Ubati Migrain anda dengan jus sayur-sayuran | Jom baca perkara penting sebelum buat jus


Jus sayur-sayuran adalah satu alat yang sangat membantu untuk meningkatkan kesihatan anda jika meminumnya secara konsisten. Jus sayur-sayuran boleh dijadikan terapi metabolik, mampu merawat hampir semua penyakit temasuk sakit migrain yang teruk. Ia tidak mempunyai kolesterol dan lemak, mengandungi banyak serat, mineral, dan vitamin. Ia boleh disediakan untuk semua golongan termasuk mereka yang mengalami masalah pencernaaan.

Mahukah anda merawat migrain teruk anda dengan cara ubat yang semulajadi menggunakan jus sayur-sayuran? Kalau mahu, baca lebih lanjut untuk cara mudah merawat migrain anda. 

Bagaimana nak buat jus, lagi-lagi yang  berkualiti tinggi ?

Dalam hal ini, sangat penting untuk menggunakan produk organik dan harganya memang lebih mahal daripada sayuran bukan organik. Kalau nak murah, kena tanam sendiri dan memastikan tidak menggunakan racun perosak sintetik.Sayur-sayuran organik mempunyai lebih banyak rasa berbanding bukan organik. Selepas dipetik, jika sayuran dijadikan jus dalam beberapa minit, itulah jus dengan rasa yang paling baik. Begitu juga halnya dengan kandungan nutrien pada masa tersebut. Menarik bukan?

Kalau anda nak tahu, terdapat beberapa sayuran yang menyihatkan memberikan jus yang pahit termasuklah sawi. Langkah terbaik, gunakan mereka dalam jumlah yang kecil dan seimbangkan kepahitan yang ada dengan menambah bahan-bahan lain seperti epal.

Mesti anda tertanya-tanya, sayur apa yang perlu kita guna untuk buat jus?

Jawapannya mudah sahaja. Apa-apa sahaja yang anda boleh makan mentah. Anda boleh cuba apa sahaja. Kata kunci di sini  adalah kreatif. Anda perlu jadi kreatif bila tiba masa untuk membuat jus. Contoh yang boleh anda cuba sebagai permulaan adalah jus kubis, yang sangat bagus untuk saluran pencernaan.

Minum jus sayur sahaja untuk satu tempoh masa.

Walaupun anda tidak membuat jus setiap hari, pakar pemakanan mengesyorkan  sebulan sekali untuk anda  minum hanya jus sayur-sayuran selama tiga hingga tujuh hari. Ia adalah langkah detox yang besar. Jadi kena bersedia untuk menghadapinya. Hanya minum jus sayur-sayuran sepanjang tempoh tersebut.

Pakar biasanya mencadangkan minum 8 hingga 10 gelas air setiap hari. Penting untuk minum air yang mencukupi supaya air kencing anda berwarna kuning cerah. Jika ia gelap, anda tidak minum dengan  secukupnya.

Air pula, mestilah air hidup. Ia berbeza dengan air biasa kerana ia air bersruktur. Ia bukan H2O; tetapi ia H3O2.  Air ini jauh lebih baik daripada minum air paip yang ditapis.

5 tip jimat masa untuk penyediaan dan penyimpanan  jus yang baik.

1-Cara yang baik untuk menjimatkan masa untuk membersihkan sayur-sayuran adalah dengan berus dan bukannya mengupasnya. Satu pengecualian adalah ubi bit, yang mempunyai kulit yang agak busuk. Jika anda menggunakan sayur-sayuran bukan organik, cara terbaik adalah untuk mengupas kulit mereka, bagi mengelakkan sisa racun serangga. Lagi-lagi  buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah diwax.

2-Sebaik-baiknya, anda perlu minum jus segera selepas disediakan. Semakin lama ia dibiarkan, lebih banyak nutrien dimusnahkan melalui sentuhan dengan udara, yang mengoksidakan mereka. Jus juga akan  kehilangan rasa.

"Bolehkah anda sediakan jus anda pada waktu pagi, bawa bersama ke tempat kerja, dan minum jus sepanjang hari?

Jawapannya ialah boleh. Tetapi anda akan kehilangan kualiti dan rasa jus. Sebab utama kenapa setiap orang mesti minum segera jus dengan kadar segera dan sekaligus selepas menyediakannya. Jika anda tidak mahu buat begitu, boleh. Di sini, pemilihan mesin pemerah jus yang mengurangkan sentuhan jus dengan udara adalah sangat  penting.

3-Tip berikutnya adalah untuk mengisi bekas jus sehingga penuh. Jangan biarkan mana-mana ruang udara.

4-Tip berikutnya adalah menambah sedikit vitamin C sebagai asid askorbik di bahagian atas kerana ia adalah antioksidan. Boleh melindungi jus anda daripada teroksida.

5-Penyimpanan jus segar juga membolehkan metanol terhasil dan meningkat dari masa ke masa, satu lagi sebab untuk meminumnya secepat mungkin. Tubuh manusia tidak dapat membuang metanol, dan ia boleh menyebabkan banyak masalah. Sebagai contoh, ia boleh ditukar kepada formaldehid yang berbahaya kepada otak kita.Keracunan metanol berkait dengan Alzheimer dan masalah kesihatan yang lain. Metanol tidak menjadi masalah dalam produk segar kerana metanol terikat dengan pektin, yang membolehkan ia selamat melalui sistem anda, tetapi pemprosesan dan penyimpanan jus memungkinkan untuk ia terhasil. Jadi, boleh simpan jus sehingga keesokan harinya, namun pastikan anda membuang mana-mana bahagian kiri-atas jus pada hari berikutnya.

Ha itulah dia beberapa perkara penting yang anda perlu tahu sebelum boleh mula nak buat jus. Semua orang boleh buat jus, tapi kita nak pastikan jus yang kita minum pada kualiti dan kandungan nutrien paling baik…. Mudah-mudahan jus sayuran yang anda amalkan mampu mengubati migrain teruk anda sekaligus menghilangkan terus migrain anda. Pasti seronok bukan. Namun ia mengambil masa ye. Anda kena amalkan, baru dapat hasilnya.  Antara resepi yang boleh digunakan untuk melegakan migraine:




Kalau rasa macam tak  nak buat jus, ha… ada alternatif lain yang boleh mengubati migraine anda yang teruk. Terus dapatkan B Complex dan Ostematrix Shaklee secepat yang mungkin untuk melegakan migraine anda. Cara yang selamat dan berkesan.



B Complex : Vitamin B2 (Ribovflavin) & Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti membantu kurangkan sakit migraine

Ostematrix: Magnesium yang ada di dalam Ostematrix dikatakan membantu mengurangkan migraine dan frekuensinya

Untuk entri seterusnya, saya akan bercerita tentang juicer pula. Nantikan…

Salam sihat cantik,


Maisarah

sarah m

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.