Cara mengaplikasikan NLP rahsia berubah cepat?

Ini cerita basi tahun lepas. Walaupun dah basi saya nak coretkan juga di sini. Program cerita tentang cara mengaplikasikan NLP.

Saya menghadiri program NLP yang dianjurkan oleh Global Genius Consultant, salah satu penyedia latihan NLP Malaysia, bertajuk Mind Control yang diadakan pada Sabtu, 13 Disember 2014 yang lalu di Flamingo Hotel Ampang, Kuala Lumpur. Dihadiri oleh ramai peserta pelbagai latar belakang. Sebahagian besar dalam bidang akademik dan latihan. Termasuklah saya.


Program setengah hari yang seronok. Kenapa seronok? Ia adalah kerana saya berpeluang bertemu empat mata dengan Dr William Horton. Selalu dengar-dengar cerita tentang Dr. Will ni dan dipertontonkan gambar beliau yang tidak bergerak. Kali ini live diterbangkan daripada Amerika Syarikat. Kali terakhir dia di Malaysia pada tahun 2009. Dan tahun 2014, beliau datang, saya berpeluang menjadi peserta program beliau.



Sangat menarik dapat berinteraksi dengan orang penting dalam bidang NLP. Dapat lihat sendiri teknik mengajar beliau dan saya rasa saya juga akan mempraktikkannya dalam sesi latihan saya juga.

Program ini berkisar tentang potensi diri untuk berubah dan cara mengawal perubahan tersebut sehingga matlamat perubahan dicapai. Apa yang bagusnya, ada shortcut kepada perubahan tersebut. Dengan pengetahuan ini, perubahan dapat dicapai dalam waktu yang lebih singkat. 

Saya mula mengenali apa NLP sebenarnya bila saya menghadiri program pentauliahan nlp selama 5 hari (nlp course) Seminar NLP Basic Practitioner anjuran Global Genius Consultant juga,pada bulan March 2014. Trainer program pula adalah tidak lain tidak bukan Tn Hj Fadzli Yusof. Sejak itu, saya mula meneroka bidang ini dan mula membaca buku-buku berkaitan NLP. 

Salah satu kejadian menarik, saya sebenarnya ada sebuah buku Kuasa Minda Separa Sedar karangan Mohd Rozani Pawan Chek.Sebelum ini saya langsung tidak memahami kandungan buku tersebut walaupun beberapa kali membacanya. Kebetulan saya terambil buku ini ketika mengemas,  saya baca buku tersebut dan saya faham apa yang ditulis! Wow....

Alhamdulillah. Allah temukan saya dengan Seminar NLP Basic Practitioner, yang merubah pandangan saya terhadap diri sendiri, orang lain dan alam ini. Jika anda juga mencari-cari program yang buat anda faham kejadian diri dan alam sekeliling, inilah programnya. 

Jadi, jangan tunggu-tunggu. Hadirkan diri anda dalam satu program NLP, saya pasti anda akan terokai diri sebagaimana saya sekarang ini!

ps: Saya sedang merubah diri untuk menjadi lebih baik, lebih bahagia dan lebih kaya dengan teknik NLP!

Maisarah

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment