Kad ATM CIMB Kena Telan Pertama Kali

Kad Atm ku kena telan mesin ATM

Semalam petang turun ke ground floor untuk bayar parking sekaligus  maghu mengeluarkan  duit daripada ATM, hati gembira bertukar kurang gembira sebabnya kad ATM CIMB kena telan mesin atm. Tak jadi nak keluarkan duit. Tertera di screen kad tidak dapat diproses. Aduh!


Sebenarnya hati dah lama redha kalau kad kene telan. Hehehe. Sebabnya kad saya tu mula dipakai sejak tahun 2000. 14 tahun yang lalu. Saya senyum lebar tika menaip tulisan ini. Padan muka Pn Maisarah. Dah lama dah mereka suruh tukar. Tak tukar-tukar! Namun, ada hikmah juga ni. Allah dah bukakan jalan suruh buat kad baru.

Selepas bayar parking (cukup duit sebenarnya), saya terus telefon En Customer Service, beliau menasihati saya untuk block kad ATM, yang sekaligus akan block juga online banking. Huh. Begitu rupanya. Kena buat kad baru Dan bawa bersama buku akaun. Kalau nak buat juga tanpa Buku Akaun, kena pergi cawangan di Mana Akaun dibuka. Huh huh.... Tak merasa la nak buat kad hari semalam kerana buku akaun ada di rumah.

Cawangan pertama dalam KL Sentral. Waktu operasi 9.15am - 5pm. 

Jadi hari ini, saya dah terpacak depan pintu bank pada jam 9.00am, bila dah buka, stok kad atm habis pula. Pegawai di situ nasihatkan saya untuk pergi ke cawangan lagi satu yang lebih besar. Sekitar KL Sentral juga.

Cawangan kedua di luar KL Sentral. 

Beliau mengarahkan saya ke tempat teksi, lintas jalan, ikut laluan pejalan kaki, kemudian daripada jauh dah nampak bank. Ketika saya sampai bank belum lagi dibuka. Tak sampai dua minit kemudian, pintu dibuka.

Tempat teksi, lintas jalan  dan laluan pejalan kaki yang perlu dilalui.
Saya dah lalu baru saya ambil gambar :)

Gambar atas tadi belakang saya. Gambar ini pula. Ni arah depan saya.
Daripada jauh dah nampak. Tapi kena berada di posisi saya sekarang-tengah laluan pejalan kaki.
Cuma ada tiga orang ketika itu sedang menunggu bersama saya. Senyum lebar saya melangkah masuk. Saya sampai di situ 9.20am. Urusan selesai jam 10.00am. Waktu belum ramai orang, memanglah cepat urusannya.

Ah, sebelum terlupa. Rasanya hari ini kedengaran semua orang berhajat ingin transfer duit daripada akaun ASB. Ye lah. Dah nama tunggu menunggu, terdengar la juga perbualan orang yang menunggu di cawangan pertama tadi. Namun dinasihatkan untuk ke cawangan lain kerana Cawangan kecil CIMB kat dalam KL Sentral sudah tidak menjalankan transaksi tersebut lagi! Ehem, pemegang-pemegang akaun ASB, apa tunggu lagi. Moh le ke cawangan CIMB di luar KL Sentral ini. Tak ramai orang pun.

ps: Selesai urusan saya tukar kad. Ingat nak buat kad kredit, tapi tak sempat pula!

sarah m

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.