Hujan Emas Di Negara Orang

Perjalanan kehidupan ku di dalam bekerjaya bersama lebih 8 syarikat selama lebih 10 tahun adalah detik dimana aku memahami dan membentuk diriku.

Dimana projek pembinaan dan penyelenggaraan yg berada di dalam senaraiku; aku akan berada disana. Semuanya adalah kerana pembangunanku di dalam bekerjaya. Topik ini akan  dikupas satu persatu; follow #Kerjaya makan gaji.

Pada masa itu; mudah sungguh buat duit dgn niat "siapkan kerja dgn selamat dan cepat" dan aku adalah wajah baru di tempat baru. Semua benda yg dibualkan akan menjadi realiti. Janji 3 perkara ini dipenuhi "Masa; Kualiti;& Kos".

Bnyk negeri dan Negara telah aku pergi untuk memuaskn nafsu aku dlm bekerjaya. Aku melihat keseluruhannya sbgai motivasi dan proses pembelajaranku. Bila aku diluar kawasan; aku adalah raja dan sudah pasti "dinding tidak berbunyi". Aku bebas melakukan apa shj. Pengalaman ini akan dikongsi; follow #Perantauanku di tempat org.

Bahasa; adat; peraturan; & penerimaan mereka tidak menjadi penghalang kepadaku. Yang paling penting; diri aku sendiri untuk menyesuaikan dgn dunia mereka. Kata pepatah "masuk kandang harimau mengaum".Janji jangan kakukan diri sendiri dan sentiasa berwaspada.

Bila aku diperantauan; untuk bertemu dgn pemimpin mereka cukupla senang dan mereka mempunyai masa untuk mendengar luahan hati ini. Tidak nampak cacat cela kepada pemimpin mereka; dan bagi org kebanyakan macam aku ni yang dapat berbual secara terus dgn golongan pemerintah sangatlah berbunga hati ini dan terasa dihargai. Yang pnting; bukan kita mencari mereka; mereka turun mencari kita. Hebatkan.

Tetapi; kenapa pada Awal Muharram 1438H aku nekad pulang ke Negara Sendiri; follow " Lebih Baik Di Negara Sendiri".


Ewan Ryusuke,
20 Oktober 2016 bersamaan  20 Muharram 1438H

KakSar mengomel

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.

No comments:

Post a Comment