Ibu hadapi masalah cap jari tidak dapat dikesan pulih semula

Hari ini saya nak berkongsi satu cerita. Masalah cap jari tidak dapat dikesan bila nak buat transaksi menggunakan Mykad, seperti pengeluaran wang di kaunter atau menyemak baki KWSP di kiosk-kiosk. Ibu yang dimaksudkan adalah saya sendiri.



Saya menghadapi masalah cap jari tidak dapat dikesan ni sejak lepas kahwin. Saya perasan kalau melalui transaksi yang menggunakan Mykad, saya pasti menghadapi kesukaran untuk cap jari dapat dikesan dengan lancar. Mungkin sebab banyak guna sabun secara langsung tanpa guna sarung tangan.

Saya tahu jari saya menipis, terasa nipisnya, terdapat lebih banyak jalur-jalur melintang dan lebih licin. Setiap kali imbasan dibuat, pasti mengambil masa yang agak panjang untuk selesai kerana jika imbasan tidak berjaya, pasti akan ada imbasan kali kedua, ketiga,kempat diikuti dengan segala macam usaha seperti menyapu losyen pada jari, pemadam digunakan pada mykad dan kedudukan jari pada mesin imbasan bagi nak memastikan transaksi berjaya. Kena Cuba berkali-Kali baru ok. Kanan Kiri kanan kiri...pastu kanan balik.

Transaksi berjaya, namun ambil masa yang lama. Saya hampir mahu menukar Mykad saya jika masalah ini tidak selesai.

Namun, sejak dua tiga tahun kebelakangan ini saya dapati transaksi yang menngunakan Mykad tidak lagi menghadapi masalah. Lancar je. Smooth je.

Rupa-rupanya baru saya perasan, cap jari saya dah kembali terang bila diteliti betul-betul. Kulit tidak terasa nipis, dan tidak licin macam dulu.

Apa yang saya buat tanpa saya sedari perubahan ini?

Saya sebenarnya amalkan set kulit Shaklee!. Tak sangka, saya dapat cap jari saya kembali.... Saya konsisten minum bancuhan protein ESP dan vitamin-vitamin untuk dapat kulit yang lebih sihat. Vitamin C Dan Vitamin E. 

Hasilnya, tidak perlu tukar Mykad lagi....

psst: Nak pakai Mykad ni lagi lama sebab muka awet muda...maklumlah ambil gambar waktu sekolah menengah dulu hihihi

Maisarah
0132015399
GSt~Geng Shaklee Terlaris

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment