa malu mula menebal dalam diri

Tak boleh jadi ni. Rasa malu makin menebal setiap kali orang asyik duk tanya soalan yang sama.  Pergi ibu pejabat orang tanya, pergi training orang tanya, nak naik lrt pun orang tanya juga!

Makan banyak tak selesai masalah

Kadang bila stress orang asyik tanya, saya makan banyak-banyak. Tak peduli dan sakit hati. Nampak sangat ke perut ni? Saya pandang perut berkali-kali. Hasilnya makin bertambah lemak di perut dan bertambah buncit perut saya. Sebab tak kawal makan. Bila dah rasional, baru tanya diri sendiri. Eh apa yang sedang saya lakukan ni?

Saya perlu lakukan sesuatu. Saya perlu lakukan sesuatu. Saya perlu lakukan sesuatu! Berkali-kali saya ulang statement nih.

                        
Lampu yang boleh kempiskan perut?

Dalam fikiran, kalaulah ada lampu pengecil macam dalam cerita Doraemon kan bagus. Nak kecilkan bahagian perut tu aje. Ni penangan terlebih tengok cerita Doraemon setiap malam la ni. Kalau betul-betul ada kan bagus! Berangan. Nak kurus, tapi tak mahu usaha manakan dapat sagunya. Eh… lain macam je bunyinya….

Jadi saya dengan penuh gigihnya memulakan langkah menguruskan badan tanpa pil kurus, tanpa sebarang ubat, tanpa rawatan yang menyusahkan berjam-jam, tanpa berlapar dan tanpa perlu skip makanan utama saya.


Makan secara sihat - Healthy Eating Plate

1)Makan secara sihat kerana untuk mendapatkan perut kempis yang berotot , formulanya adalah 70% diet dan 30% senaman. Jadi makan sangat penting ye. Bukannya tak makan untuk kurus.

Kepentingan pemakanan dalam mengempiskan perut. 
Mahu perut kempis seperti ini?
Saya mengamalkan sukatan makanan sama seperti Healthy Eating Plate - Pinggan Pemakanan Sihat. Punyalah kuat membaca sebab nak kurus, sampai ke Universiti Harvard. Bukan orang yang pandai je ke Harvard. Orang nak nak kempiskan perut macam saya pun kena ke Harvard jugak tau. Tapi dalam talian je lah. Berbalik kepada cerita saya, saya mengamalkan sukatan makanan ini setiap kali makan. Caranya mudah sahaja. Hanya perlu ikut sukatan seperti gambar di bawah. Mulakan makan dengan buah dahulu ye. Sunnah tu….




  • Peruntukkan  ½ daripada pinggan anda untuk sayur-sayuran dan buah-buahan . Harus diingat kentang  tidak dikira sebagai sebagai sayur-sayuran kerana kesan negatif mereka terhadap gula darah.
  • Peruntukkan  ¼ daripada pinggan anda untuk bijirin penuh -  bijirin penun daripada gandum, barli, quinoa, oat, beras perang, dan makanan yang dibuat dariapda bijirin penuh memberi kesan yang lebih ringan pada gula darah dan insulin berbanding roti putih, beras putih, dan lain-lain bijirin halus.
  • Peruntukkan ¼ lagi daripada pinggan anda untuk protein seperti ikan, ayam dan kekacang. Hadkan jumlah pengambilan daging merah, dan elakkan daging yang diproses seperti daging kisar dan sosej.
  • Minyak tumbuhan sihat - dalam jumlah yang sederhana. Pilih minyak sayuran sihat seperti zaitun, canola, soya, jagung, bunga matahari, kacang, dan lain-lain.  Elakkan  minyak terhidrogen kerana mengandungi lemak trans yang tidak sihat. Harus diingat, makanan rendah lemak tidak semestinya sihat.
  • Minum air, kopi, atau teh. Elakkan minuman manis, hadkan susu dan produk tenusu untuk 1-2 hidangan sehari, dan hadkan juga pengambilan jus – cukup segelas kecil sahaja setiap hari.
  • Sentiasa kekal aktif. Makan secara sihat tidak memadai jika metabolism badan tidak ditingkatkan dengan pergerakan aktif seperti senaman atau aktiviti lain yang seumpamanya dalam mengawal berat badan. Penurunan  berat  mengambil kira kalori masuk dan kalori keluar daripada badan dan mestilah seimbang. Rumus ringkas : berat turun =kalori masuk - kalori keluar. Lagi rendah kalori masuk, lagi cepat lemak sedia ada dibakar. Untuk tambah cepatkan lagi, senaman kardiovaskular dilakukan untuk membantu membakar lemak dengan lebih cepat manakala senaman ketahanan membantu untuk mebina otot di kawasan perut!
Senaman menolong badan membakar lemak dengan lebih hebat lagi.

Healthy Eating Plate, Senaman & Set Kurus 3B untuk penurunan berat badan yang anda mahu.

Gabungkan pemakanan sihat (70%), aktiviti bersenam (30%) dengan Set kurus 3B untuk penurunan berat badan yang tidak disangka-sangka! Apakah set itu?

Set kurus 3B Bakar, Buang dan Bina.


Cara cepat bakar lemak degil di perut yang menggeleber

Bakar: Proses pemecahan dan pembakaran lemak dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega Guard

Lecithin bertindak sebagai “pengemulsi semulajadi” kerana kerana membantu mengemulsi lemak dan kolestrol dalam tubuh. Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan. Pengambilan  Lecithin yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

Omega Guard pula mengandungi asid lemak omega 3 yang memang tidak dihasilkan oleh badan. Ia membantu mengimbangi perubahan hormon wanita. Saya rasa anda memang dah tahu yang hormon yang tidak seimbang juga menyumbang kepada kenaikan berat badan. Ia efektif dalam menurunkan tekanan darah tinggi dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah supaya peredaran darah menjadi lancar dan seterusnya dapat mencegah penyakit saluran darah dan strok.

Buang: Proses menyingkir dan membuang lemak, toksin dalam badan di lakukan dengan bantuan Alfafa

Alfafa merupakan makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid dan menghilangkan toksin dari badan. Ia dapat menyingkirkan lemak dan kolestrol seterusnya membantu mencegah kenaikan berat badan, penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfafa sahaja yang  mengandungi saponin seperti span bertindak sebagai serat menyerap kolestrol berlebihan dalam badan.

Bina: Proses bina otot dan mengembalikan keanjalan kulit menggeleber

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam.  Protein mempunyai asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan bagi membina otot dan kulit. Ia  merangsang pembentukan semula kulit dan otot bagi mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot.  Ia juga bertindak sebagai pembekal tenaga harian dan memberikan rasa kenyang (indeks glisemik  rendah -39), mengelakkan anda daripada makan dengan banyak.

Penting: Minum air 3 liter atau lebih lagi bagus untuk melancarkan ketiga-tiga proses.

Jadi, ibu menyusu macam saya jangan tunggu lama-lama nak bakar lemak degil di perut. Makin lama tunggu, makin dia menebal. Ibu menyusu lagi mudah sebab kalori dah banyak dibakar semasa menyusukan bayi. Ikuti langkah mudah yang telah diberikan dengan disiplin yang konsisten, inshaAllah pasti nampak perubahan ‘kandungan’ lemak di perut buncit menonjol anda. 

Jangan lupa ukur dulu perut buncit sebelum memulakan langkah ini supaya perubahan bukan sekadar nampak, tapi direkodkan :). Nak ambil gambar pun boleh. Nanti boleh tunjuk kat suami, bukti beli Set 3B tak sia-sia.

Eh berapa harga set ini, saya pasti ramai yang mahu.

Saya detailkan di bawah ini:

Lecithin
180 biji
Harga: RM 52.50

Omega guard
90 biji
Harga: RM 136.00

Alfafa
330 biji
Harga: RM 53.75

ESP (protein)
850 gm
Harga: RM 150.00

Jika inginkan penjimatan, daftar jadi ahli untuk harga lebih berpatutan. Ketahui kelebihan jadi ahli di sini.

Eh jika saya mahu bermula, perlu ambil semua ke?

Jika mahu kesan cepat, perlu ambil semua dan melaksanakan panduan yang telah diberikan. Tapi jika ikut bajet, boleh ambil mana yang perlu sahaja.


Hubungi saya segera jika anda rasa bosan tahap dewa sebab orang asyik bertanya berapa bulan ‘kandungan’ anda.

Jom kita wassap sampai jadi.

FB Maisarah Mohamad
ID Shaklee : 890066
SMS/ Whatsapp: 0132015399




sarah m

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.