Petua melebatkan rambut bagi wanita yang tidak sempat buat rawatan rambut dan runsing takut rambut menipis dan botak.

Teks: Maisarah Mohamad
Foto: Google


Salam pembaca budiman, moga sihat walafiat pada hari yang ceria di hujung minggu ini. Hari ini nak kongsi satu artikel tentang petua melebatkan rambut untuk wanita yang rambut gugur dengan banyak tak sempat nak buat rawatan rambut di salon. Wanita ini takut rambut menipis dan seterusnya botak. Siapa yang nak kan.




Saya pun salah seorang mengalami rambut gugur, setiap kali selepas bersalin.  Yang teruk, kali ke dua dan kali ketiga.... runsing juga bila tengok rambut merata-rata di lantai, sikat pun bergumpal-gumpal rambut melekat. 

Apa nak buat kalau dah begini? 
Perkara pertama sekali kena tahu kenapa rambut gugur, baru boleh nak buat langkah pembetulan kan.... kalau tak tahu, macam mana nak buat.... 

Rambut gugur sememangnya tiap-tiap hari. Lagi-lagi waktu sikat dalam keadaaan basah. Lagilah bergumpal-gumpal rambut pada sikat dan inilah yang membimbangkan. Kalau setakat 1-2 helai rambut yang melekat pada sikat, saya rasa ok je. Kalau dah rambut gugur banyak dalam 50 – 100 helai sehari, itu yang bermasalah. Rambut gugur ni, kalau dibiarkan boleh jadi botak. Kalau lelaki botak, boleh diterima masyarakat. Tapi kalau wanita yang botak, mimpi ngeri!


Risau rambut gugur hingga botak begini?
Punca Rambut Gugur

Merujuk kepada blog myinfovitamin.com, terdapat 7 faktor utama yang boleh menjadi penyebab rambut gugur di kalangan wanita iaitu


Perubahan Hormon – Perubahan dan ketidakseimbangan hormon  boleh menyebabkan keguguran rambut sementara kerana hormon wanita berubah-ubah disebabkan mengandung, melahirkan anak, pemberhentian pil kawalan kelahiran atau permulaan menopause. 


Keturunan – genetik dari kedua-dua ibu bapa lelaki dan perempuan, boleh mempengaruhi kecenderungan seseorang untuk corak kebotakan lelaki atau perempuan.


Tekanan – boleh menyebabkan kehilangan rambut sementara.


Ubat-ubatan – termasuk ubat-ubatan kemoterapi yang digunakan dalam rawatan kanser, pencair darah, penghalang beta-adrenergic digunakan untuk mengawal tekanan darah, dan pil kawalan kelahiran, boleh menyebabkan kehilangan rambut sementara.


Penyakit – penyakit tiroid, lupus, kencing manis, kekurangan zat besi dan anemia boleh menyebabkan kehilangan rambut.


Penyakit Autoimun – menyebabkan alopecia areata. Ia berlaku apabila sistem badan seseorang dengan tidak sengaja menyerang folikel rambut dimana rambut tersebut tumbuh yang akhirnya menyebabkan kehilangan rambut secara bertompok.


Diet – Diet rendah protein atau kurang beberapa vitamin seperti A, B, C dan E serta Zinc juga boleh menyebabkan keguguran rambut.



Itu dia punca kenapa rambut gugur. Dah tahu kenapa rambut gugur, bagaimana nak tahu anda mengalami yang mana satu?

Kena lah tengok satu-satu anda ni dalam kategori mana? Boleh tanya soalan-soalan ini...

1) Bagi wanita yang mengalami perubahan hormon, adakah haid anda teratur? Wanita mengandung,  bersalin dan menyusukan sememangnya hormon berubah-rubah.

2)Keturunan, jika ada ibu atau bapa anda yang mengalami keguguran rambut apabila umur semakin meningkat , besar kemungkinan anda pun akan mengalaminya juga. Adakah ibu bapa anda juga begitu?

3)Tekanan memang memberi kesan kepada kestabilan hormon. Jadi sila periksa sama ada anda berada dalam tekanan atau tidak.

4)Ubat yang dinyatakan di atas memberi kesan sampingan keguguran rambut, jadi sangat penting untuk bertanya kesan sampingan ubat semasa preskripsi ubat. Kalaupun tidak pernah tahu, anda boleh sentiasa menghubungi doktor untuk mengetahui kesan sampingan ubat tersebut.

5) Penyakit juga memainkan peranan dan anda boleh bertanya kepada doktor yang merawat anda sama ada penyakit yang anda hadapi menyumbang kepada keguguran rambut atau tidak.

6)Alopecia areata, ia bukanlah penyakit yang boleh meragut nyawa namun, ia lebih memberi kesan kepada penampilan anda. Ia boleh berlaku hanya di kulit kepala dan boleh juga berlaku pada kulit anda yang lain. Biasanya tiada gejala-gejala lain, walaupun pada sekitar satu daripada 10 orang menunjukkan kuku boleh juga terjejas, dan mungkin mempunyai penampilan yang berbintik-tompok atau beralur. Dalam kebanyakan kes-kes alopecia areata, rambut akan tumbuh semula dalam beberapa bulan. Jika anda kurang pasti, anda boleh baca lebih lanjut di sini atau terus merujuk kepada doktor anda.

Jadi kalau dah tahu punca, apa nak buat?? Bolehlah mulakan langkah pembaikan. 

Tapi sebelum tu, mari kita lihat video yang dikongsikan oleh Puan Maria Awi. Beliau pernah mengalami rambut gugur yang amat kronik sehingga rambut beliau lebih nipis daripada rambut suaminya. Apa yang beliau lakukan? Jom saksikan.





Petua melebatkan rambut atas rambut gugur : Langkah pembaikan dalaman dan luaran.


Pertama sekali perlu diketahui untuk rambut tumbuh apa yang diperlukan. Nutrisi dan juga air yang cukup. Macam  tanam pokok. Pokok tumbuh subur kalau cukup nutrisi dan air melalui pembajaan dan penyiraman air. Begitu juga dengan rambut. Inilah yang kita namakan sebagai langkah pembaikan dari dalam.

Untuk wanita-wanita runsing sebab rambut gugur dengan banyak, amalkanlah pemakanan yang sihat dan seimbang. Makanlah makanan yang kaya dengan Vitamin A, B, C , E  serta Zinc.

Antara makanan yang baik untuk kesihatan rambut adalah

  • ikan salmon yang kaya dengan omega 3,
  • sayuran hijau seperti bayam, tiram yang kaya dengan zinc,
  • daging burung puyuh yang kaya dengan protein, zink, zat besi dan vitamin B,
  • ubi yang kaya dengan beta karotin untuk sumber vitamin A
  • Buah kiwi yang kaya dengan vitamin A
  • Buah beri biru yang kaya dengan Vitamin C
  • Susu Penuh Krim untuk sumber Vitamin D dan juga protein
  • Kekacang yang kaya dengan protein, vitamin, zat besi, zink dan mineral penting
  • Jangan dilupakan, telur untuk sumber protein dan vitamin B yang tinggi.
  • Supplemen Set Kawal Rambut Gugur yang terdiri daripada Energizing Soy Protein sebagai sumber protein, Vita-Lea- sumber pelbagai vitamin dan Zinc bertindak untuk kawal hormon dalam badan
  • dan paling penting air yang cukup... sekurang-kurangnya 3 liter.
Langkah pembaikan luaran:
Revitalizing  Shampoo dan Lightweight Conditioner dari Prosante Hair Care adalah untuk penjagaan rambut yang lebih sihat dan mudah diurus.  Tidak mengandungi bahan kimia seperti paraben, SLF, SLS dan lain-lain.
Nourishing Scalp Treatment – menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang faktor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat vitamin terus kepada kulit kepala.

Ha, itulah dia petua lebatkan rambut yang khusus untuk wanita yang mengalami rambut gugur yang banyak. Mungkin dengan petua moden yang diberikan dapat memenuhi keperluan wanita masa kini yang tidak sempat membuat pemulihan rambut gugur di salon. Dengan mengamalkan petua ini, anda dapat mengawal masalah rambut gugur anda dan mengurangkan bilangan helai rambut gugur.



Adakah anda risau rambut gugur? Adakah anda wanita yang tidak sempat ke salon untuk buat rawatan rambut? Mahu mulakan langkah pembaikan luar dan dalam untuk pertumbuhan rambut?


"Ya, saya mahu mulakan langkah pembaikan luar dan dalam untuk melebatkan rambut."

Hubungi nombor tertera di bawah segera sebelum rambut anda terus gugur, menipis dan akhirnya botak.

FB Maisarah Mohamad
ID Shaklee: 890066
sms/whatsapp:0132015399
emel: maisarahmohamad.uv@gmail.com


KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment