7 prinsip asas penyusuan yang anda perlu tahu untuk kekalkan demand dan supply susu ibu selama yang anda mahu!

Teks: Maisarah Mohamad

Salam pembaca ibu-ibu menyusu sekalian, moga menjengah ke mari dengan azam mecari ilmu tentang penyusuan.

Ramai di kalangan rakan saya yang mengeluh susu dah sikit walhal baby belum lagi umur setahun.

Adakah anda juga begitu? Harapnya tidaklah. Susu anda mesti meriahkan...

Kalaupun susu anda tidak begitu meriah, tidak perlu risau, cuma sila ambil perhatian tentang perkara asas di sini yang saya ingin kongsikan. Semua yang saya dapat ini melalui pembacaan dan juga pengalaman sendiri yang tak seberapa. Saya ringkaskan supaya senang untuk dibaca dan diingati...

Inilah prinsipnya....

1)Jumlah hisapan (sama ada baby atau pam yang hisap) untuk mengosongkan susu anda mestilah sekurang-kurangnya 8 kali sehari...kalau lebih lagi bagus...yakni..kalau guna jam, kosongkan setiap 3 jam. (mesti pembaca mula mengira jumlah berapa kali anak hisap (hisap 10 minit ++) dan pam susu, cukup tak 8 kali?)


2)Tempoh hisap/pam.


Ini saya guna untuk anak kedua saya. Memang cekap.

Tempoh masa satu hisapan paling kurang 7 minit pun dah ok sebenarnya, ini kalau nak cepat... Tapi kalau nak selamat, nak susu banyak, paling ideal adalah 15 minit satu sesi dan lagi bagus kalau dapat 3 kali let down.. (sekitar 20 minit untuk diri saya).

Saya pun ada juga pam ini. Bila kecemasan je saya guna.


Kalau guna pam manual
Dalam hal ni, saya kurang arif sebab saya dapat susu kurang berbanding kalau guna pam elektrik, sebabnya kejap-kejap berhenti dalam masa 15 minit tu... tangan tak berapa nak kuat...pernah cedera. Saya salute ibu2 yang guna pam manual nihh... tangan mesti berotot kental!

Kalau baby hisap
Mesti sampai kenyang..Lagi banyak baby hisap direct, lagi bagus ye ibu-ibu.. jadi tiada masalah di situ ye.. kurang-kurang 10 - 15 minit satu sesi biasanya... depends pada kualiti susu ye.... kalau susu ibu susu kenyang, maka cepatlah anak kenyang...jadi ibu-ibu, jangan skip makan tau..nanti anak-anak nak mengempeng je..walaupun susu banyak contoh 5 OZ, tapi bila bagi susu yang sebanyak 5 OZ seolah-olah masih tak cukup, ha sila lihat kualiti makan ibu-ibu ye... OK, sambung balik, sekiranya baby telah kenyang, cara cepat nak banyakkan susu adalah mengepam dalam 10-15 minit lagi selepas baby minum susu secara direct....maka tempoh hisap baby dan tepoh mngepam kalau digabungkan boleh jadi 20-30 minit...Insha Allah, susu makin banyak kalau selalu amalkan begini...

3)Tetapkan masa baby minum di rumah /mengepam di pejabat.
Untuk memastikan pengeluaran susu yang teratur, 8 kali pam atau hisapan (no 1 tadi) mestilah tetap pada waktunya. Rasionalnya, badan kita akan keluarkan susu lebih banyak ikut waktu yang kita dah tetapkan tadi. Rasa berdenyut-denyut bila tiba masanya. Tidak percaya? cuba buat dulu... Set masa yang tetap untuk susukan baby sama ada di rumah atau mengepam dipejabat.

4)Banyakkan minum air dan makan protein/makanan penggalak susu secara berpatutan...

Susu ibu secara asasnya terbina daripada protein. Jadi banyakkan makanan yang kaya dengan protein, seperti susu, ikan , ayam dan lain-lain makanan yang kaya protein. Begitu juga makanan yang kita tahu khasiatnya dalam membanyakkan susu seperti kurma juga yang kaya dengan protein,alfafa, pil asi, halba.... dan banyak lagi lah.. Air sudah tentu kena minum, 3 liter sehari ibu-ibu ye...

5)Ibu menyusu kena setiasa ceria dan gembira walau apa pun yang terjadi. Makan dan minumlah makanan kegemaran kerana ia satu cabang kegembiraan buat ibu-ibu, buatlah perkara yang ibu-ibu boleh bahagia dan gembira tetapi sila pastikan tidak memudaratkan ibu dan juga baby ye...Kalau boleh makan supplemen yang antistress lagi bagus.

6)Susu lebih banyak dihasilkan antara jam 12tgh mlm - 6 pagi.
Ha gunakan waktu malam untuk tingkatkan susu sebabnya hormon prolaktin lebih banyak dirembeskan pada waktu malam.....maka dicadangkan untuk kosongkan breast pada waktu ni sekerap yang boleh..dan kalau boleh guna masa ini untuk power-pumping juga. Tapi pastikan pam di sebelah malam hanya SELEPAS BAYI ANDA MINUM SEHINGGA KENYANG ye ibu-ibu...

7)Power-pumping bila jadual mengepam terganggu atau susu semakin berkurang.
Buat ini kalau rasa susu berkurang. Sila elakkan keadaan ini berlarutan atau dibiarkan sahaja keadaan susu berkurangan ini! Macam mana nak tahu susu berkurang? Mesti tengok jumlah susu setiap kali pam kan... kalau kurang daripada biasa untuk beberapa hari, berkurang la tu... Power-pumping ini biasanya kena buat lebih kurang satu jam - pam 10 minit. rehat 10 minit. Pam 10 minit (kali ke 2). dan seterusya sampai satu jam. Berapa kali nak buat power-pumping ni?? Kalau nak cepat susu meningkat balik, buat tiap-tiap hari time rehat waktu kerja atau waktu malam. Kalau nak kekalkan demand(untuk ibu yang tiada gangguan / susu berkurang), boleh buat 2-3 kali dalam seminggu jika mahu..

Ha, inilah 7 prinsip paling kurang anda kena tahu kalau anda telah putuskan untuk penyusuan susu ibu secara eksklusif.... nampak macam berat..tapi once dah biasa, senang je... ada banyak lagi sebenarnya, tapi saya rasa ini antara yang paling penting untuk diketahui dulu......


Nak dapat benda baik bukan senang, mohonlah kepada Allah untuk tabahkan hati kita bagi menghadapinya....Insha Allah ye ibu-ibu...selama mana yang anda mahu... aja-aja figting!!!!!

p/s: Tengoklah video ini. Dia ibu bekerja tapi berjanji & berazam nak menyusukan bayinya sekurang-kurangnya hingga 2 tahun. Saksikan apa yg dia sanggup buat...



Salam susu meriah,

Maisarah
0132015399

sarah m

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.