9 Tip pantas untuk wanita bekerja dan mengandung menggunakan cara mengawal migrain lagi-lagi di hujung bulan waktu nak buat laporan.

Teks: Maisarah Mohamad
Foto: Google


"Migrain nih apa ubatnya? Tak boleh blah lagi. Dah macam-macam dadah masuk dalam badan.... " Apa nak buat kalau migrain asyik menyerang, lagi-lagi di hujung bulan bila berlambak-lambak laporan nak kena buat, wanita bekerja yang selalu kena migrain? Dah habis idea untuk mengawal migrain. Anda dah cuba makan macam-macam ubat sehingga dah habis cara mengawal migrain. Untuk ibu mengandung pula, takut nak ambil 'pain killer' sebab takut memberi kesan kepada anak yang dikandung. Pasti anda tertanya-tanya apa cara mengawal migrain yang berkesan?





Migrain menurut Myhealth sebenarnya merupakan salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang. Kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka. Wanita lebih ramai menghidap migrain. Selalunya anda pasrah dan menyerah lalu berkata 'Dah nasib badan'. Menyerah kepada Qadha' dan Qadhar....


Nanti dulu!  Haa.. Sebenarnya terdapat banyak cara mengawal migrain yang menyerang anda. Kalau nak menyerah, usaha dulu... baru guna konsep tawakal ye...

Jom lihat 9 Tip pantas menggunakan cara mengawal migrain anda di kala anda sangat memerlukannya.

1-Merawat menggunakan ubat-ubatan yang selamat bagi wanita lagi-lagi yang mengandung. Masukkan dadah dalam badan, ini yang kita biasa buat, sampai satu masa dah tak tahu ubat apa lagi nak makan sebab migrain tak hilang-hilang. Saat itu, sungguh desperate... jangan salah guna pula...

2-Minum air banyak (ini semua orang dah memang tahu. Kalau anda dah tahu, pastu tetap jugak minum air sikit, memang anda cari migrain tu :P)

3-Mengamalkan cara untuk bertenang. Apa-apa pun, ketenangan memang boleh melegakan kesakitan. Jadi banyakkan sembahyang, berzikir, mengaji dan meditasi.

4-Berhati-hati minum minuman berkafein.

5-Amalkan minum jus sayur-sayuran. Dah ramai buat begini, kesannya migrain makin berkurang, dan magiknya kalau terus konsisten dan betul caranya, migrain boleh hilang terus! Boleh baca bagaimana nak buat jus sayuran ni di entri saya yang lepas di sini.

6-Letakkan air batu di tempat yang sakit migrain. Ha yang ni pun cepat jugak kesan dia, sebab kita tak rasa sakit. Macam nak tindik anting-anting bagi wanita, biasanya tukang tindik guna ais, betul tak?

7-Berehat di tempat yang gelap, dan senyap. Sebab nak cari ketenangan jugak lah ni. Biasanya orang yang migrain 'allergik' cahaya.

8-Merawat dengan teknik baring. Eh ada cara lain ke? haa, ramai yang tak tahu cara yang satu ini. Boleh jadi baik untuk anda juga. Saya dulu-dulu guna cara ini kalau sakit kepala yang amat dan memang berkesan. Caranya, baring di katil, angkat kaki tinggi-tinggi dan sandarkan pada dinding, rendahkan kepala anda supaya darah akan terus turun dengan banyak ke kepala anda. Rupanya ada juga yang berkongsi cara ini di blognya dan beliau berjaya lega dengan cara yang sama. Sudah tentu cara begini tidak merawat, tetapi sekadar melegakan.

9- Ha yang ni dah ramai dah tahu. Bukan rahsia lagi dah rawat migrain dengan makan supplemen. Sentiasa bawa bersama supplemen ni ke mana-mana. Agak-agak dah dapat petanda migrain nak serang, boleh terus makan. Boleh jadi langkah mencegah lebih baik daripada dah sakit baru nak makan. Itu sebablah kena amalkan dua supplemen ini. Apa supplemen tu? Ha, sudah tentu B Complex dan Ostematrix Shaklee lah.


Ostematrix mengandungi Magnesium, merupakan sumber yang baik untuk kebanyakan orang yang tidak mendapat mineral magnesium yang mencukupi.
75% wanita tidak mendapat mineral tersebut sebagaimana yang dicadangkan dalam Jadual Recommended Dietary Allowance (RDA), manakala lelaki sekitar 60% - Dr. Rebecca K.Kirby - Senior Research Scientist, The Center for Improvement Of Human Functioning in Wichita, Kansas
Mineral Magnesium sangat penting untuk menjalankan fungsi otot, yang berkait rapat dengan kekejangan otot yang menyumbang kepada sakit kepala. Magnesium membantu merelakskan otot. Dengan itu, ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan kekerapan ia menyerang kita.

B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi dan juga strok.

Kesimpulannya, amalkan tip yang telah dikongsi untuk mengurangkan kekerapan migrain anda. Jika diamalkan berterusan, migrain mungkin hilang dan yang bagusnya, anda mungkin tidak akan diserang migrain ketika nak buat laporan penting dan boleh elak daripada MC pada waktu genting begitu. Baguskan?


Wassap saya segera untuk ketahui cara bagaimana no 9 boleh kawal migrain dengan cepat. Kalau anda memang suka migrain menyerang, lagi-lagi hujung bulan sebab boleh melambatkan hantar  laporan , tak payahlah berusaha nak pulihkan migrain. 

p/s: saya dah lama tak MC sebab sakit kepala... Alhamdulillah.


Maisarah
Shaklee Independent Distributor
890066
0132015399
maisarahmohamad.uv@gmail.com

sarah m

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.