Penyusuan susu ibu : Ada ke Panduan Membolehkan Ibu Menyusukan Bayi?

Titisan emas.
Cuba teka apakah yang ditunjukkan dalam gambar di bawah?



Susu ibu wahai ibu-ibu sekalian! Susu ibu di bawah mikroskop. Sangat menarik. Inilah yang ibu-ibu berikan kepada anak-anak, dihasilkan sendiri oleh kita, dengan izin Allah jua. Titisan emas yang mengenyangkan anak-anak.

Kalaulah ibu-ibu tahu betapa penyusuan ini sangat penting sehinggakan zaman nabi dulu begitu banyak ibu-ibu susu yang sedia untuk menyusukan anak-anak majikan dengan sejumlah upah. Dulu mana ada makanan bayi selain daripada susu ibu. Maka ibu-ibu tiada pilihan. Jika si bayi tidak mendapat susu ibu, sudah pasti tiada susu lain yang dapat diberikan. Zaman nabi dulu telah pun ada amalan penyusuan yang berleluasa.

Kitalah satu-satunya makhluk yang mempunyai pilihan, menyusukan atau tidak menyusukan. Makhluk lain, mengikut fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah. Susu mereka hanya disusukan kepada anak mereka. Kita manusia yang berakal,  boleh membuat keputusan untuk memberi susu selain susu ibu kepada anak-anak.

Kenapa hal ini berlaku ibu-ibu?

Mahukah ibu-ibu tahu kenapa hal ini berlaku?

Kerana ibu-ibu masih belum tahu. Iya, ibu-ibu masih belum tahu. Kalau ibu-ibu tahu, saya pasti ibu-ibu juga akan meninggalkan susu formula dan terus berusaha menghasilkan titisan emas sendiri.

Iya, hasilkan sendiri.

Ibu sememang seorang perempuan sempurna. Pasti dapat menghasilkan titisan emas sendiri. Cuma, kena tahu bagaimana caranya. Mahukah ibu-ibu panduan menghasilkan susu ibu?

Panduan ini meningkatkan kepercayaan diri bahawa ibu-ibu pasti boleh menyusukan juga satu hari nanti. Ia mengambil masa, jadi ia perlu dimulakan seawal keinginan mempunyai anak sendiri.

Ia seolah-olah suis yang tertulis ‘boleh menyusukan bayi’.

Ibu-ibu harus percaya ini. Ilmu yang betul pasti membuahkan hasil. Ia bermula dengan percaya diri, dan percaya ilmu yang akan diamal dan diikuti.

Sesudah itu, ilmu dan amal ini pula seolah-olah pohon yang berbuah ranum jika berjaya. Ibu-ibu pasti mahu merasa buah yang ranum itu.

Saya telah melalui sendiri pengalaman menyusukan anak sendiri. Masalah yang saya hadapi juga mungkin sama dengan masalah yang ibu-ibu hadapi. Saya sentiasa mencari shortcut kepada teknik-teknik penyusuan saya, kerana saya juga ibu yang bekerjaya, dan sibuk. Saya telah merasa buah yang ranum itu. Akan datang, pasti melaluinya lagi.

Jadi, nantikan entri saya akan datang, pengenalan Panduan Membolehkan Ibu Menyusukan Bayi.
Okey, itu sahaja daripada saya kali ini.


Nantikan saya ye…

sarah m

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.