10 fakta tentang rokok, satu daripadanya menjijikan?

Orang yang merokok sepatutnya gerun bila membaca tentang apa yang berlaku di saat mereka menghembus asap rokok. Mungkin mereka akan berhenti membaca kerana tidak mahu tahu kesan buruknya.





Ini fakta yang pasti. Anda yang merokok sudah tentu dapat memenuhi keinginan  di sebalik kenapa anda merokok. Hilangkan mengantuk, kurangkan stress, menenangkan fikiran dan apa jua tujuan anda merokok.

Dan memang saya setuju berdasarkan pandangan saya, anda juga rasa sedap, dan  rasa sedap yang menyenangkan itu sebenarnya datang daripada ketagihan nikotin yang makin lama makin bertambah supaya anda beli lagi dan lagi dan lagi. 

Akan tetapi, anda patut baca fakta di bawah ini yang mungkin anda tidak pernah tahu. Dan bila anda membacanya, anda mungkin rasa geli nak hisap rokok lagi. Bila saya yang tak merokok terbaca fakta ini pun saya rasa geli. Apatah lagi anda yang merokok sekotak sehari.

Jom baca 10 fakta 'menarik' tentang rokok dan perokok;

1.Penjualan Rokok  adalah salah satu industri terbesar di dunia. Untuk betul syarikat rokok. Tengok sahaja statistik merokok di Malaysia sejak tahun 1999 ini. Sekarang?



2.Kandungan nikotin dalam rokok lebih banyak berbanding tembakau.

3.Rokok mengandungi arsenik, formaldehid, plumbum, hidrogen sianida, oksida nitrogen, karbon monoksida, ammonia dan 53 karsinogen yang diketahui.

Racun dalam rokok?


4.Rokok boleh mengandungi lebih daripada 4000 bahan-bahan, yang, apabila dibakar, juga boleh menghasilkan lebih daripada 200 bahan kimia 'kawasan'. Kebanyakan daripada 'sebatian' telah dikaitkan dengan kerosakan paru-paru.

5.Urea, sebatian kimia yang merupakan komponen utama di dalam air kencing, digunakan untuk menambah "rasa" kepada rokok. Adakah ini yang anda rasa selama ini? Menjijikan Urghh

6.Nikotin sampai ke otak dalam masa 10 saat selepas asap disedut. Ia telah ditemui di setiap bahagian badan dan di dalam susu ibu juga. Ibu-ibu, baca ni tujuh kali lagi.

7.Gula terdapat dalam rokok kira-kira 20% daripada rokok, dan ramai pesakit kencing manis tidak menyedari pengambilan gula rahsia ini. Kesan pembakaran gula juga tidak diketahui. Tak sangka kan, dalam rokok pun ada gula.

Merokok membawa mudarat kepada kehidupan.

8.Ahli-ahli sains memberitahu perokok akan kehilangan secara purata 14 tahun kehidupan mereka kerana merokok. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa perokok akan mati muda. Ia umpama nikmat yang ditarik secara perlahan tanpa sedar tapi sedar. Apakah?

Terlalu banyak benda asing dalam darah menyebabkan sistem imun kelam kelibut.

9.Sistem imun perokok perlu bekerja lebih keras setiap hari berbanding bukan perokok. Akibatnya, darah perokok akan mengandungi kurang antioksidan. Sistem imun perokok menjadi lebih cepat untuk bertindak balas kepada serangan virus kerana bersifat lebih aktif. Sistem jadi lebih peka dan sensitif kerana banyak benda asing dalam darah. Ini tak normal ya. Bukan sesuatu yang baik walaupun kedengaran baik.

Perkara yang mesti dijauhi selepas makan.

10.Merokok selepas makan sangat merbahaya kerana boleh merosakkan badan perokok seolah-olah perokok merokok 10 rokok sekaligus, meningkatkan risiko mendapat kanser paru-paru, memburukkan lagi sindrom usus terganggu jika ada.  Sistem pencernaan pula berfungsi pada seluruh badan menyebabkan nikotin diikat kepada oksigen dalam darah, menyebabkan ia lebih mudah diserap. Jadi kalau nak merokok sangat, pilihlah waktu sebelum makan.

Ha dah baca kan 10 fakta di atas. Walaupun anda merokok mungkin setahun ke, dua tahun ke... Ketahuilah, tar yang dah melekat di paru-paru anda akan kekal selamanya di situ.

Bentuk paru-paru sihat dan paru-paru perokok tegar.


Arwah bapa rakan saya, merokok cuma beberapa tahun. Dah berhenti pun. Tetapi kesan merokok jelas kelihatan semasa diakhir umur beliau. Paru-paru dan beberapa organ penting lain gagal berfungsi dengan baik. Beberapa kali prosedur mengeluarkan tar dibuat, dan percayalah prosedur ini amat menyakitkan.

Setelah mengalami sendiri kesakitan, akhirnya beliau sarankan supaya perokok berhenti merokok.


Saya yakin, anda pasti inginkan masa-masa tua yang aman dan damai bersama pasangan bahagia anda dan sihat sejahtera melayan anak cucu bermain, kan?. Berita baiknya, anda mempunyai pilihan. Anda boleh pilih apa jua keadaan yang anda mahu. Pilihan itu bermula sekarang. Jadi pilihlah yang terbaik dan membahagiakan anda.



Langkah kanan hidup lama tanpa rokok bermula dengan menonton video ini.

Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.


Maisarah
0132015399


KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment