Buku lagi...!

Iya, buku lagi. Hidup saya penuh dengan buku.

Salam pembaca budiman. Harapnya sihat sentiasa sambil mencari- cari maklumat bagaimana lagi harus menjadi sihat dan cantik dengan memanipulasi maklumat tentang nutrisi.

Panjang sekali intronya!

Jelas sekali, kalau kita mempunyai maklumat tentang nutrisi, apa yang kita makan lebih bermakna dan lebih sihat ketika kita berkira-kira untuk makan lagi.

Anda faham maksud saya?

Maksudnya di sini, contohnya saya. Saya mahu menghindari sakit kencing manis kerana kedua  ibu dan bapa saya mendapatnya ketika berumur 50an. Jadi matlamat kesihatan saya ingin mencegah kencing manis. Seharusnya saya mengurangkan gula dalam makanan daripada sekarang. Jadi pengetahuan nutrisi untuk mencegah kencing manis sangat penting untuk saya ketika ini.

Jadi, saya banyak membaca tentang pemakanan mencegah dan merawat diabetes. Atas sebab itu, saya pun belilah beberapa buku untuk dibaca bagi mendapatkan lebih banyak input.

Kesimpulannya, banyakkan membaca. Hanya dengan membaca saya dan anda dapat memahami kenapa penyakit- penyakit ini terjadi. Banyaknya berpunca daripada makanan kita.... Hati- hati dengan apa yang banyak kita makan....

Oklah, jom belek-belek buku yang saya beli tadi....

ps: Buku resepi untuk ibu berpantang pun ada. Saya beli dan hadiahkan pada suami saya. Senang untuk dia guna waktu berpantang saya akan datang. Sweetkan suami saya masak untuk saya....

Salam sihat-sihat sokmo,

Maisarah

sarah m

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.