10 makanan tambahan yang anda patut makan setiap hari

Kenapa perlu suplemen:

• Badan kita tidak boleh menghasilkan semua nutrien yang kita perlukan Mereka ada dalam makanan yang kita makan dan makanan tambahan yang kita ambil setiap hari. Jika makanan yang kita makan makanan yang nutriennya rendah, mengambil supplemen benar-benar memberi manfaat untuk memastikan anda tetap sihat.



• Kebanyakan orang mengatakan bahawa mereka makan dengan baik, sebab mereka kenyang. Tetapi jika dilihat pada kualiti, rakyat Malaysia mengambil pelbagai makanan yang tidak berkualiti dan tidak bernutrisi tinggi, menurut laporan kualiti makanan di seluruh dunia, Oxfam International.







• Kandungan gizi makanan kita juga telah berubah. Satu kajian 2004 tentang tanaman biasa yang dimakan oleh kita penurunan dalam kandungan zat di antara 6 dan 38 peratus dalam tempoh 50 tahun.



• Jumlah makanan diproses yang kita makan mencanak-canak naiknya sejak peti sejuk dicipta. Hari ini, sebahagian besar  makanan kita adalah makanan yang diproses, melebihi makanan yang tidak diproses. Benar. Kemudahan telah menjadi lebih berharga daripada kualiti yang sepatutnya kita cari.


• Tekanan hidup dalam kerja dan kehidupan berkeluarga meningkatkan keperluan kita untuk nutrien yang boleh mengurangkan tekanan, terutama vitamin B.



• Persekitaran kita telah menjadi toksik berbanding 50 tahun yang lalu. Badan kita terdedah kepada lebih banyak bahan cemar dan di bawah tekanan oksidatif yang lebih tinggi berbanding sebelum ini. Kita semua memerlukan nutrisi yang optimum untuk membantu badan kita menormalkan balik tekanan oksidatif ini. Jadi antioksidan sangat diperlukan dalam pemakanan harian.


Tiada seorang pun daripada kita yang sempurna. Betul kan? Ada hari kita mungkin makan dengan baik, tetapi kemudian pada hari yang lain, kita mungkin tidak melakukan sebaik itu. Multivitamin yang bagus bersama-sama dengan pemakanan tambahan utama yang lain boleh melengkapkan nutrisi yang kurang.

Namun siapakah yang siapakah yang sebenar-benarnya yang memerlukan pemakanan tambahan ini? dan kenapa?

Jom dengar siapa sebenar-benarnya yang memerlukan suplemen.

Ramaikan golongan yang wajib mengambil suplemen. Adakah anda termasuk dalam golongan tersebut?

Anda masih belum dengar?

Anda berpeluang untuk mendengar lagi sekali di sini.

 Kalau dah dengar, di sini ada senarai keperluan vitamin yang diperlukan oleh badan untuk kesihatan optimum:

Multivitamin

Tempat pertama dalam senarai adalah multivitamin. Ia menyediakan asas nutrisi yang diperlukan oleh badan.  Tetapi saya mesti beritahu anda, anda pasti tidak mahu hanya makan multivitamin kerana badan anda sebenarnya perlukan lebih banyak lagi nutrisi penting yang lain.

Omega-3 Asid Lemak

Omega-3 asid lemak (EPA dan DHA)  membantu merendahkan trigliserida, merendahkan risiko strok dan penyakit jantung , membantu merendahkan tekanan darah, dan juga telah terbukti untuk membantu dalam merawat artritis reumatoid, kemurungan, asma, ADHD , Alzheimer, dan dementia.

Vitamin C

Sebahagian besar daripada kita tidak mendapat cukup vitamin C . Vitamin C adalah penting untuk pengeluaran kolagen, penyembuhan luka, penyerapan zat besi, dan sistem imun kita. Oleh kerana vitamin C digunakan dalam badan dengan cepat, anda harus mencari yang dilepaskan secara perlahan supaya bekalan Vitamin C dalam bdan sentiasa ada.

Vitamin D

Vitamin D adalah penting untuk metabolisme kalsium; jika anda mahu tulang yang sihat anda memerlukan vitamin D. Vitamin D juga menyokong sistem imun kita dan darah. Mempunyai tahap optimum Vitamin D dapat membantu dalam kesihatan kardiovaskular dan mengurangkan risiko kanser tertentu dan juga tekanan.

Vitamin B

Vitamin B membantu mengawal karbohidrat, lemak, dan metabolisme protein. Mereka membantu dengan pembaikan dan sintesis DNA , membantu untuk mengurangkan homocysteine, dan sangat berguna untuk fungsi pengurusan tekanan dan juga metabolisme tenaga (menukar gula kepada tenaga).

Vitamin K

Vitamin K tidak terkenal seperti nutrien lain, tetapi ia adalah penting untuk kesihatan kita dan umumnya kekurangan ia dalam diet kita adalah kerana kita tidak makan cukup sayur-sayuran berdaun hijau. Vitamin K adalah penting untuk pemineralan tulang, pembekuan darah yang normal, dan penyembuhan luka.

Kalsium

Kebanyakan orang tahu kepentingan kalsium untuk tulang dan osteoporosis. Namun  kalsium juga berguna untuk mengekalkan tekanan darah yang normal, dan memainkan peranan dalam penurunan berat badan.

Antioksidan

Antioksidan adalah penting untuk badan kita melindungi dan menentang kerosakan radikal bebas yang mungkin salah satu sebab mengapa kita semakin tua. Sumber-sumber terbaik antioksidan adalah buah-buahan dan sayur-sayuran; makan makanan tambahan yang mengandungi vitamin C, E, beta-karotena, lycopene, lutein, zink, dan selenium.

Probiotik

Walaupun ia bukan nutrien, probiotik termasuk dalam senarai kerana mereka adalah penting untuk penghadaman berfungsi dengan betul. Probiotik adalah mikroorganisma yang biasanya menyokong fungsi keseluruhan saluran pencernaan dan mengurangkan kecenderungan untuk sembelit dan cirit-birit. Mereka juga membantu dalam gas yang berlebihan dan sindrom keradangan usus.

Lutein dan Lycopene

Sebatian-sebatian vitamin seperti yang terdapat dalam makanan adalah antioksidan yang hebat. Mereka juga menyokong menguatkan sistem imun dan membantu mengekalkan kesihatan keseluruhan dan kesihatan jangka panjang pada mata, jantung, kulit dan paru-paru.

Saya menggunakan suplemen jenama Shaklee kerana mereka adalah jenama terbaik dan yang dipercayai di luar sana. Anda boleh baca mengapa saya memilih Shaklee. Saya telah menggunakan suplemen Shaklee ini selama 3 tahun, dan ia terbukti berkesan kepada  saya.

Anda juga berpeluang untuk jadi lebih sihat seperti saya.

Maisarah
0132015399
GST~Geng Shaklee Terlaris

sarah m

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.