Bagaimana perjalanan di sini bermula...

Hasil pengambilan vitamin shaklee daripada saya, moga mengukuhkan lagi niat baik anda untuk menjadi Ahli Shaklee, mungkin.... :)

Untuk makluman semua, saya menggunakan shaklee sejak kelahiran anak kedua saya, selepas pantang secara tepatnya. Ketika di rumah belum terasa lagi penatnya, tetapi bila mula naik kerja, ditambah dengan anak baru, kerenah kakaknya, tugasan saya dalam bidang latihan iaitu ke sana ke mari dsb membuatkan saya penat, lesu, mudah tertekan, tidak fokus dan banyak lagilah yang negatif lagi. Pada masa yang sama juga saya harus menjaga makan kerana saya juga melaksanakan penyusuan eksklusif untuk anak kedua juga. Jadi saya mencari-cari supplemen yang boleh menjadikan saya bertenaga dan pada masa yang sama mengekalkan produktiviti susu saya.

Kalaulah saya jumpa produk ini lebih awal pada tahun 2010, kelahiran anak pertama yang mana saya hanya dapat meneruskan penyusuan ekslusif sehingga anak saya berumur 10 bulan sahaja. Tidaklah saya berusaha begitu keras mencari makanan penggalak susu bagi menghasilkan susu lebih banyak.

Dan bila saya mengamalkan shaklee, memang saya jatuh cinta dengan produk ini! Saya mula makan set penyusuan yang terdiri daripada Vitalea, Alfafa, Vitamin C dan B Complex. Ternyata saya lebih fokus, mengantuk saya bila berhadapan dengan PC terus hilang, saya boleh kekal cergas sampai malam unless kalau saya makan terlalu kenyang, mengantuk pasti datang jua bagai disorong2 bantal, terus tidur.... Susu pula berubah warna daripada warna putih menjadi kehijauan, nampak bezanya...dan terasa juga bezanya kerana tempoh anak saya minum lebih singkat, sekejap pun dah kenyang. Kuantiti dan kualiti susu ternyata lebih baik. Jadual pemakanan saya tetap diteruskan seperti biasa tanpa perlu mencari-cari makanan penggalak susu yang lain. Ikhtiar saya ini membuahkan hasil dengan izinNya juga. Alhamdulillah.

Di bawah ini saya senaraikan apa yang saya makan dan apa yang telah saya alami....
Vitalea - multivitamin, tambahan vitamin termasuk zat besi, pekatkan darah.. 
Alfafa - menggalakkan susu, dan memudahkan untuk buang air besar... lepas bersalin bagus ni kalau makan... tapi sebab ia adalah herba, kalau anak demam kuning, elakkan dulu sehingga anak sembuh daripada demam kuning 
vitamin c - antioksidan, menggalakkan penyembuhan luka, melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan keimunan 
B complex - ha yang ni penting untuk pertumbuhan sel sebab ada asid folik, anti-tekanan, terlibat dalam penghasilan tenaga, bagus untuk sakit-sakit badan,tangan atau kaki (ubat saraf), bagus untuk yang lepas bersalin.

Dan bulan-bulan seterusnya, saya juga menambah lagi satu produk shaklee dalam pemakanan saya iaitu ESP, yang menambahkan tenaga disamping membanyakkan susu kerana ia adalah protein.. penting untuk penghasilan susu ibu. Pagi-pagi sarapan ESP dengan susu, sementara nak bersarapan di pejabat nanti. Inilah yang saya amalkan....

Di sini saya cuma nak berkongsi, bukannya nak menunjuk-nunjuk dan yang seumpamanya... pemakanan untuk ibu-ibu lepas bersalin sangat penting. terutamanya kaum ibu yang bekerja macam saya, bila naik kerja, tekanan dirasakan daripada pelbagai arah...

Ambillah supplemen, sama ada pemakanan sunnah atau vitamin dan kalau boleh amalkan pemakanan seimbang yang melebihkan buahan-buahan dan sayuran pun lagi bagus.

Kelebihan Vitamin Shaklee, kalau dengan harga ahli, saya rasa jauh lagi murah daripada vitamin-vitamin di luar sana... jadi sangat berbaloi untuk meningkatkan kesihatan dengan berkesan dan jimat. InsyaAllah...

Hidup mesti nak sihat kan?

Jika berminat, jangan segan untuk hubungi saya;
Sarah M
Id Shaklee : 890066
Call/Sms/Whatsapp 0132015399

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment