Tips kuatkan mental hadapi ujian


Bila diduga

KakSar sebenarnya waktu muda2 lagi dah diduga.
Nak cerita panjang sikit bila ujian datang bukanlah bertimpa.. tapi daripada kecik dah diuji.

Allah beri kelebihan kat kakSar berbanding adik beradik yang lain. Disebalik kelebihan tu juga, ada hadiah berupa ujian yang Allah beri kat KakSar.

1-      Dulu masa kecik kakSar pernah nak lemas. Allah. Waktu tu ikut trip sekolah. Kak Sar memang tak pandai berenang. Sudahnya berlaku insiden kecil yang buat kakSar tak lupa sampai hari ini. Ujian kali ni sekali gus menguji mental kakSar. Teruk trauma sampai berbulan2 tak dapat lelapkan mata sebab kejadian tu. Kak Sar jadi stress, tambah lagi nak SPM.

2-      Dah SPM, okeylah. Dalam pada mental kakSar yang tak berapa nak sihat, stress sebab kejadian nyaris sipi insiden air tu, datang lagi ujian lebih berat. KakSar ditimpa kemalangan pada hari terakhir persekolahan menengah. Terlantar selama tiga minggu, operate mata selepas dua minggu dan tunggu sembuh. Mata kakSar mengalami kecederaan teruk dan terpaksa dibedah untuk dibetulkan kedudukanya. Dalam sebulan lebih daripada kemalangan kakSar masuk matrikulasi. Mata masih lagi belum sembuh sepenunhya , begitu juga kedudukan mata. Mujur KakSar pakai cermin mata tetapi rakan-rakan tetap melihat ketidaknormalan kakSar. Pasrah ajelah. Di matrikulasilah kakSar mula naikkan semangat balik buang cerita lama.


3-      Ujian kakSar belum terhenti di situ. Tiada ujian berat semasa belajar. Namun selepas kahwin, kakSar diuji lagi. Kandungan pertama kakSar bermasalah. Hydrop fitalis. Allah. Penyakit jarang-jarang berlaku ni.   Apa puncanya kakSar tak pasti. Yang pastinya, arwah meninggalkan kami selepas 25 minit melihat dunia. Dua puluh hari sebelum bersalin ni, kakSar sebenarnya kemalangan kereta masuk gaung sedalam 5 meter dengan kandungan berumur 27 minggu. Masuk 30 minggu, air ketuban pecah tanpa disangka… kaksar terpaksa bersalin tanpa rela. Redha jika anakku pergi dulu. Berpantang tanpa anak di sisis selama dua bulan tanpa buat apa2, Cuma jaga badan. Kalau kaksar tau kak Sar boleh bisnes, dah lama maju bisnes nihh… focus 200% tau masa tu. Kih kih kih kih

4-      KakSar Cuma sekarang walau diuji, rasanya boleh bertindak lebih matang daripada dulu. KakSar sentiasa berdoa moga Allah permudahkan semua urusan kakSar dan keluarga, suami dan anak-anak, sentiasa dalam rahmat Allah sampai masuk SYURGA tanpa hisab.


Kesimpulan daripada pengalaman ini semua, ujian ni melibatkan ketahanan mental. Mental kuat boleh bertahan, sesuai dengan kehendak dan perancangan Allah. Allah takkan uji seseorang kecuali dengan keadaan dan situasi seseorang. KakSar bersyukur sebab dengan ujian-ujian ini kakSar boleh menghadapi masa sekarang dengan lebih dewasa.

Bila di timpa ujian/musibah, kembali kepada Allah. Tenangkan diri dengan zikrullah. Mengadu pada Dia yang satu. Bergantunglah sebaiknya pada KUASA YANG MAHA BESAR INI.

La Haula wala quwwataillah billah. Tiada daya kita melainkan dengan KUDRATNYA.

So mamacam mana nak kuatkan mental supaya boleh berfikir rasional?

Next post lah yee…

Love,
KakSar

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment