Firman AF 2014, Bawa Pulang Hadiah RM50,000 ku baru tahu pagi ini....

Teks: Maisarah
Photo: Google
  • Assalamualaikum pembaca budiman sekalian. Hari ni hari gembira buat semua orang. Sebenarnya dari semalam lagi, cuma saya sahaja yang rasanya terlambat mengetahui berita ini. Semalam dah buka siaran langsung AF tu, namun mataku memang sengaja menutup dengan sendirinya sehinggalah ku tahu berita ini, pagi ini. Tahu pun borak-borak dengan rakan sekerja sebelah bercerita tentang AF 2014 semalam, Firman yang menang.... Eh siapa firman tuu... ku riki2 la empunya diri si Firman ni, kalau ada yang menyebut, tahulah juga siapa dia.. :)

Kredit foto: rotikaya.com
  • Firman ni nama sebenar dia Mhd Firman Bin Basir  berasal dari Sabah. Semalam beliau membawa 2 buah lagu yang berjudul Kejoraku Bersatu (Search) dan lagu kedua Di Pintu Mu ciptaan M. Nasir sepenuhnya.
Dia pun tak sangka menang. Boleh tengok video selepas dia menang kat bawah ni:

Sumber:astrogempak.com.my
  • Baca sini sana, beliau jadi juara yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 50,000 beserta sebuah kereta Toyota Vios, pakej percutian ke Osaka untuk seorang tajaan HNH Tours dan beserta trofi sumbangan Astro.
Baca-baca kat rotikaya.com pula, Firman ingin membawa kedua-dua ibu bapanya menunaikan umrah. Baguslah. Dahla menang jadi juara, ibu dan bapa mana yang tak gembira bila anak nak belanja pergi umrah pula. Saya pun tumpang gembira hikhik. Nak juga menyibuk.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Firman. Moga maju jaya dan berbaktilah sebaiknya kepada kedua ibu dan bapa semnetara masih ada.

Sekian dulu cerita Firman. 

psst: Saya bukan peminat beliau. Sekadar ambil tahu sebab rakan sekerja bagitahu dia ni anak orang susah.

Ja ne!!

Maisarah



KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment