Jamuan Potluck Hari Raya 2015 bersama sahabat sejati

9 Ogos 2015

Hari Potluck kami. Dah lama tak berjumpa. Walaupun kerja bangunan sebelah menyebelah, tak sempat jumpa juga sebab tugasan selalunya memerlukan saya untuk berada tepat pukul 2 di pejabat.

Tiba-tiba rancangan potluck dibuat dalam group wassap kami pada Isnin minggu yang sama. Baguskan. Rancangan spontan (spontan ke), yang tempoh rancang tak lama sangat. Kalau rancang daripada awal selalunya tak menjadi. Kenapa begitu? Sepatutnya kalau rancang daripada awal lagilah menjadi-jadi kan?



Salah seorang rakan yang bersama saya ini telah dikenali sejak sekolah menengah lagi. Rakan sekelas di MRSM PC tahun 1998  dan 1999. Lepas tu jumpa.lagi di Matrik Melaka dan seterusnya di UKM.

Sekarang, kerja di tempat sama, cuma bangunan berbeza. 

Lama betul sejak Tahun 1998. Kiralah. 2015-1998 = 17 tahun... Lamanya!!! Tak sangka. 

Rakan yang lain pula dikenali sejak belajar di UKM  sejak tahun 2001. Menjadikan persahabatan kami selama antara 12-14 tahun!

Fuh. Sampai beranak pinak. 

Ada kajian dilakukan. Kalau persahabatan menjangkaui 7 tahun, kemungkinannya ia akan berlanjutan sehingga bila-bila...

Semoga persahabatan kami pun sampai bila-bila.



Pengalaman dan kenangan merapatkan kami bersama. Masa-masa lalu ini sangat mahal. 

Kalau diimbas kembali, buat saya tersenyum. Kenapalah aku begitu dulu. Kenapalah aku tidak begini. Macam-macamlah datang dalam fikiran. Yang baik jadi pedoman, yang buruk jadikan sandaran. 

Hidup manusia ni sangat dinamik. Begitu juga kami. Begitu juga saya khususnya.

Sahabat yang sukar dicari ganti.

Saya sayang kamu semua!

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment