Lupa benda paling penting hari pertama bersalin korang jangan buat kesilapan macam saya

KakSar senyum. Teringat kejadian terbersalin bulan Oktober tahun lepas.

Sebelum teambuilding kakSar dah terdetik untuk packing barang dan bawa sekali ke tempat training tu.

Punyalah teruja nak letak barang baby, kakSar pun siap buat checklist baby baru lahir supaya takde barang yang tertinggal.

Penting checklist keperluan bayi baru lahir ni  tau.

Tulis punya tulis, yelah dah Allah dah takdirkan kakSar memang lupa, maka lupalah kakSar sehingga terbersalin, masuk wad nak guna baru sedar, Allah.

Apa yang kakSar lupa?

TISU BASAH UNTUK BAYI BARU LAHIR!!!

Ni ketika hari pertama. Suami dah balik rumah baru kakSar sedar, tisu basah takde. Dia nak patah balik? Memang takla semata nak hantar tisu basah. Kena tunggu esok pagi dia datang memandangkan dia pun dah penat uruskan kakSar dan baby.

Mula-mula kakSar pesan kat nurse, mintak tolong belikan, kalau dia turun rehat. Tapi agaknya sebab sibuk, kakSar faham takde berita untuk pertolongan itu.

Otak masih lagi ligat berfikir sebab kakSar yakin, baby akan membuang dalam masa 24 jam. Kalau tengah malam, kakSar dah la belum kuat lagi untuk ke hulu  ke hilir dengan baby di tangan. MAsuk bilik air bagai untuk basuh punggung baby. Risau jatuh.

Selepas maghrib atau selepas isyak, datanglah sekumpulan doktor yang sedang praktikal. KAkSar dapat idea. Biar doktor-doktor muda selesaikan dulu apa perlu mereka buat, lalu kakSar tanyakan pada mereka. Boleh ke tolong belikan tisu basah serta tisu?

Alhamdulillah, Salah seorang memang bantu kakSar, dengan segera kakSar hulurkan RM20. TAk sampai sejam, kakSar dah dapat benda yang kakSar mahukan.

Ya Allah syukur sangat Allah datangkan doktor-doktor muda ini. KakSar beritahu, kepada doktor muda yang tolong belikan tisu basah ambillah baki buat belanja minum, ajak kawan-kawan sekali.

Mula-mula dia menolak, tapi kakSar berkeras sampai dia senyum dan setuju. Hihihi


sila ingat TISU BASAH. Masuk siap-siap dalam beg ok.


Moral of the story, jangan lupa beli tisu basah. Yang kat kedai kakSar pun tak tahulah jenama apa. Masa terdesak boleh aje pakai. Tapi kalau nak beli, belilah jtisu basah pureen atau tisu basah drypers. KakSar paling suka tisu basah baby jenama drypers. Lampin pun pakai drypers untuk si kecil.

KakSar
Eh terpromote pula... heheh

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment