Tanda anak batuk dan apa yang perlu anda lakukan



Anak batuk kalau dah tahap teruk memang kesian kita yang menengoknya. Muntah kahak dan batuk tanpa henti pada  masa tertentu. Saya selalu mengalaminya jika saya tidak mengambil langkah berjaga-jaga sewaktu tanda anak batuk terang-terang berada depan mata saya.

Biasalah. Dah terhantuk baru nak tengok betul-betul jalan yang kita lalu tu. 

Tapi itu dulu. Sekali kita dapat baca anak-anak mula nak batuk, urusan jadi lebih mudah tanpa perlu bawa anak ke klinik.

Jadi apa tanda anak batuk?


Senang je. Anak mula bertukar suara garau walaupun belum batuk. Mereka tak rasa tekak sakit melainkan benar-benar perit. Ini kalau yang pandai beritahu tekak sakit.

Kalau yang tak pandai beritahu, bagaimana? Tanda yang pertama suara garau dah ada, ibu atau bapa kena periksa kerongkong anak. Jika merah, ha betullah tu. 

Jika tanda-tanda ini diabaikan, batuk teruk berkahak pasti datang kemudian melainkan anda menghalang ia daripada berlaku.

Jadi apa yang perlu anda lakukan?

Tingkatkan imun anak untuk lawan jangkitan tadi. Tekak merah yang akhirnya anak akan batuk kalau tidak dibendung.

Eh ada yang tanya bagaimana nak tingkatkan imun anak?

Kalau saya senang je, beri anak makan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan vitamin C. Dalam melawan jangkitan, Vitamin C sangat membantu.

Anak tidak makan sayur tidak mengapa. Berilah mereka buah-buahan yang mereka suka dan makan dalam jumlah sederhana.

Buah kaya vitamin C, nutrien penting lawan jangkitan

Perlu diperhatikan juga, makanan yang keras mampu melukakan lagi tekak yang sedia perit. Elakkan memberi makanan keras seperti kerepek.

Kalau asyik diberi, batuk lambat baik


Selain itu, makanan terlalu manis juga perlu dijauhkan buat sementara waktu kerana bakteria suka gula kan?

Tak berhenti batuk dibuatnya


Daripada pengalaman saya, elakkan juga memberi biskut kepada anak-anak yang ada tanda batuk kerana ia boleh meningkatkan kekerapan batuk. Ini yang selalu saya perhatikan pada anak-anak saya. Selepas makan biskut, mereka mula batuk-batuk tanpa henti. Kebanyakan orang mengatakan tekak gatal. Kalau ada omega guard (minyak ikan), berikan sebiji kepada anak anda supaya radang boleh dikurangkan selepas itu.

Anak makan ini, batuk makin parah


Begitu juga dengan makanan laut. Elakkan dulu kerana ia juga sama meningkatkan radang sedia ada dan anak akan mula batuk tanpa henti. 

Last but not least, saya juga berikan anak saya dua makanan ini dengan kerap bila mereka mula ada tanda batuk.

Saya kuatkan imun anak saya dengan Vitamin C Chewable dan Mealshake sebagai multivitamin.

Saya berikan mereka dua biji Vitamin C Chewable yang dihancurkan dan satu Scoop mealshake sebanyak dua kali sehari. Sekali di waktu pagi, sekali lagi di waktu malam. 

Kalau hari biasa, cukup sekadar  sebiji vitamin C dan satu scoop mealshake, dua kali sehari, atau selang sehari. Yang paling penting adalah Vitamin C.

Hasilnya, anak tidak perlu makan ubat yang mereka tidak suka dan ibu juga senang hati tidur lena kerana anak batuk ringan dan ambil masa yang singkat untuk pulih.

Selamat mencuba!

Maisarah
SIDPRO 890066
0132015399

sarah m

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.