Pilihan :)

Aku membuka bicara di ruangan menulis maya ini, yang telah lama ditinggalkan kesepian tanpa patah kata yang dicoret menceritakan pengalaman.

Pengalaman.

Pahit. Manis. Duka. Suka.Cemas. Bahagia. Semuanya ada.

Syukur. Aku masih lagi dikurnia oleh Allah untuk menghirup udara dan menghembuskannya kembali seolah-olah menghembus kelegaan terhadap perkara yang memberi erti kerisauan.

Risau. Dulu, kini dan selamanya. Aku masih lagi risau.

Andai nikmat yang satu ini ditarik. Nikmat menikmati hidup kehambaan pada Nya. Hamba sebagai anak, ibu, isteri, pekerja, jiran, rakan dan musuh andai ada yang membenciku.

Kumerasakan bekalan di hari kemudian masih lagi umpama ' miskin boleh membawa muflis '. Ngeri seketika.

Pengalaman itu. Pengalaman yang itu juga. Pegalaman yang satu itu yang paling meruntun jiwa pada satu ketika. Benarlah. Masa itu ubat. Ubat penyembuh nestapa.

Aku bangkit. Aku pilih untuk bangkit kerana hidup ini, 1001 pilihan.

Aku pilih untuk ...........!!!! Ya Allah, permudahkanlah.. amin!

sarah m

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.