MC Akibat Chicken Chop Jadi Bahan Jenaka

Cerita kali ini agak lucu walaupun sebenarnya mungkin ada cerita disebaliknya. Sebuah klinik di Sungai Buloh tersilap mengeluarkan sijil cuti sakit (MC) kepada seorang pelajar sehingga ianya dijadikan bahan jenaka di media sosial. Malah, gambar surat MC tersebut turut disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp pada Isnin.

Sebenarnya, MC tersebut dikeluarkan sebuah klinik swasta bagi mengesahkan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Sungai Buloh yang menghidap demam campak dan diberikan cuti sakit selama lima hari sehingga Jumaat ini.



Bagaimanapun, MC yang ditandatangani seorang doktor di klinik tersebut ditulis perkataan ‘chicken chop’ dan bukannya ‘chicken pox’ iaitu demam campak. Kesilapan pada MC tersebut menjadi gurauan dan bualan hangat di media sosial. Saya pun ada terlihat MC tersebut di dinding Facebook saya. Senyum sendiri bila membacanya.

Namun bila saya google,  kesilapan tersebut bukan dilakukan oleh doktor tetapi kakitangan di klinik tersebut yang ditugaskan untuk mengisi slip MC berkenaan. Simpati pun ada juga sebenarnya. Mungkin ketika itu waktu rehat pekerja tersebut, dan beliau masih belum makan, kan? Sangka baik.

Benar sekali, ia adalah kesilapan yang memang tidak disengajakan. Doktor yang bertugas pun tidak perasan akan kesilapan tersebut. Kakitangan di klinik tersebut dilaporkan memberitahu sebuah portal berita bahawa ia adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan oleh mereka.




sarah m

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.