Cara mudah urus anak sambil berniaga untuk ibu yang baru bermula

Photo: Google
Sejak GST telah mula dilaksanakan pada 1 April yang lalu, saya fikir pasti ramai ibu-ibu proaktif di luar sana tidak mendiamkan diri, juga tidak membekukan diri daripada berbuat apa-apa.



Iya lah. GST telah pun dilaksanakan, kalau kita bising pun, kenaikan harga tetap berlaku, GST pun kena bayar juga kerana keperluan seluruh isi rumah perlu juga dipenuhi walau apa pun.Saya pasti anda pun setuju dengan saya.

Kita seolah-olah membuat potongan sebanyak 6 peratus daripada gaji untuk GST sahaja. Dan ia akan berlaku setiap bulan akan datang mulai bulan April ini.



Tidak perlu pening kepala selamanya. Apa yang anda boleh lakukan, sama ada berjimat cermat atau tambah pendapatan anda. Sekali lagi saya percaya anda setuju dengan saya kerana apa yang saya bicarakan ini adalah benar. Banyak pilihan dalam mencari pendapatan tambahan, samada secara online atau offline. Ibu-ibu memang boleh buat duit jika mahu.





Tapi dalam pada hendak mula berniaga online contohnya, para ibu merasakan anak antara cabaran yang terbesar sebelum bermula kerana semua gajet laptop, smartphone atau komputer pasti dikuasai oleh mereka ketika di rumah. Kerana itulah, ibu-ibu masih belum bermula walaupun keinginan dan perancangan telah lama menapak dalam hati atau dalam buku nota peribadi.




Ibu-ibu tidak perlu risau. Terdapat panduan bagaimana ibu-ibu boleh menguruskan anak-anak dengan mudah walaupun berniaga daripada rumah. Mungkin panduan ini dapat membantu ibu-ibu di luar sana dapat menghadapi cabaran berdepan anak yang suka menguasai gajet ibu atau bapa ketika di rumah.

Dua perkara yang saya paling suka mengenai panduan ini adalah, satunya ia merupakan panduan daripada mentor saya, dan kedua ia memberikan langkah yang memang kita dah selalu buat, cuma kali ini penekanan lebih kepada prinsip kita ketika mengurus anak, apa yang perlu kita buat kita kena buat. Hasilnya, pasti menggembirakan dan menyenangkan ibu-ibu berniaga ketika di rumah.



Jom ikuti video ini bagi mengetahui apakah cara mudah urus anak sambil berniaga. 


Semoga ibu mendapat manfaat daripada video yang telah dikongsikan. Ibu-ibu buat, ibu-ibu dapat hasilnya...

Selamat berniagaaaaa....

Maisarah

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment