Tulis status facebook bagi bisnes online


Ha, ni ada yang tanya kakSar... Bila bisnes ni rasa takde idea nak tulis apa kat facebook... Nak tulis apa ek?

Bila kita dah mula buat bisnes biar pun kecik ke besar ke, banyak benda kita nak kena tengok dan buat...

1. Wall FB kita bukan wall personal kita dah. Yelah kebanyakan post kita kena set public. Purpose sebab nak bagi orang tengokkan...

2. Ia dah menjadi wall org lain mencari inspirasi melalui apa yang kita tulis.

3. Oleh kerana itu, apa yang kita kongsi & cara kita berkongsi pun kena ubah sedikit demi sedikit.

4. Kurangkan dan elak update perkara2 yang tak mendatangkan faedah kepada sesiapa. Kalau tak berfaedah kat kita, maknanya takdelah faedah tuk orang lain...

5. Tingkatkan update perkara2 yang bermanfaat

6. Kisah2 peribadi perlu dituliskan dengan penceritaan yang menarik supaya ia mampu beri pengajaran kepada orang lain yang baca.

7. Elak update tentang produk je sepanjang masa. Macam kita, tak nak tengok poster iklan je memanjangkan...

8. Bila dah berniaga ni jangan tunjuk benci kat orang, supaya orang suka kat kita. Muka kita tak cantik takpe, tapi hati mesti mahu bersih dan orang suka nak beli ngan kita.

9. Simpan kemas2 perkara negatif yang kita pernah rasa. Kalau boleh, buang jauh2 sebab tak elok untuk orang yang berniaga. Kita nak getaran positif jeee...

10. Last but not least, bina brand diri dengan jadi diri sendiri dan ingat apa bisnes kita dan yang paling penting apa yang kita buat...



Hmm korang2 semua tau kan apa KakSar buat selama ni kann?

Saje nak test😜

sarah m

Saya ibu berkerjaya dua cahaya mata. Berkongsi untuk manfaat semua. Pengamal suplemen Shaklee sejak 2012. Rasanya setakat ini Shaklee supplemen paling berkesan pernah saya amalkan.Hubungi saya untuk mendapatkan supplemen Shaklee :maisarahmohamad.uv(at)gmail.com sms/whatsapp/telegram 0132015399.