Kelebihan bisnes Shaklee

Saya daripada dulu lagi mencari bisnes apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya bertukar profesion. Daripada kerja di pejabat bertukar kerja di rumah. Saya macam anda juga. Memang ada persoalan bisnes Shaklee ok ke?

Bukan duit yang dikejar.... Nilai disebalik ia lebih bermakna.

Sempat saya bandingkan beberapa bisnes dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Semata-mata nak dapatkan maklumat mengenai bisnes, tak kira la bisnes online ataupun offline,  saya rela melabur menyertai seminar berkaitan buah potong, kereta sewa, pelaburan emas, pelaburan hartanah dan latihan. Tamak ilmu namanya ni. Hihi. 

Dan dalam pada itu, saya sendiri tiba-tiba terjebak dengan bisnes kesihatan secara tidak sengaja. Asalnya makan sendiri. Namun melihat kepada apa yang ia boleh berikan kepada saya. Waduh. Rasa dah tak boleh undur diri. Rugi kalau dibiarkan berlalu begitu saja.

Sejak melibatkan diri dalam pelaburan  ilmu, dan tiba-tiba bidang menyihatkan diri dan keluarga, berbondong-bondong nilai bermanfaat yang Allah kurniakan. 

Di saat saya memikirkan nilai yang saya perolehi sejak bersama kumpulan ireach, tiba-tiba seorang master menulis tentang sebab kenapa beliau bertahan 17 tahun dalam bisnes shaklee tanpa melibatkan diri dalam bisnes lain.

Saya dapati nilai yang diperolehi hampir sama dengan saya. Nilai ini dikuatkan oleh rasa yakin. Jadi saya semakin yakin dengan perancangan Allah. Jom kita lihat kelebihan bisnes Shaklee yang membuatkan kami rasa begitu yakin.


1. Produk
Produk Shaklee berkualiti dan harga yang dibayar adalah setanding. Malah ada banyak produk yang claim mereka bagus dengan harga yang mahal tetapi kesannya tidak seperti yang mereka [ pengguna itu ] harapkan.
Produk Shaklee semulajadi, selamat dan berkesan.

2. Sistem
Sistem nya adil. Siapa usaha lebih dia dapat lebih. Pembayaran bonus yang tak pernah tertunda malah sentiasa membayar pada semua SID walau masa ekonomi gawat 2007.

3. Nilai selepas jualan [ Value after sale]
Melalui Shaklee saya menemui banyak nilai. Nilai sihat bila cerita tentang vitamin. Berniaga bukan hanya cerita tentang duit, kekayaan dan kejayaan tetapi nilai ukhwah, nilai keberkatan berniaga, nilai kasih sayang.

Saya setuju  beliau menyatakan kesetiaan lahir bila kita tahu apa yang kita mahu dan ia akan menjadi kukuh bila ada cinta. Ini cinta bukan pada duit tapi cinta pada produk.

Shaklee adalah bisnes yang sangat menguntungkan dunia dan akhirat. Apabila seseorang itu sihat, pastinya dapat beribadat dengan lebih baik berbanding masa dia sakit. 

Shaklee mempunyai semua yang saya mahu produk yang berkualiti, sistem yang bagus dan nilai hidup yang saya mahukan. Melihat kepada kejayaan ramai master, ternyata ia bukan lagi milik mereka sahaja. Mungkin ia akan jadi milik saya juga.

Sihat lebih penting. Kalau sihat, semua hebat!

Mahu bersama saya dalam Shaklee? Hubungi saya! Sama-sama kita mengapai kejayaan....

Maisarah
Pengedar Shaklee Taman Kantan
Pengedar Shaklee LRT Kerinchi
01320135399


sarah m

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.