Anak kembali bertenaga dan fokus belajar

Cerita tengahari tadi. Adik monyok dan lapar. Katanya nak makan KFC.
Ok mama belanja lepas hantar Maliey Maya balik sebab 1.30pm beliau dah masuk kerja. Tapi masih lagi mood raya.😂
😂😂😂
Sambil-sambil makan borak dengan kakak. Macam-macam diborakkan. Tapi banyaknya cerita nak bercuti kat Kedah. Rumah kakak Husna anak Munirah Mohamad
Cuti sekolah kakak nak gi Kedah mama... Rugi tak pergi Kedah....
Kakak memujuk. Hehehe. Apa yang rugi tah...😉

Mood cuti lagi anakku. Padahal esok dah sekolah.
Esok dah sekolah ye kakak..
Kakak buat muka terkejut.
Oh dah sekolah eh. Sambil tepuk dahi. Sengih.
Tapi takpe. Kakak takde masalah pergi sekolah. Janji sihat. Kalau demam memang dia meragam jugak.


Sepanjang raya, minyak ikan memang tak tinggal. Sebiji sehari. Tapi datang angin dia, nak makan dua biji sekali gus. Adik pun sama. Minyak ikan ni bagus. Selain tingkatkan memori, ia juga bagus untuk imun anak.



Minyak ikan sahaja mereka nak makan masuk mulut. Yang lain seperti Vitamin C dan Mealshake kena masukkan dalam susu masing-masing. Bahan rahsia jaga kesihatan supaya anak bertenaga dan fokus belajar ni takleh tunjuk. Si kakak tahu, ok je. Kalau adik tahu, habisss... Susu kena tukar. Sukatan pun kena betul-betul supaya tak ubah rasa susu asal.
Anak-anak zaman sekarang, suhu, rasa, kepekatan semua ambil kira. Tak kena salah satu.. Katanya tak sedap. Susu kena buat balik.
Tu belum campur cara pegang botol lagi. ðŸ˜‚
😂😂
Banyak prosedurnya. Kalah SOP kat opis mama.
Oklah. Bebel maghrib. Saja nak ingatkan diri sendiri juga. Esok dah mula kerja dan si kakak dah mula sekolah. Menggosok la kerja kita malam ni.


Kalau mak-mak nak juga anak kembali bertenaga dan fokus di hari sekolah, meh le roger-roger. Yang penting anak ceria dan tak mengantuk kat sekolah, itu dah cukup baik kan.... Mood mak nak kena jaga, mood anak pun sama tau...

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment