Performance Drink Shaklee | Usaha mengembalikan tenaga mula menampakkan hasil!

Teks: Maisarah Mohamad
Foto: Maisarah Mohamad

Saya merupakan ibu kepada dua anak yang cukup sifat dan aktif dan kebanyakan masa saya perlu untuk kekal aktif untuk menyediakan diri saya untuk bekerja di siang hari dan melayan anak dan suami pula di sebelah malamnya. Pendek kata, kita ibu yang bekerja, bekerja tolak masa tidur je, itupun hanya 4 jam, malah mungkin kurang!

Siapa sangka, saya mengandungkan anak kedua pada ketika anak pertama cuma 7 bulan. Pada ketika itu, saya senyum dan melaluinya dengan redha dan kini, hidup kami sekeluarga meriah dengan hilai tangis mereka berdua.

Gembira, gembira juga. Masalah pun ada juga. Pada kebanyakan masa saya kelihatan aktif, saya sebenarnya kehabisan tenaga dan perlu sangat untuk recharge semula. Saya perasan keadaan ini. Saya mula tidak buat kebiasaan saya.

Sehinggalah saya mengulangi analisa kesihatan saya dengan seorang Dr perubatan Homeopathy pada bulan Mac 2014. Saya pernah jumpa dia dua tahun yang lepas (2012). Menurutnya, tenaga saya makin berkurangan berbanding 2012. Saya perlu recharge segera kerana badan penat, sel-sel pun penat. Will power dah tiada dan saya hilang identiti saya- opps 'aku yang dulu bukan lagi sekarang' nampaknya.

Katanya lagi, kena masuk hutan (tempat rekreasi / resort di kawasan yang banyak hutan) dan relaks, main tepi sungai dan sebagainya. Kalau boleh, jangan bawa anak- anak.
(Aduh, bab tinggal anak ini yang kurang enak didengarin.)

Beliau cadangkan saya untuk ambil persediaan homopati yang khas untuk tenaga (macam air garam, sedikit masin, tapi tiada dalam stok ketika itu), rakan saya telah menggunakannya, hanya perlu titis dalam air masak. Dan itu cerita lain.

Paling penting dalam cerita ini, supplemen seperti Vitamin-vitamin masih tidak cukup untuk mengembalikan tenaga ibu-ibu yang ada anak-anak kecil macam saya. Saya dah ambil vitamin Shaklee sejak 2012. Dan kesihatan saya memang menunjukkan perubahan yang lebih baik. Perbandingan analisa kesihatan saya 2014 jauh lebih baik daripada 2012. Tetapi, tenaga semakin berkurangan.

Saya sedar, saya kena ambil Performance Drinks Shaklee juga dan di sinilah saya nak cerita bagusnya minuman ini. Dalam bulan pertama saya minum, saya langsung tidak perasan waktu datang bulan, yang kebiasaannya saya rasa teramatlah penat, luar biasa penat pada hari sebelumnya. Kali itu, eh dah datang bulan? Hmmmmm.... Bagus juga!

Perubahan yang kedua yang saya boleh kongsikan di sini, saya mula balik untuk buat kerja-kerja lain, maksud saya hobi-hobi saya (macam banyak je hobi :)) yang dah lama terperap dalam bakul menjahit saya!

Perubahan yang bagus kan? Saya suka perubahan ini kerana saya mula dapat balik diri saya yang dulu. Kronik juga masalah saya ini, dan saya cuba imbangkan dengan gaya hidup dan pemakanan sihat. Saya belum mahu jadi tua sebelum waktunya!

Dan para ibu yang rasa lesu sekalian, saya dan anda ada anak kecil yang aktif, memang confirm penat, saya juga masih melalui keadaan tersebut dan sekarang, saya rasa lebih baik!

LEBIH BERTENAGA!

Mahukah ibu-ibu yang lesu sekalian, merasa nikmat minuman Performance Drinks ini juga?

Boleh hubungi saya--> sms/ whatsapp 0132015399

Maisarah Mohamad
SID890066

P/s: Untuk entri berikutnya, saya akan kongsi kenapa saya pilih Perfromance Drinks Shaklee ye!

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment