Manfaat makan yogurt ? Selalu makan, ingat untuk perut je.. tapi ada juga kebaikan lain...

Yogurt atau bahasa melayu kita panggil susu masam. Asal perkataan yogurt adalah daripada Bahasa Turki, baru tahu.... Yogurt memang masam sebenarnya. Dulu masa sekolah menengah, saya ambil subjek sains dan dalam salah satu topik, saya diberitahu kalau sakit perut minum susu masam iaitu yogurtlah. Jadi masa-masa sakit perut / cirit birit, memang saya akan cari susu masam atau minuman yogurt. Nak tepat, yogurt aslilah.... Kalau minuman yogurt yang didatangkan dengan jus dan juga gula, mungkin menyebabkan lebih teruk sakit perut tersebut.

Ada apa dengan susu masam ni ya? Kalau kita tengok iklan-iklan Vitagen, Yakult dan minuman Yogurt Nestle Bliss... semuanya mengajak kita untuk jaga perut dengan minuman yogurt mereka.. sebabnya dalam minuman ini ada LIVE CULTURE---> bakteria baik yang boleh tolong perut kita laa. Bahasa mudah boleh menyediakan salur cerna kepada keadaan penghadaman yang lebih baik kalau diambil secara konsisten .... Nak tahu lebih lanjut sejarah yogurt ni boleh tanya Pakcik Google.. Keluar berjuta-juta lemon cerita tentang sejarah yogurt ni. Kat sini saya cume nak berkongsi faedah-faedah makan yogurt yang bukan sahaja memberi kebaikan kepada perut sahaja.... Haaa ape lagi jom baca...

1. Membantu penghidap Lactose Intolerance - mereka boleh minum yogurt, terutamanya kanak-kanak yang tidak boleh minum susu disebabkan Lactose Intolerance. Bagi bayi umur sekitar 6 bulan hingga 1 tahun pun boleh minum yogurt, tapi yogurt dengan Bifidobacterium sp. yang menghasilkan asam laktat tipe L (+) sahaja. Hanya bila berumur 1 tahun dan ke atas baru boleh minum semua jenis yogurt - Selidik dulu ye ibu-ibu...

2. Mengurangkan kolestrol dalam darah - ini jarang kita dengar... saya pun baru tahu.. suka yang ni sebab saya memang makan yogurt...!

3. Menghalau bakteria / patogen - kepentingan minum/makan pada masa cirit birit.. Kalau minum waktu perut okey apatah lagi

4. Meneutralkan antibiotik - bila kita makan antibiotik, semua bakteria baik pun kena bunuh sebab antibiotik tak pilih bulu okey.. semua dia sapu.. baik ke, jahat ke.. kecuali virus.. jadi bila makan yogurt, kita pun mengadakan balik bakteria baik dalam perut.. - jadi kalau makan antibiotik, jangan lupe makan yogurt juga.. bergantung kepada berapa kerap anda makan lah..

5.Antikanser saluran cerna - bakteria dalam yogurt juga boleh mengubah zat-zat pencetus kanser yang ada dalam saluran pencernaan hingga mampu mencegah apa-apa kanser di situ - aha.. ni pun baru tahu...
6.Mencegah Penyakit Jantung Koroner - disamping menurunkan kolestrol, bakteria baik dalam yogurt mampu menghasilkan asid folik dan juga vitamin B complex yang mampu mencegah penyakit ini... - ha yang ni selain makan yogurt setiap hari, kita juga boleh makan makanan tambahan (supplement) dalam kuantiti yang sepatutnya.. jom pakat ramai-ramai cari asid folik dan b complex sebab sememangnya kita sayangkan jantung kita... mencegah lebih baik daripada mengubat...

7.Membantu menurunkan berat badan - ini kalau makan yogurt tanpa lemak la ye.. tapi bukanlah bermakna makan yogurt je tiap masa dan ketika.. cuma yogurt ni boleh dijadikan salah satu pemakanan untuk menurunkan berat badan....harap maklum

Sekian perkongsian daripada saya. Banyak kan kebaikan minum /makan yogurt. Kalau ada lagi faedah minum/makan yogurt lain yang tiada di sini, sila tambah kat bahagian komen ye!



KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment