Ceritera Kelahiran Bayi Pramatang Part 2

Kami kemalangan.

 Tangan kanan ku letakkan di dashboard, seolah-olah perlakuan ku itu mampu menahan aku daripada impak perlanggaran kereta dan divider jalan.

Aku pandang sekilas suamiku di sebelah.
Tiada apa yang dapat dilakukan lagi. Hanya bersedia untuk menghadapi impak kuat. Aku menarik nafas sedalamya. Perlanggaran bermula. Allahuakbar! Allahuakbar! Itu sahaja yang keluar daripada mulutku berulang kali sejak kereta mula melanggar divider jalan. Cermin di hadapanku retak seribu.  Bunyi pecah kedengaran dan berterusan.

Suami memegang bahu kananku, dengan harapan dapat menahan aku daripada terhentak dengan kuat memandangkan aku sarat mengandung. Kereta berpusing 360 darjah beberapa kali.

Pusingan akhirnya tiba-tiba berhenti. Kereta parking dengan eloknya seolah-olah tiada apa yang berlaku. Suasana hening seketika. Allahuakbar. Kami di dalam gaung, dalam kereta remuk total loss.

Pergelangan tangan kanan membengkak sebiji buah limau kasturi. Sakit dan terkejut. Ku bekukan diri daripada bergerak. Takut dan risau. Tangan kiri memegang perut, sambil bersandar. Innalillahi wainna ilaihi ro jiuun.

----------------

Ambulans tiba dan aku dikejarkan ke Hospital Kuantan. Terasa gerakan dalam perut sepanjang perjalanan.

Bersambung.

Baca lanjut di Ceritera Kelahiran Bayi Pramatang Part 3 - Di suruh bersalin?

Baca juga Ceritera Kelahiran Bayi Pramatang Part 1








KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment